Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih Pn pengacara majlis Bismillahirrahmannirrahim

Yang Berusaha, Pn.Noraisah bt Md nur , Pengetua SMKRM


Yang diraikan Pn. Magasverry a/p Karuppiah
Yang dihormati, En Mohd Sabri bin Md Saidi Penolong Kanan Pentadbiran, Dr Rashidah Begum binti Gelamdin, PK
HEM, Pn Meerabai a/p Krishna Rao, Pk Kokurikulum, Guru2 Kanan Mata Pelajaran, Pn Foong Mun Wei dan Pn
Tang Soh Lan, Pembantu PK Petang, guru2, dan seterusnya murid2 yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum, dan salam sayang semua. Cikgu pun sayang kamu semua.
Terima kasih Pengerusi majlis.Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah SWT
kerana dengan limpah dan izin-Nya kita dapat bertemu dalam Majlis Persaraan CIKGU MAGASVERRY A/P
KARUPPIAH.

Majlis persaraan yang diadakan pada hari ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada
murid-murid sesi petang SMKRM. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta
keringat yang dicurahkan oleh cikgu Mages kepada kami di sesi petang.
Semoga peribadi Cikgu Mages yang sentiasa Tenang, suka membantu orang lain, sangat menghormati rakan2 guru
dan begitu dedikasi di dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan , menjadi dorongan kepada kita yang
masih berkhidmat untuk terus mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk
mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan
pendorong semangat  kepada kita.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan menyakitkan.
Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang
tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan merasa terharu kerana perpisahan cikgu Mages yang kita amat sayangi.
Bagi saya, cikgu Mages bukan saja sebagai guru bahkan juga sebagai Bonda dan kakak dalam keluarga besar kita
di Sesi Petang .
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita mencurah ilmu dan keringat.. Saya yakin SMKRM akan kekal
dalam ingatan cikgu Mages. Diharapkan semua kenangan manis sepanjang perkhidmatan cikgu Mages di sini akan
menjadi kenangan paling manis dan tertanam kemas di dalam sanubari cikgu mages.Saya mewakili guru2 sesi
petang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah payah
yang cikgu mages lalui selama bersama kami . Kami di sesi petang juga memohon maaf sekiranya ada melakukan
kesilapan kepada cikgu Mages Kami doakan cikgu Mages akan terus berbahagia bersama keluarga dan aktiviti
selepas bersara.Saya akhiri ucapan saya dengan 3 rangkap pantun yang ditujukan khas kepada cikgu Magasverri

Limau manis dimakan manis


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya
Kalau ada pauh di daik
Bawa sebiji ke Tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara Nampak
Esok jangan rindu rinduan

Selamat bersara Cikgu Mages Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai