Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KAJIAN

TINDAKAN
Tajuk Kajian:
MENGAMALKAN SIKAP BERADAP SOPAN
DAN BERBUDI PEKERTI MULIA DALAM
PERGAULAN SEHARIAN

Panitia Moral 2022


SK. Sungei Way
Nama Pengkaji:
JIWAMALAR A/P PALANIANDY
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEK. KEB. SUNGEI WAY,

JLN SS9/13, SERI SETIA,

47300 PETALING JAYA, SELANGOR.

NAMA PENGKAJI

JIWAMALAR A/P PALANIANDY

TAJUK KAJIAN
MENGAMALKAN SIKAP BERADAP SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA DALAM PERGAULAN
SEHARIAN

1. ISU
Sebagai guru Pendidikan Moral,didapati sikap beradap sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian murid Tahun 4 INOVATIF masih di tahap sederhana.Ini mungkin
disebabkan murid-murid ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang keluarga
yang berbeza.Walaupun selalu ditekankan oleh guru-guru namun ianya masih tidak
berkesan.

2. OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif Umum


Meningkatkan amalan beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Murid-murid Tahun 4 Inovatif.

2.2 Objektif Khusus


2.2.1 Meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan beradap sopan
2.2.2 Memupuk amalan berbudi bahasa sebagai satu budaya sekolah.

3. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 2 orang murid dari Tahun 4 Inovatif.Murid-murid ini merupakan
murid yang kurang mengamalkan sikap beradap sopan dan berpekerti mulia terutamanya
semasa pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral . Kumpulan sasaran ini terdiri
daripada pelbagai kaum.
4. METHODOLOGI
Beberapa tindakan telah dilaksanakan bagi memastikan kajian tindakan ini berjaya.
Antaranya ialah :
4.1 Pemerhatian
4.2 Tindakbalas

5. PERLAKSANAAN TINDAKAN
Berdasarkan pemerhatian awal,beberapa strategi telah dirancang untuk meningkatkan
amalan bersopan- santun dan berbudi pekerti mulia dikalangan kumpulan sasaran
supaya menjaga adab sopan dalam pergaulan agar disenangi oleh orang lain.

Tindakan yang dicadangkan:


1. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya dijalankan, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti
akan dibuat dengan tujuan untuk memahami masalah ini dengan lebih mendalam. Tinjauan untuk
mengutip data dilakukan dengan cara ujian khas .

2. Kaedah “action” dan “Magic word”

Saya akan memperuntukkan 1 masa pengajaran iaitu sebanyak 30 minit untuk memperkenalkan kaedah
“action”. Saya memberikan 1 soalan permulaan untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menggunakan kaedah “action” . Contoh soalan:
Lakonkan cara berterima kasih

a) Pelajar diajarkan “Magic word” seperti terima kasih, Minta tolong, Selamat sejahtera, dan minta
kebenaran.

b) Bersoal jawab dengan murid cara melakonkan situasi. Saya akan

menerangkan cara melakonkan situasi dengan menggunakan “magic word”.


Bagi memudahkan murid mengingat hanya dengan

singkatan TK MK MT dan SS.

c) Setelah murid faham, murid diajar pula cara untuk melakonkan mengikut situasi yang

diberikan.

d) Kemudian, saya akan membetulkan jika ada sebarang kesilapan .

e) Selepas murid memahami cara menggunakan Magic Word, murid dilatih untuk melakonkan pelbagai
situasi.

3. Ujian pos

Ujian pos akan dijalankan pada pengajaran yang akan datang setelah pengajaran menggunakan kaedah
“action ” dan “magic word” selesai. Sebanyak 5 soalan akan diberikan kepada pelajar dan masa yang
diberikan untuk melakonkan ialah 20 minit. Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan
dengan soalan ujian pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah akan direkodkan dan ditukar kepada
peratusan.

Refleksi dan Penilaian


Daripada kajian ini saya berharap pencapaian pelajar akan terus meningkat dan murid dapat
meneruskan kaedah yang telah diperkenalkan. Selain itu, saya juga berharap pelajar dapat
mengaplikasikan kaedah “magic word” di kehidupan harian. Saya juga berharap tingkah laku pelajar
akan berubah selepas diperkenalkan kaedah ini.

Kesignifikan kajian
Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Moral dapat meneruskan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kelas. Ia
juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang akan datang.
Melalui aktiviti ini juga diharapkan guru-guru Moral dapat berkongsi pendapat bagi membantu
murid-murid berikut.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bi
Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
l
1 Mengenal pasti masalah March 2022
2 Pengumpulan data awal Jan 2022
3 Merancang tindakan Jan 2022
4 Menulis proposal Kajian Tindakan Jan
5 Membentang proposal Kajian Jan
Tindakan
6 Melaksanakan Tindakan

a) Tinjauan Masalah Jan 2 Kali

b) Action dan Magic Word Jan - March Banyak kali

c) Ujian Pos March 1 Kali

7 Keputusan dan analisis ujian Pos March


Refleksi kajian
a) masalah dalam kajian
tindakan
b) dapatan kajian
8 Membentangkan Kajian Tindakan Di March
Sekolah
9 Menyediakan Laporan Kajian March
Tindakan yang lengkap.
10 Penghantaran Laporan Kajian March
Tindakan yang lengkap.

KOS KAJIAN

Bil Jenis Bahan Kuantiti Harga seunit Jumlah kos


1 Buku catatan murid 27 buah X RM1.00 RM27.00
2 Buku catatan guru 2 buah X RM2.50 RM05.00
3 Photostat 150 kpg X RM0.10 RM15.00

JUMLAH RM 47.00

Anda mungkin juga menyukai