Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA MURID

SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN
PUAN HJH ARBAI’AH

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis..

Yang Berusaha Tn Hj Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar , SK (2) Tengku Bendahara Azman,
Yang Dihormati En. Abdullah bin Mat, Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Puan Suraya bt Ghazali Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hjh Arbaiah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Tan Eng Moo, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang diraikan Puan Hajah Arba’iah, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh kasih pada hari ini.

Hadirin Yang di hormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan guru yang amat kami sayangi . Pada kami, Cikgu Arba’iah bukan sahaja guru, tetapi
ibarat ibu kami di sekolah ini.

Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata
yang dapat digambarkan mengenai Cikgu Arba’iah yang telah memulakan tugasnya sebagai
seorang guru di sekolah ini pada ___________________.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah banyak menyumbangkan jasa


Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus
ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid. Beliau juga seorang guru yang rajin dan
berdedikasi dan senantiasa memberikan yang terbaik untuk kami di sekolah ini.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan
apabila diperlukan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua.
Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini saya sebagai wakil murid ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Arba’iah yang tidak pernah mengenal jemu
mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu.

Saya bagi pihak murid-murid memohon maaf kepada cikgu atas segala kesilapan yang telah
kami lakukan..

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu
serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Sebelum mengundur diri, dengarkan 2 rangkap pantun daripada saya,

KALAU TIDAK KERANA suara,


Tidaklah saya berasa resah,
KALAULAH TIDAK KeraNA BERSARA
TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH.

Emas Sepuh perhiasan diri ,


Disimpan Cik Siti di dalam peti
Patah kan tumbuh, hilang kan berganti,
Yang pergi , tetap kekal di hati.

Saya akhiri ucapan saya dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah
hiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai