Anda di halaman 1dari 5

SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM, 06050 BUKIT KAYU HITAM, KEDAH

KERTAS KERJA
Program Jom Hidup Sihat

ANJURAN :
KELAB DOKTOR MUDA
UNIT KESIHATAN
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
1.0 PENGENALAN
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi kepada golongan yang disasarkan
iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya
hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di
bangku sekolah lagi. Oleh itu, pihak pengajur memohon peruntukkan daripada bantuan khas
kokurikulum untuk membeli peralatan bagi tujuan tersebut. Aktiviti yang dianjurkan akan
dilaksanakan di luar bilik darjah semasa sesi kokurikulum.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat
dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan “Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan
Jom Hidup sihat dan Selamat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan
dan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai
kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan
ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan
bermula dari rumah.

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup sihat dan Selamat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan
seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program
ceramah, pratikal mengimbas suhu badan para pelajar akan dapat memupuk perasaan
cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal,
mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya
lahir dari minda yang cerdas.
1.5 OBJEKTIF PROGRAM

- Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan
sekolah terhadap kesihatan.
- Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai cara-cara menangani pandemik
Covid 19 dalam kalangan pelajar.
- Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.
- Memastikan para pelajar dapat belajar cara-cara mengelakkan daripada dijangkiti Covid
19.
- Membimbing para pelajar kearah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk
seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

2.0 AJK PELAKSANA PROGRAM JOM HIDUP SIHAT DAN SELAMAT

PENASIHAT
En. Rosli bin Endut
Pengetua SMK Bandar Bukit Kayu Hitam

PENGERUSI
Pn. Mastura bt Mat Min
Penolong Kanan Ko- Kurikulum

SETIAUSAHA
Pn. Sarirah bt Shuib
Ketua Panitia PJK
Dan
Pn. Hajar Sharipah bt Mohamad
Guru Pembimbing Kelab Doctor Muda

BENDAHARI
Pn. Hajar Sharipah bt Mohamad
Guru Pembimbing Kelab Doktor Muda

AJK
Ahli Kelab Doktor Muda
3.0 CADANGAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan pada waktu kokurikulum iaitu pada 2 September 2020 (Hari Rabu
2.30 petang sehingga 4.30 petang). Program tersebut akan dikendalikan oleh guru-guru penasihat
kelab Doktor Muda.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat.

Bil Aktiviti yang dirancang AJK Pelaksana


1. Ceramah dan Sidang Video Pandemik Covid 19 seluruh dunia Kelab Doktor Muda
2. Pratikal Pemeriksaan suhu badan PJK dan Unit Kesihatan
3. Kempen basuh tangan

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN UNIT JUMLAH


1 Alat Pengimbas suhu badan 1 RM 350.00
JUMLAH BESAR RM 350.00

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1 Bantuan Khas Kokurikulum (BKK) RM 350.00
5.0 SUMBER KEWANGAN

6.0 PENUTUP
Diharapkan Program Jom Hidup Sihat yang dianjurkan oleh Panitia PJK, Kelab Doktor Muda
dan Unit Kesihatan SMKBBKH ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif
yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan
mengelakkan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

…………………………… ………………………

( PN. HAJAR SHARIPAH BT MOHAMAD) (PN. MASTURA BT MAT MIN)

Guru Pembimbing Kelab Doktor Muda Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SMK Bandar Bukit Kayu Hitam. SMK Bandar Bukit Kayu Hitam

Anda mungkin juga menyukai