Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM SIFIR EXPRESS


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI WAY 2020

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-
anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran
mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik
kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.
Program Sifir Express ini akan diadakan sepanjang tahun, di mana murid-murid perlu mengisi
sifir di Kad Petak 100 dalam masa yang diperuntukkan.

2.0 RASIONAL
Rasional menjalankan program ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid – murid
terhadap subjek Matematik.. Sedia maklum, Matematik merupakan matapelajaran asas yang
wajib dikuasai oleh setiap murid . Jesteru itu melalui Program Sifir Express ini diharap dapat
meningkatkan prestasi murid- murid dalam subjek matematik dan juga membolehkan murid
menguasai sifir dengan cara terpantas.

3.0 TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya dalam subjek
Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu, Program ini juga
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran sifir menggunakan
Kad Petak 100.

1
5.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.
2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi pekerti
mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

6.0 CADANGAN TARIKH DAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 1 September 2020 hingga 10 november 2020


Masa : Sepanjang tahun
Nama Program : Sifir Express
Tatacara Pelaksanaan : 1.Setiap 40 pelajar akan dibekalkan dengan kad petak 100 .
2. Pelajar perlu mengisi sifir dalam masa 5 minit.

7.0 TEMPAT:

Sekolah Kebangsaan Sungei Way

8.0 ANJURAN
Panitia Matematik SKSW

9.0 PERASMIAN PEMBUKAAN (PELANCARAN):

Puan Asiah binti Amir (Guru Besar SKSW)

10.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid, Sekolah Kebangsaan Sungei Way

11.0 ORGANISASI / JAWATANKUASA

Sila Lihat Lampiran 1

12.0 KEWANGAN

Sila Lihat Lampiran 2

2
13.0 PENUTUP

Kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang dicita-citakan. Semoga
program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta kerjasama dari semua
pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ .............................................
(AZURAWATI BINTI SHAFIAI) (JIWAMALAR A/P PALANIANDY)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Sungei way Sekolah Kebangsaan Sungei way

Disahkan oleh;

……………………………….
(ASIAH BINTI AMIR)
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Sungei Way

3
4
Lampiran 1

JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM SIFIR EXPRESS
TAHUN 2020

Pengerusi : Pn. Asiah binti Amir (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En. Azelan bin Mohd Yazis (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras : Pn Jiwamalar a/p Palaniandy. (Ketua Panitia)

Setiausaha : Pn Azurawati Binti Shafiai (Setiausaha Panitia)

AJK :
Tahun 1 : Darshinee
Tahun 2 : Azzurawati
Tahun 3 : Shankar
Tahun 4 : Jiwamalar
Tahun 5 : Nong Nit /Azelan
Tahun 6 : Jiwamalar /Nong nit

Dokumentasi : Pn Jiwamalar a/p Palaniandy

5
Lampiran 2

ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Harga seunit kuantiti Jumlah

Rm 3.50 40 3.50 x 400 = Rm


1 kad Petak 100
140.00

Anda mungkin juga menyukai