Anda di halaman 1dari 5

SJKT LADANG

SUNGAI TINGGI

KAJIAN TINDAKAN

PROPOSAL 2022
UMAH A/P

SELVARAJOO

TEKNIK MARILAH
BERKOMUNIKASI
DALAM BAHASA
MELAYU
1.0 TAJUK KAJIAN : TEKNIK MARILAH BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA
MELAYU
2.0 NAMA PENYELIDIK : PN. UMAH A/P SELVARAJOO
3.0 NAMA SEKOLAH : SJKT LADANG SUNGAI TINGGI
ALAMAT : LADANG SUNGAI TINGGI, 45600 BESTARI
JAYA,SELANGOR.
4.0 REFLEKSI MASALAH.

Saya sebagai guru Bahasa melayu Tahun 6 Valluvar,SJKT Ladang Sungai Tinggi masalah
utama saya adalah kelemahan murid dalam bertutur dalam Bahasa Melayu. Murid tidak dapat
bertutur atau bercakap seperti yang dikehendaki untuk mendapat penguasaan yang cemerlang
dalam Bahasa Melayu. Terdapat banyak kesalahan kosa kata dan struktur ayat dilakukan
semasa murid bertutur .Ayat murid masih dalam tahap ayat tunggal dan tidak peluasan subjek
atau predikat. Isu ini telah menyebabkan jawapan iaitu ayat murid tidak menarik dan
menunjukkan murid kekurangan kosa kata. Kekurangan dari segi pembinaan ayat ini adalah
disebabkan oleh kekurangan sikap membaca dalam kalangan murid. Pembacaan pada tahap
minimum menyebabkan murid tidak dapat mengembangkan idea apabila ada gangguan
Bahasa ibunda. Muris juga tiada peluang untuk bertutur dalam Bahasa Melayu melainkan waktu
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di kelas. Murid juga tidak mencuba untuk
bertutur dalam Bahasa Melayu. Idea mereka hanya tertumpu kepada bimbingan guru
sahaja.Sepanjang pengajaran dan pembelajaran murid tidak mempunyai pemikiran kreatif dan
kritis untuk bertutur secara menarik dan gramatis.Justeru,melalui Teknik dan kemahiran yang
saya cadangan diharap dapat membantu mengurangkan dan mengatasi masalah ini.

5.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi di atas,didapati murid tidak menggunakan suatu Teknik yang dapat
bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Masalah yang dinyatakan di atas berlaku dalam
kalangan 4 orang murid Tahun 6Valluvar. Masalah ini harus diselesaikan pada peringkat awal
supaya murid fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Justeru ,kajian yang akan dijalankan nanti
menekankan kepada aspek komunikasi yang menarik dan bermutu.Hal ini penting kerana agar
murid dapat menguasai kemahiran bertutur.Hal ini penting kerana kemahiran bertutur
merupakan komponen penting dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penguasaan Bahagian ini
juga membantu murid dapat penguasaan yang baik dalam kemahiran denganr tutur Bahasa
Melayu.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN


6.1 OBJEKTIF AM
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajian dan pembelajaran yang
berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan agar dapat mengatasi
kelemahan murid dalam kemahiran bertutur dan seterusnya meningkatkan peratus
kecemerlangan murid dalam kemahiran bertutur mata pelajaran Bahasa melayu.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS


Kajian ini juga untuk bertujuan
6.2.1. Meningkatkan minat murid berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia
6.2.2. Meningkatkan penguasaan murid ketika bercakap dalam Bahasa Melayu
6.2.3 Meningkatkan peratusan murid yang mendapat penguasaan yang baik dalam kemahiran
dengar tutur dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
6.2.4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.
6.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan efektif.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 4 orang murid dari kelas 6 Valluvar. Murid-murid
ini disasarkan kerana kelemahan mereka dalam kemahiran berkomunikasi yang paling
minimum. Jika kumpulan ini dapat memperbaiki kelemahan ini, secara tidak langsung
penguasaan kemahiran dengar tutur Bahasa Melayu akan meningkat.

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


i) Tinjauan masalah
Masalah murid dikenalpasti dengan membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran,ujian dan Latihan setiap hari. Keputusan ujian diagnostik diambil untuk kenalpasti
tahap penguasaan murid.

Bil Nama UJIAN DIAGNOSTIK


A B C D
1 GEERIJA /
2 RATNAALAGI /
3 SHAKTIVEL /
4 PUGALENTHI /

ii) Ujian Pra


satu ujian dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak dapat
berkomunikasi dengan betul.
Keputusan Ujian Pra Bahagian A
Bil Nama Tahap Penguasaan
1 GEERIJA 2
2 RATNAALAGI 2
3 SHAKTIVEL 3
4 PUGALENTHI 3

iii)Teknik menjawab
Guru mengajar Teknik komunikasi yang akan digunakan. Iaitu setiap orang murid harus
berkomunikasi berdasarkan topik pengajaran mereka pada hari itu. Murid harus menggunakan
kosa kata yang diberikan atau yang diajar pada hari itu untuk menyampaikan maklumat itu.
Murid ditanya beberapa soalan supaya ayat mereka dapat dijadikan ayat majmuk dengan
penerangan yang sesuai.
iv.Ujian Post
Satu ujian akan dijalankan untuk menilai penguasaan murid.Jika 3/4 responden dapat
menguasai kemahiran komunikasi ini dengan mengaplikasi teknik komunikasi ini maka boleh
diaplikasikan kepada murid lain.

9.0 JADUAL PELAKSANAAN UJIAN

Bil Aktiviti Tempoh


Pelaksanaan
1. Mengenalpasti masalah dan 1 minggu
pengumpulan data
2. Menulis proposal awal kajian 1 minggu
3 Merancang tindakan 1 hari
4 Melaksanakan aktiviti 3 minggu
5 Ujian pengesanan perubahan klien 1 minggu
6 Membincangkan masalah yang wujud 1 minggu
dalam Tindakan yang dilaksanakan
7 Refleksi kajian 2 hari
8 Menulis laporan kajian 1 minggu

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SENARAI BAHAN

Bil Perkara Jumlah


1 Fotostat bahan RM 30
2 Kertas mahjung & Pen maker RM 20

11.0 PENUTUP

Kajian Tindakan saya yang bertajuk marilah berkomuniasi dalam Bahasa Melayu ini diharap
dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu .Penguasaan murid dalam
Bahasa melayu secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap penguasaan dalam Bahasa
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai