Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMUALAIKUM WRH WKT

SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI


MUHAMMAD SAW
 Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Siti Salmiah Binti
Abdullah, Pengetua SMK Lubuk Buntar
 Yang Berusaha En Abd Ghani Bin Asri , Penolong Kanan
Pentadbiran
 Pn Aslina Binti Abu Saman , Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
 Pn Fadzliah Binti Mohd Shaari
 Guru Kanan Matapelajaran, Penyelaras PPKI, Guru
Kaunselor, Seterusnya guru- guru yang saya hormati dan
kasihi sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
perkenan dan izinnya kita diberi peluang untuk bersua dalam
majlis yang bermakna dan meriah pada hari ini. Selamat
datang juga saya ucapkan pada semua cikgu cikgu dan semua
hadirin yang segak bergaya bertemakan Black Gold Silver
Glamorous di tempat yang cantik ini Seri Warisan, Regency
Taiping.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
terutamanya Tuan Pengetua Puan Siti Salamiah kerana sudi
menjemput saya ke Majlis Tautan Ukhwah. Semoga majlis
kita ini berjalan lancar. Terima kasih Cg Salmiah.
Saya juga merakamkan ucapan Terima kasih jugak kepada
Pengerusi kelab guru dan jawatan kuasa kelab guru yang
bertungkus lumus untuk menjayakan program pada hari ini.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
PIBG merupakan satu medium yang berkesan untuk
mengeratkan lagi hubungan dengan pihak sekolah dengan
komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan
perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pihak PIBG
telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah seperti hari sukan, hari
anugerah kecemerlangan akademik, aktiviti mengacau bubur
asyura di asrama dan lain-lain aktiviti. Justeru saya amat
berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan
kecemerlangan murid-murid SMK. Lubuk Buntar dapat
diteruskan pada tahun akan datang.
Akhir kata, guru-guru saya hormati, proses mendidik
memerlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, diharap guru-
guru dapat mengutamakan kesejahteraan mental dan fizikal
guru bagi meneruskan perjuangan guru-guru yang masih
panjang, in Sha Allah. Semoga semua guru menjiwai
profesion perguruan istiqamah mendidik dengan hati yang
murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin
ummah masa hadapan.
“Sesungguhnya, Allah dan seluruh dan malaikatNya serta
penghuni langit dan bumi memohon kerahmatan ke atas
orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia” hadith
riwayat At- Tarmizi. Sekian dari saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai