Anda di halaman 1dari 2

Nuramani Syaqinah Binti Mohd Nazeri,

No 939, Merpati 2,

Taman Wawasan,

81000 Kulai, Johor

2 Disember 2021

Kehadapan barisan pemimpin negara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Saya Nuramani Syaqinah Binti Mohd
Nazeri mewakili sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kelapa Sawit ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Datuk Seri dan juga ahli barisan hadapan kerana telah berjaya menangani dan memulihkan penularan
wabak covid-19 di negara ini pada era pandemik ini. Sememangnya pada masa kini, ia merupakan satu
situasi dan pengalaman yang sukar yang harus ditempuhi setiap orang demi untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Sungguhpun begitu, pihak Datuk Seri dan wakil barisan hadapan telah banyak membantu kami rakyat
Malaysia.

Datuk Seri yang dikasihi,

Semasa perintah kawalan pergerakan akibat penularan wabak covid-19 ini ada yang hidup dalam
kesusahan di mana mereka tidak dapat berbelanja dan juga turut dibuang kerja. Disebabkan itu, kerajaan
telah membantu dan menghulurkan bantuan untuk penambahbaikan kepada rakyat Malaysia yang susah
akibat penularan wabak covid-19. Antara bantuan yang diberikan ialah Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan
Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan. Bantuan ini sangatlah diperlukan oleh golongan yang
berpendapatan rendah amnya. Terima kasih Datuk Seri.

Seterusnya, setelah berbulan-bulan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, akhirnya, Kementerian


Kesihatan Malaysia telah berjaya memperolehi vaksin untuk rakyat Malaysia melalui aplikasi My-sejahtera
dan diberikan kepada beberapa peringkat seperti warga emas, pesakit yang berisiko tinggi, orang awam,
warga asing, remaja serta pelajar sekolah. Dengan itu, melalui pemberin vaksin ini kita dapat mengurangkan
kadar keberjangjangkitan, malah risiko sekiranya kita dijangkiti juga tidak akan serius. Selepas diberikan
vaksin, kita dinasihatkan untuk berehat selama 14 hari supaya vaksin tersebut dapat bertindak balas terhadap
dalam badan kita. Antara vaksin jenis vaksn yang digunakan adalah Pfizer, Sinovac dan juga AstraZeneca.
Berkat kerjasama daripada semua rakyat Malaysia, negara kita telah mencapai 95 peratus populasi rakyat
yang telah diberikan vaksin. Namun begitu, oleh kerana terdapat pelbagai varian baharu muncul, negara kita
kini harus mengambil dos penggalak sebagai langkah berjaga-jaga terhadap varian yang. Kita seharusnya
bersyukur merbahaya ini contohnya Varian Delta dan yang terbaharu Varian Omicron. Saya juga amat
berterima kasih kepada pemimpin negara kerana melalui Program Vaksinasi Kebangsaan, rakyat telah
diberikan vaksin secara percuma.

Selain itu, semasa Covid-19 melanda negara, saya dapati inilah masa yang sesuai untuk meluangkan
masa bersama keluarga tersayang kerana sebelum ini ada yang terlalu sibuk bekerja dan tidak dapat
meluangkan masa bersama keluarga. Jadilah marilah kita mengambil peluang mencuba pelbagai hobi baru
seperti bersenam dan menari. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saranan WHO
menggalakkan semua individu untuk melakukan pelbagai aktiviti ketika berada di rumah. WHO juga telah
melancarkan kempen WHO’S Be Active untuk semua individu dari pelbagai peringkat umur untuk kekal
aktif dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti tersebut. Antara contoh aktiviti itu ialah, pergerakan
selama 3-4 minit seperti berjalan atau regangan. Saya juga berpeluang melakukan aktiviti ini bersama
keluarga saya di rumah.

Selanjutnya, semasa perintah kawalan pergerakan pelajar juga tidak dapat hadir ke sekolah. Tetapi
dengan aplikasi maya seperti google meet dan zoom mereka dapat belajar daripada rumah. Manakala, bagi
pelajar yang tidak mempunyai sebarang tablet, telefon bimbit dan komputer kerajaan juga telah memberi
bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk turut serta menjayakan pembelajaran dari rumah.
Oleh itu, guru-guru dapat menjalankan PDPR di rumah dengan mudah akibat daripada bantuan yang telah
diberikan ini. Terima kasih pada kerajaan yang membantu mereka dan dapat menangani masalah itu.

Akhir sekali, saya dan rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan semoga wabak ini dapat ditangani
dengan sebaiknya agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Kami sebagai rakyat
Malaysia berasa bersyukur kerana ahli barisan hadapan yang telah membantu rakyat Malaysa ketika
penularan wabak covid-19.

Sekian,daripada saya Nuramani Syaqinah Binti Mohd Nazeri.

Yang benar,

Syaqinah

(Nuramani Syaqinah)

Anda mungkin juga menyukai