Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Pn. Nor Azize Bt.

Ja’afar
Guru Besar Sk. Pontian Besar. Yang dihormati Hajah Zaiton Binti Hj Abdul Hamid YDP
PIBG SK. Pontian Besar. Yang Berbahagia Puan Masliza Binti Ismail Pegawai Kaunselor
PPD Pontian . En Ahmadun Bin Sallim Guru  Penolong Kanan Pentadbiran. Yang diraikan
Pn Maznah Bt. Jamik Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. En Zihamli Bin Mazmin
Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah


SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan
majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan
Salam kepada Nabi Muhammad SAW Rasul penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti
amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan
menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa
terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, 
Pn Maznah Bt. Jamik bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di SK Pontian Besar ini.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
tentang Puan Maznah Binti Jamik.  

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang
tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga
dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa
memberikan yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya,
memberi lebih baik daripada menerima . Beliau sangat mengambil berat akan hal kami,
terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sakit pening, demam dan kebajikan kami. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Pontian Besar merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Maznah Binti Jamik
yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak
muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-
Nya kepada Puan Maznah Binti Jamik serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan
kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang
akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami untuk guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai