Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN NORHIZAH

BINTI KAMAI, GURU BESAR SK PEKAN TUARAN

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis. Yang


Berusaha Puan Haniza Khamis, Penolong Kanan
Pentadbiran; yang dihormati Puan Norasia Abu Bakar,
Guru Penolong Kanan HEM; Yang saya hormati Puan
Margarette Ipun, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Yang diraikan Pn NORHIZAH KAMAI, Guru Besar yang
kami sayangi. Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-
rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah
hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan


kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan
limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama
meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan
penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi
Muhammad SAW Rasul penunjuk kebenaran.
Hadirin Sekalian, setiap pertemuan pasti akan ada
perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat
ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan
paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami
berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang
amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru besar
kami ini iaitu Pn Norhizah Kamai bukan sahaja guru,
tetapi ibarat ibu kami di SK Pekan Tuaran ini. Lembut,
tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan tentang Puan Guru Besar.
Beliau bukan sahaja seorang guru besar yang
penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus
ikhlas, malah mementingkan kebajikan dan keselamatan
pelajar setiap masa dan setiap tempat di sekolah. Beliau
sangat mengambil berat terhadap apa sahaja perkara
yang bersangkut paut dengan hal murid bermula dari
ketibaan kami dari rumah ke sekolah sehinggalah
kepulangan kami dari sekolah ke rumah masing-masing.
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK
Pekan Tuaran merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Puan Guru Besar
yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan
mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami
berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat
dan peliharaan-Nya kepada Puan Norhizah Kamai serta
keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh
badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat
agama, bangsa dan negara.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang


kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi.
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta,
Bahagia di dunia hingga ke akhirat.

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik


walhidayah wassalamualaikum warah matullah
hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai