Anda di halaman 1dari 2

1.

Jika anda baru tukar bateri baru kebiasaannya paras air bateri hanya akan mula berkurangan setelah 6 bulan dari mula-mula asid sulfurik di masukkan dalam setiap sel / plat bateri semasa pembelian anda di kedai (itu adalah antara jaminan kedai bateri jika bateri yang anda beli adalah produk yang berkualiti). 2. Apabila anda periksa takat air bateri hendaklah sentiasa berada pada paras melebihi garisan aras minimum tetapi tidak melebihi garisan paras maksimum... ini bertujuan supaya setiap sel / plate bateri anda berada dan terendan dalam campuran elektrolit yang sesuai bagi menghasil /menyimpan cas bateri. 3. Pastikan anda memeriksa paras air bateri / menambah air bateri semasa enjin masih sejuk (awal pagi sebelum kali pertama anda hendak menghidupkan enjin kereta)... jika enjin masih panas elektrolit pada sel masih dalam keadaan mengembang akibat penerimaan cas dari alternator akan mengakibatkan keretakan dalaman pada dinding plate bateri jika air bateri yg sejuk di tambahkan padanya. (Jangkahayat bateri bergantung pada kesuburan platenya kalau dah platenya sakit mana nak dapat keupayaan maksimum). 4. Jangan sesekali lupa nak periksa paras air bateri mengikut jadual anda sendiri (minimum seminggu sekali lakukan pada hari cuti hujung minggu) ini kerana jika air bateri anda mula kering hingga ada terdapat beberapa sel /plate yang mulai tertimbul dari cecair elektrolit dalam bateri (paras air bateri di bawah garisan takat minimum atau air bateri tinggal separuh dari ketinggian bateri) maka jangka hayat bateri anda adalah pada tahap kritikal dan di nasihatkan supaya buat pemeriksaan tahap keupayaan menyimpan cas selepas anda menambah air bateri atau anda kena bersedia untuk tukar bateri lar. 5. Sekiranya jangka hayat bateri anda telah melepasi satu tahun 6 bulan saya sarankan anda amalkan pemeriksaan seperti pada "tips pada para-3" dan amalan tambahan ini setiap kali anda membuka penutup lubang pada plate bateri untuk tujuan menambah airnya cuba anda perhatikan setiap lubang pada lubang yang mana anda telah tambahkan airnya, sekiranya terdapat diantara beberapa lubang berkenaan pada pemerhatian anda anda rasakan telah hampir sebulan atau lebih anda jarang / tak pernah langsung tambahkan air bateri kerana anda dapati paras air baterinya adalah kekal tidak berkurangan sedangkan pada lubang yang yang lain anda telah kerap tambah beberapa kali. Ini menunjukkan tanda-tanda di mana sel / plate pada lubang berkenaan telah mulai lemah dan tidak berupaya menghasilkan cas sebab itulah airnya tidak berkurangan jadi pada lubang berkenaan anda perlu tandakan (bertujuan mengingatkan anda berkenaan masalah itu) sekiranya anda dapati terdapat 3 atau lebih lubang yang di periksa mengalami masalah yang sama dan kereta anda ada gejala sukar di hidupkan

pada waktu awal pagi / cuaca sejuk maka anda perlu bersedia kerana itu menunjukkan bateri anda telah lemah dan sedang nazak dan jika perlu anda buat pemeriksaan pada sistem alternator untuk pastikan ianya masih baik dan berfungsi mengecas bateri anda. Apabila alternator telah di periksa dan ianya masih baik berfungsi maka masalah tersebut memanglah datang dari bateri yang sedang nazak itu dan bukan dari sistem pengecas. Bateri tersebut perlu di ganti sebelum ianya mati ditengah pejalanan dan anda tersadai di tepi jalanraya menunggu bantuan tak kunjung tiba...... Penting:setiap kali buka bateri mesti lah di mulakan dengan wayar terminal negatif dahulu dan pasang dengan wayar terminal positif supaya tidak berlaku litar pintas..

Anda mungkin juga menyukai