Anda di halaman 1dari 4

User

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA
SWASTA




1 PERMOHONAN PENUBUHAN

1. Borang permohonan penubuhan berserta dengan dokumen yang diperlukan dan sedang
berkuatkuasa masih diguna pakai untuk menerima permohonan penubuhan tadika swasta.
Permohonan penubuhan hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut:

a. Senarai Pengelola yang mengandungi maklumat umur, alamat, pekerjaan dan kelulusan
akademik, berserta dengan salinan Kad Pengenalan masing-masing;
b. Lokasi premis;
c. Pelan lantai yang memaparkan penggunaan ruang keseluruhan premis;
d. Bilangan bilik darjah dan murid yang dicadangkan;
e. Yuran dan bayaran lain;
f. Bahasa pengantar;
g. Kurikulum tambahan (jika ada);
h. Sesi pengajian; danBagi kawasan perumahan/kediaman, hendaklah disertakan surat
sokongan dari sekurang-kurangnya 10 jiran, atau surat sokongan dari pihak berkuasa
tempatan (PBT).

2. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) boleh menimbangkan permohonan penubuhan tadika swasta
untuk beroperasi di premis seperti berikut:

a. Bangunan dikhaskan untuk tadika;
b. Kompleks/bangunan perniagaan (hanya tingkat bawah dan tingkat satu sahaja);
c. Premis kerajaan;
d. Bangunan bertingkat (hanya tingkat bawah sahaja);
e. Rumah kedai (hanya tingkat bawah dan tingkat satu sahaja)
f. Rumah batu atau separuh batu (teres/berkembar/sesebuah)
g. Bangunan kayu (bertingkat/setingkat) atau rumah kayu (bertingkat/setingkat);
User
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA
SWASTA



h. Balai raya atau dewan orang ramai dengan kebenaran bertulis dari pihak yang berkenaan;
dan
i. Premis lain yang pada pendapat Ketua Pendaftar layak dan sesuai.

3. Lawatan premis hendaklah dilakukan ke atas premis yang dicadangkan oleh pemohon dan
menggunakan Lampiran 1 sebagai panduan pemeriksaan. Pegawai perlu memastikan premis
yang dicadangkan adalah sesuai dan selamat, terutamanya aspek berikut:

a. Lokasi premis sesuai untuk aktiviti pendidikan;
b. Binaan premis masih kukuh dan sesuai untuk digunakan;
c. Ruang dalaman premis menerima pencahayaan yang mencukupi;
d. Ruang dan bilangan bilik darjah sesuai dan mencukupi dengan bilangan murid yang
dicadangkan;
e. Terdapat kemudahan tandas yang mencukupi;
f. Terdapat ruang untuk aktiviti rekreasi; dan
g. Jika disediakan makanan, maka ruang penyajian hendaklah bersih dan selamat.

4. Setiap kelulusan penubuhan adalah tertakluk kepada peruntukan seksyen 84 di bawah Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), serta tertakluk juga kepada syarat-syarat yang dikenakan. Kelulusan
penubuhan boleh diberi jika syarat-syarat yang dikenakan telah dipersetujui secara rasmi oleh
pemohon.

Di antara syarat-syarat yang dikenakan secara bertulis adalah seperti berikut:

Perlu memperbaharui perakuan sementara pendaftaran setiap tahun;
Bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan tiga agensi (pihak berkuasa tempatan,
pejabat kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat) dalam tempoh yang enam (6) bulan
dari tarkh tadika didaftarkan;
Bertanggungjawab untuk menerima apa-apa tindakan perundangan yang dibuat oleh agensi
kerajaan lain, seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat kesihatan dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat.
Boleh dibatalkan pendaftaran jika tidak memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
User
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA
SWASTA





2 PENGELUARAN PERAKUAN SEMENTARA PENDAFTARAN

5. Borang permohonan pendaftaran mengikut Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten Dan Sekolah
Asuhan) (Pendaftaran) 1972 [P.U. (A) 414/72] seperti berikut hendaklah dikemukakan bersama
dengan dokumen-dokumen yang berkaitan:

a. Permohonan Untuk Pendaftaran Kindergarten Dan Sekolah Asuhan (Borang B) berserta
dengan bayaran RM 5.00 untuk proses permohonan dan RM 2.00 untuk bayaran Perakuan
Sementara Pendaftaran (Borang G);
b. Permohonan Untuk Pendaftaran Sebagai Pengelola Atau Pekerja Kindergarten / Sekolah
Asuhan (Borang C) - berserta dengan bayaran RM5.00 untuk proses permohonan dan RM
2.00 untuk bayaran permit (Borang F); dan
c. Permohonan Untuk Pendaftaran Sebagai Seorang Guru Di Kindergarten Dan Sekolah
Asuhan (Borang I) berserta dengan bayaran RM 5.00 untuk proses permohonan dan RM
2.00 untuk bayaran permit (Borang K).

6. Apabila hendak didaftarkan, maka perlulah dinyatakan secara bertulis pada perakuan sementara
pendaftaran akan syarat-syarat tambahan seperti berikut:

a. Institusi pendidikan hendaklah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan;
b. Institusi pendidikan hanya boleh mengambil bilangan murid seperti yang diluluskan;
c. Pendaftaran institusi pendidikan akan terbatal dengan sendirinya jika berpindah premis
tanpa kelulusan Pendaftar;
d. Jika kelulusan dari tiga agensi (pihak berkuasa tempatan / Jabatan Bomba dan Penyelamat
/ Kesihatan) tidak diperoleh dalam tempoh setahun didaftarkan atau selepas tempoh
lanjutan yang dibenarkan, maka pendaftaran tadika akan terbatal dengan sendirinya; dan
e. Institusi pendidikan hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri dari semasa ke semasa.
User
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA
SWASTA




3 PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGELOLA / PEKERJA / GURU

7. Tidak ada syarat kelayakan yang dikenakan bagi permohonan pendaftaran seseorang pengelola
atau pekerja, melainkan syarat warganegara Malaysia (termasuk pemastautin tetap), umur tidak
kurang daripada 18 tahun dan tiada kecacatan mental.

8. Permohonan pendaftaran guru akan dikenakan syarat-syarat kelayakan berikut:

a. Berumur tidak kurang 18 tahun;
b. Warganegara Malaysia (termasuk pemastautin tetap);
c. Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
yang setara dengannya; dan
d. Tiada kecacatan mental.

9. Bagi permohonan pembantu guru, hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan sebagai guru,
kecuali kelayakan akademik yang hanya memerlukan sekurangkurangnya PMR atau yang setara
dengannya. Permohonan pembantu guru hendaklah menggunakan Borang C, sebagaimana
permohonan pengelola/pekerja.

10. JPN akan mendapatkan permohonan tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia bagi semua
permohonan pengelola / pekerja / guru / pembantu guru.

11. Hanya permit sahaja yang boleh dikeluarkan untuk permohonan pendaftaran pengelola / pekerja
/ guru / pembantu guru.

Anda mungkin juga menyukai