Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN MANAGA A/P ARUMUGAM

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis…

Yang diraikan Puan MANAGA A/P ARUMUGAM.Yang berbahagia En. Meor Raflan bin Ahmad. Yang
berusaha Guru Besar SK Long Jaafar Encik Mohd Jamil bin Yang. Yang dihormati Penolong Kanan
Pentadbiran Pn. Aniza binti Awang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Khairun Nisa binti Mohd Sharip ,
Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohd Said bin Zakaria, Penolong Kanan Pendidikan Khas En. Azaini
Sham bin Mohd Ali ,para tetamu jemputan, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah setinggi-tinggi


kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya, dapat
kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Yang dirai dan hadirin yang dikasihi sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.Yang pastinya setiap perpisahan akan diiringi dengan
deraian air mata. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kami berasa pilu kerana guru yang amat kami
sayangi dan kasihi ini akan menamatkan perkhidmatannya pada hari ini.

Berdedikasi, prihatin tegas dan penyayang dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah


keperibadian yang dapat digambarkan berkaitan Madam Managa ini .Sepanjang tempoh perkhidmatan di
Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Madam Managa telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti demi
kecemerlangan murid-murid terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Di kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan Long Jaafar merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Madam Managa a/p Arumugam yang tidak
pernah mengenal erti jemu dalam mendidik dan mengorbankan waktu demi kami semua. Kami berdoa
semoga madam serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan
ilmu pengetahuan bagi manfaat agama bangsa dan negara. Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak
kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh hilang kan berganti namun yang hilang akan tetap
kekal menjadi kenangan abadi. Semoga kita bersua lagi. Sekian wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai