Bahan Kisar
Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak
kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai
yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun
cukup.
Kak Ina menggunakan serbuk jintan manis dan jintan putih. Anda pun boleh
juga guna serbuk jintan manis dan jintan putih.
Ita menggunakan jintan manis dan jintan putih biji. Oleh kerana itu ita goreng
tanpa minyak atau sangai dahulu hingga harum
Kemudian kisar halus
Bahan lain
Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam
BEGEDIL AYAM
Begedil ayam ini juga resepi dari kak Ina, tapi ita olah dengan menggantikan
daging cincang dengan ayam.
1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.
Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang
tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar
daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
Satukan kentang lumat dalam bekas.
Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan
bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan
garam secukup rasa
Kemudia kacau rata hingga semua sebati
Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
Buat sampai habis
Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit aje garam dan kocok lepas
Panaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia
serap minyak )
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL KICAP
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi
Dah pun siap.. soto kita ni.