Anda di halaman 1dari 7

SEK. KEB.

SEKSYEN 7, JALAN 7/3, SEKSYEN 7, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

Tarikh 22 OGOS 2013

Tempat DEWAN TERBUKA SKS7

Anjuran Bersama

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING Dan UNIT KESIHATAN SK SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Dengan Kerjasama: PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

1. PENGENALAN Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 2. TUJUAN PROGRAM Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah. 3. RASIONAL PROGRAM Program Gaya Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah ini, ianya akan dapat memupuk rasa cintakan kesihatan. 4. MATLAMAT PROGRAM Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas. 5. OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada warga sekolah. . Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah, Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

6. TARIKH / HARI 22 OGOS 2013 (KHAMIS) 7. TEMPAT Dewan Terbuka SKS7 8. SASARAN Murid Tahun 4 dan 5 9. SENARAI AHLI JAWATANKUASA Lampiran A 10. TENTATIF PROGRAM Lampiran B 11. ANGGARAN PERBELANJAAN Lampiran C 11. PENUTUP Kerjasama yang mantap antara Unit Kesihatan SKS7 dan Kelab Doktor Muda SKS7 amat penting bagi menghasilkan satu program yang bermakna kepada semua murid dan mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga program yang akan dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada semua murid SKS7 khasnya dan seluruh warga SKS7 umumnya.

Disediakan oleh, ................................... (Abdul Hadi bin Md. Noh) Setiausaha Program

Disemak oleh, ...................................

Disahkan oleh,

..............................

LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi 8.10 Pagi

: Murid berkumpul di Dewan Terbuka SKS7 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis Ucapan GPK HEM Ucapan Guru Besar

8.45 Pagi 9.45 Pagi 10.10 Pagi 11.00 Pagi 11.30 Pagi 12.30 Pagi

: Ceramah Kesihatan ( Pegawai Jabatan Kesihatan) : Rehat : Kuiz : Slot Doktor Muda : Pameran : Murid masuk ke kelas (P&P seperti biasa)

LAMPIRAN B JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi : Tn Hj Abdul Shukor bin Hj Ujang (Guru Besar) : Pn Hjh Junainah binti Selamat (GPK HEM) : Pn. Hjh Ruhayah bt Ehsan (GPK Pentadbiran dan Kurikulum) En. Masran bin Khalil (GPK Kokurikulum) Pn. Nazmin bt Abdullah (GPK Petang) Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari : Cik Hazliyana bt Bujang (Ketua Guru B&K) : Pn. Noralina bt Mohd Som (Guru B&K) : En. Brahim bin Jantan JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari : Cik Hazliyana bt Bujang (Ketua Guru B&K) : En. Abdul Hadi bin Md Noh (Guru B&K) : Pn. Mianah bt Mangor (Guru B&K) : Pn. Norida bt Ahmad (Guru B&K) AJK PERSIAPAN TEMPAT Pn. Maziah bt Che Musa Pn Norrulhuda Aina bt Aludin PA SISTEM En Mohamad Hairol bin Saleh (K) Saravannavan a/l Itharji PENGACARA MAJLIS Pn Mastura bt Zainuddin BACAAN DOA En. Aiman bin Nawawi BUKU PROGRAM Pn. Salwa bt Elias Timbalan Pengerusi : Pn. Noralina bt Mohd Som (Guru B&K)

JURUGAMBAR Mohd Asuwad bin Ab Rahim BANNER En. Abdul Hadi bin Md Noh DOKUMENTASI Pn. Rozita binti Abdullah Pn. Zafeena bt Pakwanteh HADIAH & CENDERAHATI

Pn. Juliana bt Mohd Noryatim Pn. Rozila bt Ramli DISIPLIN MURID En. Mohd. Razaili bin. Ahmad Sabli (K) Cik Fauziah bt Mohamad Ali Pn. Syaida bt Mohd Hashim Pn. Norzalia bt Mohamad Guru-guru mengikut jadual mengajar kelas yang terlibat. JAMUAN VIP Pn. Norida Ashikin bt Ahmad LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBERLANJAAN Pendapatan PCG Kaunseling RM300.00

Jumlah

RM300.00

Perbelanjaan Hadiah kuiz dan Persembahan Murid (60 orang x RM5.00) RM300.00

JUMLAH

RM300.00

Disediakan oleh, ................................... (Hazliyana bt Bujang) Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Disahkan dan Diluluskan oleh,

Disemak oleh, ...................................

..............................

Anda mungkin juga menyukai