Anda di halaman 1dari 5

Sifat Wajib Allah Terbagi 4

Sifat-sifat Allah tidak terbilang banyaknya. Semua


sifat Allah adalah maha sempurna lagi layak bagi sifat
ketuhananNya. Sifat Allah yang wajib diketahui dan
dikenal ada 20 sifat.

Sifat wajib yang 20 ini terbagi kepada 4 iaitu:-


1) Sifat Nafsiah
2) Sifat Salbiah
3) Sifat Ma'ani
4) Sifat Ma'nawiyah

Sifat Nafsiah
Sifat nafsiah merujuk kepada Diri (Zat) Allah. Sifat nafsiah
ada 1 sahaja iaitu sifat Wujud.

Sifat wujud merujuk kepada Diri (Zat) Allah yang ada. Zat
Allah itu ghaib dan tidak boleh dilihat makhluk hingga ke
akhirat. Hanya ahli Syurga sahaja yang akan
dapat melihat Allah dengan mata sendiri. Inilah nikmat
terbesar yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang
beriman dan beramal soleh.

Zat Allah yang ghaib itu wujud. Dikatakan bahawa sifat


nafsiah ini tidak maujud (tidak ada) pada mata iaitu tidak
dapat dilihat mata kasar. Namum ia maujud (ada) pada
akal iaitu akal dapat menerima bahawa Zat Allah itu
wujud. Jika Allah tidak wujud ertinya Allah itu bersifat
adam (tiada). Ini adalah mustahil pada akal kerana tidak
mungkin alam terjadi tanpa ada yang menjadikannnya.
Yang menjadikan alam ialah Allah. Maka logik akal
menerima Diri Allah itu wujud.

Sifat Salbiah

1
Sifat Salbiah menolak atau menafikan sifat-sifat yang
tidak layak pada Diri Allah. Sifat salbiah ada 5 :-
1) Qidam - sedia ada
2) Baqa' - kekal
3) Mukhalafatuhu lil hawadits - tidak sama
dengan yang baharu
4) Kiamuhu binafsi - berdiri dengan sendirinya
5) Wahdania - esa

Sifat salbiah itu tidak maujud (tidak ada) pada mata


ertinya tidak dapat dilihat kesannya dengan mata kasar.
Sifat Salbiah juga tidak maujud (tidak ada) pada akal
ertinya tidak dapat difahami dan difikirkan akal.

Qidam
Allah sedia adanya. Allah tidak ada permulaan. Allah
tidak dijadikan. Allah tidak dari sesuatu. Sifat qidam
menafikan dan menolak bahawa Allah itu ada
permulaan (dari tidak ada menjadi ada) atau Allah
dijadikan dari sesuatu.

Baqa'
Allah adalah kekal. Allah tidak berubah. Allah tidak akan
musnah. Sifat baqa' menafikan dan menolak bahawa
Allah itu berubah iaitu dari tiada menjadi ada, atau dari
kecil menjadi besar, atau dari muda menjadi tua dan
seterusnya. Sifat baqa' juga menolak Allah ada
kesudahannya (musnah). Allah tidak berubah maka Allah
akan kekal berterusan tanpa awal tanpa akhir.

Mukhlafatuhu lil hawadits


Allah tidak bersifat baharu. Sifat baharu adalah sifat alam
(makhluk). Allah tidak sama dengan makhluk. Maka sifat
mukhalafatuhu lil hawadits menafikan dan menolak
bahawa Allah bersifat sama dengan makhluk (alam).

2
Kiamuhu binafsi
Allah berdiri dengan sendirinya bererti Allah tidak perlu
kepada sesuatu. Allah tidak perlu kepada tempat. Allah
tidak perlu kepada masa. Segala sesuatu adalah ciptaan
Allah. Allah tidak perlu kepada apa yang diciptakanNya.
Sifat kiamuhu binafsi menafikan dan menolak bahawa
Allah perlu kepada sesuatu.

Wahdania
Allah itu esa atau tunggal. Tidak ada yang sama seperti
Allah. Sifat wahdania menafikan dan menolak bahawa
ada yang lain yang sama seperti Allah.

Sifat-sifat salbiah yang 5 ini tidak memberi kesan pada


alam maka mata makhluk tidak dapat melihatnya. Sifat-
sifat salbiah yang 5 ini tidak ada (mustahil ada) pada
makhluk (alam). Sesuatu yang mustahil ada pada alam
tidak akan dapat difikirkan akal kerana akal adalah
alam. Akal tidak dapat berfikir sesuatu yang di luar alam.

Sifat Ma'ani
Sifat ma'ani ialah sifat-sifat Allah yang maujud (ada)
pada mata dan maujud (ada) pada akal. Ertinya sifat-
sifat ma'ani dapat dilihat oleh mata kesan-kesannya di
alam ini dan dapat difikirkan dan diterima akal. Sifat-sifat
ma'ani ada 7 iaitu:-
1) Qudrah - berkuasa
2) Iradah - berkehendak
3) Ilmu - mengetahui
4) Hayat - hidup
5) Sama' - mendengar
6) Basar - melihat
7) kalam - berkata-kata

Kejadian pada alam ini adalah tanda atau kesan dari


sifat-sifat ma'ani yang 7. Adanya alam ini adalah tanda

3
kekuasan Allah. Allah berkuasa melakukan apa yang
dikehedakiNya. Menjadikan alam adalah kehendak
Allah. Alam dapat dlihat oleh sekelian manusia.

Kehebatan ciptaan alam adalah tanda bahawa ia


dijadikan oleh yang maha tinggi ilmu pengetahuannya.
Yang menjadikan alam tentunya hidup mustahil mati.
Segala bunyi-bunyian dan berbagai jenis suara adalah
tanda yang mencipta bunyi dan suara itu adalah maha
mendengar kerana mustahil bagi yang tidak boleh
mendengar dapat mencipta bunyi dan suara yang tidak
terbatas bilangannya. Segala rupa bentuk dan warna-
warni pada alam adalah tanda yang menjadikan alam
adalah maha melihat kerana yang tidak boleh melihat
mustahil boleh mencipta bentuk dan warna yang tidak
terbilang banyaknya.

Alam sentiada bergerak dengan tepat dan jitu. Setiap


hari matahari akan terbit dari timur dan terbenam di arah
barat. Siang dan malam silih berganti tanpa henti. Awan
menurunkan hujan. Bumi dan lautan mengeluarkan
berbagai jenis makanan untuk manusia. Dan berbagai
lagi kejadian yang sentiasa berlaku di sekeliling kita tanpa
kita sedari. Ini semua adalah tanda sifat kalam Allah itu
Allah sentiasa berkata-kata (mengeluarkan perintah)
kepada alam supaya berfungsi dan bergerak dengan
taat.

Tanda-tanda alam ini adalah kesan dari sifat-sifat ma'ani


Allah yang 7. Ia dapat dilihat dengan terang dan jelas
oleh mata dan akal juga dapat menerima sifat-sifat
ma'ani kerana mustahil bagi yang mencipta alam tidak
berkuasa, tidak berkehendak, tidak ada ilmu, tidak hidup,
tidak mendengar, tidak melihat dan tidak berkata-kata.

4
Sifat Ma'nawiyah
Sifat ma'nawiyah ialah sifat yang menegaskan sifat-sifat
ma'ani ada pada Diri (Zat) Allah bukan pada pacaindera
atau perantaraan. Maka apabila dikatakan Allah itu
melihat ertinya yang melihat adalah Diri Allah bukan
mata Allah. Diri Allah yang mendengar bukan telinga
Allah. Diri Allah yang berkata-kata bukan lidah atau suara
Allah.

Diri Allah yang berkendak dan Diri Allah yang berkuasa


untuk melaksanakan kehendakNya tanpa perlu kepada
sesuatu pertolongan atau perantaraan. Diri Allah hidup
tanpa perlu kepada pernafasan dan tidak perlu makan
dan minum. Diri Allah mengetahui setiap sesuatu tanpa
perlu kepada ilmu pengetahuan.

Sifat ma'nawiyah adalah sifat-sifat Diri (Zat) Allah. Diri


Allah adalah ghaib dan tidak dapat dilihat mata. Maka
sifat ma'nawiyah tidak maujud (tidak ada) ada pada
mata ertinya tidak boleh dilihat mata tetapi ia maujud
pada akal iaitu ia dapat diterima akal.

Sifat ma'nawiyah ada 7 iaitu:-


1) Kaunuhu Qadiran - keadaan Diri Allah
Berkuasa
2) Kaunuhu Muridan - keadaan Diri Allah
Berkehendak
3) Kaunuhu Aliman - keadaan Diri Allah
Mengetahui
4) Kaunuhu Haiyan - keadaan Diri Allah Hidup
5) Kaunuhu Sami'an - keadaan Diri Allah
Mendengar
6) Kaunuhu Basiran - keadaan Diri Allah
Melihat
7) Kaunuhu Mutakaliman - keadaan Diri Allah
Berkata-kata

Anda mungkin juga menyukai