Anda di halaman 1dari 49

SARJANA PENDIDIKAN

(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN)


FAKULTI PENDIDIKAN UTM

TUGASAN : LAPORAN PROJEK

PENSYARAH :DR MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN


SUBJEK :MPF 2533 PRAKTIKUM DALAM PENGURUSAN
SEKOLAH
NAMA :RAJA MAIZATUL WIZANA BT RAJA MANSOR
MAT.NUM :MPF 111260
NAMA :SUHANA BT MD.YUSOFF
MAT.NUM :MPF 111261
NAMA : ISIDORA ALEXANDER TEK
MAT NUM : MPF 111235

1
1. NAMA PROJEK

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN

2. LATAR BELAKANG SEKOLAH

Maktab Rendah Sains Mara Muar adalah merupakan salah sebuah sekolah berasrama
penuh yang terawal dibina oleh Majlis Amanah Rakyat. Maktab ini mula dibina pada tahun
1978 dan dibuka pada tahun 1980. Namun begitu, disebabkan bangunan sekolah tidak dapat
disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, para pelajar ditempatkan di maktab yang lain
terlebih dahulu. Pada 14 Ogos 1981, kampus Maktab Rendah Sains Mara Muar dibuka semula
dan boleh digunakan oleh para pelajar. Maktab ini dibina di kawasan seluas 23 hektar yang
terletak di Bakri, Muar. MRSM Muar terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Maharani.
Dengan penambahbaikan yang dilaksanakan semenjak terbinanya sekolah ini, sekarang
MRSM Muar mampu menampung pelajar seramai 750 pelajar. Maktab ini dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan para pelajar seperti asrama, dewan makan,
gelanggang permainan, kelas yang luas dan kondusif, perpustakaan, makmal sains yang
lengkap, koperasi, serta kolam renang.

Maktab Rendah Sains Mara Muar mula beroperasi pada tahun 1980 dan beroperasi
sepenuhnya pada tahun 1981. Maktab ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua serta
menghasilkan ratusan pelajar yang cemerlang. Kini, Maktab Rendah Sains Mara Muar
dipimpin oleh Encik Sai’min bin Jumari yang mula berkhidmat di maktab ini pada 10 Jun
2013 setelah Encik Abdul Rahim bersara pada 18 Mac 2013. Maktab ini mempunyai bilangan
pelajar seramai 750 pelajar dengan bilangan tenaga pelajar seramai 66 orang. Dari segi
pengurusan maktab ini, terdapat seramai 68 orang staf sokongan yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan beberapa sektor seperti, sektor pengurusan
asrama, pengurusan stor sukan, pengurusan bekalan stor, dan penyelenggaraan bangunan.
Justeru, di bawah kepimpinan pengetua yang ke-10 ini, Maktab Rendah Sains Mara Muar
akan terus melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah sejajar dengan visi
dan misi sekolah ini iaitu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif berteraskan
2
nilai-nilai saintifik, berdikari, kreatif, berdaya keusahawanan dan patriotik serta cemerlang
dalam bidak akademik, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah.

3. PENDAHULUAN

a. Rasional projek

Pengurusan dan pentadbiran sekolah yang bersistematik dan berkesan memerlukan


tenaga pekerja yang berkemahiran dan cemerlang. Oleh yang demikian, pengetahuan dan
kemahiran tenaga pengajar dan staf sokongan sentiasa diasah melalui kursus-kursus yang
disediakan oleh pihak sekolah dan Majlis Amanah Rakyat. Namun begitu, bagi memastikan
para tenaga pengajar dan staf sokongan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam
pengurusan sekolah, tahap kesihatan juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang menjalankan tugas di sekolah.
Berdasarkan informasi yang diperolehi dari hasil perbincangan semasa mesyuarat
pengurusan sekolah, didapati bahawa bilangan guru dan staff sokongan yang mengambil
cuti sakit pada setiap bulan adalah ramai. Ini menimbulkan masalah seperti mencari guru
pengganti bagi menggantikan kelas yang ditinggalkan bagi guru yang tidak hadir dan
urusan pejabat terbantut kerana staff yang dipertanggungjawabkan tidak dapat menjalankan
tugas atas sebab kesihatan. Selain itu, terdapat juga guru dan staff sokongan yang jatuh
sakit ketika menjalankan tugas di sekolah dan terpaksa menjalani rawatan di hospital. Bagi
guru yang kurang sihat pula, ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas kerana guru tersebut tidak akan dapat memberi perhatian yang sepatutnya
kepada para pelajar.

Oleh yang demikian, tahap kesihatan tenaga pekerja dan staff sokongan sekolah perlu
diberi perhatian yang sewajarnya. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh tenaga
pengajar dan staff sokongan tidak akan dapat dimanipulasikan dengan sebaiknya sekiranya
kemahiran tersebut tidak dapat dipraktikkan di dalam kelas atau pejabat.
b. Penaja Projek
Maktab Rendah Sains Mara Muar Johor
3
 Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme Guru dan Staff
 Unit Kaunseling MRSM Muar, Johor
Pusat Kesihatan Bakri, Muar Johor

c. Kontrak Projek

Projek ini dijalankan secara berperingkat bermula pada 16 Julai 2013 dan berakhir pada 23
Ogos 2013.

4. IDENTIFIKASI PROJEK

a. Masalah dan punca masalah

i. Rekod Kehadiran Guru dan Staff


 Rekod kehadiran guru dan staff kurang memuaskan setiap bulan.
 Kadar bilangan guru dan staff yang mengambil cuti sakit adalah ramai
pada setiap bulan iaitu dalam purata 10 orang.
 Punca: masalah kesihatan seperti demam, darah tinggi, keracunan
makanan, asthma, gout dan sebagainya.

ii. Tahap Kesihatan Guru dan Staff


 Kebanyakan tenaga pengajar dan staff sokongan di sekolah terdiri
daripada golongan yang sudah berumur.
 Ramai guru dan staff sokongan tidak mengambil berat akan kesihatan
masing-masing.
 Punca: Tiada pendedahan kepada informasi berkenaan dengan kesihatan
dan symptom penyakit-penyakit.

iii. Makanan di Kafeteria

4
 Makanan yang disediakan di cafeteria kurang berkhasiat dan tidak
bersesuaian dengan diet bagi para guru atau staff sokongan yang
mempunyai masalah kesihatan.
 Punca: tiada pendedahan atau pemantauan terhadap penyediaan makanan
yang berkhasiat.

iv. Guru mengalami stress


(KERANGKA ISHIKAWA)

b. Alternatif projek

i. Ceramah kesihatan
ii.Melaksanakan program pemeriksaan secara berkala bagi guru dan staff di klinik
kesihatan pada setiap bulan.

c. Memilih satu projek

i. Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaaan Kesihatan

d. Matlamat projek

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru dan staff sokongan
tentang penyakit-penyakit dan symptom penyakit yang perlu diketahui sebagai langkah
pencegahan awal. Selain itu, melalui program ini, para guru dan staff akan dapat mengetahui
jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan berdasarkan tahap kesihatan masing-masing. Ini
adalah perlu kerana melakukan senaman yang tidak sesuai akan memburukkan lagi tahap
kesihatan seseorang. Selain itu, program ini juga mendedahkan para guru dan staff akan cara
pemakanan yang seimbang dan diet yang bersesuaian. Pemakanan yang betul dapat
mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Informasi ini juga boleh membantu para guru dan
staff yang mempunyai masalah kesihatan untuk mengawal pemakanan agar dapat mengawal
penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi dan kencing manis.
5
e. Objektif projek

i. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru dan staff akan amalan gaya hidup sihat.

ii. Meningkatkan produktiviti bagi meningkatkan prestasi sekolah.

iii. Guru dan staff mengetahui cara mengatasi stress melalui pendedahan kepada aktiviti
fizikal yang dicadangkan.

5. KERANGKA PROJEK

a. Aktiviti – aktiviti

PROGRAM
KESEDARAN
KESIHATAN

Fasa 1: PEMERIKSAAN Fasa 2: PEMERIKSAAN Fasa 3: CERAMAH Fasa 4: PEMERIKSAAN


BMI DARAH KESIHATAN SUSULAN

NUTRITIONIST
DIJALANKAN JURURAWAT PUSAT JURURAWAT PUSAT
PHYSIOTERAPHIST
OLEH GURU PJK KESIHATAN BAKRI KESIHATAN BAKRI
MEDICAL DOCTOR

Rajah 1 : Kerangka Projek


Program kesedaran kesihatan ini melibatkan pihak pengurusan dan pentadbiran, para
guru, semua staff sokongan MRSM Muar serta kakitangan perubatan di Klinik Kesihatan
Bakri. Kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi memastikan kualiti kesihatan dan
kualiti kehadiran para warga kerja MRSM Muar mencapai tahap yang diharapkan iaitu
sekurang – kurangnya 60% warga kerja MRSM Muar memiliki tahap kesihatan yang baik

6
dan sekurang – kurangnya hanya 30% sahaja warga kerja MRSM Muar yang mengambil cuti
perubatan ( Medical Certificate ) dalam setahun, menjelang tahun 2014. Program ini perlu
dilakukan setiap tahun supaya amalan pemakanan dan gaya hidup sihat menjadi sesuatu yang
sudah sebati di dalam amalan kehidupan para warga kerja MRSM Muar.

Oleh itu, kerjasama di antara ahli jawatankuasa program, para guru dan kakitangan
MRSM Muar serta kakitangan dan pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bakri amat penting
bagi memastikan kejayaan program ini. Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada warga kerja
MRSM Muar dan warga kerja Klinik Kesihatan Bakri yang dipilih hendaklah memahami
matlamat dan objektif program ini dan seterusnya memiliki komitmen dan kemahiran untuk
melaksanakannya. Guru – guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan MRSM Muar telah
dipilih untuk melakukan pemeriksaan BMI kerana mereka memiliki ilmu dan kemahiran
berkaitan proses terebut. Manakala, beberapa orang jururawat Klinik Kesihatan Bakri pula
ditugaskan untuk mengambil darah dan melakukan pemeriksaan darah serta melaporkan hasil
keputusan ujian darah tersebut kepada setiap warga kerja MRSM Muar. Pegawai perubatan
pula bertindak sebagai ilmuan yang menyampaikan, mendidik amalan gaya hidup sihat dan
memantau tahap kesihatan warga kerja MRSM Muar.

Kelebihan program ini ialah tahap kesihatan warga kerja dipantau secara berkala dan
berterusan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bakri. Ini menunjukkan pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah, serta pihak klinik kesihatan tersebut benar – benar komited untuk
memastikan tahap kesihatan warga kerja MRSM Muar berada di tahap yang baik. Sekiranya
didapati hasil laporan kesihatan seseorang warga kerja berada di tahap membimbangkan ,
pegawai perubatan dan jururawat kesihatan akan mengambil tindakan yang bersesuaian bagi
membantu meningkatkan tahap kesihatan warga kerja berkenaan.

Program ini juga secara tidak lansung memberi maklumat yang tepat tentang tahap
kesihatan sebenar setiap warga kerja di MRSM Muar. Mereka juga tidak perlu pergi sendiri
ke klinik kerajaan atau klinik swasta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Apabila
warga kerja MRSM Muar mengetahui situasi kesihatan masing –masing, mereka dapat
meningkatkan usaha untuk memperbaiki tahap kesihatan mereka.
7
Kesimpulannya, program kesedaran kesihatan ini menjadi peransang untuk meningkatkan
amalan gaya hidup sihat, tahap kesihatan warga kerja MRSM Muar dan seterusnya
meningkatkan kualiti kehadiran dan prestasi pekerja di MRSM Muar.

i. Kos projek, sumber projek dan tempoh masa


- Kos : Penggunaan kewangan yang sangat minimum iaitu untuk jamuan minum petang
penceramah dan ahli jawatankuasa program serta pembelian cenderahati tanda
penghargaan MRSM Muar kepada Klinik Kesihatan Bakri.
- Sumber : peruntukan kewangan sekolah.
- Tempoh masa : 16 Julai – 19 Ogos 2013.

ii Susunan aktiviti projek :


- Pembentukan jawatankuasa
- Mesyuarat perancangan
- Pemeriksaan BMI ( oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru - guru
pendidikan jasmani dan kesihatan )
- Pemeriksaan darah ( oleh jururawat Klinik Kesihatan Bakri )
- Pengedaran laporan hasil ujian darah dan pemeriksaan BMI kepada setiap warga kerja
MRSM Muar ( oleh ahli jawatankuasa program )
- Ceramah kesihatan oleh doktor perubatan tentang risiko penyakit – penyakit kesan
daripada amalan gaya hidup negatif, amalan diet dan senaman yang betul.
- Pemeriksaan kesihatan susulan oleh jururawat Klinik Kesihatan Bakri.
- Mesyuarat post-mortem

iii Aktiviti – aktiviti kritikal dalam projek

- Memastikan setiap warga kerja MRSM Muar untuk melakukan pemeriksaan BMI dan
ujian darah.
- Mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan amalan bersenam yang betul serta
gaya hidup sihat di mana memerlukan komitmen semua warga kerja MRSM Muar.
8
b. Indikator prestasi

Bil Aktiviti Tarikh Indikator

1 Mesyuarat penubuhan Pengetua MRSM Muar telah


Jawatankuasa dan menyatakan sokongan dan
persetujuan untuk
perlaksanaan Program
Kesedaran Kesihatan ini.

2 Mesyuarat Perancangan 16 Julai 2013 Mesyuarat bersama


Program. Pengetua, Timbalan
Pengetua, ahli jawatankuasa
Unit Pembangunan Staf dan
Profesionalisme dan guru –
guru pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

3 Aktiviti 1: Pemeriksaan 26 Julai 2013 Semua guru dan kakitangan


BMI sokongan mengukur
ketinggian dan menimbang
berat badan masing – masing
dengan bantuan guru – guru
pendidikan jasmani di Stor
Sukan.

4 Aktiviti 2: Pemeriksaan 29 Julai 2013 Semua guru dan kakitangan


Darah sokongan menjawab soalan
ujian tahap tekanan stress,
membuat ujian tekanan darah
dan turut melakukan ujian
pemeriksaan darah dengan
bantuan para jururawat dari
Klinik Kesihatan Bakri.
5 Aktiviti 3: Ceramah 19 Ogos 2013 Semua guru dan kakitangan
Kesihatan sokongan menghadiri
ceramah kesihatan dan
amalan gaya hidup sihat.
Mereka telah menerima hasil
keputusan ujian tekanan
stress dan ujian darah.
Penceramah adalah terdiri
daripada seorang doktor
9
perubatan, seorang doktor
pemakanan dan seorang
Psikoterapist
6. Aktiviti 4: Pemeriksaan 21 Ogos 2013 Semua guru dan kakitangan
Susulan sokongan MRSM Muar
membuat pemeriksaan
kesihatan susulan di Bilik
Seri Cempaka dengan
bantuan beberapa orang
jururawat Klinik Kesihatan
Bakri.
7. Serahan Laporan kepada 22 Ogos 2013 Setiausaha program
Timbalan Pengetua HEA menyediakan dan
menyerahkan laporan
program kepada Timbalan
pengetua HEA, Cik Juliati.
8 Mesyuarat Post-Mortem 22 Ogos 2013 Pengetua, Timbalan Pengetua
HEA, Ahli jawatankuasa
Program Kesedaran
Kesihatan bermesyuarat
untuk menilai keberkesanan
dan meneliti hasil program
yang telah dijalankan. Ahli
mesyuarat turut
membincangkan
penambahbaikan yang perlu
dilakukan kelak.

Jadual 1: Indikator Prestasi

KENALPASTI MASALAH

TARGET

c. Garis panduan perlaksanaan


OBJEKTIF

MENCADANGKAN KERTAS KERJA


CAPAI/ TIDAK CAPAI

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA

PELAKSANAAN PROGRAM: AKTIVITI 1, 2,3 & 4


10
POST MORTEM

TAMAT
Rajah 2: Carta Aliran Kerja

Rajah di atas menunjukkan carta aliran kerja dalam Program Kesedaran Kesihatan di
Maktab Rendah Sains Mara Muar Johor. Aktiviti dimulakan dengan mengenalpasti masalah yang
dialami dalam pengurusan Apabila masalah dan target serta objektif sudah dikenalpasti, kertas
cadangan dibuat dan dikemukakan kepada Pengetua sekolah. Setelah kertas cadangan diterima,
mesyuarat penubuhan jawatankuasa dijalankan dan tugas-tugas dibahagikan semasa mesyuarat.
Tarikh-tarikh untuk melaksanakan aktiviti juga ditetapkan di dalam mesyuarat. Seterusnya,
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang di dalam mesyuarat dilaksanakan mengikut tarikh yang
telah ditetapkan. Setelah semua aktiviti telah dilaksanakan, mesyuarat jawatankuasa akan
diadakan sekali lagi bagi tujuan post- mortem. Post mortem ini perlu bagi mengenalpasti
kelemahan program tersebut bagi tujuan penambahbaikan dan juga untuk mengenalpasti sama
ada objektif program berjaya dicapai atau sebaliknya.

6. PELAKSANAAN PROJEK
a. Menentukan sumber manusia untuk pelaksanaan projek

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN

Perancangan Pelaksanaan Pemantauan Penilaian


Program 11
Program Program
Kenalpasti Mengumpulkan Analisis data
data berat dan Refleksi
dan spesimen
masalah ketinggian

Penyediaan Mengumpulkan
Mengumpulkan
kertas kerja data tekanan Penambahbaikan
data pemeriksaan
darah dan kehadiran guru dan
susulan
spesimen darah kakitangan

Projek
Mendapat Prestasi dan
Mengedarkan Mesyuarat Post
Kelulusan komitmen kerja
hasil keputusan Mortem
ujian darah dan meningkat
hasil pengiraan
BMI kepada staf
setiap guru dan

Ceramah
Program
Kesedaran
Kesihatan

Rajah 3 : Rajah Kerja Program

Perancangan Program

Jawatankuasa perancang Program Kesedaran Kesihatan telah bersama – sama berbincang


untuk meyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan program ini.
Program yang dirancang ini telah mendapat sokongan yang padu daripada tuan Pengetua
MRSM Muar dan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik yang terlibat secara langsung
dengan para guru dan para kakitangan sokongan.

Pelaksanaan Program
12
Pelaksanaan program telah berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak.
Walaupun pada awalnya terdapat rungutan dan keengganan segelintir guru dan kakitangan
untuk memberi data BMI serta membuat ujian darah. Namun masalah tersebut dapat di atasi
dan mendapat komitmen sepenuhnya daripada mereka selepas dimaklumkan semua hasil
laporan adalah sulit.

Pemantauan Projek

Semua ahli jawatankuasa perancang Program Kesedaran Kesihatan telah mengadakan


mesyuarat “post-mortem” untuk mengenalpasti segala kekuatan dan kekurangan program
yang akan ditambahbaik pada masa akan datang.

Penilaian Projek

Hasil daripada mesyuarat “post-mortem” ahli mesyuarat telah membuat beberapa


cadangan penambahbaikan kepada pelaksanaan Program Kesedaran Kesihatan.

b. Membahagikan pakej-pakej kerja berdasarkan spesifikasi tugas

SENARAI AHLI JAWATAN KUASA

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN 2013

Penasihat : En. Saimin Bin Jumari

Pengerusi : Dr. Hjh Zaitun bt Abdul Majid

Penyelaras : Pn. Hjh Nik Nazila bt Nik Ahmad

Pen. Penyelaras : Cik Isidora Alexander Tek


13
Setiausaha : Pn. Siti Ashinida Bt Mohd Salleh

Pen. Setiausaha : Pn. Suhana bt Md Yusoff

Bendahari : En. Jamian Bin Said

AJK Jemputan : Pn. Yuzlyna bt Abu Bakar

AJK Makanan & Minuman : Pn. Nor Wahida bt A Wahid

AJK Persiapan Tempat : Tn. Hj. Imam Pekeh Bin Hj. Md Yasin

AJK Pengacara Majlis & Doa : En Amirul Nassir bin Yusuf

Urus setia : Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor

Jawatankuasa Program Kesedaran Kesihatan Maktab Rendah Sains Mara Muar telah
dipengerusikan oleh Pengetua iaitu Encik Saimin bin Jumari. Manakala Naib Pengerusi 1 bagi
program ini ialah Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik iaitu Dr. Hajah Zaitun binti Abdul
Majid yang telah banyak memberi bantuan serta sokongan yang sepenuhnya terhadap program
ini. Puan Nik Nazila binti Nik Ahmad telah dilantik sebagai penyelaras bagi Program
Kesedaran Kesihatan. Beliau bertanggungjawab untuk menyelaras keseluruhan proses
perancangan dan perlaksanaan program ini. Selain itu beliau juga perlu memastikan kesemua
jawatankasa yang terlibat menjalankan tugas dengan baik serta memberi bimbingan kepada
semua jawatankuasa program ini. Manakala Setiausaha ialah Puan Siti Ashinida binti Mohd
Salleh yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal dokumentasi program. Beliau telah
menyediakan surat-surat rasmi yang berkaitan dengan program ini, meminitkan mesyuarat,
mengumpul dan merekodkan laporan setiap laporan jawatankuasa untuk diserahkan kepada
pihak yang berkaitan.

Selain itu, Encik Jamian bin Said telah dilantik sebagai Bendahari yang
bertanggungjawab untuk membentangkan bajet kewangan yang diperlukan untuk
melaksanakan program ini. Seterusnya, beberapa orang guru telah dilantik sebagai
jawatankuasa pelaksana program yang membantu untuk menguruskan beberapa tugas. Puan

14
Yuzlyna binti Abu Bakar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Jemputan dan tugas beliau
ialah untuk menghantar surat jemputan kepada guru dan staf dan juga menampal notis
pemberitahuan tentang program yang dijalankan. Puan Nor Wahida Bt. Wahid dilantik sebagai
AJK Jamuan yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman bagi jururawat
yang datang untuk pemeriksaan kali pertama dan pemeriksaan susulan.Selain itu beliau juga
menyediakan jamuan tengah hari untuk penceramah serta guru dan staf bagi sesi ceramah
kesihatan.

Haji Imam Pekeh bin Haji Md Yasin dilantik sebagai AJK Persiapan Tempat yang
bertanggungjawab untuk memastikan stor sukan berada dalam keadaan kemas dan peralatan
bagi mengukur ketinggian dan menimbang berat berfungsi dengan baik. Beliau juga
bertanggungjawab menempah Bilik Mesyuarat bagi pemeriksaan darah dan pemeriksaan
susulan serta Pusat Sumber Ilmu untuk sesi ceramah kesihatan. Bagi sesi ceramah kesihatan,
Encik Amirul Nassir bin Yusuf telah dilantik sebagai AJK Pengacara Majlis dan Doa dan
bertugas sebagai pengerusi majlis pada sesi ceramah tersebut. Puan Raja Maizatul Wizana
Raja Mansor telah dilantik sebagai urusetia program ini. Tugas beliau adalah menguruskan
borang untuk pemeriksaan BMI dan juga pemeriksaan darah. Selain itu, beliau juga
ditugaskan untuk menyediakan borang pendaftaran bagi guru dan staf untuk sesi ceramah
kesihatan bagi memastikan kehadiran guru dan staf diambil.

c. Memastikan jaringan aktiviti berlangsung

SENARAI SEMAK PERLAKSANAAN


PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN

BIL PERKARA BUTIRAN KERJA TARIKH TARIKH STATUS


KERJA KERJA
SIAP TERLAKSANA
1. Mesyuarat a. Perancangan
Penubuhan program 16 Julai 16 Julai 2013 
b. Kertas kerja
Jawatankuasa 2013
c. Kelulusan
15
dan Mesyuarat penyelaras,
Perancangan Timbalan
Program Pengetua dan
Pengetua
d. pembahagian
tugas mengikut
AJK
2. Fasa 1: a. mengedarkan 26 Julai 26 Julai 2013 
Pemeriksaan borang kepada 2013
tinggi, berat, staf dan guru.
b. memastikan staf
dan Indeks
dan guru hadir
Jisim Badan
untuk
(BMI)
pemeriksaan
BMI di stor
sukan.
c. Setiausaha
mengumpul
borang tersebut
dan menyerahkan
kepada
jururawat.
3. Fasa 2: a. mengedarkan
Saringan borang kepada 29 Julai 29 Julai 2013 
Kesihatan – staff dan guru. 2013
pemeriksaan b. memastikan staf
glukosa, dan guru hadir
kolestrol, untuk
triglycerides pemeriksaan
dan tekanan kesihatan di Bilik
darah, Ujian Mesyuarat.
tahap stress. c. Setiausaha
mengumpul
16
borang dan
menyerahkan
kepada
jururawat.
4. Fasa 3: a. Urusetia 
Ceramah memastikan 19 Ogos 19 Ogos 2013
Kesihatan borang kehadiran 2013
ditandatangani
oleh staf dan
guru.
b. Pengerusi Majlis
mengenalpasti
latar belakang
profession
penceramah dan
jawatan yang
disandang.
c. Setiausaha
dibantu oleh AJK
Jemputan
mengedarkan
keputusan ujian
darah kepada staf
dan guru.
5. Aktiviti 4: a. Setiausaha
Pemeriksaan berhubung
Susulan dengan Pusat
Kesihatan Bakri
6. Serahan a. Laporan Program 
Laporan kepada Kesedaran 22 Ogos 22 Ogos 2013
Pengetua Kesihatan 2013
disediakan.
17
b. Laporan yang
telah siap diteliti
dan diserahkan
kepada Pengetua.
c. Salinan laporan
dibuat sebanyak
3 salinan untuk
simpanan
penyelaras,
pengetua dan
Pengarah Pusat
Kesihatan Bakri.
7. Mesyuarat Post- a. Mesyuarat Post- 
Mortem Mortem 22 Ogos 22 Ogos 2013
dilakukan 2013

Jadual 2 : Senarai Semak Pelaksanaan

Jadual di atas menunjukkan senarai semak perlaksanaan Program Kesedaran Kesihatan


bagi Maktab Rendah Sains Mara Muar. Senarai semak telah disediakan bagi memastikan
setiap aktiviti dapat dilaksanakan. Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa telah diadakan pada
16 Julai 2013. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua Maktab Rendah Sains Mara
Muar iaitu Encik Saimin bin Jumari dan dihadiri oleh semua guru yang terlibat yang telah
dipanggil untuk bermesyuarat melalui memo dalaman maktab serta kami bertiga yang juga
merupakan ahli jawatankuasa program tersebut. Mesyuarat ini membincangkan program yang
akan dilakukan. Kertas kerja diedarkan kepada ahli mesyuarat bagi memastikan kesemua yang
hadir mendapat gambaran akan program yang akan dilaksanakan dan dapat memberi
pandangan untuk menambahbaik kertas kerja yang diedarkan.

Pada 26 Julai 2013, aktiviti pertama telah dilaksanakan iaitu pemeriksaan berat,
ketinggian dan Indeks Jisim Badan. Borang yang telah disediakan diserahkan kepada Guru
Pendidikan Jasmani iaitu Puan Siti Zarina dan Puan Rohana. Waktu yang ditetapkan untuk

18
pemeriksaan tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Guru dan staf
melakukan pemeriksaan pada waktu lapang mereka iaitu di antara sela waktu kelas. Urusetia
memastikan guru dan staf meluangkan masa untuk pergi melakukan pemeriksaan tersebut.
Borang data peribadi yang telah lengkap diisi diserahkan kepada setiausaha untuk diserahkan
kepada pegawai kesihatan Pusat Kesihatan Bakri.

Aktiviti kedua iaitu pemeriksaan kesihatan telah diadakan pada 29 Julai 2013 bermula
pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Bilik Mesyuarat. Pemeriksaan ini hanya
untuk mengambil sampel darah staf dan guru bagi tujuan menganalisa kandungan gula dan
tahap kolestrol. Selain itu, tekanan darah juga dicatatkan di dalam borang yang disediakan.
Bagi aktiviti ini, Urusetia juga bertindak mengambil kehadiran staf dan guru bagi memastikan
semua menjalani pemeriksaan tersebut. Akhir sekali, borang data peribadi yang telah lengkap
diisi diserahkan kepada jurarawat yang bertugas. Ujian ke atas sampel darah mengambil masa
selama lebih kurang 2 minggu.

Aktiviti ketiga iaitu Ceramah Kesihatan telah diadakan pada 19 Ogos 2013 bertempat di
Pusat Sumber Ilmu pada 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Sebelum ceramah bermula,
keputusan ujian darah telah diserahkan kepada staf dan guru semasa mereka menandatangan
kehadiran. Sesi ceramah ini dimulakan dengan pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran
penceramah jemputan dan para jururawat yang hadir pada pagi tersebut. Ceramah tersebut
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Taklimat Program Intervensi NCDP 1 Malaysia oleh Dr.
Nur Jalilah bt. Khazali, Obesiti dan risiko NCD oleh Dr. Hanisah bt. Arshad, dan 10,000
Langkah dan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal oleh En. Mohd Mustabilah Misnan. Sebelum
ceramah berakhir, penceramah terakhir iaitu Dr. Hanisah bt. Arshad memaklumkan
pemeriksaan susulan akan dijalankan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. Majlis pada hari
tersebut diakhiri dengan jamuan tengahari di Bilik Seri Cempaka.

Aktiviti keempat iaitu pemeriksaan susulan tidak dapat dilaksanakan dalam jangka waktu
yang telah ditetapkan untuk menyiapkan laporan program ini. Ini adalah disebabkan pihak
sekolah masih lagi menunggu maklum balas dan persetujuan pihak Pusat Kesihatan Bakri

19
berkenaan tarikh yang sesuai bagi pemeriksaan susulan. Oleh yang demikian, aktiviti keempat
masih lagi belum dilaksanakan sehingga hari ini (23 Ogos 2013).

Laporan yang telah diteliti dan disiapkan diserahkan kepada Pengetua dan jawatankuasa
yang lain semasa mesyuarat post-mortem yang diadakan pada 22 Ogos 2013. Semasa
mesyuarat tersebut, kelemahan dan kekuatan program telah dikenalpasti dan penambahbaikan
telah dicadangkan agar program ini boleh dilakukan dengan lebih baik pada masa akan
datang.

d. menyediakan sumber-sumber lain seperti perkakasan, kemudahan dan bahan

Peralatan yang diperlukan Bilangan


1. Penimbang Berat & Pengukur 2
Ketinggian
2. Pencetak 1
3. Kertas A4 5
4. Fail 9
(mengikut jawatankuasa)
5. Kerusi 140 kerusi
(peserta ceramah & penceramah)
6. Kertas A4 5 rim
7. Peralatan pemeriksaan kesihatan Disediakan oleh Pusat Kesihatan Bakri

JADUAL 3 : SUMBER DAN PERALATAN

Jadual 5 menunjukkan peralatan yang digunakan semasa program ini. Semua peralatan
yang disediakan di lokasi-lokasi aktiviti yang telah ditetapkan dan dipantau oleh Ahli
Jawatankuasa peralatan untuk memastikan peralatan tersebut telah disediakan dan berfungsi.
Kertas A4 dan pencetak disimpan oleh setiausaha untuk tujuan surat-menyurat.

7. PENGAWALAN PROJEK

a. Menentukan sistem / polisi dan stail pengurusan dalam pengawalan projek

20
Polisi yang menjadi panduan di dalam melaksanakan projek adalah :

i. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, tahun 2003 : Pemeriksaan kesihatan


bagi pegawai penjawat awam. ( 17 Ogos 2003).

ii. Peraturan - peraturan Pegawai Awam ( perlantikan, kenaikan pangkat dan


penamatan perkhidmatan ) 2012. Berdasarkan peraturan tersebut setiap penjawat
awam mestilah diakui sah sebagai seorang yang sihat untuk berkhidmat oleh
pegawai perubatan berdaftar.

Stail pengurusan adalah aspek penting di dalam pengurusan sesuatu program. Penetapan
piawaian adalah perlu bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program. Setiap aktiviti yang
dirancang adalah disusun mengikut urutan tarikh, tempat dan anggota pelaksana yang terlibat di
dalam aktiviti tersebut. Pemantauan dijalankan bagi memastikan pelaksanaan projek
berpandukan penetapan piawaian yang telah dibuat. Misalnya, sebelum aktiviti dijalankan dan
bagi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar mesyuarat diadakan dikalangan ahli
jawatankuasa program ini. Penilaian pula dibuat oleh jawatankuasa pelaksana sebaik sahaja
program dilaksanakan. Penilaian yang dibuat adalah untuk melihat keberkesanan program yang
telah dilaksanakan. Bentuk penilaian yang telah dijalankan ialah mengadakan mesyuarat “post
mortem’ dan mengedarkan borang soal selidik kepada semua peserta program selepas majlis
ceramah Program Kesedaran Kesihatan dilaksanakan.

Melalui borang soal selidik yang telah diedarkan, ahli jawatankuasa telah
mendapat maklumbalas daripada guru – guru dan kakitangan sokongan yang terlibat di dalam
program ini. Melalui mesyuarat pula, ahli mesyuarat telah bertukar –tukar idea dan pendapat
bagaimana program ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Ini menunjukkan stail kepimpinan
demokratik telah diamalkan, di mana komunikasi dua hala berlaku apabila pihak pengurusan dan
pentadbiran memberi kesempatan kepada ahli jawatankuasa pelaksana dan guru – guru serta
kakitangan sokongan menyatakan kritikan membina terhadap program ini demi kebaikan
bersama.
21
b. Menetapkan alat kawalan yang akan digunakan.

Aktiviti JULAI 2013 OGOS 2013

1 2 3 4 1 2 3 4

Mesyuarat penubuhan Jawatankuasa dan


Mesyuarat Perancangan

Fasa 1: Pemeriksaan tinggi, berat, dan


Indeks Jisim Badan (BMI)

Fasa 2: Saringan Kesihatan – pemeriksaan


glukosa, kolestrol, triglycerides dan
tekanan darah, Ujian tahap stress.
Fasa 3: Ceramah Kesihatan

Mengedarkan soal selidik untuk


mendapatkan pandangan guru dan staff
berkenaan dengan program yang
dijalankan
Aktiviti 4: Pemeriksaan Susulan

Serahan Laporan kepada


HEA

Mesyuarat Post-Mortem

Perancangan Perlaksanaan

22
JADUAL 4 : CARTA GANT

Perlaksanaan Program Kesedaran Kesihatan memerlukan perancangan yang rapi untuk


memastikan perencangan yang disediakan berjalan lancar. Bagi memastikan setiap aktiviti dapat
dilaksanakan maka senarai semak telah disediakan bagi tujuan tersebut. Program Kesedaran
Kesihatan telah bermula dengan mesyuarat penubuhan jawatankuasa pada 16 Julai 2013.
Meyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh tuan pengetua, En.Sa’imin b Jumari dan dihadiri
oleh semua ahli jawatankuasa unit pembangunan staf dan profesionalisme. Kertas kerja
pelaksanaan Program Kesedaran Kesihatan telah diserahkan kepada pengetua dan telah
mendapat kelulusan serta surat kebenaran menjalankan Program Kesedaran Kesihatan.

c. Melaporkan kemajuan projek secara berkala

Laporan kemajuan program telah dilakukan melalui panggilan telefon kepada setiausaha
Pengarah Klinik Kesihatan Bakri. Panggilan telefon tersebut telah dilakukan oleh setiausaha
program kepada setiausaha pengarah sebanyak dua kali iaitu sebelum sesi pengambilan ujian
darah dan ujian tekanan. Panggilan telefon kedua pula dibuat sebelum sesi ceramah
dilaksanakan.

d. Mengkaji semula jadual projek

Tiada perubahan yang berlaku pada tarikh – tarikh yang telah dirancang. Ini adalah kerana
sebelum program ini dilaksanakan, tarikh untuk sesi ceramah telah mendapat persetujuan terlebih
dahulu dari pihak klinik kesihatan Bakri.

e. Mengenalpasti tindakan yang masih perlu dilakukan atau cadangan penambahbaikan

Oleh sebab program berjalan mengikut perancangan dan setelah dua kali pertemuan, tindakan
penambahbaikan akan dijalankan untuk Fasa ke-4 di mana pemantauan susulan akan dijalankan.
Setelah melihat kesesakan dan proses menunggu yang lama semasa Fasa pertama dan kedua,

23
penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menukar tempat operasi pengambilan
berat, tinggi dan saringan kesihatan.

8. REFLEKSI PROJEK

a. Menilai pencapaian objektif dan indikator prestasi bagi setiap aktiviti dan keseluruhan projek

Terdapat tiga objektif utama mengapa projek ini dijalankan.


i. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru dan staff akan amalan gaya hidup
sihat.
ii. Meningkatkan produktiviti bagi meningkatkan prestasi sekolah.
iii. Guru dan staff mengetahui cara mengatasi stress melalui pendedahan kepada
aktiviti fizikal yang dicadangkan.
Setelah tiga fasa pertama dijalankan, dua daripada objektif tersebut tercapai. Bukti-bukti
daripada pemerhatian yang dijalankan dan juga soal jawab secara tidak formal, projek ini
memberi kesan kepada warga kerja MRSM dengan perubahan sikap yang positif dari segi
pemakanan sihat dan juga pengurusan tekanan yang lebih baik. Selain daripada itu, minat dan
keprihatinan yang ditunjukkan semasa Ceramah Kesihatan, melihatkan keinginan para guru dan
kakitangan mengetahui penjagaan kesihatan yang betul.

Walau bagaimanapun, objektif kedua projek ini tidak boleh dinilai pada waktu semasa
kerana proses penukaran tabiat pemakanan, bersukan dan kerja melibatkan masa yang lama.
Analisis bilangan guru dan kakitangan yang mengambil cuti sakit hanya sesuai dilakukan setelah
tiga bulan dari tarikh ceramah kesihatan. Ini kerana perubahan sikap mengambil masa yang
lama.

b. Melaksanakan post-mortem

Post- mortem projek telah dijalankan selepas beberapa hari fasa ketiga dijalankan.
Melalui hasil perbincangan mesyuarat, satu kesimpulan boleh di buat iaitu, Program Kesedaran
Kesihatan ini diterima baik oleh warga kerja MRSM Muar. Dengan merujuk kepada Minit
24
Mesyurat Post-mortem (Lampiran D), program ini mendapat sambutan yang baik walaupun
terdapat kesulitan semasa pengambilan tinggi, berat dan darah. Walau bagaimanapun, ini tidak
membuatkan warga guru dan kakitangan dari mengunjungi dan membuat ujian.

Berdasarkan daripada hasil dapatan mesyuarat, fasa intervensi iaitu fasa susulan akan
diadakan di tempat yang lebih bersesuaian. Selain daripada itu, satu jadual pertemuan akan
dikeluarkan agar tidak berlaku kesesakan mengikut jabatan. Ahli Jawatankuasa yang lain juga
mencadangkan kepada mesyuarat bahawa projek yang boleh dilakukan selepas ini adalah dengan
menjemput pakar pemakanan atau nutrisi dan pegawai perubatan untuk menjawab apa jua
kemusykilan yang mereka ada berkaitan kesihatan.

c. Mencadangkan tindakan penambahbaikan bagi projek yang akan datang

Memandangkan program ini disenangi oleh para warga kerja MRSM, tindakan
penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk program ini adalah dengan mengadakan
saringan kesihatan susulan pada setiap tiga bulan. Selain daripada itu, AJK boleh juga
menganjurkan kelas senaman atau kelas memasak makanan sihat kepada warga MRSM.
Dengan adanya tindakan susulan ini, kelas senaman dan kelas masakan, ia akan dapat
membantu warga kerja MRSM Muar berubah menjadi individu yang dapat mengawal dan
meningkatkan tahap kesihatan diri, keluarga dan komuniti. Akhir sekali ini akan memberi
kesan kepada organisasi MRSM dari segi peningkatan prestasi dan kualiti kerja.

9. PENUTUP
Secara keseluruhannya projek ini telah diterima baik dan berjaya dilancarkan. Selain
daripada itu projek ini juga disokong oleh Kementerian Kesihatan bagi mempromosikan gaya
hidup sihat. Projek ini telah menjalinkan satu hubungan yang baik dalam kerjasama antara dua
jabatan yang berbeza untuk satu tujuan yang baik. Program ini juga menepati objektif
Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisma Staf dengan memahami isu dan punca yang
memberi kesan kepada prestasi dan kualiti kerja guru dan kakitangan MRSM Muar. Akhir sekali,
diharapkan program ini akan dapat memberi faedah dalam kesejahteraan kesihatan yang
berterusan.
25
LAMPIRAN A

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM


KESEDARAN KESIHATAN
TARIKH
26 JULAI 2013, 29 JULAI 2013 & 19 OGOS 2013

ANJURAN
ISIDORA ALEXANDER TEK
RAJA MAIZATUL WIZANA RAJA MANSOR
SUHANA MD YUSOFF
DENGAN KERJASAMA
UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISMA STAF, MRSM MUAR
&
KLINIK KESIHATAN BAKRI, MUAR, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

Tandatangan

Nama & Suhana Md Yusoff Pn. Hjh Nik Nazila binti Nik En Saimin bin Jumari
Jawatan Ahmad
Setiausaha Projek Penyelaras JK Pembangunan Pengetua MRSM
Profesionalisma Staf Muar
Tarikh
1.0 TUJUAN

26
Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Maktab Rendah
Sains MARA Muar untuk mengadakan Projek Kesedaran Kesihatan dengan kerjasama
AJK Pembangunan Staf dan Klinik Kesihatan Bakri.

2.0 LATAR BELAKANG

Kesihatan tidak dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip
mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar merupakan satu
panduan untuk keseluruhan masyarakat di dunia.

Daripada pemerhatian dan tinjauan terhadap angka staf yang mengambil cuti sakit dalam
setahun dan juga mereka yang dikenal pasti mempunyai penyakit tidak berjangkit(NCD)
seperti kencing manis, darah tinggi dan gout adalah membimbangkan. Angka-angka ini
boleh menurunkan produktiviti dan kualiti kerja.

Penganjuran program kesedaran kesihatan ini boleh membantu individu untuk


mempersiapkan diri dan menangani penyakit tidak berjangkit dan membuat pilihan sesuai
untuk kawalan kesihatan kendiri, keluarga dan persekitaran.

3.0 HASIL PROJEK

Diharapkan, projek ini akan dapat:

 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan staf dan guru akan amalan gaya
hidup sihat.
Penerangan tentang kesan dan keseriusan sesuatu penyakit dan ianya dapat
diberikan secara lisan. Pada masa yang sama, nasihat dan maklumat yang
betul atas sesuatu amalan dapat diberikan dan diperbetulkan bagi tanggapan
dan amalan yang salah. Langkah pencegahan, pengesanan awal dan
pemeriksaan dan rawatan kesihatan juga dapat dilakukan dari awal
 Meningkatkan produktiviti

27
Melalui projek ini, diharapkan pihak staf dan guru akan memantau tahap
kesihatan sendiri dengan lebih efisien dan dapat mengelakkan pengambilan
cuti sakit dan seterusnya memberi komitmen kepada organisasi.

4.0 RASIONAL
Projek ini dilakukan kerana:
 Ia boleh meningkatkan mutu kerja dan komitmen kepada organisasi kerana
dengan tubuh yang sihat, prestasi akan berganda.
 Ia boleh menjadi peringatan dan juga sebagai satu tindakan intervensi kepada
staf dan guru supaya mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara
hidup yang sihat.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

Perkara Tarikh Tempat


Mesyuarat penubuhan dan 16 Julai 2013 Bilik Mesyuarat
perancangan
Pemeriksaan Parameter Kesihatan 26 Julai 2013 Stor Sukan
Pemeriksaan tinggi, berat dan Indeks
Jisim Badan (BMI)
Saringan Kesihatan 29 Julai 2013 Bilik Mesyuarat
Pemeriksaan glukosa, kolesterol,
triglycerides dan tekanan darah.
Ujian tahap stress
Ceramah Kesihatan 19 Ogos 2013 Pusat Sumber Ilmu

6.0 SASARAN

Kesemua warga kerja MRSM Muar :

Guru: 66 orang

Staf : 68 orang

28
7.0 PENCERAMAH/FASILITATOR

Dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bakri, Muar, Johor

 Pemeriksaan Parameter Kesihatan


Pn. Siti Zarina Yusoff & Pn Rohana Ali (Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
 Taklimat Program Intervensi NCDP 1 Malaysia
Dr. Nur Jalilah bt Ahmad Khazali (Pegawai Kesihatan)
 Ceramah Obesiti dan Risiko NCD
Dr. Hanisah bt Arshad (Pakar Kesihatan Keluarga)
 10,000 Langkah dan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal
Mohd Mustabilah bin Masrom (Pegawai Fisioterapi)

8.0 ATUR CARA MAJLIS

Program ini mengambil masa 3 hari iaitu pada 26 Julai 2013, 29 Julai 2013 dan 19 Ogos
2013. Program ini mengambil masa tiga hari kerana terdapat tiga fasa mengikut ketetapan
yang dicadangkan oleh Klinik Kesihatan Bakri, Muar.

8.1 Fasa Pertama : Pemeriksaan Parameter Kesihatan

Tarikh : 26 Julai 2013

Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Objektif : Merekod berat dan tinggi individu serta pengiraan BMI.

Tempat: Stor Sukan

Kelolaan : Pn Siti Zarina Yusoff dan Pn. Rohana Ali

8.2 Fasa Kedua : Saringan Kesihatan

Tarikh : 29 Julai 2013


29
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Objektif : Pengambilan darah dan bacaan tekanan darah dan soal selidik tahap
stress

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kelolaan : Jururawat Klinik Kesihatan Bakri, Muar

8.3 Fasa Ketiga : Ceramah Kesihatan

Tarikh : 19 Ogos 2013

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

Masa Aktiviti

9.00 – 9.30 pagi Pendaftaran

9.30 – 10.00 pagi Taklimat Program Intervensi NCDP 1 Malaysia

(Oleh – Dr. Nur Jalilah bt Khazali)

10.00 – 11.30 pagi Obesiti dan risiko NCD

(Oleh – Dr. Hanisah bt Arshad, Pakar Kesihatan Keluarga)

11.30 – 1230 tengah hari 10,000 Langkah dan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal

(Oleh – En. Mohd Mustabilah Misnan)

9.0 IMPLIKASI

30
 Pelaksanaan program ini dapat mengurangkan angka ambilan cuti sakit di
kalangan guru dan staf.
 Mengurangkan risiko sakit tidak berjangkit dalam organisasi.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perihal Bekalan Anggaran Kos Amaun

1. Makan tengah hari RM5.00 x 140 RM700.00

(19 Ogos 2013)

2. Minum pagi dan makan RM2.50 x 4 RM10.00


tengah hari jururawat
RM5.00 x 4 RM20.00
(29 Julai 2013)

3. Sagu hati penceramah 3 plak MRSM Muar

Jumlah RM730.00

31
11.0 PERAKUAN

Dengan ini kami dengan segala hormatnya memohon pertimbangan agar Program
Kesedaran Kesihatan ini mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak tuan.

Disediakan oleh:

(SUHANA MD YUSOFF)

Setiausaha Projek

Program Kesedaran Kesihatan

LAMPIRAN B

mara
memograf
Kepada : JK Pembangunan Profesionalisma Staf
Daripada : Pengetua, MRSM Muar
Salinan Kepada : Bilangan 1
Rujuk Kami Tarikh Rujuk Tuan Tarikh
MRSM/MUAR/ 08/09 15 Julai 2013

En. Saimin Bin Jumari - Pengerusi (Pengetua)


Dr. Hjh Zaitun bt Abdul Majid - Naib Pengerusi 1(TP HEA)
En. Arifin bin Abu Bakar - Naib Pengerusi 2 (TP HEP)
Tn Hj. Wahab Bin Harun - Naib Pengerusi 3 (TP HEK)
Pn. Hjh Nik Nazila bt Nik Ahmad - Penyelaras
Pn. Siti Ashinida Bt Mohd Salleh - Setiausaha
En. Jamian Bin Said - Bendahari (PPT)
Tn. Hj. Imam Pekeh Bin Hj. Md Yasin -Ahli (Wakil Staf)
Pn. Nor Wahida bt A Wahid - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Yuzlyna bt Abu Bakar - Ahli (Wakil Guru)
En Amirul Nassir bin Yusuf - Ahli (Wakil Guru)
Cik Isidora Alexander Tek - Ahli (Wakil Guru)

32
Pn. Suhana bt Md Yusoff - Ahli
Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor - Ahli
Pn. Siti Zarina bt Yusof - Ahli (Guru PJK)
Pn. Rohana bt Ali - Ahli (Guru PJK)

MESYUARAT KALI KETIGA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PROFESIONALISMA


STAF

Perkara diatas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Kali Ketiga Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisma Staf MRSM
Muar akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Julai 2013(Isnin)


Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 2.45 petang
Diharapkan tuan/puan dapat membawa minit mesyuarat pertama yang telah diedarkan. Kerjasama dari
pihak tuan/puan untuk menyempurnakan agenda mesyuarat amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

EN SA’IMIN BIN JUMARI


Pengetua
MRSM Muar

“ Amanah Rakyat”
“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
“ A College Of Character, A Mark Of Excellence”

33
LAMPIRAN C
MINIT MESYUARAT
JK PEMBANGUNAN PROFESSIONALISMA STAF
BIL 3/2013

Tarikh : 16 Julai 2013


Masa : 2.45 petang
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :
En. Saimin Bin Jumari - Pengerusi (Pengetua)
Dr. Hjh Zaitun bt Abdul Majid - Naib Pengerusi 1(TP HEA)
Pn. Hjh Nik Nazila bt Nik Ahmad - Penyelaras
Pn. Siti Ashinida Bt Mohd Salleh - Setiausaha
En. Jamian Bin Said - Bendahari (PPT)
Tn. Hj. Imam Pekeh Bin Hj. Md Yasin -Ahli (Wakil Staf)
Pn. Nor Wahida bt A Wahid - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Yuzlyna bt Abu Bakar - Ahli (Wakil Guru)
En Amirul Nassir bin Yusuf - Ahli (Wakil Guru)
34
Cik Isidora Alexander Tek - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Suhana bt Md Yusoff - Ahli
Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor - Ahli
Pn. Siti Zarina bt Yusof - Ahli (Guru PJK)

AGENDA MESYUARAT TINDAKAN


1.0 PENDAHULUAN
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada ahli di atas kehadiran.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Suhana
Md Yusoff, Raja Maizatul Wizana dan Cik Isidora kerana sudi
menganjurkan sebuah program untuk meningkatkan lagi
profesionalisma kakitangan MARA.
2.0 PERKARA BERBANGKIT DAN PENGESAHAN MINIT
MESYUARAT
2.1 Pengerusi mengharapkan pihak AJK dapat melakukan soal
selidik pada waktu terdekat kerana ia masih lagi tidak berjalan.

2.2 En. Amirul Nassir Bin Yusof mencadangkan minit mesyuarat


bilangan 2/2013 disahkan dan disokong oleh Pn. Yuzlyna Binti
Abu Bakar.
3.0 PEMBENTANGAN PROJEK – PROGRAM KESEDARAN
KESIHATAN
Pengerusi menjemput Pn. Suhana Md Yusoff,YM Raja
Maizatul Wizana Raja Mansor dan Cik Isidora Alexander Tek
membentangkan projek yang akan dijalankan.
Makluman
Penerangan dimulakan oleh YM Raja Maizatul Wizana Raja
Mansor. Beliau menerangkan tujuan projek dibuat dan juga
latar belakang kepada projek “Program Kesedaran Kesihatan.”
Di dalam penerangan, beliau menyatakan bahawa projek ini
hasil daripada kaji selidik yang telah mereka lakukan pada awal

35
Julai. Hasil dari soal selidik tersebut, mereka telah mengambil
keputusan untuk melakukan program ini.
Makluman
Penerangan diteruskan oleh Cik Isidoran Alexander Tek. Beliau
menyatakan bahawa, untuk melancarkan program ini, beliau
telah berhubung secara tidak formal dengan Klinik Kesihatan
Bakri selepas mengetahui bahawa pihak Kementerian Kesihatan
mempunyai program bernama MySihat yang bermula pada
tahun 2007 dan di bawahnya terdapat program NCDP
1Malaysia yang bermula pada 2011. Hasil daripada
perbincangan beliau dengan wakil dari program tersebut,
mereka telah bersetuju untuk melaksanakan program Kesedaran
Kesihatan di MRSM Muar. Melalui perbincangan yang
dilakukan, pihak Kementerian mencadangkan peringkat awal
program dilakukan dalam 3 pertemuan. Di sini Cik Isidora
Alexander Tek mencadangkan 26 Julai, 29 Julai dan 19 Ogos. Makluman

Seterusnya, Pn. Suhana Md Yusoff membentangkan cadangan


struktur ahli jawatankuasa bagi Program Kesedaran Kesihatan
(seperti di Lampiran) . Puan Suhana juga menerangkan
penglibatan Guru PJK di dalam program ini. Ini kerana bantuan
mereka diperlukan untuk kelolaan pertemuan pertama. Puan
Suhana Md Yusoff juga menerangkan mengapa program ini
melibatkan 3 pertemuan. Mengikut penerangan beliau,
pertemuan pertama akan hanya melibatkan pangambilan tinggi
dan berat badan kerana program ini menggunakan obesiti
sebagai penanda aras. Pertemuan kedua akan melibatkan ujian
darah dan pertemuan ketiga pula ceramah kesihatan.
4.0 TUGAS AHLI JAWATANKUASA DAN PERANCANGAN
4.1 AJK Jemputan Pn. Yuzlyna Bt Abu
Menghantar surat jemputan kepada guru dan staf dan juga Bakar
menampalkan notis pemberitahuan akan program yang
36
dijalankan.
4.2 AJK Makanan & Minuman Pn. Nor Wahida Bt
Menyediakan kudapan pagi bagi pertemuan kedua apabila Wahid
jururawat dari Klinik Kesihatan Bakri datang untuk mengambil
darah dan juga jamuan tengah hari setelah selesai Ceramah
Kesihatan.
4.3 AJK Persiapan Tempat Tn. Hj Imam Pekeh
Memastikan Stor Sukan kemas untuk mengambil ketinggian Bin Hj Md Yasin
dan berat. Membuat tempahan Bilik Mesyuarat dan juga Pusat
Sumber Ilmu untuk pertemuan kedua dan ketiga
4.4 AJK Pengacara Majlis & Doa En. Amirul Nassir
Menjadi pengacara majlis semasa pertemuan ketiga – Ceramah bin Yusuf
Kesihatan.
4.5 Urus setia Pn Raja Maizatul
Mengurus borang untuk pertemuan pertama dan kedua dan Wizana Raja Mansor
pendaftaran peserta bagi pertemuan ketiga.
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Yuzlyna bertanya sama ada beliau perlu menghantar surat Pn. Yuzlyna Abu
jemputan kepada Klinik Kesihatan Bakri. Bakar
Cik Isidora menyatakan tidak perlu kerana Klinik Kesihatan
Bakri mengatakan bahawa ini adalah sebahagian dari program
mereka.
5.2 Pn. Siti Zarina mengatakan bahawa beliau dan Pn. Rohana Pn. Siti Zarina
mempunyai pada waktu yang dicadangkan. Beliau meminta Pn Rohana
kerja sama dari AJK lain membantu. Pn. Suhana
Pn. Suhana dan Cik Isidora menawarkan bantuan. Cik Isidora.
5.3 Cik Isidora Alexander Tek mengucapkan terima kasih di atas Makluman
bantuan dan kerjasama JK Pembangunan Profesionalisma Staf
di atas bantuan mereka dalam menjayakan projek ini.
6.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap program
mendapat sambutan baik dari guru dan staf. Beliau juga
mengharapkan program akan berjalan dengan lancar.
Mesyuarat ditamatkan pada jam 430 petang dengan Tasbih
37
Kifarah dan Surah Al-Asr

Disediakan oleh, Disahkan oleh

Suhana Md Yusoff Nik Nazila Nik Ahamd


(Pencatat) (Penyelaras JK Pembangunan
Staf)

38
LAMPIRAN A
SENARAI AHLI JAWATAN KUASA
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN 2013

Penasihat : En. Saimin Bin Jumari


Pengerusi : Dr. Hjh Zaitun bt Abdul Majid
Penyelaras : Pn. Hjh Nik Nazila bt Nik Ahmad
Pen. Penyelaras : Cik Isidora Alexander Tek
Setiausaha : Pn. Siti Ashinida Bt Mohd Salleh
Pen. Setiausaha : Pn. Suhana bt Md Yusoff
Bendahari : En. Jamian Bin Said
AJK Jemputan : Pn. Yuzlyna bt Abu Bakar
AJK Makanan & Minuman : Pn. Nor Wahida bt A Wahid
AJK Persiapan Tempat : Tn. Hj. Imam Pekeh Bin Hj. Md Yasin
AJK Pengacara Majlis & Doa: En Amirul Nassir bin Yusuf
Urus setia : Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor

39
LAMPIRAN B
Cadangan Tarikh Pertemuan
Pertemuan Pertama : Pemeriksaan Parameter Kesihatan
Tarikh : 26 Julai 2013
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Objektif : Merekod berat dan tinggi individu serta pengiraan BMI.
Tempat: Stor Sukan
Kelolaan : Pn Siti Zarina Yusoff dan Pn. Rohana Ali

Pertemuan Kedua : Saringan Kesihatan


Tarikh : 29 Julai 2013
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Objektif : Pengambilan darah dan bacaan tekanan darah dan soal selidik tahap
stress
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kelolaan : Jururawat Klinik Kesihatan Bakri, Muar

Pertemuan Ketiga : Ceramah Kesihatan


Tarikh : 19 Ogos 2013
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

Masa Aktiviti
9.00 – 9.30 pagi Pendaftaran
9.30 – 10.00 pagi Taklimat Program Intervensi NCDP 1 Malaysia
(Oleh – Dr. Nur Jalilah bt Khazali)
10.00 – 11.30 pagi Obesiti dan risiko NCD
(Oleh – Dr. Hanisah bt Arshad, Pakar Kesihatan Keluarga)
11.30 – 1230 tengah hari 10,000 Langkah dan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal
(Oleh – En. Mohd Mustabilah Misnan)
12.30 Jamuan tengah hari
LAMPIRAN D
mara memograf
Kepada : JK Pembangunan Profesionalisma Staf
40
Daripada : Pengetua, MRSM Muar
Salinan Kepada : Bilangan 1
Rujuk Kami Tarikh Rujuk Tuan Tarikh
MRSM/MUAR/ 08/09 15 Julai 2013

En. Saimin Bin Jumari - Pengerusi (Pengetua)


Dr. Hjh Zaitun bt Abdul Majid - Naib Pengerusi 1(TP HEA)
En. Arifin bin Abu Bakar - Naib Pengerusi 2 (TP HEP)
Tn Hj. Wahab Bin Harun - Naib Pengerusi 3 (TP HEK)
Pn. Hjh Nik Nazila bt Nik Ahmad - Penyelaras
Pn. Siti Ashinida Bt Mohd Salleh - Setiausaha
En. Jamian Bin Said - Bendahari (PPT)
Tn. Hj. Imam Pekeh Bin Hj. Md Yasin -Ahli (Wakil Staf)
Pn. Nor Wahida bt A Wahid - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Yuzlyna bt Abu Bakar - Ahli (Wakil Guru)
En Amirul Nassir bin Yusuf - Ahli (Wakil Guru)
Cik Isidora Alexander Tek - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Suhana bt Md Yusoff - Ahli
Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor - Ahli
Pn. Siti Zarina bt Yusof - Ahli (Guru PJK)
Pn. Rohana bt Ali - Ahli (Guru PJK)

MESYUARAT KALI KETIGA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN


PROFESIONALISMA STAF

Perkara diatas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Kali Ketiga Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisma Staf


MRSM Muar akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Julai 2013(Isnin)


Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa : 2.45 petang

41
Diharapkan tuan/puan dapat membawa minit mesyuarat pertama yang telah diedarkan.
Kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menyempurnakan agenda mesyuarat amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

EN SAIMIN BIN JUMARI


Pengetua
MRSM Muar

“ Amanah Rakyat”
“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
“ A College Of Character, A Mark Of Excellence”

LAMPIRAN E
MINIT MESYUARAT
JK PEMBANGUNAN PROFESSIONALISMA STAF
BIL 4/2013
42
Tarikh : 22 Ogos 2013
Masa : 3.00 petang
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :
En. Saimin Bin Jumari - Pengerusi (Pengetua)
Pn. Hjh Nik Nazila bt Nik Ahmad - Penyelaras
Pn. Siti Ashinida Bt Mohd Salleh - Setiausaha
Tn. Hj. Imam Pekeh Bin Hj. Md Yasin -Ahli (Wakil Staf)
Pn. Nor Wahida bt A Wahid - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Yuzlyna bt Abu Bakar - Ahli (Wakil Guru)
En Amirul Nassir bin Yusuf - Ahli (Wakil Guru)
Cik Isidora Alexander Tek - Ahli (Wakil Guru)
Pn. Suhana bt Md Yusoff - Ahli
Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor - Ahli
Pn. Rohana bt Ali - Ahli (Guru PJK)

AGENDA MESYUARAT TINDAKAN


1.0 PENDAHULUAN
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada ahli di atas kehadiran.
Pengerusi mencadangkan agar post mortem program
dibincangkan bersama apabila minit yang lepas dibincangkan
bagi mempercepatkan proses mesyuarat

2.0 PERKARA BERBANGKIT DAN PENGESAHAN MINIT


MESYUARAT
2.1 AJK Persiapan Tempat Makluman
Tiada masalah besar yang timbul kecuali kesesakan apabila
guru dan kakitangan datang pada waktu yang sama. Apabila ini

43
berlaku, Bilik Mesyuarat dan Bilik Stor Sukan tidak sesuai
untuk menampung kehadiran gur dan staf yang melebihi
sepuluh orang pada satu satu masa. AJK mencadangkan
pemeriksaan berjadual mengikut jabatan dan juga tempat yang
lebih selesa dan bersesuaian seperti Bilik Seri Cempaka atau
Pusat Sumber Ilmu.

2.2 PERJALANAN PROGRAM


Pertemuan Pertama
Pn. Rohana Ali mengatakan tiada kejadian yang tidak diingini Makluman
berlaku. Kelemahan pada pertemuan ini adalah, sekolah hanya
mempunyai dua alat penimbang dan mengukur ketinggian. Oleh
kerana kebanyakkan guru datang serentak atau dalam
kumpulan, terdapat berlaku kesesakan kerana bilik yang kecil
dan proses menunggu yang lama.
AJK mencadangkan agar setiap jabatan diberikan masa atau slot
untuk membuat pengukuran pada waktu yang lain.

Pertemuan Kedua
Seperti yang dikatakan oleh AJK Tempat, tempat untuk
pertemuan pertama dan kedua perlu diubah supaya kesesakan
tidak berlaku Makluman

Pertemuan ketiga
Penyelaras, Pn. Nik Nazila membuat kesimpulan tiada masalah
muncul. Ia mendapat sambutan yang baik daripada guru dan
staf walaupun terdapat guru dan staf yang meninggalkan Makluman
ceramah lebih awal daripada biasa.
Penyelaras mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan
disahkan.

En. Amirul Nassir Bin Yusof mencadangkan minit mesyuarat


44
bilangan 3/2013 disahkan dan disokong oleh Pn. Yuzlyna Binti
Abu Bakar.

3.0 KELEBIHAN & KEKURANGAN PROJEK


Pengerusi menyatakan beliau gembira melihat para guru dan Makluman
staf bersungguh membuat saringan kesihatan. Ini menunjukkan
petanda yang baik bahawa kakitangan MRSM Muar peka akan
kepentingan kesihatan kepada dir dan juga organisasi.

Pengerusi juga menyatakan ini adalah satu program yang baik


kerana pihak klinik kesihatan mengatakan mereka akan
membuat tinjaun follow-up pada waktu terdekat untuk melihat
samada terdapat perubahan dalam amalan kesihatan dan tahap
kesihatan para guru dan staf.

Ahli jawatankuasa yang lain juga merasakan Program


Kesedaran Kesihatan ini adalah sesuatu yang baik untuk
organisasi.

Pn. Yuzlyna Abu Bakar mencadangkan JK agar menjemput


mereka semula untuk memberi ceramah berkaitan dengan
makanan sihat.

Begitu juga dengan Pn. Nor Wahida A Wahid yang


mencadangkan agar mereka dijemput untuk sesi Soal Jawab
untuk apa jua masalah kesihatan atau kemusykilan yang
mungkin ada pada para kakitangan yang boleh dikongsi
bersama.

Pada pendapat penyelaras, hanya terdapat dua masalah untuk


program ini, iaitu pemilihan tempat untuk pertemuan pertama
dan kedua, slot masa untuk pertemuan agar tidak berlaku
45
kesesakan dan proses menunggu yang lama. Beliau
mengharapkan, pihak Klinik Kesihatan Bakri akan membuat
kunjungan susulan pada waktu yang terdekat.

4.0 HAL-HAL LAIN


Pn. Raja Maizatul Wizana Raja Mansor mengucapkan terima Makluman
kasih kepada Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisma Staf
kerana memberi kerjasama dan bantuan untuk melaksanakan
Projek Sarjana beliau, Pn Suhana dan Cik Isidora.

5.0 PENUTUP
Sekali lagi, pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

Suhana Md Yusoff Nik Nazila Nik Ahamd


(Pencatat) (Penyelaras JK Pembangunan
Staf)
LAMPIRAN F
GAMBAR SEMASA FASA 1 - 3

46
FASA 2 – BILIK MESYUARAT –PENGAMBILAN DARAH DAN UJIAN STRESS

47
FASA 3 – CERAMAH KESIHATAN DI PUSAT SUMBER ILMU

48
LAMPIRAN G
CONTOH KEPUTUSAN SARINGAN

49

Anda mungkin juga menyukai