Anda di halaman 1dari 2

Asalamualaikum wbt dan selamat petang

Selawat
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Yang berusaha Penolong Kanan Akademik Ustazah Azlina Binti Basri, Guru Penolong kanan
KoKurikulum Ustazah Normidah Binti Mohd Halel.
Yang berbahagia YDP Tuan pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Encik Samsuri Bin Nasir
Sekolah Agama Kahang Batu 28 serta barisan Ahli jawatankuasanya.
Yang dikasihi dan diraikan Ustazah Hjh Siti Maimon Binti Hj Meseran serta pasangannya Hj
Hamid Bin Ibrahim.
Seterusnya yang disayangi anak-anak putera dan puteri Sekolah Agama Kahang Batu 28.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dengan izin dan hidayahnya dapat kita
berkumpul pada petang ini dalam majlis persaraan ustazah hjh siti maimon binti meseran
Guru Besar Sekolah Agama Kahang Batu 28. Seterusnya saya merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDP,AJK dan rakan-rakan guru di atas
kehadiran kita Bersama bagi meraikan beliau mengakhiri perkhidmatan perguruan beliau
hari ini.
Kepada guru-guru SAKBT28, terima kasih di atas tungkus lumus bagi menjayakan majlis ini,
juga tidak ketinggalan kepada barisan AJK BKS seterusnya anak-anak murid sekalian. Terima
kasih sekali lagi kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis ini.
Berbagai cerita suka dan duka ustazah siti maimon sepanjang menjadi guru biasa (kecik)
sehinggalah menjawat jawatan guru besar. Dari berjalan kaki, berpayung, berpanas
berhujan, naik bas kesekolah. Mungkin tidak dirasai oleh guru baru hari ini.
Walaubagaimanapun itu adalah tinggalan sejarah menjadi kenangan sepanjang hayat.
Sepanjang berkhidmat di sekolah ini, banyak suka dan duka yang kami rasai Bersama. saya
juga rasa kehilangan seorang rakan guru yang sentiasa berkongsi cerita gelak ketawa. Guru-
guru yang lain juga mungkin rasa kehilangan ketua yang disenangi sepanjang beliau berada
di sini.
Seterusnya, izinkan saya membacakan satu sajak khas didedikasikan buat beliau
Sepanjang berada di sini
tiada cacat celanya empunya diri
Hadir ke sekolah mengikut hari
Jasa dan pengorbanan disanjung tinggi
Pohon kemaafan kami di sini.
Yang pergi tetap pergi
Yang datang kami nanti
Kami di sini menunggu pengganti
Yang datang sama pekerti
Itu harapan kami di sini
Agar perjuangan menjadi reality
Bukan dibiar melangkah kaki
Budi baik tetap disanjungi
Menjadi kenangan kami di sini
Ada masa ada umur sila kemari
Kami di sini menyambut diri
Bersara bukan halangan hati
Silaturrahim kita tetap abadi
Syurga pasti menanti

Salam kasih abadi dari kami di sini, mendoakan agar ustazah sentiasa diberkati Allah SWT
dalam kehidupan beliau dengan ibadah, dikurniakan kesihatan yang baik di samping dapat
menyumbang tenaga kepada masyarakat di luar sana. Dapat berkasih sayang Bersama
suami tercinta dan anak-anak serta cucunda tersayang.

Akhir kata saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Wabillah hi taufik wal hidayah
wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai