Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM CERAMAH KESIHATAN (KESIHATAN GIGI)

Tarikh : 1 November 2023 (Rabu)

Masa : 9.00 – 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Wawasan SK Lembah Subang

Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 6

Penglibatan : Semua guru SK Lembah Subang

Anjuran : Unit Kesihatan (HEM)

Penceramah : Pn Siti Hajar


Wakil dari National Kidney Foundation

1.PENGENALAN
Program ini merupakan satu platform menyebar informasi mengenai penjagaan buah
pinggang bagi melahirkan murid yang sihat dan mempunyai otak yang cergas.
Penjagaan buah pinggang yang baik mampu mengelakkan masalah kesihatan yang
lebih serius. Oleh itu, penjagaan buah pinggang yang betul haruslah dipupuk sejak dari awal
lagi

2. MATLAMAT PROGRAM
Ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai penyakit berkaitan buah
pinggang kepada murid-murid. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik
dan diterapkan mengenai kepentingan menjaga kesihatan yang baik dari seawal usia di
bangku sekolah.

3. OBJEKTIF PROGRAM
 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai penjagaan buah pinggang yang baik
dengan menerapkannya kepada warga sekolah.
 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.
 Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah.
4. KELEBIHAN PROGRAM

 Penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam kesihatan.


 Isi ceramah yang mudah difahami dan murid mendapat ilmu daripada program ini.
 Murid-murid seronok dengan penyampaian penceramah.
 Penceramah menggunakan perisian multimedia yang dapat menarik minat murid.
 Kuiz kesihatan turut dibuat sepanjang ceramah berlangsung.

5. KELEMAHAN PROGRAM

 Murid perempuan kelihatan agak tidak aktif sepanjang program berlangsung

6. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM

 Mengajak murid perempuan untuk lebih aktif semasa sesi ceramah sedang berlangsung.

8. PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif dan amat bermanfaat untuk semua
murid SK Lembah Subang kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai
pentingnya menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, diharap
program ini dapat dilaksanakan setiap tahun supaya murid akan sentiasa mendapat info
demi kehidupan yang lebih sihat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................... ...................................
RAUDAH BINTI MOHD YUNUS BAZLI BIN MAT SALLEH
Penyelaras Unit Kesihatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Lembah Subang SK Lembah Subang

Anda mungkin juga menyukai