Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه‬
َ ‫السالَ ُم َع َلى‬
َّ ‫الصالَة َُو‬َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َو‬
َ ‫ َو‬, َ‫العا َل ِم ْين‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
َ ‫هلل َر ِّب‬
َ‫ص َح ِاب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬
ْ َ‫َوأ‬
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon
taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa ahli
keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan
muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati kami
agar apa yang kami lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah kefahaman kami tentang apa
yang diajar oleh guru-guru kami ketika berada di dalam kelas.
Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, kami akan menduduki peperiksaan UPSR. Kami mohon
kepada Mu ya Allah, bantulah kami dalam peperiksaan yang bakal kami
hadapi.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah kami
menjawab soalan, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah
ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk
menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan kami nanti.
Dorongkanlah hati mereka untuk memberi markah yang lebih kepada kami.
Tutuplah mata mereka daripada melihat kesalahan yang kami lakukan.

Ya Allah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan kami. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, kami dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan
untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kami
kepada Mu.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak kami.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang
baik. Ya Allah, jadikanlah kami seorang pemimpin di kalangan orang yang
bertaqwa
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri kami sahaja, tetapi apa yang
kami doakan ini juga untuk sahabat-sahabat kami Ya Allah. Berikanlah
mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah kami anak yang soleh Ya Allah.. Kami mahu mereka mengubah
nasib keluarga kami Ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang
berkekalan Ya Allah.
Jauhkanlah hati kami daripada melakukan amalan-amalan yang membawa
ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati kami untuk menunaikan solat.
Janganlah Kau melalaikan kami dengan perkara perkara yang tidak
berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha
Memakbulkan doa-doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang
akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul
Alamin

ِ ‫اب ال َّنار‬َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬، ‫س َّل َم‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai