Anda di halaman 1dari 3

KESIMPULAN

Penilaian program adalah merupakan kajian yang bersifat formal dan melibatkan analisis
yang sistematik terhadap sesuatu program atau aktiviti dengan tujuan untuk memberi gambaran
sebenar mengenai pelbagai perkara yang hendak diketahui terutamanya objektif program tersebut
tercapai atau tidak. Penilaian program juga adalah sangat penting kerana ia merupakan satu
elemen penting yang dapat membantu pihak pembuat keputusan menentukan keberkesanannya
dan kecekapan program tersebut. Terdapat pelbagai langkah lain yang boleh digunakan untuk
membuat penilaian program bergantung kepada kesesuaian dan matlamat atau objektif penilaian
program itu dijalankan. Namun begitu, sebagai penilai program seseorang itu harus bijak
memilih atau menentukan sama ada penilaian program itu dapat mencapai objektif penilaian
tersebut. Kadang kala beberapa pertimbangan yang harus difikirkan terlebih dahulu dan
mengambil tindakan sewajarnya dalam membuat penilaian supaya hasilan dapatannya tidak
mengecewakan pihak-pihak tertentu.

Penilaian program yang baik dapat menyediakan hasilan dapatan tanpa berselindung
disebabkan terdapat kesan-kesan yang tidak diingini di dalam sesuatu program. Pertimbangan
yang diambil seperti matlamat untuk mencapai objektif penilaian, kos-kos yang akan digunakan
dalam penilai program atau semasa penambahbaikan program dan juga laporan lengkap seperti
yang dikehendaki akan menjadikan penilaian program itu berjaya . Penilaian program yang baik
akan memudahkan pihak pembuat keputusan atau klien menentukan sama ada program itu
memerlukan penambahbaikan ataupun akan ditamatkan terus.
CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan dikemukakan perlu


dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam pelaksanaan program SE. Cadangan-
cadangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Memandangkan tahap kemahiran keusahawanan yang berkaitan dengan pelaksanaan SE


di kalangan graduan adalah sederhana, pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu
memperbanyakkan lagi program-program peningkatan kemahiran graduan menerusi penganjuran
kursus, perbengkelan atau latihan secara intensif yang mengkhususkan kepada kemahiran
keusahawanan.

2. Pihak pengurusan Kolej Vokasional perlu menggiatkan usaha untuk mengesan dan
mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara pihak industri, usahawan dan agensi-agensi
berkaitan dalam program pembangunan keusahawanan terutamanya dalam pelaksanaan SE.
Penyertaan pihak industri dan individu yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan perlu
dilibatkan bersama dalam struktur organisasi pelaksanaan SE.

3. Kandungan elemen praktikal berkaitan amalan kemahiran keusahawanan perlu disertakan


secara khusus dalam modul latihan. Ini adalah untuk memastikan setiap pelajar diberi
pendedahan dan pengalaman dalam dari aspek pengurusan dan pengendalian aktiviti perniagaan
sebenar.

4. Pihak pengurusan Kolej Vokasional perlu menyediakan tempat yang khusus untuk aktiviti
SE. Ia perlu dijadikan pusat tumpuan untuk aktiviti perniagaan, pameran dan rujukan maklumat
berkaitan SE kepada pihak pelajar, guru atau pengunjung kolej.
5. Memandangkan aktiviti SE lebih memfokuskan kepada aktiviti pengeluaran di dalam
kawasan kolej, guru disarankan untuk memperbanyakkan aktiviti SE di luar kolej. Ini bertujuan
untuk memberi pendedahan terutama dari aspek pengalaman berniaga pelajar dan secara tidak
langsung dapat mempromosikan aktiviti SE kepada masyarakat luar.

6. Pihak pengurusan Kolej Vokasional disarankan untuk menyediakan peruntukan kewangan


yang mencukupi untuk pelaksanaan SE.

Anda mungkin juga menyukai