Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

PUAN WAN NOR SAADAH BT WAN JAAFAR

HARI : JUMAAT

TARIKH : 8 JUN 2019

MASA : 9.30 PAGI HINGGA 10.30 PAGI

** MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK YANG DIRAIKAN PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DI IRINGI BARISAN PENTADBIR SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
MASUK KE PERKARANGAN DEWAN**

*HADIRIN DI PERSILAKAN DUDUK*

KATA ALUAN (PENGACARA )

Assalamualaikum wbt
Yang berusaha Pn. Wan Khatijah Binti Wan Abdullah, Tuan Pengetua SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
Yang Diraikan Puan Norizah Binti Abdul Rahman, Penolong kanan Hal Ehwal Murid SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
Puan Maziran Binti Mustafa Kama, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Jaya Jothi A/p M. Jayaraman (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Asmahan bt Abdul Halim (Penolong Kanan Petang)
Pn. Habibah Binti Hamzah (Penolong Kanan Pendidikan Khas)
En MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SUBHI Yang di pertua PIBG SMK TAMAN BUNGA RAYA 1
Guru-guru kanan
Rakan-rakan guru serta wakil murid yang dikasihi sekalian.
Baiklah hadirin dan hadirat sekalian
Pada pagi yang berbahagia ini, kita berkumpul bagi meraikan “ Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi
Puan Norizah Binti Abdul Rahman”

BACAAN DOA

Bermadah kata rantaian azimat,


Figura indah dambaan putera,
Wasilah doa memohon rahmat,
Amalan mahmudah berkati acara
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En Abd Rashid Bin Ibrahim

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Amin amin ya rabbal `alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Abd Rashid Bin Ibrahim
atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN WAKIL PELAJAR

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan alu-aluan pembuka bicara
Wakil murid bermadah kata

Seterusnya majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid. Untuk itu, majlis ingin menjemput
saudara DAENG MUHAMMAD FURQAN BIN AZLI, bagi mewakili murid SMK TAMAN BUNGA RAYA 1. DI
persilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara DAENG MUHAMMAD FURQAN BIN AZLI Ketua Murid SMK
TAMAN BUNGA RAYA 1 atas ucapan itu tadi.

UCAPAN WAKIL KELAB GURU DAN KAKITANGAN

Seterusnya majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan wakil GURU. Untuk itu, majlis ingin menjemput
PN. SAIDATUL EMY SYAHIDA BINTI MUHAMMAD NAZRI bagi mewakili guru SMK TAMAN BUNGA RAYA
1

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada PN SAIDATUL EMY SYAHIDA BINTI MUHAMMAD NAZRI atas ucapan
itu tadi.

UCAPAN TUAN PENGETUA

Terbang di awan Burung Jentayu

Dia atas papan batang selasih

Tampillah tuan kami merayu

Bersama amanat bekalan kami

Kita teruskan lagi majlis sanjungan budi lambaian kasih PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN
dengan menjemput Yang berusaha Pn. Wan Khatijah Binti Wan Abdullah, Tuan Pengetua SMK TAMAN BUNGA
RAYA 1 bagi memberikan ucapan beliau.

Majlis dengan dengan penuh takzimnya mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Wan Khatijah Binti Wan Abdullah Tuan pengetua SMK TAMAN BUNGA RAYA
1 atas ucapan beliau itu tadi.

PERSEMBAHAN NYANYIAN

Kita akan teruskan acara majlis dengan sebuah persembahan daripada rakan Guru. Terimalah
Nyanyian Lagu Memori tercipta. Berikan tepukan yang paling gemurah. Majlis Dengan segala
hormatnya , mempersilakan.

Begitulah tadi persembahan yang cukup merdu khas untuk insan yang kita raikan hari ini, PUAN
NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN
TAYANGAN SLIDE SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PUAN WAN NOR SAADAH BT WAN JAAFAR

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan tayangan slaid bingkisan memori sanjungan budi lambaian
kasih PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan tayangan bingkisan memori PUAN
NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN. Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan kenangan buat kita
semua. Hadirin Dan Hadirat Sekalian, Majlis dengan ini ingin mempersilakan Puan Norizah untuk
naik ke pentas bagi meneruskan aturcara majlis.

Bagi membaca Biodata & sejarah perkhidmatan Yang Diraikan, majlis mempersilakan Nurul Illyyina
Binti Jasne. Di persilakan.

UCAPAN PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang telah digalas oleh insan
yang kita raikan ini.

Jadi bagi melengkapkan lagi majlis kita pada pagi ini, molek rasanya kita mendengar sepatah dua kata
sebagai titipan kenangan terakhir daripada insan yang kita raikan hari ini iaitu PUAN NORIZAH BINTI
ABDUL RAHMAN

Majlis segala hormatnya mempersilakan.


Seterusnya, dipersilakan insan diraikan PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN untuk memotong
gubahan pulut kuning sebagai simbolik majlis kita pada hari ini. Dijemput semua barisan pentadbir
sekolah untuk turut serta berada di atas pentas bersama Kak Wan kita

Kalungan apresiasi diucapkan kepada PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN atas ucapan yang
bermakna itu tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu PUAN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Pn. Wan Khatijah
Binti Wan Abdullah, Tuan Pengetua SMK TAMAN BUNGA RAYA 1, untuk mengiringi PUAN NORIZAH BINTI
ABDUL RAHMAN bagi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sanusi bin ismail Penolong Kanan Pentadbiran Smk Bandar
Baru Sentul kerana sudi menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan itu tadi.
PENUTUP

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan majlis “lambaian kasih sanjungan budi PUAN NORIZAH BINTI ABDUL
RAHMAN.” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
perjalanan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahit taufiq walhidayah wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh

LAMBAIAN AKHIR

Dijemput Pn Wan Nor Saadah bt Wan Jaafar membuat lambaian terkahir kepada seluruh warga
sekolah sebagai kenangan seterusnya bergerak ke kereta yang telah dihias khas. Majlis
mempersilaka

Anda mungkin juga menyukai