Anda di halaman 1dari 7

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENUBUHAN TADIKA SWASTA

Permohonan Penubuhan
1. Syarat-syarat permohon:
1.1 Berumur tidak kurang 18 tahun;
1.2 Warganegara Malaysia (termasuk pemastautin tetap);

2. Tatacara Permohonan:

Pemohon perlu mengisi borang permohonan penubuhan (BPS1) berserta


dengan dokumen yang diperlukan.

Permohonan penubuhan hendaklah

disertakan dengan perkara-perkara berikut:


(i)

Senarai Pengelola yang mengandungi maklumat umur, alamat,


pekerjaan dan kelulusan akademik, berserta dengan salinan Kad
Pengenalan masing-masing;

(ii)

Peta lakar lokasi premis;

(iii)

Pelan lantai yang memaparkan penggunaan ruang keseluruhan


premis;

(iv)

Bilangan bilik darjah;

(v)

Yuran dan bayaran lain;

(vi)

Bahasa pengantar;

(vii)

Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan


kurikulum tambahan (jika ada);

(viii)

Sesi pengajian; dan

(ix)

Bagi kawasan perumahan/kediaman, hendaklah disertakan surat


sokongan dari sekurang-kurangnya 10 jiran, atau surat sokongan
dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

3. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) boleh menimbangkan permohonan


penubuhan tadika swasta untuk beroperasi di premis seperti berikut:
(i)

Bangunan dikhaskan untuk tadika;

(ii)

Kompleks/bangunan perniagaan (hanya tingkat bawah dan tingkat


satu sahaja);

(iii)

Premis kerajaan;

(iv)

Bangunan bertingkat (hanya tingkat bawah sahaja);

(v)

Rumah kedai (hanya tingkat bawah dan tingkat satu sahaja)

(vi)

Kawasan rumah ibadat (termasuk masjid) dengan kebenaran bertulis


dari pihak yang berkenaan;

(vii)

Rumah batu atau separuh batu (teres/berkembar/sesebuah)

(viii) Bangunan

kayu

(bertingkat/setingkat)

atau

rumah

kayu

(bertingkat/setingkat);
(ix)

Balai raya atau dewan orang ramai dengan kebenaran bertulis dari
pihak yang berkenaan; dan

(x)

4.

Premis lain yang pada pendapat Ketua Pendaftar layak dan sesuai.

Lawatan premis hendaklah dilakukan ke atas premis yang dicadangkan


oleh pemohon oleh pegawai. Pegawai perlu memastikan premis yang
dicadangkan adalah sesuai dan selamat, terutamanya aspek berikut:
4.1 Lokasi premis sesuai untuk aktiviti pendidikan;
4.2 Binaan premis masih kukuh dan sesuai untuk digunakan;
4.3 Ruang dalaman premis menerima pencahayaan yang mencukupi;
4.4 Ruang dan bilangan bilik darjah sesuai;
4.5 Terdapat kemudahan tandas yang mencukupi;
4.6 Terdapat ruang untuk aktiviti rekreasi; dan
4.7 Jika disediakan makanan, maka ruang penyajian hendaklah bersih dan
selamat.

Setiap kelulusan penubuhan adalah tertakluk kepada peruntukan seksyen


84 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), serta tertakluk juga kepada
syarat-syarat yang dikenakan. Kelulusan penubuhan boleh diberi jika
syarat-syarat yang dikenakan telah dipersetujui secara rasmi oleh
pemohon. Di antara syarat-syarat yang dikenakan secara bertulis adalah
seperti berikut:

Perlu memperbaharui perakuan sementara pendaftaran setiap tahun;

Bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan tiga agensi (pihak


berkuasa tempatan, pejabat kesihatan dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat) dalam tempoh yang enam (6) bulan dari tarkh tadika
didaftarkan;

Bertanggungjawab untuk menerima apa-apa tindakan perundangan


yang dibuat oleh agensi kerajaan lain, seperti pihak berkuasa
tempatan, pejabat kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Boleh dibatalkan pendaftaran jika tidak memenuhi terma dan syarat


yang ditetapkan; dan

Bertanggungjawab ke atas keselamatan premis dan murid-murid yang


didaftarkan di Tadika.

Pengeluaran Perakuan Sementara Pendaftaran

Borang permohonan pendaftaran mengikut Kaedah-Kaedah Pelajaran


(Kindergarten Dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 [P.U. (A) 414/72]
seperti berikut hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumendokumen yang berkaitan:
6.1.1 Permohonan Untuk Pendaftaran Kindergarten Dan Sekolah
Asuhan (Borang B) berserta dengan bayaran RM 5.00 untuk
proses permohonan dan RM 2.00 untuk bayaran Perakuan
Sementara Pendaftaran (Borang G);

6.1.2 Permohonan Untuk Pendaftaran Sebagai Pengelola Atau


Pekerja Kindergarten / Sekolah Asuhan (Borang C) - berserta
dengan bayaran RM 5.00 untuk proses permohonan dan RM
2.00 untuk bayaran permit (Borang F); dan

6.1.3 Permohonan Untuk Pendaftaran Sebagai Seorang Guru Di


Kindergarten Dan Sekolah Asuhan (Borang I) berserta
dengan bayaran RM 5.00 untuk proses permohonan dan RM
2.00 untuk bayaran permit (Borang K).

Apabila hendak didaftarkan, maka pemohon perlulah akur dengan syaratsyarat tambahan seperti berikut:

Institusi pendidikan hendaklah menggunakan Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan;

Institusi pendidikan hanya boleh mengambil bilangan murid seperti yang


diluluskan;

Pendaftaran institusi pendidikan akan terbatal dengan sendirinya jika


berpindah premis tanpa kelulusan Pendaftar;

Jika kelulusan dari tiga agensi (pihak berkuasa tempatan / Jabatan


Bomba dan Penyelamat / Kesihatan) tidak diperoleh dalam tempoh
enam (6) bulan selepas didaftarkan atau selepas tempoh lanjutan yang
dibenarkan, maka pendaftaran tadika akan terbatal dengan sendirinya;
dan

Institusi pendidikan hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh


Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri dari semasa ke
semasa.

Permohonan Pendaftaran Pengelola / Pekerja / Guru


8

Tidak ada syarat kelayakan yang dikenakan bagi permohonan pendaftaran


seseorang pengelola atau pekerja, melainkan syarat warganegara Malaysia
(termasuk pemastautin tetap), umur tidak kurang daripada 18 tahun dan
tiada kecacatan mental.

Permohonan pendaftaran guru akan dikenakan syarat-syarat kelayakan


berikut:

Berumur tidak kurang 18 tahun;

Warganegara Malaysia (termasuk pemastautin tetap);

Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran


Malaysia (SPM) atau yang setara dengannya; dan

10

Tiada kecacatan mental.

Bagi permohonan pembantu guru, hendaklah mematuhi syarat-syarat


kelayakan sebagai guru, kecuali kelayakan akademik yang hanya
memerlukan sekurang-kurangnya PMR atau yang setara dengannya.
Permohonan

pembantu

guru

hendaklah

menggunakan

Borang

C,

sebagaimana permohonan pengelola/pekerja.

11

JPN akan mendapatkan permohonan tapisan keselamatan Polis Diraja


Malaysia bagi semua permohonan pengelola / pekerja / guru / pembantu
guru.

12

Hanya

permit

sahaja

yang

boleh

dikeluarkan

untuk

pendaftaran pengelola / pekerja / guru / pembantu guru.

permohonan

Prosedur Permohonan
13

Proses permohonan penubuhan dan pendaftaran tadika swasta serta


permohonan pendaftaran pengelola / pekerja / guru / pembantu guru
hendaklah mematuhi proses kerja seperti berikut:

Bil.

Pegawai Yang
Meluluskan/ Dirujuk

Proses Kerja

1.

Meneliti dokumen permohonan penubuhan

PT

2.

Surat akuan terimaan permohonan penubuhan

PT

3.

Terima / Semak permohonan penubuhan

PP / Penyelia

4.

Sesuai / Lengkap, permohonan difailkan.

PT

5.

Lawatan kesesuaian premis

6.

i. Setuju kesesuaian premis, keluarkan surat


kelulusan penubuhan berserta dengan
syarat-syarat pendaftaran.
ii. Jika pemohon setuju, kepilkan borangborang permohonan pendaftaran
(tadika/pengelola/pekerja/guru)

7.

Undang-Undang/
Peraturan
Borang
Permohonan
Penubuhan

PP / Penyelia

Keluarkan surat:
a) Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
b) Majlis Bandaran / Daerah
c) Jabatan Kesihatan Negeri / Daerah.

KS / PP

Akta 550 [S.82(3)]

P.U. (A) 414/72

PT
PT
PT

9.

Pemohon terima syarat pendaftaran dan proses


borang permohonan pendaftaran tadika /
pengelola / pekerja / guru (Borang B, Borang
Borang C dan Borang I) berserta dokumen lain

10.

Sediakan minit ceraian dan Perakuan Sementara


Pendaftaran

KS / PP / Penyelia

P.U. (A) 414/72

11.

Perakuan Sementara Pendaftaran ditandatangan

Pengarah / Tim.
Pengarah

P.U. (A) 414/72

12.

Daftar Tadika disenggara (Borang A)

PT

P.U. (A) 414/72

13

Hantar Perakuan Sementara Pendaftaran


kepada pemohon.

PT

P.U. (A) 414/72

1 salinan difailkan dan 1 salinan ke BPS

PT

PP / Penyelia

Akta 550 [S.79(3)]


P.U. (A) 414/72

14 Carta alir proses kerja permohonan penubuhan dan pendaftaran tadika:

Mula

Terima Surat Rasmi Permohonan

Permohonan Penubuhan Disemak


Tidak

- Borang Statistik
Setuju

Lawatan Premis
Tidak
Setuju
(a) Keluarkan surat kelulusan penubuhan
berserta dengan syarat-syarat pendaftaran
(b) Dapatkan persetujuan pemohon berkaitan
syarat-syarat dikenakan

Tidak

Setuju
-

SMIPS
(a) Isi Borang B / C / I
Bayaran: RM 5 setiap satu
Disertakan Perjanjian Sewa Premis
dan salinan Sijil Layak Menduduki
(b) Keluarkan surat sokongan kepada 3
agensi (PBT/Kesihatan/Bomba)
Setuju

Data
Tidak

Sediakan minit ceraian untuk kelulusan


Pengarah berserta dengan Perakuan
Sementara Pendaftaran / Permit Guru /
Permit Pengelola / Permit Pekerja

Tidak
Setuju

Keluarkan Perakuan Sementara


Pendaftaran (Borang F)
Bayaran: RM 2

Simpan Daftar Tadika (Borang A)

Tamat

Anda mungkin juga menyukai