Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA


TARIKH
25 & 26 APRIL 2015
TEMPAT
HUTAN PENDIDIKAN ALAM, UKM
ANJURAN
URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (UPSM)
DENGAN KERJASAMA
PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN
ALUMNI
TEMA
“KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI
BAHARU”
KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN PERDANA
URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Memohon kelulusan dan bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan
Perhubungan Alumni bagi menjayakan Kursus Kepimpinan Perdana.

2.0 PENGENALAN

2.1 Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan sebuah urusetia yang
ditubuhkan atas kesedaran untuk mengatasi kekurangan tenaga dalam membantu pihak Jabatan Hal
Ehwal Pelajar UKM memberikan latihan kepimpinan dan menganjurkan program tertentu kepada
pelajar-pelajar UKM.

2.2 Di awal penubuhannya, UPSM yang dahulunya dikenali sebagai Fasilitator Siswa mengambil
wakil-wakil pelajar daripada kolej, fakulti atau persatuan/kelab tertentu yang berkebolehan
memimpin untuk berada di bawah satu bumbung dan diberikan latihan yang lebih intensif sebagai
persediaan untuk membantu HEP menyempurnakan latihan kepada mahasiswa-mahasiswi UKM yang
lain.

2.3 Perubahan struktur dan dasar telah menyaksikan UPSM hari ini mendaftarkan ahlinya sendiri
melalui Minggu Pengenalan Persatuan seterusnya memberikan latihan-latihan yang direncanakan
sepanjang tahun tanpa lari daripada konsep latihan di awal penubuhannya hinggalah ke hari ini.
Latihan kepimpinan yang dirancang diberi keutamaan kepada ahli-ahli UPSM sendiri sebagai peserta
sebelum diteruskan kepada pelajar-pelajar UKM yang lain. Setiap modul latihan yang ditetapkan oleh
JPPel mengikut tahap-tahap tertentu akan menggunakan khidmat/tenaga kepakaran dari dalam UKM
sendiri di samping dibantu oleh alumni-alumni UPSM yang sentiasa bersedia menurunkan ilmu dan
menyumbang bakti kepada UKM.

2.4 Selain bertindak sebagai tulang belakang kepada JPPel, UPSM juga kerap menganjurkan
program-program anjuran sendiri seperti Kem Motivasi, Bakti Siswa, OPKIM (Operasi Khidmat
Masyarakat), Deligasi Patriotik (DETIK) dan sebagainya sebagai pelengkap kepada ilmu berorganisasi
yang diperolehi.
2.5 Program ini direncanakan untuk memberi laluan yang baik kepada para pelajar untuk
memotivasikan diri sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.
Program ini juga sebagai medium bagi menjana pelajar untuk membina keyakinan dan keberanian
dalam diri supaya ianya dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memperkukuhkan hubungan antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pihak luar.

3.2 Memberi kesedaran terhadap peserta tentang tanggungjawab dan amanah yang telah
diberikan.

3.3 Membentuk semangat pasukan yang mengaplikasikan konsep kerjasama dan semangat saling
melengkapi.

3.4 Memantapkan peserta dengan ilmu pengucapan umum yang baik.

3.5 Mendedahkan dengan lebih jelas kepada peserta tentang konsep kepimpinan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan generasi yang dinamis, berakhlak mulia dan mampu berdikari.

4.2 Memperkaya dan menjana pelajar dari segi moral, kedinamikan kepimpinan, kerja
berpasukan dan berdikari.

4.3 Melatih pelajar tentang persediaan menghadapi segala bentuk cabaran yang bakal dihadapi
di sekolah dan kerenah pelajar-pelajar lain.

5.0 TEMA

“KEPIMPINAN MENCORAK KEGEMILANGAN GENERASI BAHARU”

6.0 ANJURAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa
dan Perhubungan Alumni.
7.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 25 & 26 APRIL 2015

8.0 TEMPAT PROGRAM

8.1 Hutan Pendidikan Alam, UKM

9.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Peserta: 120 orang pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long yang terdiri daripada Pengawas,

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan AJK Koperasi Sekolah.

Urusetia: 75 orang mahasiswa.

10.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B
12. 0 PERINCIAN PROGRAM

12.1 Ice Breaking

Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan saling berkenalan antara
mereka supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini memudahkan mereka
mengenali satu sama lain dan menghilangkan rasa malu dalam diri antara mereka sendiri. Selain itu,
aktiviti ini akan membentuk sebuah kumpulan yang mana mereka akan kekal dalam kumpulan yang
sama sepanjang program ini dijalankan. Hal ini adalah untuk mengeratkan antara mereka dan
mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam pelbagai generasi.

12.2 Nightwalk

Aktiviti ini dilakukan di dalam hutan melibatkan semua peserta untuk berjalan di dalam hutan sambil
melihat keindahan hutan di waktu malam.Objektif aktiviti ini adalah untuk menanamkan rasa rendah
diri kepada Tuhan akan alam ciptaannya dan juga menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.

12.3 Idea & Create

Aktiviti ini akan dilaksanakan secara serentak oleh semua kumpulan. Peserta diminta untuk berfikir di
luar kotak untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang diberikan dan mencatat masa
terpantas. Objektif utama aktiviti ini adalah menanam pemikiran bahawa tidak ada apa yang
mustahil sekiranya kita berusaha.

12.4 Blindfold (Aktiviti Ekor Ikan)

Peserta dikehendaki untuk menampal ekor binatang yang telah diberikan oleh urusetia dengan mata
diikat dengan kain hitam.Markah akan diambil untuk setiap percubaan yang berjaya.Peserta
dibenarkan untuk mengganggu atau tidak mengganggu peserta yang sedang melakukan aktiviti
ini.Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih peserta untuk yakin pada diri sendiri dan juga tidak
terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

12.5 Pembentukan Kumpulan

Peserta akan beberikan beberapa ayat untuk dibaca dengan menggunakan gaya tubuh dengan betul.
Aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara diluar kebiasaan.
Peserta dapat menjadikan komunikasi lebih menarik dalam usaha meyakinkan orang.
12.6 Malam Kebudayaan

Aktiviti ini melibatkan semua peserta untuk mengimbas kembali kisah-kisah yang telah mereka lalui
sepanjang hidup mereka.Aktiviti ini disertai dengan muzik yang menyedihkan dan turut disertakan
dengan peristiwa yang bakal terjadi sekiranya peserta tidak ambil endah dengan
sekelilingnya.Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang
pentingnya mengejar cita-cita seiring dengan hasrat ibu bapa peserta.

12.7 Obstacle

Aktiviti ini ala-ala seperti “Explorace” tetapi peserta dikehendaki untuk menyelesaikan setiap
tugasan di checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan.Setiap checkpoint mempunyai tugasan yang
berbeza dan tahap kesusahan yang berlainan.Aktiviti ini bertujuan untuk menguji daya fizikal peserta
dan juga menguji kreativiti peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.Semangat
kerjasama antara setiap ahli kumpulan akan terserlah melalui aktiviti ini.

13.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C
14.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi :

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

Paras 2, Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan

(u/p : Wan Nadhirah binti Wan Rusli )

Tel : 0112-3309917

Faks : 03-89253352

E-mel : upsm_ukm@yahoo.com

Laman Web : upsm-ukm.blogspot.com

15.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan kewangan
daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni. Semoga program ini berjalan
dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah disasarkan. Terima kasih kepada pihak
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni di atas kerjasama yang diberikan.
LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM MOTIVASI

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Datin Noor Azizah Binti Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni

Penasihat 1

Cik Najwa Ahmad Zawawi

Ketua Pusat Khidmat Siswa,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat 2

Encik Abdul Qaiyum Borhan

Eksekutif Pusat Citra,

Universiti Kebangsaan Malaysia


Ketua Pengarah

Wan Nadhirah Binti Wan Rusli (FEP/3/A139392)

0112-3309917

Timbalan Ketua Pengarah

Siti Nazariah Binti Mohd Nasil (FPEND/2/A143884)

0111-7938303

Setiausaha

Siti Khairunnazurah Binti Kaspari (FTSM/2/A146308)

017-3306824

Bendahari

Nurul Syakinah Binti Shabudin (FST/2/A146705)

0111-5629569

.
Pengarah Program : Asyraf Bin Aman (FST/2/A146168)

: Muhammad Razali Bin Mohd Azaman (FKAB/2/A143914)

Pengarah Pemasaran : Nursyahirah Binti Dzulkifli (FPI/2/A144951)

: Muhammad Amirul Rafiq Bin Ahmad Affendi (FST/2/A146184)

Pengarah Kebajikan dan : Hairol Anuar Bin Md. Isa (FKAB/2/A144016)

Penginapan : Najatul Amira Binti Rahmat (FKAB/2/A142390)

Pengarah Pengangkutan dan : Zulfazri Bin Ismail (FST/2/A145902)

Keselamatan : Nurhumaizatul Akmal Binti Mustafa (FSSK/3/A142416)

Pengarah Protokol : Nurul Hidayah Binti Jamil (FTSM/2/A146705)

dan Cenderamata : Suraiya Musfirah Binti Razalan (FST/3/A141638)

Pengarah Tugas-tugas Khas : Norazana Binti Awang Kechik (FSSK/3/A140760)

: Nor Hafiza Binti Kassim (FSSK/3/A140904)

Pengarah Teknikal : Siti Aqilah Binti Mohammad Hadzir (FST/3/A141837)

: Nur Hamizah Binti Romli (FTSM/3/A142182)

Pengarah Jamuan : Alnurmaeza Binti Matyusof (FEP/3/A140203)

: Farhan Noor Bin Ishak (FSSK/3/A140784)


LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA

25 & 26 APRIL 2015

Tarikh dan Masa Program Tempat

25 April 2015
(Sabtu)

9.00 pagi Tiba di Hutan Pendidikan Alam/Pendaftaran


Peserta
9.30 pagi Taklimat Program
-Ketua Pengarah
-Program Hutan Pendidikan Alam
-Kebajikan & Penginapan
-Pengangkutan & Keselamatan
-Disiplin
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi Ice Breaking dan Pembahagian Kumpulan
12.00 tengah hari Pembentukan Kumpulan
1.00 petang Kemas Diri/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.00 petang Pembentangan Pembentukan Kumpulan
3.30 petang Idea & Create
5.00 petang Minum Petang/Solat Asar
5.30 petang Blindfold (Ekor Binatang)
6.30 petang Makan Malam
7.00 petang Kemas Diri/Solat Maghrib & Isyak/Bacaan
Yassin
9.00 petang Malam Kebudayaan
11.00 petang Minum Malam/Rehat
12.00 tengah malam Night Walk
3.30 pagi Rehat Diri

26 April 2015 (Ahad)

6.00 pagi Kemas Diri/Solat Subuh/Tazkirah Hutan Pendidikan Alam

7.00 pagi Riadah Pagi Sekitar Kawasan Hutan Pendidikan


Alam
8.00 pagi Sarapan Pagi
9.00 pagi Obstacle
11.30 pagi Minum Pagi/Kemas Diri
12.30 tengah Hari Makan Tengah Hari
1.00 petang Majlis Penutup
3.00 petang Bertolak Pulang
LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN
KURSUS KEPIMPINAN PERDANA
BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Bil Perkara RM
1 Sumbangan
 Pusat Pembangunan Mahasiswa dan 2000.00
Perhubungan Alumni
 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar 4800.00
Baru Sungai Long (RM40 X 120)
 Tabung UPSM 200.00
 Badan-badan Swasta 2000.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 9000.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara RM
1 Tugas-tugas Khas
 Banner (RM100 X 1) 100.00
 Tag Nama (RM2 X 195) 390.00
 Baju (RM30 X 75 ) 2250.00

2 Cenderamata
 Pihak Sekolah 100.00
 Hamper / Hadiah (RM50 X 2) 100.00
 VIP 100.00

3 Jamuan
 Sarapan Pagi (RM3 X 195 X 1) 585.00
 Minum Pagi (RM3 X 195 X 2) 1170.00
 Makan Tengah Hari (RM6 X 195 X 2) 2340.00
 Minum Petang (RM3 X 195 X 1) 585.00
 Makan Malam (RM5 X 195 X 1) 975.00

4 Runcit dan Kontinjensi 305.00


JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 9000.00

Anda mungkin juga menyukai