Anda di halaman 1dari 2

Teks wakil pelajar

Assalamulaikkum wmt/salam sejahtera


Yang berusaha Pn asiah Bt amir ,Guru besar sekolah kebangsaan sungei
way, barisan pentadbir, yang diraikan Pn Hajah Noor Asliza mantan PK
Koko SKSW yang diraikan juga ( En saifuldin bin Jaafar dan cikgu zurinah
binti din) ….

Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini merupakan majlis Puan Noor Asliza
Binti Mamat, guru penalong kanan Kokurikulum sekolah kita. Puan Asliza ialah
seorang guru yang bertanggujawab dalam mengendalikan Kokurikulum sekolah
kita. Dengan berpindahnya beliau, hilanglah seorang guru yang kita sanjungi dari
sekolah ini. 

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya, setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama,
pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.
Hari ini, kami berasa sedih kerana kehilangan seorang guru yang amat kami
sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat seorang
mak kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami menjadi
insan yang berguna. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid-murid Sekolah Kebangsaan


Sungei Way merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Noor Asliza Binti Mamat yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan
mengorbankan waktu demi kami, anak-anak muridmu. Kami berdoa, semoga
Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada tuan sekeluarga,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Akhir sekali, saya bagi mewakil rakan-rakan saya yang lain ingin memohon
ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang
menyinggung hati dan perasaan puan samada disedari ataupun tidak. Halalkanlah
segala ilmu yang telah puan beri kepada kami selama ini.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari perigi,
Hari yang mana bulan yang mana,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai