Anda di halaman 1dari 5

AGENDA TEKS CATATAN

PERARAKAN “Mengumumkan perarakan masuk guru-guru ke Ilham bgi sign


MASUK GURU dalam musolla at-Taqwa”
SAM PAYA JARAS
UCAPAN ALUAN Yang berusaha, Tuan Haji Mohd Norhisam bin
PENGACARA Ahmad, pengetua sekolah Agama Paya Jaras
MAJLIS
Puan Kamaliah binti Kassan, penolong kanan
pentadbiran.
Puan Ramlah binti Mamat, penolong kanan hal
ehwal murid.
Puan Fadzilah binti Abdullah, penolong kanan
kokurikulum.

Yang dihormati, barisan guru kanan matapelajaran,


barisan kaunselor dan saf pendidik Sekolah Agama
Menengah Paya Jaras.

Seterusnya, yang dikasihi rakan-rakan pelajar


sekalian.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pohon cemara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulillahi rabbil


alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal
mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain…
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya
Muhammad Fathullah bin Jakaria bersama-sama
dengan rakan sekerja saya , sauadari Aliah Aqilah
binti Riduan akan mempengerusikan majlis kita
pada pagi ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana


dengan limpah kurnia dan izinnya dapat lagi kita
berkumpul pada pagi yang ceria ini bagi meraikan
sambutan hari guru dan hari pekerja peringkat
Sekolah Agama Menengah Paya Jaras bagi tahun
2023. Hadirin yang dihormati, tak kenal maka tak
cinta. Jadi marilah kita meelusuri makna sebenar
hari guru dan hari pekerja ini.

-Tanggal 16 Mei merupakan tarikh hari guru yang


disambut pada setiap tahun sebagai tanda
menghargai kerja keras serta pengorbanan guru-
guru yang telah mendidik anak bangsa. Tema
sambutan hari guru bagi tahun 2023 ialah “GURU
INSANI, PEMANGKIN GENERASI MADANI”.
Manakala tanggal 1 Mei merupakan tarikh hari
pekerja yang disambut pada setiap tahun sebagai
tanda menghargai pekerja-pekerja yang
membanting tulang dan memerah keringat mencari
rezeki untuk melakar senyuman di raut wajah ahli
keluarga demi kelangsungan hidup. Pada tahun ini,
sambutan hari pekerja bertemakan “PEKERJA
PEMANGKIN WADAH MALAYSIA MADANI”.

Dengan ini saya serahkan kepada saudari Aliah


untuk meneruskan majlis kita pada hari ini.

*Terima kasih kepada saudara Fathullah.

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Dengan ini, Saya menjemput

Bagi mengalunkan bacaan surah ar-Rahman dan


seterusnya disempurnakan dengan bacaan doa.
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Aaminn ,aamiin ya rabbal alamin


Terima kasih diucapkan kepada

Atas alunan bacaan ayat suci al-quran serta bacaan


doa sebentar tadi. semoga majlis kita pada hari ini
mendapat keberkatan dunia dan akhirat. insya-
allah.

Saya serahkan kembali kepada saudara Fathullah


untuk agenda seterusnya.

UCAPAN Baiklah, terima kasih saudari Aliah.


PENGETUA DAN
PERUTUSAN HARI Pergi ke hutan mencari gaharu,
GURU Untuk dibuat sarung peluru,
Tanpa insan bernama guru,
Takkan membangun generasi baharu.

Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan


sukacitanya mempersilakan yang berusaha Tuan
Haji Mohd Norhisam bin Ahmad, Pengetua Sekolah
Agama Menengah Paya Jaras untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya
dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji
Mohd Norhisam bin Ahmad di atas ucapan beliau
sebentar tadi. Saya serahkan semula majlis kepada
saudari Aliah.
UCAPAN Terima kasih saudara Fathullah.
PERASMIAN OLEH Baiklah, majlis dengan sukacitanya menjemput yang
YDP PIBG SAM PJ berbahagia, Puan Hajah Marzilah binti Abdul Malek
untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan
Dengan segala hormatnya,mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada puan Hajah Marzilah
binti Abdul Malek atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.

Sebelum saya menyerahkan tugas kepada rakan


sekerja, izinkan saya berpantun

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu Nakhoda pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

NYANYIAN LAGU Terima kasih saudari Aliah. Bertepatan dengan


DAN IKRAR pantun yang disampaikan oleh saudari Aliah tadi,
maka ayuhlah kita memperdengarkan nyanyian lagu
“KAMI GURU MALAYSIA” serta bacaan ikrar
daripada guru-guru yang disayangi.
PENYAMPIAN Fathullah: Semangat sungguh guru-guru kita ini
HADIAH aliah, menyanyikan dengan penuh semangat dan
DARIPADA menghayati setiap bait ikrar yang dilafazkan.
PENTADBIR Aliah: ya betul saudara Fathullah, saya sangat
seronok melihat semangat guru-guru sam paya
jaras.

Fathullah: Baiklah, hadirin yang dihormati, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan yang
berusaha, Tuan Haji Mohd Norhisam bin Ahmad,
pengetua sekolah agama menengah paya jaras
untuk menyampaikan hadiah kepada para pentadbir
, anggota kumpulan pelaksana serta para guru
kanan matapelajaran.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd


Norhisam bin Ahmad, Pengetua sekolah agama
menengah paya jaras di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.
Kelopak biru dalam jambangan,
Delima merekah menambah seri,
Para tetamu hadirin budiman,
Majlis nan indah diteruskan lagi.

Maka saya serahkan kembali kepada saudari Aliah.

Terima kasih saudara Fathullah. seterusnya majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan yang
dihormati, Puan Fadzilah binti Abdullah, penolong
kanan kokurikulum untuk menyampaikan hadiah
kepada para guru SAM PAYA JARAS.

Terima kasih diucapkan kepada puan Fadzilah binti


Abdullah di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, majlis kita pada pagi ini


akan diteruskan lagi dengan penyampian hadiah
kepada warga guru yang akan disampaikan oleh
yang dihormati, puan Ramlah binti Mamat,
penolong kanan hal ehwal murid. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada puan Ramlah binti


Mamat di atas penyampian hadiah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
yang dihormati, puan Kamaliah binti Kassan,
penolong kanan pentadbiran untuk menyampaikan
hadiah kepada guru-guru yang dikasihi.

Terima kasih diucapkan kepada puan Kamaliah binti


Kassan di atas penyampian hadiah sebentar tadi.

Dengan ini, Saya serahkan kembali kepada rakan


setugas saya, saudara fathullah

**hadiah PIBG

Sekuntum bunga dari taman,


Untuk guru kuhadiahkan,
Pesanmu sentiasa menjadi pedoman,
Terima kasih kuucapkan.

Hadirin yang dihormati, alang-alang menyeluk


pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. maka
majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah daripada PIBG, majlis
menjemput yang berbahagia, Puan Hajah Marzilah
binti Abdul Malek untuk menyampaikan hadiah
kepada yang berusaha Tuan Haji Mohd Norhisam
bin Ahmad, pengetua sekolah agama menengah
paya jaras. majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Marzilah


binti Abdul Malek di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

Dengan ini, saya serahkan kembali kepada saudari


Aliah.

**hadiah pengawas

Agenda majlis diteruskan lagi dengan penyampian


hadiah daripada pengawas sekolah kepada warga
guru sekolah agama menengah paya jaras

** cenderamata perasmi

Hadirin yang saya muliakan sekalian, majlis kita akan


diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata
kepada perasmi. majlis dengan penuh takzimnya
menjemput

**penutup majlis
**potong kek

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU,HARI PEKERJA DAN JAMUAN RAYA SAM PAYA
JARAS 2023

Anda mungkin juga menyukai