Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM CERAMAH KESIHATAN (MAKANAN SIHAT)

Tarikh : 9 Februari 2018 (Jumaat)

Masa : 8:30-10:30 pagi

Tempat : Tahun 6 Valluvar

Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 1 hingga 6

Penglibatan : Semua guru SJKT Ladang Middleton

Anjuran : Unit Rawatan dan kesihatan, Unit kaunseling dan Unit RMT

Penceramah : Pn.Rohaina binti Ahdan


Pegawai Sains Pemakanan Daerah Jempol.

Perbelanjaan : RM50.00

1.PENGENALAN
Program ini merupakan satu platform menyebar informasi mengenai makanan berkhasiat dan
seimbang bagi melahirkan murid yang sihat dan mempunyai otak yang cergas.
Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak
secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan
asid lemak. Kandungan nutrisi dalam kombinasi makanan seimbang sangat penting kepada
perkembangan kanak-kanak.

2. MATLAMAT PROGRAM
Ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai makanan sihat dan seimbang
kepada murid-murid. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan pemakanan yang baik dari seawal usia di bangku sekolah.

3. OBJEKTIF PROGRAM
 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai makanan sihat dengan
menerapkannya kepada warga sekolah.
 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.
 Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah.
4. KELEBIHAN PROGRAM

 Penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam kesihatan.


 Isi ceramah yang mudah difahami dan murid mendapat ilmu daripada program ini.
 Murid-murid seronok dengan penyampaian penceramah.
 Penceramah menggunakan perisian multimedia yang dapat menarik minat murid.
 Kuiz kesihatan turut dibuat pada akhir ceramah.

5. KELEMAHAN PROGRAM

 Masa ceramah yang singkat. Hanya sejam setengah sahaja.


 Kurang bajet untuk penceramah.
 Pemasangan PA sistem mengambil masa.

6. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM

 Memastikan peralatan PA system disiapkan lebih awal dan dalam keadaan baik.
 Memanjangkan tempoh ceramah memandangkan info makanan sihat sangat penting.
 Diselitkan juga aktiviti lain yang bersesuaian.
7. GAMBAR SEMASA PROGRAM
8. PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif dan amat bermanfaat untuk semua
murid SJKT Ladang Middleton kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai
pentingnya makanan sihat dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, diharap program
ini dapat dilaksanakan setiap tahun supaya murid akan sentiasa mendapat info demi
kehidupan yang lebih sihat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................... ...................................
PUNITHA A/P MAGEISPARAN
Setiausaha Unit Rawatan dan Kesihatan

Anda mungkin juga menyukai