Anda di halaman 1dari 1

Penciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan

manusia. Ia membekalkan makanan dan minuman berupa daging, susu, telur, sayur-sayuran dan buah-
buahan sebagai memenuhi kelangsungan kehidupan manusia di dunia.
Selain itu, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga dicipta untuk memelihara kelestarian ekosistem alam
sekitar yang berperanan besar dalam pembentukan ekosistem bumi. Islam meletakkan nilai yang
tinggi terhadap penciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan berdasarkan peranan dan sumbangannya
kepada kehidupan manusia. Ini dapat dilihat daripada penggunaan nama haiwan dan tumbuh-
tumbuhan dalam surah al-Quran seperti surah al-Baqarah, surah al-Fil, surah al-Tin, surah al-An`am,
surah al-Naml, surah al-Nahl dan surah al-Ankabut.
Penggunaan namanama haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam surah seperti inimenunjukkan bahawa
Islam sangat mengambil berat terhadappenciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta isu-isu yang
berkaitan dengan penciptaan tersebut.
Al-Quran meletakkan haiwan pada kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia.
Walaupun begitu, al-Quran menegaskan kepada setiap Muslim untuk memperlakukan haiwan dengan
rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka.
haiwan beserta makhluk lain dipercayai sentiasa memuji Allah walaupun perkara ini tidak dinyatakan
sebagaimana yang manusia lakukan.Manusia dan haiwan sangat berkait rapat dalam proses
meneruskan kehidupan seharian. Hikmah Allah menciptakan haiwan di muka bumi ini adalah :
1. Sebagai satu syarat bagi manusia menyempurnakan ibadat kepada Allah S.W.T (ibadah
qurban dan aqiqah)
2. Sebagai sumber makanan manusia.
3. Sebagai kenderaan untuk pelbagai tujuan dan juga berjihad di jalan Allah. (cth: Unta untuk
membawa barang dagangan dan Kuda untuk ditunggang dijalan Allah)
4. Sebagai lambang mukjizat para nabi dan Rasul (Seperti Nabi Sulaiman AS yang dapat
memahami percsakapan haiwan)
5. Sebagai sumber rezeki (menternak lembu/kambing)
6. Sebagai satu syarat bagi manusia menyempurnakan ibadat kepada Allah S.W.T.
7. Sebagai lambang mukjizat para Nabi dan Rasullulah
8. Lambang sebagai melahirkan kasih sayang.
9. Haiwan sebagai kenderaan yang indah dipandang.
10. Untuk menghangatkan badan.
Allah telah menciptakan semua jenis hewan dari air, Maka sebagian dari hewan itu ada yang berjalan
di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan
empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu. Maksud firman Allah SWT;
Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. dan Allah memimpin siapa yang
dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.(Qs.An Nur :45-46)

Anda mungkin juga menyukai