Anda di halaman 1dari 4

ANJURAN :

Panitia Bahasa Arab

Sesi 2019

SK Pekan Tuaran
INTENSIF CELIK HURUF BAHASA ARAB
ANJURAN PANITIA BAHASA ARAB
SK PEKAN TUARAN

PROGRAM :
Intensif Celik Huruf Bahasa Arab.

TEMPOH MASA :
6 bulan pertama bermula Januari hingga Mei (Semester 1) & 6 bulan kedua bermula Jun hingga akhir
persekolahan (Semester 2).

TEMPAT :
SK Pekan Tuaran.

PENDAHULUAN

Pelaksanaan Intensif Celik Huruf Bahasa Arab adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan
memantapkan lagi penguasaan murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, menyebut,
membunyikan, membaca dan menulis huruf-huruf Bahasa Arab dengan baik.

OBJEKTIF
Program Intensif Celik Huruf Bahasa Arab ini diadakan bertujuan memastikan murid dapat :
i. mengenal huruf hijaiyyah tunggal dan hijaiyyah bersambung.
ii. membaca dan menulis hijaiyyah berbaris.
iii. membaca dan menulis perkataan.
iv. membaca dan menulis ayat mudah.

KUMPULAN SASARAN

Intensif Celik Huruf Bahasa Arab :

i. Tahun 1 ( 72 orang )
ii. Tahun 2 ( 51 orang )
iii. Tahun 3 ( 74 orang )
iv. Tahun 4 ( 42 orang )
v. Tahun 5 ( 30 orang )
vi. Tahun 6 (25 orang)
Jumlah Keseluruhan : 294 orang
2. SENARAI JAWATANKUASA

Semua guru Bahasa Arab :-


i. Siti Farihan Che Ali (Penyelaras Tahun 1 & Tahun 3)
ii. Norazimah Binti Akmadis (Penyelaras Tahun 2)
iii. Norafsah Binti Awang Kati (Penyelaras Tahun 4 & Tahun 6)
iv. Nur Samaniah Binti Mohamad (Penyelaras Tahun 5)

3. TENTATIF PROGRAM

TEMPOH MASA AKTIVITI / PENGISIAN


Enam bulan Isi 1
pertama bermula
- Membaca huruf-huruf tunggal hijaiyyah.
Januari hingga Mei
(Semester 1) & 6 - Menulis huruf-huruf tunggal hijaiyaah.
bulan kedua
bermula Jun Isi 2
hingga akhir - Menyambung huruf –huruf tunggal hijaiyyah.
persekolahan
(Semester 2). - Menulis / menyambung huruf –huruf tunggal hijaiyyah.
- Pentaksiran Formatif
Isi 3
- Mengenal bunyi bacaan alif lam al-Qomariah.
- Mengenal bunyi bacaan alif lam as-Syamsiyyah.
- Pentaksiran Formatif
Isi 4
- Membaca huruf berbaris pendek.
- Menulis huruf berbaris panjang.
- Pentaksiran Formatif
Isi 5
- Membaca huruf berbaris mati dan bersabdu.
- Menulis berbaris mati dan bersabdu.
- Pentaksiran Formatif

4. TINDAKAN SUSULAN

i. Bimbingan dan latih tubi celik huruf Bahasa Arab selepas program akan dijalankan sebagai
peneguhan dan pengukuhan berterusan ke atas murid-murid terlibat (Kumpulan sasaran).
ii. Penghargaan berbentuk hadiah akan diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan
peningkatan dan penguasaan yang baik dalam pentaksiran formatif (murid Tahap 1) dan
pentaksiran sumatif (murid Tahap 2).

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM / BILANGAN

1 Color Paper A4 Luckystar MIX CS295) RM32 X 5 rim RM160

2. Double A Photocopy Paper A3 80GSM 500’s RM28 X 5 rim RM140

3. Color Yosogo 500 White Board (8 in 1) RM28.00 X 5 paket RM140

4. Luckystar Laminating Film A4 (100’s) RM42 X 2 set RM84

5. Flower Rose Scissors No. 102 RM1.20 X 70 buah RM84

6. Campap Drawing Paper Master 135GSM RM42 X 2 rim RM84

7. Highlighter Mix Color RM4.30 X 10 buah RM43

8. CW2025 Write On A6 Note Book 80p RM1.20 X 200 buah RM240

JUMLAH KESELURUHAN RM975

6. PENUTUP
Semoga segala yang telah dirancang dan diatur akan berjaya dilaksanakan dengan kerjasama
semua pihak. Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa cinta terhadap penulisan serta bacaan Bahasa Arab
Semoga setiap yang diusahakan mendapat redha Allah s.w.t.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. .......................................... .......................................


Pn Norafsah Binti Awang Kati Pn Haniza Binti Khamis Pn Norhizah Binti Kama
Ketua Panitia Bhasa Arab, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Pekan Tuaran SK Pekan Tuaran SK Pekan Tuaran

Anda mungkin juga menyukai