Anda di halaman 1dari 3

14 Tip Belajar Dengan Berkesan dari Dr

Fadhilah Kamsah
By
infopelajar2u
27370
views

Share on Facebook

Tweet on Twitter

Ketika anda sedang mengulang kaji pelajaran, agak-agaknya berapa yang anda
dapat sepanjang anda berada di meja tersebut? Adakah pelajaran itu masuk ke
dalam otak anda dengan baik? Ataupun sekadar masuk telinga kanan keluar
telinga kiri?

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun


menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah
belajar yang salah. Berikut dikongsikan tip-tip belajar dengan berkesan daripada
Dr Fadhilah Kamsah
14 Tip Belajar Dengan Berkesan
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan
dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan


bahawa:

 Kita ingat 10% apa yang dibaca


 Kita ingat 20% apa yang didengar
 Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
 Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
 Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your
biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk
belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan
lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

 Tampal nota-nota penting di dinding


 Gunakan kaedah akronim
 Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
 Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak
faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi
penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa
dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada


jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,


bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti
membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah
dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Anda mungkin juga menyukai