Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang
Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.Kedua-dua bahagian
ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara
kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran
membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi
dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.
Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu
mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam
penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea,
perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan
bahan melalui teknik tertentu.Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian
sebelum, semasa danselepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya
penyelidikan di kalangan murid.
Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan
terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak
yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di
sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan
Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam
bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan
guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu,
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalahkegiatan
kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi
menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan
fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap
Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada
pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya
kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan
bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk
kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.


PENGURUSAN BILIK SENI
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah
memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah
sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya
menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar
dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil
kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai
juga dipamerkan dalam bilik seni.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah
disusun mengikut jenisnya seperti:
1) unsur seni
2) menggambar / melukis
3) warna
4) lukisan alam semulajadi
5) seni huruf dan sebagainya.

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia / guru kanan juga
perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya
mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek
keselamatan.

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian
yang sewajarnya adalah seperti berikut :
1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri
kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni
perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-
cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.
3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat
yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,
4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain
5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk.
Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji
elektrik dan sebagainya.
6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu
yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua
bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan
reka bentuk.
7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk
kegunaan P&P.
9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati
semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.
10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual
pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.
11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana
memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan
pengurusan P&P.



HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI

A. RUANG CETAKAN
Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka.
Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang
bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik
cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood
engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint,
sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah
seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu
pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan
konvensional.

B. RUANG AKSES ICT
Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki
oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan
pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15
orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa
untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan
secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di
dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan
pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah
disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan
futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan
menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu
ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga
berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang
untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah
juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke
dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan
ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama
lagi.

C. STOR
Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses
membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan
sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai
stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu
juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar
contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis
seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh
itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat.
Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti
buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam
stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk
memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.
Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan
disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa
terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan
penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang
seumpamanya.
Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih,
maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat
pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat
diatasi dengan begitu mudah.

D. RUANG PEJABAT SENI
Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian.
Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga
digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang
yang diterima daripada pembekal.

E. BILIK AIR/TANDAS
Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang
selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua
tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka
bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala
paip diaplikasikan dengan teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan
tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk
mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan
pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau
berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk
menyedut udara panas.




IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan
fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah
atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti
yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu
ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-
cara berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat
memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan
permainan.

(b) Aspek Sosial
Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara
murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi
dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan
melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan
disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan
dapat:
(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti
dan inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(c) Aspek emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah
yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang,
bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda
boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:
(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;
(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti

Anda mungkin juga menyukai