Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;


Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh
Allah Subhanahu wa taala sekalian.
Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada pasangan pengantin yang bertuah
hari ini, iaitu anak perempuan kami NORSYAHIRA BINTI MUSTAFAH
dan pasangan pilihan hatinya MUHAMMAD AFIQ BIN ROSLI kerana
berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya
ikatan perkahwinan yang suci ini.
Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali
lagi, kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat
dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu
semua pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak
pengantin lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.
Sidang hadirin yang dimuliakan;
Selaku ibu, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga
yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua.
Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di
sini, kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi
tinggi. Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini,
akan menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi
keluarga kedua-dua belah pihak.
Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan,
kerana mempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara
satu sama lain dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan
keluarga dan kebahagiaan anak-anak kami selama ini.
Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola
majlis perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya
kepada ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat dalam
pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang
bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan
tenaga yang pihak saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala
sahaja yang layak membalasnya.
Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang
amat bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit
kekurangannya,harap dimaafkan.
Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Sekian, Wasalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para tetamu yang dihormati.
Saya, kakak kepada pengantin perempuan mewakili pihak ibu Puan
Rumati’ah Binti Marsidi dan semua ahli keluarga pasangan pengantin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian para hadirin
sekalian ke majlis ini.

Alhamdulillah.. di dalam majlis yang penuh meriah ini, yang jauh dan
yang dekat dapat disatukan. Kaum keluarga dapat berkumpul, saudara
mara dapat bersua muka, jiran-jiran dapat berjumpa, sahabat lama dan baru
dapat bertemu. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan
hendaknya.

Buat kedua adikku,

Setelah menikah belum tentu akan selalu bahagia. Satu hal yang pasti,
kehidupan pernikahan itu ada pasang dan surutnya, Berselisih paham,
apalagi dengan orang yang baru, yang berbeza karakter dan mungkin
berbeza prinsip. Berlakulah bijak dalam menghadapi setiap persoalan,
semoga pernikahan ini yang terbaik untukmu

Selamat menempuh hidup baru untuk adik kakak, semoga selalu diberikan
kebahagiaan sejati dan dipernikahan ini adik diberikan hidup rukun
berkeluarga. Selalu setia dengan pasangannya dan diberikan keturunan
yang baik dan pintar, Aamiin.

Cinta itu sebenarnya tak perlu mewah, dan seberapa besar yang kau beri.
Yang terpenting berakhir sakinah mawadah warohmah dalam pernikahan.
Semoga kamu selalu tersenyum bahagia dalam alam rumah tanggamu.
Jadilah istri dan ibu terbaik buat anak dan suamimu nantinya.

Jadilah istri yang selalu pandai bersyukur agar tak banyak mengeluh.
Sayangi suami sepenuh jiwamu seperti kau menyayangi dirimu sendiri.
Semoga pernikahan adik ini berkelalan hingga ke jannah.

Sekian, Wabillahitaufikwal hidayah,


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai