Anda di halaman 1dari 58

DISEDIAKAN OLEH : PG HJ MOHAMAD SOFIAN BIN PG HJ ALIUDDIN GURU UGAMA TLDB MUARA KEM

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

ADA SEDIA ADA


KEKAL

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

BERBEZA DARIPADA MAKHLUK BERDIRI SENDIRI TUNGGAL

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

BERKUASA

BERKEHENDAK
MENGETAHUI

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

HIDUP MENDENGAR

MELIHAT

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

BERKATA-KATA
KEADAAN ALLAH YANG BERKUASA

KEADAAN ALLAH YANG BERKEMAHUAN

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

KEADAAN ALLAH YANG MENGETAHUI KEADAAN ALLAH YANG HIDUP

KEADAAN ALLAH YANG MENDENGAR

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA ADA 20 SIFAT :

KEADAAN ALLAH YANG MELIHAT

KEADAAN ALLAH YANG BERKATA-KATA

1. WUJUD ADA ALLAH TAALA MENGAPA ALLAH TAALA WAJIB ADA : Allah Taala itu ada bukan dengan sebab diperanakkan atau dijadikan oleh sesiapa. Allah tidak dijadikan. Allah bukan seperti benda-benda dalam alam ini yang adanya sebab dijadikan. Kalau Allah tidak ada sudah tentu tidak ada sesuatu pun dalam alam ini.

PERBEZAAN ANTARA :
SIFAT ADA BAGI ALLAH SIFAT ADA BAGI MAKHLUK
Adapermulaan (dijadikan oleh Allah dan tidak jadi dengan sendirinya)

Tiada permulaan (jadi dengan sendirinya)

Adanya Allah cukup lengkap, sempurna, kaya dan tidak ada kesulitan dan rintangan

Adanya makhluk mempunyai kekurangan, kecacatan, kesulitan dan masalah.

SIFAT ADA BAGI ALLAH


Adanya Allah kekal terus menerus, tidak mati atau musnah.

SIFAT ADA BAGI MAKHLUK


Adanya makhluk diakhiri dengan binasa atau mati.

DALIL AKLI
Adanya alam ini, termasuklah adanya langit, bumi, bintang, bulan atau matahari dan segala makhluk di bumi samada yang hidup di darat, di dasar laut, di udara atau apa sahaja benda yang ada dalam linkungan alam ini, semuanya ada kerana dicipta dan tidak akan terjadi dengan sendirinya. Maka sudah tentu ada penciptanya. Pencipta semuanya ini ialah Allah Subhanahu wa Taala.

DALIL NAQLI

19

: )) ((

Maksudnya : Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak) melainkan Allah

2. QIDAM SEDIA ADA


DALIL AQLI : Allah menjadikan alam ini. Maka sudah tentu Allah itu Ada sebelum adanya alam ini. Allah memang suda Sedia Ada sebelum adanya langit dan bumi. Adanya Allah tidak ada permulaan, jika ada permulaan maka sudah tentu Allah itu ada yang menjadikannya. Maka iannya mustahil kerana Allah itu tidak berhajat kepada yang lain.

DALIL NAQLI :

: )) ((

Maksudnya : Dialah (Allah) yang awal dan yang akhir zahir dan batin

3. BAQA KEKAL SELAMA-LAMANYA


DALIL AQLI : Cuba kita lihat dan perhatikan kejadian alam yang dijadikan oleh Allah. Ia sentiasa mengalami perubahan yang dahulunya ada, sekarang sudah musnah atau binasa. Allah menciptakan sesuatu yang belum ada menjadi ada, yang hidup akhirnya akan mengalami kematian, demikianlah halnya silih berganti. Kejadian yang cukup menakjubkan ini sudah tentu penciptanya kekal ada, kerana tidak mungkin akan berlaku jika penciptanya musanah atau binasa. Maka wajiblah pencipta alam ini (Allah) bersifat kekal.

DALIL NAQLI

27

: )) ((

Maksudnya : Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

4. MUKHALAFATUHU LIL HAWADITS ALLAH BERBEZA DENGAN SEGALA YANG BARU (MAKHLUK) PERBEZAAN PADA ZAT
ZAT ALLAH
1. Zat Allah bukan benda

ZAT MAKHLUK
1. Zat makhluk terdiri daripada benda.

2. Adanya zat Allah tidak memerlukan bahagian-bahagian seperti tulang, daging dan sebagainya.

2. Zat makhluk tersusun daripada benda seperti daging, tulang, urat, kulit dan sebagainya.

PERBEZAAN PADA SIFAT

SIFAT ALLAH
1. Maha sempurna tidak ada kekurangan dan kecacatan.

SIFAT MAKHLUK
1. Tidak sempurna kerana boleh berubah, musnah dan binasa.

2. Tidak batasan masa atau had.

2. Ada batasab atau jangka masa atau had tertentu.

PERBEZAAN PADA PERBUATAN

PERBUATAN ALLAH
1. Allah tidak memerlukan alat, bahan atau apa jua perkara.

PERBUATAN MAKHLUK
1. Makhluk memerlukan alat atau benda atau anggota untuk menjadikannya.

DALIL AQLI
Jika Allah Subhanahu wa Taala tidak berbeza dengan makhluk samada pada zatnya, sifatnya dan perbuatannya, maka Allah itu bersamaan dengan segala yang baru. Maka adalah mustahil bagi Allah bersamaan dengan yang baru.

DALIL NAQLI

11

: )) ((

Maksudnya : Tidak ada sesuatu yang serupa dengan dia (Allah) dan Dialah yang maha mendengar lagi maha melihat.

5. QIAMUHU BINAFSIH BERDIRI DENGAN SENDIRINYA


DALIL AQLI Jika Allah berhajat atau memerlukan pertolongan atau bantuan untuk mencipta alam ini, maka jelaslah Allah itu lemah kerana masih memerlukan pertolongan sedangkan Allah maha berkuasa untuk mencipta sesuatu tanpa memerlukan pertolongan atau bantuan. Maka wajiblah Allah itu berdiri dengan sendirinya dan mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat berkehendak kepada yang lain seperti makhluk.

DALIL NAQLI

225

: )) ((

Maksudnya : Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluknya

6. WAHDANIYAT ALLAH ITU ESA ATAU TUNGGAL


Allah Taala itu tidak berbilang-bilang sama ada pada zatnya, sifatnya dan perbuatannya. Zat Allah tidak tersusun daripada apa-apa benda, tidak ada sesiapa atau sesuatu pun yang berkongsi di dalam perbuatannya.

DALIL AQLI
Jika sekiranya Allah itu berbilang-bilang, sudah tentu akan melahirkan kehendak yang berbeza. Apabila kehendak berbeza, sudah tentu wujud pertentangan antara satu dengan lain. Jika ini berlaku sudah tentu tidak akan wujud alam ini. Maka jelaslah bahawa Allah itu Tunggal pada zat, sifat dan perbuatannya.

DALIL NAQLI

: )) ((

Maksudnya : Katakanlah bahawa Allah itu Esa (Tunggal).

AKIBAT TIDAK MEMPERCAYAI KEESAAN ALLAH

Akan menerima seksaan yang amat pedih dalam api neraka di akhirat nanti.

Syirik (menyekutukan Allah) adalah satusatunya dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah Subahanahu wa Taala.

7. QUDRAT ERTINYA BERKUASA Allah itu mempunyai kekuasaan yang penuh dan mutlak ke atas segala sesuatu. Allah berkuasa mengadakan, menghidupkan, mematikan atau membinasakan sesuatu ciptaannya di alam ini dengan tidak ada batasan atau halangan.

PERBEZAAN KUASA ALLAH DENGAN KUASA MAKHLUK

KUASA ALLAH
1. Berkuasa penuh dan mutlak ke atas segala sesuatu. 2. Allah berkuasa ke atas segala sesuatu tanpa ada bantuan atau pertolongan.

KUASA MAKHLUK
1. Mempunyai kuasa yang terhad atau terbatas.

2. Memerlukan bantuan atau pertolongan.

DALIL AQLI
Tanda-tanda kekuasaan Allah dapat dilihat dengan terang dan jelas seperti perjalanan matahari, bulan, bintang dan sebagainya tanpa ada pertembungan antara satu sama dengan yang lain. Semua berjalan mengikut ketetapan Allah. Kejadian yang sangat menakjubkan ini sudah tentu penciptanya mempunyai kekuasaan yang penuh (mutlak). Maka terbuktilah Allah itu maha berkuasa.

DALIL NAQLI

: )) ... ((

Maksudnya : Dan Allah adalah maha berkuasa..

8. IRADAT - BERERTI BERKEHENDAK Allah itu mempunyai kemahuan sendiri dan tidak dipaksa atau dihalang oleh sesuatu dan bebas mencipta, mengubah dan menetapkan sesuatau menurut kehendaknya sendiri.

DALIL AQLI
Jika Allah Subahanahu wa Taala dipaksa, maka sudah tentu dia lemah sedangkan yang lemah tidak boleh menjadi Tuhan. Maka wajiblah bagi Allah itu mempunyai kehendak sendiri. Kehendaknya mengatasi kehendak yang lain. Segala sesuatu dalam alam ini semuanya berlaku dengan kehendak dan kemahuan Allah Subahanahu wa Taala.

DALIL NAQLI

107

: )) (( ...

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang dia kehendaki.

HIKMAT MEMPERCAYAI ALLAH BERSIFAT IRADAT


1.Menguatkan iman seseorang kerana meyakini dirinya lemah di sisi Allah. 2. Tidak berputus asa walaupun banyak rintangan dan halangan yang ditempuh dalam kehidupan kerana mempercayai setiap sesuatu yang dihadapi dalam kehidupan adalah kehendak dan ketentuan Allah Subhanahu Wa Taala.

9. ILMU ERTINYA MENGETAHUI .


ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU, TIDAK ADA SESUATU PUN YANG TERSEMBUNYI DARI PENGETAHUAN ALLAH SUBAHANAHU WA TAALA

PERBEZAAN ILMU ALLAH DENGAN ILMU MAKHLUK

ILMU ALLAH
1. Allah mengetahui segala sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari pengetahuan Allah

ILMU MAKHLUK
1. Pengetahuan makhluk hanya terhad kepada apa yang dilihat, didengar atau diuji.

2. Ilmu Allah tidak terbatas bahkan meliputi segala sesuatu yang zahir dan yang tersembunyi atau yang ghaib.

2. Ilmu makhluk terbatas kepada yang zahir dan tidak mengetahui perkara ghaib.

ILMU ALLAH
3. Ilmu Allah Maha Sempurna.

ILMU MAKHLUK
3. Ilmu makhluk tidak sempurna dan boleh ditambah atau berkurang.

DALIL AQLI
Cuba lihat bagaimana luasnya alam ciptaan Allah ini. Terdapat di dalamnya berbagai-bagai jenis kejadian yang tidak termampu kita mengiranya. Setiap kejadian mempunyai berbagai bentuk,rupa, warna dan sebagainya. Terdapat makhluk yang berbagai rupa dari sebesar-besarnya hingga sekecilkecilnya.

Umpamanya semut yang dijadikan oleh Allah dalam bentuk yang kecil, tetapi tidak ada sesorang pun daripada manusia khasnya atau makhluk lain amnya dapat mencipta semut. Maka jelaslah bahawa pencipta semua ini maha mengetahui, iaitu Allah Subahanahu wa Taala.

DALIL NAQLI

97

: )) ((

Maksudnya : . Dan bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu.

10. HAYAT HIDUP


Allah itu hidup tidaklah dengan sesuatu alat perantaraan seperti makhluk. Allah itu hidup bukanlah dengan nyawa atau roh dan Allah tidak juga berhajat kepada makan minum seperti kebiasaan makhluk yang hidup. Allah hidup dengan sendiri tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan serta tidak akan binasa untuk selama-lamanya.

PERBEZAAN HIDUP ALLAH DENGAN HIDUP MAKHLUK

HIDUP ALLAH
1. Tidak memerlukan alat perantaraan seperti nyawa, darah, daging dan sebagainya. 2. Kehidupan Allah kekal tidak ada permulaan dan tidak ada penghujung serta tidak akan binasa.

HIDUP MAKHLUK
1. Memerlukan alat perantaraan seperti nyawa, darah, daging dan sebagainya. 2. Kehidupan makluk tidak kekal, ada permulaan dan ada penghujung serta akan musnah.

HIDUP ALLAH
3. Kehidupan Allah tidak berhajat kepada sesuatu, tidak ada halangan, tidak ada rintangan dan tidak dipengaruhi oleh sesuatu.

HIDUP MAKHLUK
3. Kehidupan makhluk berhajat kepada keperluan hidup seperti makan, minum, sentiasa menghadapi rintangan dan dipengaruhi oleh sesuatu.

DALIL AQLI
Jika Allah Subahanahu wa Taala tidak hidup, sudah tentu Dia mati. Kalau Allah mati sudah tentu Allah tidak berkuasa menjadikan alam ini. Maka wajiblah bagi Allah hidup dengan sebenar-benarnya.

DALIL NAQLI

: )) ((

Maksudnya : Allah tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal.

11. SAMA MENDENGAR


BAGAIMANA ALLAH BERSIFAT SAMA Allah Maha Mendengar segala sesuatu dengan pendengarannya yang maha sempurna. Tidak ada suatu pun yang dapat menghalang pendengaranya. Tidak tertentu dengan masa dan tempat. Allah mendengar yang jauh dan yang dekat, yang jelas dan bisikan dalam hati. Pendengaran Allah meliputi semuanya dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari pendengaran Allah Subahanahu wa Taala.

DALIL AQLI
Allah Subahanahu wa Taala telah mencipta manusia dan binatang yang mana masingmasing mempunyai suara atau bunyi yang berbeza. Contohnya Allah ciptakan lelaki dengan suara yang kasar dan perempuan dengan suara yang halus. Begitulah juga burung-burung yang mempunyai berbagai bunyi. Maka adalah mustahil bagi Allah yang mencipta berbagai suara itu sendiri pekak atau tuli. Maka wajiblah bagi Allah itu bersifat sama (maha mendengar)

DALIL NAQLI

36

: )) ((

Maksudnya : Sesungguhnya Dialah (Allah) yang maha mendengar lagi maha mengetahui.

12. BASHAR ERTINYA MELIHAT BAGAIMANA PENGLIHATAN ALLAH


1.Penglihatan Allah meliputi segala sesuatu samada kecil atau besar, jauh atau dekat, zahir atau tersembunyi. 2. Penglihatan Allah tidak terbatas, Allah melihat segala sesuatu samada sudah, sedang dan akan berlaku. Tidak ada sesuatu pun yang terlindung dari penglihatan Allah Subahanahu wa Taala.

3. Penglihatan Allah tidak memerlukan alat seperti mata atau lain-lain alat melihat.

DALIL AQLI
Allah Subahanahu wa Taala telah mencipta berbagai warna seperti ada yang merah, kuning, biru dan sebagainya. Allah juga mencipta langit yang berwarna-warni. Maka ini membuktikan Allah itu maha melihat. Adalah mustahil bagiNya mencipta yang berbagai warna sedangkan ia buta. Maka wajiblah Allah itu bersifat bashar (Maha Melihat)

DALIL NAQLI

20

: )) ((

Maksudnya: ..Sesungguhnya Allah Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

13. KALAM ERTINYA BERKATA-KATA PERBEZAAN KUASA BERKATA-KATA DENGAN MAKHLUK


BERKATA-KATA ALLAH
1. Tidak memerlukan alat seperti mulut, bibir, lidah dan sebagainya. 2. Tidak mengeluarkan suara dan huruf-huruf.

BERKATA-KATA MAKHLUK
1. Memerlukan alat seperti mulut, bibir, lidah dan sebagainya. 2. Mengeluarkan suara dan huruf-huruf.

BERKATA-KATA ALLAH
3. Tidak ada batasan atau jangka masa had.
4. Tidak berubah, tidak cacat dan tidak ada kekurangan.

BERKATA-KATA MAKHLUK
3. Ada batasan atau jangka masa atau had tertentu.
4. Boleh berubah, boleh cacat dan mempunyai kekurangan.

DALIL AQLI
Sekiranya Allah Subahanahu wa Taala bersifat bisu, Allah tidak dapat berkatakata dengan Nabi Musa alaihissalam dan juga tidak dapat menyampaikan wahyuNya kepada nabi-nabi dan rasulrasulNya.

DALIL NAQLI

164

: )) ((

Maksudnya : Allah telah berfirman kepada Nabi Musa alaihissalam dengan firman.

Ya Allah ,kami mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan hati yang khyusuk, keyakinan yang benar , rezeki yang luas dan amal perbuatan yang baik. Ya Allah, limpahkan lah kepada kami manfaat tentang apa-apa yang kami pelajari dan kembalikanlah ia kepada kami sesuai dengan hajat kami kepadanya dan jangan lah Engkau membiarkan kami menjadi lupa mengenainya

Anda mungkin juga menyukai