Anda di halaman 1dari 14

Mohd Jupiter b. Md.

Sidek (720907065095002)

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

PRAKATA

Program GAYA HIDUP SIHAT, BANGSA GEMILANG ini merupakan program


yang berasaskan kepada program kesihatan. Pengabaian Kesihatan seringkali di pandang
ringan oleh masyarakat sekarang yang boleh mencetuskan pelbagai penyakit kronik berkait
dengan kesihatan. Program ini di rencanakan atas dasar untuk memberikan pendedahan
kepada pelajar sekolah tentang kempen cara hidup sihat, Kepentingan senaman, pengurusan
stress, tidur dan rehat serta kepentingan rekreasi kepada mereka.
Kesihatan merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat
pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.
Amalan senaman secara efisen adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sepanjang
hayat. Amalan ini seharusnya dibentuk dan dipupuk dari peringkat awal lagi. Pada peringkat
kanak-kanak.
(WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan
sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit. Definisi ini
menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang
sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan
insan. Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama kerajaan Malaysia.

Menurut Whitman (2000), Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia


(World Health Organisation) mendapati bahawa kajian di negara-negara maju dan
membangun menunjukkan program kesihatan yang dijalankan di sekolah dapat
mengurangkan masalah kesihatan, meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan dan
seterusnya kesihatan awam, pembangunan sosial dan ekonomi.

Sebagaimana yang kita ketahui, kesihatan merupakan satu khazanah kehidupan yang
harus dihargai dan dipupuk oleh semua manusia. Dengan adanya kesihatan yang bagus,
kualiti kehidupan barulah dapat terjamin dan seterusnya menyumbang kepada kehidupan
yang aman bahagia. Maka, kesihatan hanya boleh dicapai jika tubuh diberikan penjagaan
yang seimbang dan betul. Salah satu langkah bagi mencapai kesihatan adalah malalui amalan
gaya hidup sihat sebagimana yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan
oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diajar dan disemai seawal mungkin,
terutama sekali pada peringkat kanak-kanak dan seterusnya diperkembangkan sehinggalah ke
peringkat dewasa. Oleh sebab itu, Pameran Gaya Hidup Sihat dicadangkan sebagai
pendedahan, mendidik dan mengukuhkan lagi pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat di
kalangan pelajar.

Program rekreasi pula adalah sebagai asas penting yang menyumbang kepada
kesihatan yang baik. Pelajar perlu di dedahkan dengan aktiviti rekreasi samada lansung atau
tidak bersama keluarga dan ketika di sekolah. (re-creare dalam bahasa Latin) ialah
penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain.
Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan dan minda. Ianya merangkumi aktiviti
sukan/ rekreasi, hobi dan melancong atau percutian.

Kesihatan tidak bermakna orang itu sakit, termasuk dia tak sihat dari segi mental.
Kesihatan termasuk juga cara hidup seharian. Kesihatan berkait rapat kpd siapa kita sebagai
individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap oaring lain, persekitaran dan
cabaran-cabaran kehidupan seharian.

Pengurusan stress, di samping tidur dan rehat yang cukup juga amat penting dalam
pembentukan jati diri dan sahsiah dikalangan kanak-kanak. Dan mereka perlu diberi
pendedahan ketika di bangku sekolah bagi mempersiapkan mereka untuk kehidupan.
Informasi atau input yang di salurkan adalah di harapkan dapat member maklum balas positif
di samping menambah pengetahuan tentang pentingnya amalan hidup sihat dan kesan jika
tidak mengamalkan Gaya Hidup sihat kepada mereka.

Ini kerana, kesihatan yang bagus dapat menyumbang kepada kualiti kehidupan yang
terjamin dan seterusnya menyumbang kepada kehidupan yang aman bahagia dan sejahtera.

2
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

TUJUAN KERTAS CADANGAN

 Memohon kelulusan daripada Guru Besar SK. Lembah Jabor untuk mengadakan
Pameran Gaya Hidup Sihat bagi murid-murid tahap 2.

 Memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Terengganu dan Jabatan Kesihatan


Terengganu bagi perlaksanaan program” Program Gaya Hidup Sihat”.

 Memohon batuan kewangan untuk perbelanjaan bagi penyediaan bahan pameran.

NAMA PROGRAM

Pameran Gaya Hidup Sihat 2010 SK. Lembah Jabor

TEMA PROGRAM

 Program ini adalah bertemakan ”Gaya Hidup Sihat, Bangsa Gemilang”. Ianya
dipilh kerana pentingnya amalan gaya hidup sihat bagi menghasilkan pelapis yang
gemilang untuk masa depan.
 Kain retang akan direka dan digantung pada Dataran Perhimpunan simbolik dengan
tandatangan pelajar dan guru menandakan mereka serius untuk melakukan perubahan
dalam Gaya Hidup mereka.

MATLAMAT

Pameran ini direncanakan bagi mendidik dan menambah pengetahuan murid tentang
amalan Gaya Hidup Sihat masa kini serta menyemai kesedaran murid-murid tentang bertapa
pentingan amalan Gaya Hidup Sihat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan anak didik yang
sihat dari JERIS iaitu penekanan kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
mental.

3
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

OBJEKTIF

1. Sebagai sumber informasi yang cepat, berkesan dan dapat menambah pengetahuan
terhadap semua pengunjung pameran tentang pentingya aspek senaman dan rekreasi,
rehat dan tidur serta pengurusan stress. Ianya juga berperanan sebagai membetulkan
pemahaman dan konsep yang salah berkaitan amalan gaya hidup.

2. Sebagai sumber bagi penambahan ilmu melalui penggunaan alat komunikasi serta
bahan multimedia sebagai medan kepada murid-murid untuk mengamalkan amalan
gaya hidup sihat.

3. Menjadi titik mula bagi pelajar untuk melakukan perubahan dalam hidup.

RASIONAL
Program Pameran Gaya Hidup Sihat, SK Lembah Jabor adalah untuk:

1. Menjalin ukhwah antara warga sekolah , masyarakat setempat dan jabatan kesihatan
dalam usaha untuk menangani masalah kesihatan khususnya di kalangan pelajar.
2. Melahirkan generasi muda mengutamakan kesihatan fizikal dan dan seterusnya dapat
menjarakkan diri dari ancaman penyakit kronik.
3. Membelanjakan peruntukan secara berkesan sepanjang program ini dijalankan.

4
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

FORMAT PERLAKSANAAN PROGRAM.

1. Bahan bercetak dan bahan multimedia yang pelbagai jenis dan bewarna dipilh
sebagai punca menyalurkan maklumat.
2. Tayangan Slaid dan video kesihatan juga akan dijalankan sebagai satu lagi saluran
menyampaikan informasi amalan gaya hidup sihat kepada para murid. Melalui
tayangan slaid ini, para murid boleh melihat cara hidup sihat yang betul dan
berkesan.
3. Senam Ria dan Poco-poco akan dilaksanakan bagi semua warga SK Lembah
Jabor bagi mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru. Ianya juga adalah
untuk menarik minat pelajar dan mendedahkan pelajar dengan langkah-langkah
senaman yang betul selain mengubah pandangan para pelajar tentang apa yang
mereka fikirkan tentang senaman. langkah-langkah senaman yang betul.
4. Ceramah Gaya hidup sihat yang akan disampaikan merangkumi meliputi topik-
topik seperti senaman dan rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stress. Pelajar
akan dapat memahami konsep ketiga-tiga topik di atas serta dapat mempelajari
cara untuk mempraktikkan ketiga-tiga komponen gaya hidup sihat dalam
kehidupan mereka.
5. Pameran menggunakan Poster yang di dapati dari Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu juga disediakan dimana ia merangkumi topik-topik senaman dan
rekreasi, rehat dan tidur serta pengurusan stress. Maklumat disediakan secara
berinformasi, berilustrasi serta menarik serta senang difahami dan dibaca.
6. Kuiz Kesihatan adalah bertujuan untuk memcari maklum balas terhadap
kefahaman murid yang melawat pameran selain untuk menguji kefahaman.

PENGANJUR

Program ini di kelolakan oleh

Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)

SK Lembah Jabor.

5
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

CADANGAN TARIKH

Tarikh yang dipilh ialah pada 26 September selama satu hari.

TEMPAT

Gelangang Bola Tampar SK Lembah Jabor dan perpustakaan.

PERASMIAN

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kemaman.

JEMPUTAN

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kemaman

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman

Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Pegawai Guthrie Ladang Jabor

KUMPULAN SASARAN

Program ini mensasarkan ialah murid-murid Tahap 2 yang selaras dengan


perkembangan mental / kognitif mereka.

6
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

CARTA OGRANISASI

PROGRAM “ GAYA HIDUP SIHAT, BANGSA GEMILANG” 2010.

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Wan Adnan b. Wan Muda

Guru Besar SK Lembah Jabor.

Pengerusi : Pn. Aziman bin Rawi

GPKKK SK Lembah Jabor

Naib Pengerusi : Pn. Kamariah bt. Sulong

Ketua Panitia PJPK

Setiausaha : En. Mohd Jupiter b. Md. Sidek

Bendahari : En. Amri b. Jusoh

AJK : Guru-guru Panitia PJPK

Cik Mazma bt. Nordin

En. Poobalan a/l Muthusamy

En. Lukman b. Rahim

Pn. Nor Asyikin bt. Ali

Pn. Rosmini bt. Rani

7
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

JAWATANKUASA KEMPEN CARA HIDUP SIHAT, “ GAYA HIDUP SIHAT,


BANGSA GEMILANG”. PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010

Penaung : En. Wan Adnan b. Wan Muda (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Romaizi b. Mamat( GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Kamariah bt. Sulong (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En. Mahathir b. Fauzi (S/U PPDa)
Setiausaha : En. Mohd Jupiter b. Md. Sidek
Pen. Setiausaha : Pn. Azhani bt. Mamat
Persiapan Tempat / : En. Sidek b.Hassan
Kawalan Displin En. Suhardi b. Ali
Skesta : En. Aziman b. Rawi
Jamuan : Jawatankuasa Kantin
Siaraya : En. Ismail b. Kasim
Tayangan CD : Unit Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Kuiz Kesihatan : En. Amri b. Jusoh
Penyambut tetamu
Senam Ria dan Poco-poco : En. Poobalan a/l Muthusamy
En. Lukman b. Rahim
Pn. Nor Asyikin bt. Ali
Pn. Rosmini bt. Rani
Penyelaras Mewarna & Poster : Panitia Pendidikan Seni Visual
Cenderamata/ Persiapan Tempat : Pn. Sabariah Ali
Juruacara Majlis Perasmian : Cik Mazma bt. Nordin
Pengurusan Pameran dan Carian : En. Ibrahim bin Mohd Nor
Maklumat Pn. Maziah bt. Fauzi
Pn. Madaliana bt. Jusoh

BAHAN BERKAITAN TAJUK PAMERAN

Bahan-bahan pameran adalah melalui carian di Pusat Sumber Sekolah , Buku-buku


Kesihatan, Majalah, Surat Khabar ( Pengguna / Kosmik), Poster dari Jabatan Kesihatan
Terengganu , Jurnal Kesihatan dan dari Pusat-Pusat Kesihatan Komuniti Daerah Kemaman.

MANUAL KERJA JADUAL KEMPEN CARA HIDUP SIHAT,

8
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

“ GAYA HIDUP SIHAT, BANGSA GEMILANG”.

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010

PERSONALIA MANUAL KERJA

Penyelaras - Merancang Program


- Mengendali Dan Menyelia Perjalanan Program

Gimik Perasmian - Memikirkan Format Gimik Perasmian


- Mengendalikan Gimik Perasmian

Setiausaha - Membantu Penyelaras


- Menguruskan Urusan Surat Menyurat

Pengacara Majlis -Mengacarakan Majlis Perasmian

Siaraya - Memasang, Mengemaskannya


- Memastikan Ia Dapat Berfungsi Dengan Baik

Melukis - Menyediakan Media Dan Tajuk


- Mengendalikan Pengadilan

Persiapan Tempat - Menyusun Kerusi Di Dewan (Sebelum Dan Selepas


Majlis)
- Membersih Lantai
Hadiah/ Cenderahati - Membeli Dan Membungkus
- Mengendalikan Agihan Hadiah

JADUAL KEMPEN CARA HIDUP SIHAT, “ GAYA HIDUP SIHAT, BANGSA


GEMILANG”. PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010

9
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

HARI MASA AKTIVITI

7.45 a.m. Program Senam Ria dan Poco-poco

08.30 a.m. Ketibaan para jemputan

Ahad 09.00 a.m. Pelancaran dan Perasmian Program Gaya Hidup Sihat oleh Guru
26/09/2010
Besar dan Gimik Persembahan.
09.14 a.m. Sketsa lakonan amalan rekreasi dan pelajar yang tidak mementingkan
rekreasi oleh pelajar tahun 6.
09.45 a.m. Ceramah Gaya Hidup Sihat oleh Pegawai Kesihatan Kemaman.

10.15 a.m. Rehat

10.30 a.m. Ceramah & Persembahan Power point berkaitan aktiviti rekreasi oleh
Guru Pakar Pendidikan Jasmani Sk. Chukai( Jurulatih PJK Daerah)

11.00 a.m. Pertandingan melukis berkaitan kempen cara hidup sihat.

12.00 p.m. Tayangan CD cerita yang berdasarkan Kempen Gaya Hidup sihat.

01.00 p.m. Berkumpul dan solat zohor

02.00 p.m. Pameran

03.15 p.m. Kuiz Kesihatan

03.45 p.m. Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN KEMPEN CARA HIDUP SIHAT, “ GAYA HIDUP


SIHAT, BANGSA GEMILANG”. PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010.

10
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

NO PENDAPATAN NO PERBELANJAAN
1 Duit Panitia PJPK RM 800 1 Bayaran Penceramah Jemputan RM 200.00
(RM100.00 x 2 orang)

2 Sumbangan PIBG RM 300 2 Banner RM 50.00

3 Cenderahati Penceramah RM 100.00

4 Bahan Pameran
1. Mounting Board RM 20.00
2. Kad manila RM 6.00
3. Polestrin RM 15.00
4. Alat tulis RM 12.00
5. Kertas A4

RM 17.00

5 Sarapan pagi RM 60.00


120 orang x 2 jenis kiuh
(RM0.50)

6 Makanan tengah hari RM 330.00


110 orang x RM3.00

7 Jamuan ringan RM 120.00


30 x RM4.00

8 Hadiah Kuiz RM 100.00

9. Peraduan melukis RM 100.00

BAKI h/b RM23.00

JUMLAH RM1100.00 JUMLAH RM1100.00

PENUTUP

11
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

Program ini amat di harapkan member manafaat kepada para pelajar. Kerjasama dan
komitmen semua guru amat penting agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik
dan dapat memberi informasi yang efektif serta berguna dalam kehidupan semua pelajar.
Corak hidup manusia pada masa kini agak berbeza terutama di kalangan kanak-kanak.
Panitia PJPK berharap melalui garapan aktiviti yang di rancang ini dapat mencapai objektif
Pendidikan Jasmani seperti mana yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Saya berasakan program ini amat wajar dilaksanakan bagi mengasuh serta mendidik
para pelajar dan memberi kesedaran tentang gaya hidup sihat. Pameran Gaya Hidup Sihat ini
di harapkan akan memberi peluang kepada para pelajar untuk turut serta dan diberi
pengetahuan tentang  penjagaan kesihatan. Besarlah harapan saya semoga program ini
mendapat mendapat kelulusan dan reaksi positif daripada pihak pengurusan sekolah.

DISEDIAKAN OLEH , DISAHKAN OLEH,

…………………………………… ………….………..…………………..
(MOHD JUPITER MD. SIDEK ) (WAN ADNAN B. WAN MUDA )
Setiausaha Panitia PJK, Guru Besar,
Sk. Lembah Jabor , Sk. Lembah Jabor,
26150 Kuantan Kemaman. 26150 Kuantan, Kemaman
Terengganu. Terengganu.

‘LAMPIRAN A’

ATURCARA UPACARA PERASMIAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT

12
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

GAYA HIDUP GEMILANG

8.00 pm : Ketibaan pelajar

8.15 pm : Ketibaan tetamu jemputan

8.20 pm : Persembahan Skesta

8.30 pm : Nyanyian lagu kebangsaan, Negeri Terengganu dan lagu sekolah

8.45 pm : Ucapan aluan pengerusi majlis

9.00 pm : Ucapan Guru Besar Sekolah

9.10 pm : Ucapan perasmi oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman

9.20 pm : Penyampaian cenderamata

9.50 pm : Tayangan multimedia

09.50 pm : Sesi Bergambar

10.00 pm : Tetamu Kehormat meninggalkan majlis

10.15 pm : Rehat

RUJUKAN

13
Mohd Jupiter b. Md. Sidek (720907065095002)

1. Boyle, M. W., Pitts, M. K., Philips, K. C., White, D. G., Clifford, B., & Wollet, E.

A. (1994). Exploring young people's attitudes toward knowledge of smoking.

Health Education Journal, 48, 21 - 24.

2. Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Morrow, J. R., Jackson, A. W., Bazzarre, T. L., Milne, D., & Blair, S. N. (1999).

A one year follow-up to Physical Activity and Health: A Report of the Surgeon

General: What American know about physical activity and disease. American

Journal of Preventive Medicine, 17(1), 24 - 31

4. http://minda-kembara.com/v2008/?p=177

5. http://opzaney.wordpress.com/2007/06/04/gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbangan-

rohani-dan-jasmani/

6. http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/19/kempen-gaya-hidup-sihat-perlu-

nafas-baru/

7. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat

8. http://www.sihatselalu.com.my/2010/01/segalanya-tentang-insomnia.html

9. http://tidur2010.blogspot.com/2010/01/masa-dan-hutang-tidur.html

10. http://biologilover.wordpress.com/2008/04/24/apa-itu-stress/

11. http://munsyidesso.blogspot.com/2010/01/istirehat-atau-istirahat.html

14

Anda mungkin juga menyukai