Anda di halaman 1dari 6

TEKS JAMUAN HARI RAYA 2022

AGENDA TEKS CATATAN


KATA ALUAN Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pohon cemara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillah Hirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbilalamin
Rabbissrahlisadriwayassirliamri wahlull uq
dattan millisani ,Yaf khahul kaulih

Yang dihormati,
Tuan Hj Shukri bin Hj Arshad
Penolong PPD Prasekolah dan Rendah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Yang dirai ,
Tuan Hj Che Mustapha bin Che Ismail
Mantan Timbalan PPD,
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai,

Yang dirai,
Mantan Guru-guru Penolong Kanan
Pentadbiran Daerah Kulai
Puan Noriah binti Marjan
Puan Natrah binti ______________
Puan Fatimah binti Daud
Puan Zaliah binti Marjuki (tidak hadir)

Yang dirai juga


Bakal YB (Yang Bersara)
Cik Rozieyatun binti Abd Majid (GPK SK
Sinar Bahagia)
Puan Thanasunthary a/p kittan Krishnan
(GPK Pentadbiran SJKT Ladang Kelan)
Serta barisan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah Rendah derah Kulai
yang dikasihi sekalian.

UCAPAN MC Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Bersongkok bersamping segak berseri,


Berbaju kurung anggun jelita,
Majlis ramah mesra aidilfitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi kerana


dengan limpah kurnianya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara
Syawal yang ke 16 pada hari ini.

Syukur juga kerana kita dapat bersama-sama


berkumpul pada hari ini bagi meraikan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022
setelah 2 tahun tiada program makan-makan
dan jamuan besar seperti ini serta
digabungkan dengan jamuan perpisahan buat
Tuan HJ Mustapha yang baru sahaja
menamatkan perkhidmatan baru-baru ini serta
rakan-rakan yang telah bersara pada zaman
penularan Covid19 (2 tahun yang lalu) dan
tidak lupa juga kpd 2 orang rakan kita yang
sedang menghitung hari untuk menamatkan
perkhidmatan iaitu Cik Rozie dan Puan Thana.

BACAAN Hadirin dan hadirat sekalian,


SELAWAT DAN
DOA Bagi menambahkan keberkatan majlis kita
pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
berselawat dan mengaminkan doa yang akan
dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Bahroni bin
Basiron (GPK Pentadbiran SK Sri Gunung
Pulai) Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-----------------SELAWAT DAN
DOA----------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Alfadhil Ust bahroni bin Basiron atas
pimpinan selawat dan doa sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat,


ALUAN OLEH
PPD DAN Ketupat dihidang enak rasanya,
YANG DIRAI Rendang menjadi pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Tuan PPD bermadah kata

Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan


sukacitanya mempersilakan yang berusaha
Tuan Hj Shukri bin Hj Arshad untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Tuan
Hj Shukri atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan pula tuan


yang dirai, Tuan HJ Che Mustapha bin Che
Ismail untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam majlis kita ini. Untuk makluman
semua, majoriti GPK Pentadbiran yang berada
di dalam dewan ini adalah bekas GPK HEM di
bawah seliaan Tuan HJ Che Mustapha.
Walaupun kita telah beralih kerusi, namun
masih terasa-rasa bahang atau aura Tuan Hj.
Mustapha membimbing dan menegur kita jika
ada melakukan kesilapan dan sebagainya.
Majlis dengan ini mempersilakan tuan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan
Hj Che Mustapha atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Seterusnya, marilah kita mendengar pula
ucapan daripada kumpulan kedua yang dirai
pada hari ini iaitu kumpulan GPK Pentadbiran
yang telah bersara pada tahun 2020 , 2021
dan sehingga Jun 2022. Untuk itu, intan
terpilih untuk menyampaikan ucapan pada
petang ini ialah Puan Natrah binti …………..
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Puan
Natrah binti ________________ kerana sudi
menjadi wakil rakan2 YB yang lain untuk
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian,


HADIAH Kita teruskan majlis kita dengan upacara
penyampaian cenderamata kenang-kenangan.

Bagi menyempurnakan majlis ini, dipersilakan


Puan Wan Sharifah Noraini binti Wan Ibrahim
(Penyelaras Majlis kita pada hari ini)
mengiringi Tuan HJ Shukri bin Hj Arshad
untuk menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan kepada para YB kita yang dapat
turut serta dalam majlis kita pada hari ini.
Dipersilakan.

Dipersilakan yang pertama, Tuan HJ Che


Mustapha bin Che Ismail.

Seterusnya dipersilakan Puan Natrah binti


_________ (mantan GPK Pentadbiran SK
__________________)
Dipersilakan Puan Fatimah binti Daud (mantan
GPK Pentadbiran SK Pasir Raja)

Dipersilakan Puan Noriah binti Marjan (mantan


GPK Pentadbiran SK __________________)

Dipersilakan Puan Zaliah binti marjuki (mantan


GPK Pentadbiran SK Polis Kem. (tidak dapat
hadir)

Seterusnya, dipersilakan pula GPK


Pentadbiran yang bakal menjadi YB bulan Jun
nanti….

Yang pertama , Cik Roziyatun binti Abd Majid


(GPK Pentadbiran SK Sinar Bahagia)

Yang kedua, Puan Thanasunthary a/p kittan


Krishnan (GPK Pentadbiran SJKT Ladang
Kelan)

Terima kasih kepada Tuan Haji Shukri atas


kesudian menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah sebentar tadi. Terima
kasih sekali lagi tuan.

JAMUAN Ketupat lemang biskut kuih raya,


Rendang daging jangan dilupa,
Ayam merah juga sudah tersedia,
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera.

Tanpa membuang masa majlis mempersilakan


hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk
menikmati juadah yang telah sedia
dihidangkan.

Sebelum itu, majlis sekali lagi menjemput


Ustaz Bahroni untuk memimpin bacaan doa
makan. Dipersilakan.
Dipersilakan semua untuk menjamu selera
apa yang ada terhidang di depan mata.
Dipersilakan semua.

PENUTUP
Gendang- gendut tali kecapi, kenyang perut
suka hati.

Alhamdulillah, majlis kita telah sampai ke


penghujungnya. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung
majlis ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri ini dapat dilangsungkan dengan
meriahnya. Segala salah dan silap sepanjang
majlis ini harap dimaafi.

Sekian daripada saya,


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Anda mungkin juga menyukai