Anda di halaman 1dari 18

USTAZ ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM

UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN (UPP)


PIK2102W
DISEDIAKAN OLEH
ASMAWATI BINTI MOHD RAPA
MUSSALMAH BINTI MAULOP
KEMANISAN IMAN
Tanda Kemanisan Iman


Ertinya:
Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara apabila
terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang
cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain;
siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan
kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada
kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran),
sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.
(HR. Muslim)

HALAWATUL IMAN
Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin
dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-
benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya
Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan
manisnya iman.

Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, Syaikh Abu Muhammad
bin Abu Hamzah berkata :Pengungkapan dengan lafaz manis
kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di
dalam firman-Nya bermaksud: Tidakkah kamu perhatikan
bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik
seperti pohon yang baik. (Surah Ibrahim, ayat 24).



HALAWATUL IMAN
Kalimat yang baik : kalimat ikhlas, kalimat tauhid
Pohon yang baik : pokok daripada keimanan
Cabang : menjalankan perintah, menjauhi larangan
daun-daun : segala amal kebaikan yang harus
diperhatikan seorang mukmin
Buah : segala macam bentuk ketaatan.


Manisnya buah ketika buah sudah matang dan puncak daripada
rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak.
Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.
Mencintai Allah mestilah melebihi daripada segala-galanya.

Sifat 20
Satu konsep ilmu yang
ciptaannya sangat ajaib,
didalam mentafsir kaedah
mengenal Allah melalui
ilmu makrifat.
Kaedah yang terbaik bagi
mengenal Allah SWT.
Dicipta oleh ilham para
sufi dan para aulia'
terdahulu, bagi tujuan
mengajar kita menuju
jalan mengenal Allah.
Allah sebenarnya tidak
bersifat dan Allah
sebenarnya tidak boleh
disifatkan.
Sifat yang disifatkan dan
yang dinyatakan itu adalah
semata-mata thamsil,
semata-mata misalan,
semata-mata
perumpamaan bagi
mempermudahkan
kefahaman.
SIFAT 20 ALLAH SWT
Nafsiyah Salbiyah
Ma ani Ma nawiyah
SIFAT 20
Nafsiyah
Nafsiyah : sifat dari zat itu
sendiri, bukan sifat yang
menumpang pada zat itu.
Sifat :
1) Wujud (ada)
Zat Allah SWT itu dengan
sendirinya adalah
kewujudan Allah SWT.
Zat Allah SWT dengan
Wujud Allah SWT tidak
dapat dipisahkan.


Sifat nafsiyah adalah sifat
yang mengkhabarkan
kepada kita bahawa Allah
itu ada, adanya Allah itu
melalui perkhabaran yang
tidak dapat dipegang atau
dirasa dengan tangan,
tidak dapat dizahirkan
untuk dilihat.
Ia hanya boleh dirasa dan
diyakini oleh hati tanpa
usul.
Salbiyah
Salbiyah : sifat yang
menafikan perkara yang
tidak layak bagi Allah SWT
Merujuk kepada
kesempurnaan Allah.
Tiada bandingan dengan
selain-Nya.




Sifat :
1) Qidam (Sedia)

2) Baqa (Kekal)

3) Mukhalafatuhu
Lilhawadith (Berlainan Allah
dengan segala yang baharu)

4) Qiamuhu Binafsihi (Berdiri
Allah dengan sendiri-Nya)

5) Wahdaniyyah (Esa)
Manawiyah
Manawiyah : sifat
kekuasaan Allah, menjadi
tempat pergantungan
segala rupa (sifat), nama
(asma), berperangan
(feel) dan pergantungan
segala berzat (roh)
kepadaNya.
Maknawiyah adalah
tempat bergantungnya
sifat Maani.


Sifat :

1) Qadiran (Yang Berkuasa)

2) Muridan (Yang Berkehendak)

3) Aliman (Yang Mengetahui)

4) Hayyan (Yang Hidup)

5) Samian (Yang Mendengar)

6) Basiran (Yang Melihat)

7) Mutakalliman (Yang Berkata-
kata)
Maani
Sifat yang boleh
digambarkan oleh akal.
Sifat Maani bukan sahaja
terzahir pada khabar
tetapi terzahir juga pada
kenyataan.
Wujudnya sifat Maani
adalah dikeranakan
menumpang sifat
Manawiyah.


Sifat :
1) Qudrat (Berkuasa)

2) Iradat (Berkehendak)

3) Ilmu (Mengetahui)

4) Hayat (Hidup)

5) Sama (Maha Mendengar)

6) Basar (Maha Melihat)

7) Kalam (Berkata-kata)

SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
1. Adam, ertinya tiada - Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
2. Huduts, ertinya baru - Allah Taala itu sedia/terdahulu, tidak ada
permulaanya. Mustahil Allah itu didahului oleh Adam (ada
permulaanya).
3. Fana, ertinya binasa - Allah itu bersifat kekal. Mustahil Ia dikatakan
fana (binasa)
4. Mumatsalatuhu Lilhawaditsi, ertinya menyerupai akan makhlukNya -
Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baru yakni dijadikan dan
dihancurkan. Mustahil Allah bersamaan dengan yang baru.
5. Qiyamuhu Bighayrihi, ertinya berdiri dengan yang lain - Allah Taala itu
berdiri sendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau
berdiri pada lainnya dan berdirinya tidak memerlukan tempat tertentu

SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
6. Taaddudun, ertinya berbilang bilang - Allah itu Maha Esa Dzat-Nya,
Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat,
sifat dan perangai yang berbilang-bilang.
7. Ajzun, ertinya lemah - Alah Taala itu Maha Berkuasa, apapun bisa
dilakukannya. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.
8. Karahah, ertinya terpaksa - Allah itu Menentukan segala-galanya,
semua terjadi dengan ketentuan Allah, Mustahil Allah Taala itu
terpaksa dan dipaksa menentukan segala galanya.
9. Jahlun, ertinya jahil - Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya.
Mustahil Allah tidak mengetahui atau bodoh.
10.Mautun, ertinya mati - Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa
ada. Mustahil Allah itu bisa mati, dianiyaya atau dibunuh.

SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
11.Syomamun, ertinya tuli - Allah Taala itu mendengar. Mustahil Allah tuli
atau tidak mendengar.
12.Umyun, ertinya buta - Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah
Taala itu buta.
13.Bukmun, ertinya bisu - Allah Taala itu berkata-kata atau berbicara.
Mustahil Allah Taala itu tidak berbicara atau bisu.
14.Kaunuhu Ajizan, ertinya lemah (dalam keadaannya) - Allah Taala
keberadaanya amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki
sifat lemah atau tidak berkuasa.
15.Kaunuhu Karihan, ertinya terpaksa (dalam keadaannya) - Allah Taala
itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya
terpaksa atau dipaksa

SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
16. Kaunuhu Jahilan, ertinya jahil (dalam keadaannya) - Allah Taala itu maha
mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil/bodoh atau tidak mengetahui.
17. Kaunuhu Mayyitan, ertinya mati (dalam keadaannya) - Allah Taala itu
Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil Allah itu bisa mati
atau dibunuh.
18. Kaunuhu Ashomma, ertinya tuli (dalam keadaannya) - Allah Taala itu
maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
19. Kaunuhu Ama, ertinya buta (dalam keadaannya) - Allah Taala itu
melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak
melihat atau buta.
20. Kaunuhu Abkama, ertinya bisu (dalam keadaannya) - Allah Taala itu
berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak bisa berkata-kata.
SIFAT HARUS BAGI ALLAH
Harus ertinya sesuatu yang boleh ada dan boleh
tiada.
Sifat yang harus bagi Allah ialah sifat yang boleh
ada dan boleh tiada bagi Allah.
Sifat yang harus bagi Allah ada satu sahaja iaitu
harus bagi Allah menjadikan mumkin atau tidak
menjadikan mumkin.
MUMKIN
Mumkin ertinya sesuatu yang boleh menerima ada dan tiada di
dalam ilmu Allah.
Apabila Allah tidak berkehendak untuk menjadikannya kekallah
ia sebagai mumkin dan apabila telah dijadikan oleh Allah maka
itulah yang dinamakan makhluk.
Perkara mumkin adalah tersangat banyak iaitu apa sahaja selain
yang wajib dan mustahil.
Yang wajib itu hanya satu iaitu Allah Taala dan sekelian sifat
sifatnya.
Yang mustahil pula tuhan selain daripada Allah.
Selain daripada keduanya itulah yang dinamakan mumkin.Ini
termasuklah buruk atau baik , kaya atau miskin , masuk syurga
atau masuk neraka , bahagia atau celaka , menafaat atau
mudarat , hidup atau mati , dan seterusnya apa sahaja selain
dari yang wajib dan yang mustahil yang telah diterangkan tadi.

DALIL SIFAT HARUS
Dalil naklinya firman Allah Taala

Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah
juga Yang memilih
Dalil aklinya ialah jika Allah tidak bersifat harus memperbuat mumkin nescaya Dia
bersifat dengan lawannya iaitu wajib Allah memperbuat mumkin atau mustahil Allah
menjadikan mumkin.
Sekiranya wajib Allah memperbuat mumkin nescaya bertukar hakikat mumkin itu
daripada suatu yang harus boleh ada dan boleh tiada , menjadi wajib adanya.Bertukar
hakikat mumkin itu daripada harus menjadi wajib hukumnya mustahil.
Kerana yang dikatakan mumkin itu sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.Sesuatu yang
boleh ada dan boleh tiada itu adalah diketahui bahawa asalnya tiada semenjak azali.Jika
bertukar hakikat mumkin itu menjadi wajib nescaya menjadilah wujudnya itu tidak
berpermulaan dan tidak berkesudahan sama seperti Allah Taala maka yang demikan
adalah batal dan mustahil.
Oleh itu tetaplah tidak wajib Allah menjadikan mumkin bahkan wajib kita percaya
bahawa menjadikan mumkin harus bagi Allah Taala.Adapun jika mustahil bagi Allah
menjadikan mumkin nescaya membawa kepada tidak wujud satu makhluk pun maka
yang demikian itu batal dengan nyata dipandang bahawa makhluk telah pun wujud.
TERIMA KASIH
(^_^)

Anda mungkin juga menyukai