Anda di halaman 1dari 3

DI BAWAH REDUP POHON KEMBOJA

Salam sejahtera. Yang dihormati Pengerusi Majlis, para hakim yang


budiman lagi bijaksana serta hadirin yang dikasihi.

Kenalkah anda dengan pohon kemboja? Ya, itulah kisah yang saya ingin
kongsi bersama pada pagi ini. Semoga cerita ini menjadi teladan kepada kita
semua.

Kisah berlaku di sebuah rumah di hujung Kampung Kemboja. Seorang


budak perempuan berumur belasan tahun meminta wang daripada ibunya untuk
keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya
yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 saja mak !" gadis itu membentak.


" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Serentak dengan itu, gadis
tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . "
Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya
berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai
di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam
bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana
sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah


terkejutnya dia kerana mendapati ibunya tidak bergerak lagi. Di pegang
pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis
panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita
itu di beritahu kepada bapa Saida yang bekerja di luar. Selepas dimandi,
dikapan dan disembahyangkan, jenazah emak Saida di bawa ke kubur untuk
dikebumikan . Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik berlaku, tapi sewaktu
mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, mayatnya menjadi berat sampai 10
orang pun tak terdaya nak memasukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri
pun tak dapat membantu. Tapi apabila anaknya Saida menolong, mayat ibunya
serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di
tepi kubur.
Kemudian Saida masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah,
Saida memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun, apabila dia hendak
memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Kakinya seperti di paku ke tanah. Saida mula cemas.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," Saida
menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu,
tetapi gagal. Kaki Saida melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil
untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. Saida menangis memandang ayah
dan adik-beradiknya yang lain.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak
tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya
itu. Dia menarik lagi tangan Saida yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walaupun seinci. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan


bahawa kubur tersebut perlu di kambus. Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut Saida saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu Saida
masih di dalam kubur. Bila talkin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai
upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

" Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-
tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.. Begitu besar
kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu
bapa akan di balas 'tunai'.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.


Saida masih begitu. Kakinya terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Suara tangisannya memecah
kesunyian malam. Sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di
sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat dikeluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak
dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya. Setelah lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Allah
Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya
dapat di keluarkan. Mayat Saida kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat
lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup pohon kemboja, tiada
siapa tahu di situ bersemadi seorang anak yang derhaka. Sama-samalah kita
ambil iktibar dari kisah cerita ini....mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam
golongan orang-orang yang derhaka....na'uzubillah....

Ya kawan-kawan, ingatlah. Sebagai anak bersopanlah apabila berbicara


dengan ibu bapa. Turutilah kata-kata serta nasihat dan jauhi larangan ibu bapa
kita. Selain itu berbuatlah baik dengan kedua-dua orang tua kita agar selamat di
dunia dan akhirat. Taatilah mereka dan hindarkan sifat derhaka dalam diri
kita...Ingatlah tanpa ibu dan bapa kita tidak akan wujud di dunia. Sayangilah
kedua-dua ibu bapa kita terutamanya ibu kerana syurga itu di bawah tapak kaki
ibu.....

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai