Anda di halaman 1dari 25

B) PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM

Perkahwinan

Sistem Keluarga Islam

Sesuatu keluarga itu dibentuk dengan adanya penyatuan antara lelaki dan perempuan
melalui cara tertentu berasaskan ketetapan syarak. Adanya keluarga akan melahirkan
sebuah masyarakat. Pernikahan amat dititikberat dalam Islam dan tidak boleh
dipermainkan. Sabda Nabi Muhammad salla Allahu alaihi wa sallam:

ُ‫ﺎح َواﻟﻄﱠﻼَ ُق َواﻟ ﱠﺮ ْﺟ َﻌﺔ‬ ِ ِ ِ ُ ‫ث ِﺟﺪ‬


ُ ‫ﱡﻫ ﱠﻦ ﺟ ﱞﺪ َو َﻫ ْﺰُﳍُ ﱠﻦ ﺟ ﱞﺪ اﻟﻨّ َﻜ‬ ٌ َ‫ﺛَﻼ‬

Maksudnya:
Tiga perkara jika dilakukan secara bersungguh dikira bersungguh, dan
jika dilakukan secara bergurau juga dikira bersungguh, iaitu nikah, talak
dan rujuk.
(Abu Dawud, 2196)

1. Definisi Nikah

Bahasa: Bererti bersatu, berkumpul atau berhimpun. Berkata sesetengah orang Arab:
Pokok-pokok itu bernikah. Maksudnya pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat
antara satu sama lain.
Istilah: Ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh/berseronok) antara
suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Dinamakan nikah kerana
mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya antara satu sama lain. Orang Arab
menggunakan perkataan nikah dalam dua makna maksud:
a. Akad
b. Persetubuhan

2. Gesaan Berkahwin

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

öΝä3ãΨ≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=tΒ $tΒ ÷ρr& ¸οy‰Ïn≡uθsù (#θä9ω÷ès? āωr& óΟçFø Åz ÷βÎ*sù ( yì≈t/â‘uρ y]≈n=èOuρ 4o_÷WtΒ Ï!$|¡ÏiΨ9$# zÏiΒ Νä3s9 z>$sÛ $tΒ (#θßsÅ3Ρ$$sù

∩⊂∪ (#θä9θãès? āωr& #’oΤ÷Šr& y7Ï9≡sŒ 4

Maksudnya:
Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau
empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian
itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
(Surah al-Nisa’, 4: 3)

Sabda Nabi salla Allahu alayhi wa sallam:

، ‫ﺼ ْﻮِم‬
‫ﻟ ﱠ‬-ِ ‫ َوَﻣ ْﻦ َﱂْ ﻳَ ْﺴﺘَ ِﻄ ْﻊ ﻓَـ َﻌﻠَْﻴ ِﻪ‬، ‫ﺼ ُﻦ ﻟِْﻠ َﻔْﺮِج‬ ْ ‫ َوأ‬، ‫ﺼ ِﺮ‬
َ ‫َﺣ‬
ِ ‫ ﻓَِﺈﻧﱠﻪ أَ َﻏ ﱡ‬، ‫ﺎب ﻣ ِﻦ اﺳﺘﻄَﺎع اﻟْﺒﺎء َة ﻓَـْﻠﻴـﺘـﺰﱠوج‬
َ َ‫ﺾ ﻟْﻠﺒ‬ ُ ِ
ْ َ ََ َ َ َ َ ْ َ َ‫َ َﻣ ْﻌ َﺸَﺮ اﻟﺸﱠﺒ‬
ِ
ٌ‫ﻓَﺈﻧﱠﻪُ ﻟَﻪُ ِو َﺟﺎء‬
Maksudnya:
Wahai para pemuda, sesiapa antara kamu yang berkemampuan1 hendaklah
dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menutup pandangan mata dan
lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan hendaklah dia
berpuasa kerana puasa adalah pendidinding baginya.
(Riwayat Bukhari : 1400)

(Ijmak ulama bahawa nikah merupakan antara perkara yang termasuk dalam syariat
Islam)

3. Berkahwin adalah sunnah para Rasul alayhim al-salatu wa assalam.

ِ ُ ‫اﻟﺴﻮ‬ ِ ‫اﳊﻴﺎء واﻟﺘـ ﱡ‬ ِ ِ


‫ﺎح‬
ُ ‫اك َواﻟﻨّ َﻜ‬ َ ّ ‫ﱠﻌﻄ ُﺮ َو‬ َ ‫أ َْرﺑَ ٌﻊ ﻣ ْﻦ ُﺳﻨَ ِﻦ اﻟ ُْﻤ ْﺮ َﺳﻠ‬
َ َ ُ ََْ ‫ﲔ‬

Maksudnya
Empat perkara daripada sunnah-sunnah para Rasul, iaitu malu,
memakai wangian, bersugi dan berkahwin.
(Tirmizi, j4: 1101)

4. Hikmah nikah

• Dapat memenuhi perasaan tabi’i manusia. Allah SWT telah menciptakan


manusia dengan dibekalkan keinginan seksual samada lelaki atau perempuan.
Pensyariatan nikah adalah sebagai memenuhi fitrah manusia. Oleh itu Nabi
SAW melarang umatnya daripada hidup membujang tanpa alasan yang benar.

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata yang bermaksud: Rasulullah SAW telah
menolak permohonan Osman bin Maz’un untuk hidup membujang (Muslim no
1402)

• Untuk menghindarkan diri dari penzinaan


• Untuk membangun rumahtangga atas dasar iman dan kasih sayang
• Untuk meneruskan kesinambungan keturunan
• Mewujudkan ketenangan jiwa (rujuk surah al-Rum ayat 21)
• Menjaga keturunan manusia
• Melahirkan keturunan yang soleh
• Memperluaskan lagi hubungan persaudaraan

1
Mampu bersetubuh dan menyara isteri
5. Cara dan keutamaan memilih pasangan:

i. Mencari sifat atau ciri-ciri pasangan yang dituntut agama


ii. Melihat bakal isteri
iii. Meminang

i. Ciri-ciri pasangan:

Sabda Rasulullah SAW:

‫ﺴﺒِ َﻬﺎ َو َﲨَ ِﺎﳍَﺎ‬ ِ ِ ِ


َ َ‫ﺎل » ﺗُـ ْﻨ َﻜ ُﺢ اﻟ َْﻤ ْﺮأَةُ ﻷ َْرﺑَ ٍﻊ ﻟ َﻤﺎﳍَﺎ َوﳊ‬
َ َ‫ ﻗ‬- ‫ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬- ‫ﱠﱮ‬ ِّ ِ‫ َﻋ ِﻦ اﻟﻨ‬- ‫ رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﻪ‬- ‫َﻋ ْﻦ أَِﰉ ُﻫ َﺮﻳْـ َﺮَة‬
‫اك‬َ ‫ﺖ ﻳَ َﺪ‬ ِ ‫ ﻓَﺎﻇْ َﻔﺮ ﺑِ َﺬ‬، ‫وﻟِ ِﺪﻳﻨِﻬﺎ‬
ْ َ‫ات اﻟ ِّﺪﻳ ِﻦ ﺗَ ِﺮﺑ‬ ْ َ َ
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW telah bersabda: “(Kebiasaannya) perempuan
dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kemuliaannya keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Pilhlah yang beragama nescaya berdebu tangan
kamu.
(Bukhari, : 4802)

Berdasarkan hadis di atas, terdapat empat ciri-ciri pasangan yang kebiasaanya dipilih
oleh lelaki, iaitu

i. Harta
ii. Keturunan
iii. Kecantikan
iv. Agama
Sabda Rasulullah SAW,

‫ﻮﻫ ﱠﻦ ﻷ َْﻣ َﻮاﳍِِ ﱠﻦ ﻓَـ َﻌ َﺴﻰ أ َْﻣ َﻮا ُﳍُ ﱠﻦ أَ ْن‬


ُ ‫ﺴﻰ ُﺣ ْﺴﻨُـ ُﻬ ﱠﻦ أَ ْن ﻳُـ ْﺮِدﻳَـ ُﻬ ﱠﻦ َوﻻَ ﺗَـ َﺰﱠو ُﺟ‬ ِ ِ ‫ﻻ ﺗَـﺰﱠوﺟﻮا اﻟﻨِّﺴ‬
َ ‫ﺎء ﳊُ ْﺴﻨ ِﻬ ﱠﻦ ﻓَـ َﻌ‬
ََ ُ َ
‫ﻀ ُﻞ‬َ ْ‫ات ِدﻳ ٍﻦ أَﻓ‬
ُ ‫اء َذ‬ ُ ‫ﺎء َﺳ ْﻮ َد‬
ِ
ُ ‫ﻮﻫ ﱠﻦ َﻋﻠَﻰ اﻟ ّﺪﻳ ِﻦ َوﻷ ََﻣﺔٌ َﺧ ْﺮَﻣ‬ ُ ‫ﺗُﻄ ِْﻐﻴَـ ُﻬ ﱠﻦ َوﻟَ ِﻜ ْﻦ ﺗَـ َﺰﱠو ُﺟ‬
__________
: ‫ﻣﻌﺎﱏ ﺑﻌﺾ اﻟﻜﻠﻤﺎت‬
‫ ﻣﻘﻄﻮﻋﺔ ﺑﻌﺾ اﻷﻧﻒ وﻣﺜﻘﻮﺑﺔ اﻷذن‬: ‫اﳋﺮﻣﺎء‬
‫ﻹﻋﺠﺎب واﻟﺘﻜﱪ‬d ‫ ﻳﻮﻗﻊ ﰱ اﳍﻼك‬: ‫ﻳﺮدى‬
Maksudnya:
Janganlah kamu mengahwini seseorang perempuan kerana ingin
melihat kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa
kerosakan kepada diri mereka sendiri dan janganlah kamu mengahwini
mereka kerana mengharapkan hartanya kerana mungkin dengan
hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong, tapi kahwinilah
mereka atas dasar agama dan sesungguhnya hamba sahaya yang
terpotong sebahagian hidung lagi hitam itu adalah lebih baik sekiranya
dia beragama.
(Ibn Majah, 1932)

Wanita juga disarankan oleh Islam supaya memilih lelaki yang soleh untuk dijadikan
suami. Sabda Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam:

ِ ‫ﺿ ْﻮ َن ِدﻳﻨَﻪُ َو ُﺧﻠُ َﻘﻪُ ﻓَـ َﺰِّو ُﺟﻮﻩُ إِﻻﱠ ﺗَـ ْﻔ َﻌﻠُﻮا ﺗَ ُﻜ ْﻦ ِﻓْﺘـﻨَﺔٌ ِﰱ اﻷ َْر‬
ٌ ‫ض َوﻓَ َﺴﺎ ٌد َﻋ ِﺮ‬
‫ﻳﺾ‬ َ ‫ﺐ إِﻟَْﻴ ُﻜ ْﻢ َﻣ ْﻦ ﺗَـ ْﺮ‬ ِ
َ َ‫إ َذا َﺧﻄ‬

Maksudnya:
Jika meminang kepada kalian (wanita) lelaki yang kamu redhai agama
dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah dan
kerosakan yang besar.
(Tirmizi, 1107)

Ciri-ciri lain bakal isteri

i. Perempuan yang bukan dari keluarga yang hampir


ii. Masih gadis (perawan/dara)
iii. Keturunan ramai anak
iv. Sekufu2
v. Sederhana maharnya

ii. Melihat bakal isteri

Sunat hukumnya melihat pasangan yang bakal dikahwini.


Lelaki hanya boleh melihat perempuan yang bakal dinikahi di kawasan muka dan
tangan sahaja. Mereka boleh melihat walaupun tanpa izin perempuan tersebut.
Manakala perempuan pula dibenarkan melihat bakal suami melainkan barang antara
pusat dan lutut.

Sabda Rasulullah SAW:

‫َن ﻳُـ ْﺆ َد َم ﺑَـ ْﻴـﻨَ ُﻜ َﻤﺎ‬ ْ ‫اﻧْﻈُْﺮ إِﻟَْﻴـ َﻬﺎ ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ أ‬


ْ ‫َﺣ َﺮى أ‬
Maksudnya:
Lihatlah kepadanya (perempuan) kerana dengan cara itu lebih
mendatangkan pertalian mesra antara kamu berdua.
(Riwayat Tirmizi, no 1087)

iii. Meminang

2
Beragama, pekerjaan yang setaraf dan tiada kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh.
Erti: Menyatakan hasrat hati untuk berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang
perempuan.
Cara meminang ada dua: 1. Menggunakan perkataan jelas
2. Secara kinayah (sindiran)
i. Kedua–dua cara ini dibenarkan sekiranya perempuan itu bukan isteri orang, tidak
berada dalam eddah dan bukan perempuan yang haram dinikahi.
ii. Adapun pinangan secara kinayah hanya dibenarkan sekiranya seseorang wanita
itu berada dalam I’ddah kematian suami atau I’ddah disebabkan talak bain.
iii. Haram meminang secara jelas dan sindiran selain daripada dua perkara di atas,
iaitu haram meminang perempuan yang haram dikahwini samada haram selamanya
atau haram yang bersifat sementara.
Peminangan boleh diri sendiri atau wakil. Setelah seseorang perempuan itu
dipinang, maka haramlah bagi mana-mana lelaki meminang perempuan tersebut
sekiranya pinangan itu telah diterima. Namun, jika lelaki yang meminang itu memberi
izin maka bolehlah orang lain masuk meminang. Sabda Rasulullah salla Allahu alayhi
wa sallam

Maksudnya:
Seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah
dipinang oleh saudaranya sehinggalah peminang sebelumnya
meninggalkan atau peminang itu memberi keizinan kepadanya.
(Bukhari, 4848)

Sekiranya pinangan lelaki pertama belum diterima atau tiada sebarang


jawapan, maka boleh lelaki lain untuk masuk meminang.

“Sunat bagi wali menwarkan perempuan di bawah jagaannya kepada


mana-mana lelaki soleh yang berkelayakan”

Perkara Sunat Dalam Peminangan

1. Berkhutbah (mulai dengan puji Allah dan salawat) sebelum meminang


2. Berpesan dengan ketakwaan kemudian menyatakan hasrat
3. Wali perempuan juga sunat berkhutbah kemudian menyatakan
penerimaan.

Status Tunang

Kedudukan tunang sama dengan orang asing. Tidak boleh berkhalwat


(berdua-duan secara sunyi)
6. Hukum Nikah:

a. Sunat: Ada keinginan dan berkemampuan. Kalu tidak berkahwin pun tidak
mengapa.

b. Wajib: Ada keinginan, mampu serta bimbang akan terjerumus ke lembah


maksiat kalu tidak berkahwin.

c. Haram : i. Tiada keinginan ii. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin iii.
Akan menzalimi/menyakiti pasangan.

d. Makruh: Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah atau orang yang
tidak berhajat kepada kahwin (cth, mati pucuk, terlalu tua).

e. Harus : Bagi yang tiada sebarang dorongan dan halangan berkahwin

7. Rukun Nikah:

a. Perempuan bakal isteri


b. Lelaki bakal suami
c. Wali yang menikahkan
d. Ijab dan qabul
e. 2 saksi lelaki

a.Syarat Perempuan Bakal Isteri

i. Islam atau ahli kitab


ii. Bukan isteri orang
iii. Bukan dalam iddah suaminya
iv. Perempuan tertentu
v. Kenal bakal suami samada pada nama atau rupa
vi. Bukan khunsa musykil
vii. Bukan isteri yang dicerai talak tiga
viii. Tidak dalam ihram haji/umrah

b.Syarat Lelaki Bakal Suami


i. Lelaki tertentu
ii. Bakal suami tahu yang bakal isterinya itu sah berkahwin dengannya
iii. Bukan dalam ihram
iv. Belum cukup empat isteri
v. Tahu bahawa orang yang mengakadkan itu wali sebenar atau wakil wali

c. Wali
Wali adalah penguasa atau orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan
yang hendak berkahwin.

Susunan wali
1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa
3. Adik beradik lelaki seibu sebapa
4. Adik beradik lelaki sebapa
5. Anak saudara (anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa)
6. Anak saudara (anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa)
7. Bapa saudara (adik beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
8. Bapa saudara (adik beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
9. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
10. Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
11. Wali hakim iaitu wali yang dilantik pemerintah.

Syarat-syarat wali
i- Islam
ii- Lelaki
iii- Baligh
iv- Adil (Tidak fasiq)
v- Berakal
vi- Bukan dalam ihram (haji or umrah)
vii- Wali tidak dipaksa

Wali Mujbir

Iaitu bapa dan datuk sebelah bapa yang ada kuasa untuk menikahkan perempuan
yang masih gadis dengan lelaki pilihannya walaupun tanpa izin.

Syarat-syarat

1. Tidak berlaku permusuhan antara wali dengan perempuan yang hendak


dikahwinkan.
2. Tidak ada permusuhan antara bakal suami dengan bakal isteri
3. Keduanya sekufu
4. Suami bukan terdiri daripada orang yang akan menyusahkan isteri seperti
buta, cacat
5. Bakal suami merupakan orang yang sanggup membayar mas kahwin

Wali Bukan Mujbir (wali ikhtiar-pilihan)

Ialah wali yang selain daripada bapa dan datuk bagi perempuan gadis dan semua
wali-wali bagi perempuan janda. Kuasa wali ini ialah dia hanya boleh
mengahwinkan maulinya setelah mendapat izin.
Perpindahan Kuasa Wali

Ia terbahagi kepada dua:


i. Perpindahan daripada wali aqrab kepada wali ab’ad
ii. Perpindahan daripada wali nasab kepada wali hakim

Sebab-sebab berlakunya perpindahan kuasa wali aqrab kepada wali ab’ad


i. Wali aqrab belum baligh
ii. Tidak waras
iii. Dianggap fasiq
iv. Hamba
v. Bisu dan pekak

Sebab-sebab berlakunya perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim


i. Wali nasab tiada
ii. Berada jauh lebih daripada dua marhalah
iii.Sukar untuk dihubungi
iv. Enggan memberi keizinan tanpa sebab yang munasabah sedangkan
pasangan itu telah sekufu.
(Jika seorang perempuan telah baligh dan berakal meminta supaya
dikahwinkan dengan lelaki yang setaraf dengannya, maka wali hendaklah
mengkahwinkannya. Adapun jika wali telah ada calon suami yang juga sekufu
maka dia boleh menghalang pilihan anaknya dan wali boleh menikahkan
anaknya dengan lelaki pilihannya)
v. Wali hilang dan tidak dipastikan samada hidup atau mati
vi. Wali itu sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan tersebut.
Contohnya sepupu

d. Saksi
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tidak sah perkahwinan tanpa wali dan dua saksi
yang adil. Maka mana-mana perkahwinan yang selain itu adalah batal.
(Riwayat Ibn Hibban)
Syarat- syarat saksi
i. Lelaki
ii. Berakal dan baligh
iii. Adil (tidak dianggap fasiq)
iv. Dapat melihat dan mendengar
v. Kuat ingatan
vi. Memahami bahasa yang digunakan
vii. Bukan wali

e.Sighah
Ia mengandungi ijab dan qabul. Ijab ialah lafaz yang dilafazkan oleh wali bertujuan
untuk menikahkan anaknya. Qabul pula bermaksud lafaz yang dilafazkan oleh
pngantin lelaki sebagai menerima tawaran tersebut. Contoh: Aku terimalah nikahnya”.

6. Pengaharaman Nikah Dalam Islam

Islam mensyariatkan dan menggalakkan umatnya agar berkahwin bahkan


melarang daripada hidup membujang tanpa alasan yang munasabah. Namun
begitu, kita tidak boleh dengan sesuka hati berkahwin tanpa terikat dengan
peraturan dan syarat-syarat tertentu dalam perkahwinan. Antaranya ialah
diharamkan menikahi dengan beberapa golongan perempuan.

Pengaharaman ini adalah atas beberapa sebab, antaranya ialah:

i. Sebagai penghormatan dan penghargaan kepada perempuan.


ii. Bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.
iii. Menyusun hubungan kekeluargaan

Pengharaman nikah ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Haram Selamanya
dan Haram Sementara.

1. Pengharaman selamanya

- kerana keturunan
- kerana persemendaan (nikah)
- kerana penyusuan

1.1 Haram dengan sebab keturunan

i. Ibu hingga ke atas. Golongan ini diistilahkan sebagai usul manusia.


ii. Anak perempuan ke bawah. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’
manusia
iii. Adik-beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Golongan ini
diistilahkan sebagai furu’ ibubapa.
iv. Ibu saudara sebelah bapa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapa.
Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah bapa.
v. Ibu saudara sebelah ibu, iaitu adik beradik perempuan kepada ibu. (furu’
datuk dan nenek sebelah ibu)
vi. Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
vii. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, sebapa atau
seibu.

Pengharaman ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam


surah al-Nisa’ ayat 23
1.2 Haram dengan sebab persemendaan/perkahwinan

i. Ibu kepada isteri.


ii. Isteri kepada anak, isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki atau
perempuan dan ke bawah.
iii. Isteri kepada bapa. Termasuk isteri kepada datuk sebelah bapa dan
isteri datuk sebelah ibu (isteri kepada usul)

Ketiga-tiga golongan di atas haram dikahwini sebaik sahaja selesai


akad nikah.

iv. Anak tiri (anak kepada isteri yang telah disetubuhi)

1.3 Haram dengan sebab penyusuan

i. Ibu yang menyusu dan ke atas


ii. Adik beradik perempuan susuan, iaitu perempuan yang menyusu
dengan ibu kamu (lelaki) atau kamu menyusu dengan ibunya atau
kamu dan dan dia menyusu dengan ibu yang sama.
iii. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan.
iv. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan.
v. Ibu saudara susuan iaitu adik beradik susuan dengan bapamu
vi. Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan ibumu.
vii. Anak perempuan susuan, iaitu perempuan yang menyusu dengan
isterimu.
viii. Ibu kepada bapa susu dan juga yang menyusukan bapa susu
ix. Adik beradik ibu yang menyusukan
x. Adik beradik bapa susu

Diharamkan bagi perempuan berkahwin dengan bapa susuan, anak susuan,


adik beradik susuan, anak saudara susuan, adik beradik susuan bapanya
dan adik beradik susuan bapanya.

Pengharaman nikah dengan susuan disebabkan hubungan nikah

i. Ibu mertua susuan, iaitu ibu yang menysukan isteri


ii. Anak tiri susuan, iaitu perempuan yang disusukan oleh isteri
iii. Isteri bapa susuan, iaitu isteri bapa susuan yang kamu menyusu
dengan isterinya yang kedua.
iv. Isteri anak susuan, iaitu isteri kepada lelaki yang disuse oleh isterimu.
Pengharaman dengan sebab susuan berdasarkan syarat-syarat berikut:
i. Hendaklah anak yang disusukan itu berada dalam lingkungan kurang 2
tahun
ii. Hendaklah 5 kali susuan yang berasingan dan bayi itu mestilah kenyang
pada setiap kali menyusu
iii. Susu itu ditelan oleh bayi
iv. Ibu telah baligh
Hendaklah lima kali susuan berasingan yang mengenyangkan

Pengharaman sementara
Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu merujuk kepada
perempuan yang tidak boleh dikahwini kerana terdapat halangan-halangan yang
tertentu. Apabila halangan-halangan ini tiada, maka seseorang lelaki boleh
mengahwininya. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini untuk sementara
waktu ialah:
i. Berkahwin dengan dua beradik perempuan.
ii. Mengahwini perempuan serta ibu saudaranya sebelah ibu atau sebelah
bapanya dan perempuan dengan anak perempuan kepada adik beradik
perempuan atau anak perempuan kepada adik beradik lelakinya atau
memadukan perempuan dengan anak perempuan kepada anak lelakinya
atau perempuan kepada anak perempuannya.
iii. Selagi masih menjadi isteri orang
iv. Isteri yang telah dicerai talak tiga sebelum ia berkahwin dengan lelaki lain
dan mencukupi syarat-syarat tertentu
v. Perempuan yang masih dalam iddah.
vi. Perempuan kafir penyembah berhala (musyrikah)

7. Mahar
Mahar ialah suatu pemberian yang diwajibkan ke atas suami/lelaki terhadap isteri
dengan sebab nikah samada dalam bentuk wang, harta atau manfaat. Firman Allah
subhanahu wa ta’ala:
َٗۡ َ ُ َ َٓ َ ّ ْ ُ ََ
ۚ ِ ِ ِٰ ‫وءا ا ٱ ِ ء‬
Maksudnya:
Dan berikanlah kepada perempuan2 itu mahar mereka sebagai
pemberian yang wajib.
(Surah ai-Nisa’. 4:4)

Para ulama berijmak bahawa mahar adalah wajib.


Mahar terbahagi kepada dua:

1. Mahar Misil
Ialah mahar yang dibayar mengikut kadar mahar bagi saudara-saudara
perempuannya yang telah berkahwin seperti adik-beradik perempuan seibu
sebapa, adik-beradik perempuan sebapa, anak perempuan kepada adik
beradik lelaki dan ibu saudara sebelah bapa seterusnya disamping menilai
perempuan itu sendiri dari segi umur, kecantikan, kekayaan, dara, janda,
pelajaran, ketakwaan dan sebagainya. Jika tidak ada, maka dinilai dengan
perempuan yang setaraf dengannya.

Penyebab wajib mahar mithil


a. Fasad/rosak akad nikah. Contoh: berkahwin tanpa saksi
b. Mahar dibatalkan kerana berlakunya perselisihan antara suami isteri dalam
sebutan3 atau kadar4.
c. Mahar disebut dengan sebutan yang merosakkan. Contohnya:

i. Mahar yang disebut dalam akad adalah harta yang tidak diiktiraf oleh
syarak.
ii. Mahar yang disebut itu bukan harta miliknya seperti harta yang dicuri.
iii. Mengahwini dua perempuan dengan satu mahar
iv. Wali mengahwinkan kanak-kanak perempuan/dara yang telah besar
tanpa kebenaran dengan kadar mahar yang kurang daripada kadar mahar
mithil.
v. Dalam akad, disyaratkan sebahagian daripada mahar diserahkan kepada
orang lain.
vi. Perempuan yang cerdik dan berakal, janda atau dara meminta supaya
dikahwinkannya tanpa mahar.

2. Mahar Musamma
Ialah mahar yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Hukum Menyebut Mahar


Hukum menyebut mahar semasa akad nikah adalah Sunat.
Keadaan yang mewajibkan menyebut mahar
i. Jika bakal isteri masih kecil sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang
lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil)
ii. Sekiranya bakal isteri merupakan perempuan yang telah baligh, bijak dan boleh
menguruskan dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk

3
Berkata isteri: dalam akad, kamu menyebut mahar untuk aku. Suami menafikannya. Maka masing2
dikehendaki bersumpah
4
Suami dan isteri berselisih tentang kadar mahar. Contoh; isteri kata, 2000.00. Suami pula kata, 1000.00
mengahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk
menetapkan mahar.
iii. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal diri sendiri
seperti ia masih hamba dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari
bakal isteri tersebut tentang bayar mahar kurang dari mahar mithil.

Jika tidak disebut juga, maka berdosa tetapi sah nikah. Maka mahar wajib dibayar
mengikut kadar mahar mithil.

Pemberian mahar
Tidak disyaratkan menyegerakan pemberian mahar kepada isteri. Oleh itu boleh bagi
suami sama ada untuk memberi kesemua atau separuh daripada mahar sebelum
berlaku persetubuhan atau setelah berlaku persetubuhan. Walaubagaimanapun
penangguhan itu mesti ada tempoh tertentu kerana mahar itu adalah milik isteri
dimana dia berhak meminta agar disegerakan atau ditangguhkannya.
Oleh yang demikian, jika isteri meminta agar pemberian mahar itu disegerakan,
maka dia berhak untuk menolak persetubuhan sekiranya pemberian itu dilengahkan.
Adapun jika isteri bersetuju agar pemberian mahar itu ditagguhkan kepada tempoh
tertentu, maka dia tidak berhak untuk menolak persetubuhan dengan suaminya.
Dalam konteks lain, adakalanya suami wajib memberi sepenuhnya mahar,
separuh dan tidak perlu beri.
1. Pemberian sepenuhnya atau keseluruhan. Terdapat 2 keadaan, iaitu:

i. Setelah suami menyetubuhih isterinya samada secara halal atau


haram. Contohnya jimak ketika haid.

ii. Salah seorang daripada suami atau isteri yang meninggal samada
sebelum jimak atau setelah jimak.

2. Pemberian separuh
Apabila berlaku perceraian sebelum persetubuhan dan jumlah mahar telah
ditetapkan maka gugurlah separuh mahar, iaitu suami hanya wajib
membayar separuh sahaja dari jumlah mahar. Sekiranya mahar itu belum
ditetapkan jumlahnya, suami tidak wajib membayar separuh mahar bahkan
ia hanya wajib membayar mut’ah.

3. Tiada pemberian mahar. Apabila berlakunya perceraian sebelum jimak dan


ia berlaku disebabkna oleh isteri. Contoh, isteri murtad atau isteri meminta
fasakh atau suami yang memfasakhkannya.

Kadar Mahar
Tiada kadar tertentu. Apa yang penting ialah sesuatu yang dijadikan mahar itu adalah
bermanfaat.
Muta’ah
Definisi: Harta yang suami wajib serahkan kepada isteri yang telah berpisah
dengannya sama ada dengan sebab talak atau perpisahan.
Keadaan yang mewajibkan mut’ah:
i. Apabila isteri diceraikan selepas berlaku jimak.
ii. Isteri diceraikan sebelum berlaku jimak dan mahar tidak disebut semasa
akad nikah.
iii. Jika isteri dihukumkan berpisah dengan suaminya. Perpisahan hendaklah
disebabkan oleh suami seperti murtad atau meli’an isterinya. Perpisahan
juga hendaklah berlaku selepas jimak atau sebelum jimak tetapi mahar tidak
disebut dalam akad.
Kadar Mut’ah
Dalam Penentuan kadar mut’ah, ada kemungkinan berlakunya persepakatan atau
tidak di antara suami dan isteri. Sekiranya tiada persepakatan, maka urusan
penuntuan kadar mut’ah akan ditentukan oleh qadi dengan mengambil kira beberapa
aspek seperti kemampuan suami (kaya/miskin) dan keturunan isteri serta sifatnya.

8. Poligami

Definisi: Berkahwin lebih daripada seorang perempuan

Hukum: Asalnya adalah harus. Walaubagaimanapun hukum ini boleh berubah


kepada wajib, haram, makruh dan sunat berdasarkan suasana dan keadaan individu
yang ingin berpoligami.

Keadilan terhadap isteri-isteri


Keadilan yang diwajibkan ke atas lelaki yang berpoligami ialah keadilan nafkah,
tempat tinggal, pergaulan yang baik, giliran bermalam.

‫ﺍﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻋﻧﺩ ﺍﻟﺭﺟﻝ ﺍﻣﺭﺃﺗﺎﻥ ﻓﻠﻡ ﻳﻌﺩﻝ ﺑﻳﻧﻬﻣﺎ ﺟﺎء ﻳﻭﻡ ﺍﻟﻘﻳﺎﻣﺔ ﻭﺷﻘﻪ ﺳﺎﻗﻁ‬

Maksudnya:
Apabila seorang lelaki mempunyai dua orang isteri, tetapi dia
tidak berlaku adil kepada mereka maka pada hari kiamat dia
datang dalam keadaan sebelah badannya jatuh.
(Tirmizi: 1141)
Giliran bermalam
Hukum: Asalnya adalah sunat.
Sesiapa yang mempunyai isteri melebihi seorang dan dia bermalam di rumah salah
seorang daripada mereka, maka dia mesti (wajib) bermalam di rumah isteri-isteri yang
lain juga.
Semua isteri berhak mendapat giliran bermalam bersama suaminya walaupun
salah seorang daripada mereka sakit, haid atau nifas selagi mereka taat. Si suami
tidak harus pergi ke rumah isteri yang bukan gilirannya pada malam hari kecuali ada
kemudaratan. Dibolehkan bagi isteri, memberikan giliran bermalamnya kepada
madunya. Hal ini pernah dilakukan oleh isteri Nabi SAW yang bernama Saudah bt
Zam’ah dimana beliau telah memberi gilirannya kepada Aisyah r.ha.
Sekiranya suami ingin bermusafir, maka dia hendaklah melakukan undian
terhadap di antara semua isterinya. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha berkata:

Maksdunya:
Apabila Rasulullah SAW ingin bermusafir, baginda akan membuat
undian di antara isteri-isterinya. Kemudian baginda bermusafir
bersama isteri yang mendapat cabutan undian tersebut.
(Riwayat Bukhari: 3910)

Hikmat poligami
1. Untuk menjaga kesucian mereka yang tidak cukup dengan hanya memiliki
seorang isteri sahaja.
2. Untuk mengelakkan kaum wanita daripada diburu oleh lelaki yang tidak
bertanggungjawab.
3. Mengekang penzinaan yang semakin berleluasa.
4. Mengekang kelahiran anak luar nikah.
5. Mengimbangi jumlah wanita yang lebih ramai daripada lelaki.

9. Walimatul Urus
Ialah suatu kenduri yang diadakan sempena dengan suatu perkahwinan. Hukumnya
adalah sunat muakkad. Waktu paling afdhal mengadakannya ialah selepas
berlakunya persetubuhan antara suami isteri. Terdapat banyak hadis yang
menjelaskan tentang kenduri yang telah dilakukan oleh Nabi SAW, antaranya ialah:
1. Maksudnya: Nabi SAW mengadakan walimah sempena pernikahannya
dengan Sofiyyah bt Huyay dengan sawiq, (iaitu sejenis makanan yang dibuat
daripada tepung gandum dan barli) dan kurma. Riwayat Tirmizi.

2. Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengadakan kenduri perkahwinannya


dengan Zainab dengan roti dan daging. Riwayat Muslim.

3. Sabda NAbi SAW kepada Abdur Rahman bin Auf: buatlah kenduri walaupun
dengan seekor kambing. Riwayat Bukhari.

Doa untuk pengantin:


‫ﺑﺎﺭﻙ ﷲ ﻟﻙ ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻳﻙ ﻭﺟﻣﻊ ﺑﻳﻧﻛﻣﺎ ﻓﻲ ﺧﻳﺭ‬
Hukum menerima jemputan: Wajib sekiranya memenuhi kritirea2 berikut:

i- Dijemput. Sabda nabi SAW yang bermaksud: Apabila seseorang kamu


dijemput ke majlis kenduri, maka hendaklah hadir. Hadis riwayat Bukhari (no
1429)
ii- Tiada perkara yang munkar. Adapun jika kehadirannya boleh menghapuskan
kemungkaran maka dia wajib dan berusaha menghapuskan kemungkaran
tersebut.
iii- Orang yang menjemput itu ialah orang Islam.
iv- Walimah itu tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja.
v- Tiada unsur bermegah-megah.
vi- Empunya walimah bukan orang yang zalim, jahat.
vii- Tidak menerima jemputan yang lain sebelum itu. Jika bertembung dua
jemputan, hadirilah yang paling dekat dari segi hubungan kekeluargaan.
viii-Tidak memberi mudarat
ix- Hendaklah jemputan itu pada hari pertama sahaja sekiranya walimah itu
diadakan lebih sehari. Sunat hadir pada hari kedua dan makruh hadir jika pada
hari ke tiga. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Makanan (kenduri) pada hari pertama adalah wajib dihadiri.


Makanan (kenduri) pada hari kedua adalah sunat. Makanan (kenduri) pada hari
ketiga adalah menunjuk-nunjuk. Sesiapa yang menunjuk-nunjuk, Allah SWT
akan menunjuk-nunjuk dengannya (menghukum dan dedah aib-aibnya pada
hari kiamat).
(Tirmizi: 1097)

10. Tanggungjawab Anggota Keluarga:

1. Suami

a. Memberi mahar kepada isteri (surah an-nisa’ ayat 4)


b. Memberi nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir seperti tempat tinggal,
pakaian, makan minum. Adapun nafkah batin pula merujuk kepada dua,
iaitu seks dan ilmu agama (fardhu ain).
c. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik (Surah an-Nisa’ ayat 19)

‫ﻻ ﺃَﻥ‬ ٓ ‫ﺽ َﻣﺎ ٓ َءﺍﺗ َۡﻳﺗ ُ ُﻣﻭﻫ ﱠُﻥ ﺇِ ﱠ‬ ِ ۡ‫ﺿﻠُﻭﻫ ﱠُﻥ ِﻟﺗ َۡﺫ َﻫﺑُﻭﺍْ ِﺑ َﺑﻌ‬
ُ ۡ‫ّ َﺳﺎ ٓ َء ﻛ َۡﺭ ٗﻫ ۖﺎ َﻭ َﻻ ﺗَﻌ‬
‫◌َ ﻳﺎﺃَﻳﱡ َﻬﺎ ٱﻟﱠﺫِﻳﻥَ َءﺍ َﻣﻧُﻭﺍْ َﻻ َﻳﺣِ ﱡﻝ َﻟ ُﻛ ۡﻡ ﺃَﻥ ﺗ َِﺭﺛُﻭﺍْ ٱﻟ ِﻧ‬
‫ˆ ﻓِﻳ ِﻪ ﺧ َۡﻳ ٗﺭﺍ‬ ُ ‫ﺎﺷِﺭﻭﻫُﻥﱠ ِﺑﭑ ۡﻟ َﻣﻌۡ ُﺭﻭﻑِۚ َﻓﺈِﻥ ﻛ َِﺭ ۡﻫﺗ ُ ُﻣﻭﻫُﻥﱠ َﻓ َﻌ َﺳ ٰ ٓﻰ ﺃﻥ ﺗ َﻛ َﺭﻫُﻭﺍ ﺷ َۡﻳ ٗـٔﺎ َﻭ َﻳ ۡﺟ َﻌ َﻝ ٱ ﱠ‬
ْ ۡ َ ُ ‫ﻋ‬ ‫َﻳ ۡﺄﺗِﻳﻥَ ِﺑ ٰ َﻔﺣِ ﺷ َٖﺔ ﱡﻣ َﺑ‬
َ ‫ِّﻳﻧ ٖ َۚﺔ َﻭ‬
‫َﻛﺛ ِٗﻳﺭﺍ‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti
mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak
mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,
kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah
kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya,
janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci
itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Imam al Hakim meriwayatkan daripada Samurah bin Jundub RA baginda


SAW bersabda;

ْ ‫َﻓ َﺩ ِﺍﺭﻫﺎ ﺗ َ ِﻌ‬


‫ﺵ ِﺑﻬﺎ‬
Maksudnya: Oleh itu berlemah lembutlah dengan isteri nescaya kamu
mampu hidup bahagia bersamanya .

d. Mentahnik dan Mencukur rambut


e. Melakukan aqiqah
f. Memberi nama yang baik
g. Mengkhatankan anak
h. Memberi kasih sayang
i. Mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.
j. Memberi didikan agama5

2. Isteri

i- Mentaati perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak


ii- Tidak membenarkan orang memasuki rumah tanpa kebenaran suami
iii- Menjaga kemuliaan dan kehormatan suami
iv- Menunaikan hak suami
v- Mendidik anak-anak
vi- Menjaga harta suami dan lain2

Isteri Solehah

Berkaitan isteri solehah, Imam al Nasaei meriwayatkan daripada Abu Hurairah


katanya Nabi SAW ditanya tentang isteri yang terbaik, Baginda SAW menjawab;

‫ َﻭ َﻻ ﺗُﺧَﺎ ِﻟﻔُ ُﻪ ﻓِﻲ َﻧ ْﻔ ِﺳ َﻬﺎ َﻭ َﻣﺎ ِﻟ َﻬﺎ ِﺑ َﻣﺎ َﻳ ْﻛ َﺭ ُﻩ‬،‫ َﻭﺗُﻁِ ﻳ ُﻌ ُﻪ ِﺇ َﺫﺍ ﺃَ َﻣ َﺭ‬،‫ﻅ َﺭ‬
َ ‫ﱠﺍﻟﺗِﻲ ﺗ َ ُﺳ ﱡﺭ ُﻩ ِﺇ َﺫﺍ َﻧ‬

Isteri yang terbaik ialah apabila suami memandangnya, suami merasa


gembira, mentaati perintahnya dan tidak menyanggahi suaminya dengan
berlaku curang kepadanya dan membelanjakan harta dengan sewenang-
wenangnya.

5
Merangkumi tiga aspek utama, iaitu akidah, fikah dan tasawuf
Adapun bagi isteri yang keji pula, Imam Tirmizi ada meriwayatkan daripada Muaz
RA daripada nabi SAW bahawa baginda SAW bersabda;

ِ ‫ﻭﺭ ْﺍﻟﻌ‬
ُ ‫ َﻻ ﺗُﺅْ ﺫِﻳ ِﻪ َﻗﺎﺗَ َﻠﻙِ ﱠ‬:‫ِﻳﻥ‬
‫• َﻓﺈِﻧﱠ َﻣﺎ ُﻫ َﻭ ِﻋ ْﻧﺩَﻙِ ﺩَﺧِ ﻳ ٌﻝ‬ ِ ‫ﺕ ﺯَ ْﻭ ُﺟ ُﻪ ﻣِ ﻥَ ْﺍﻟ ُﺣ‬
ْ ‫َﻻ ﺗُﺅْ ﺫِﻱ ْﺍﻣ َﺭﺃَﺓ ٌ ﺯَ ْﻭ َﺟ َﻬﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟ ﱡﺩ ْﻧ َﻳﺎ ِﺇ ﱠﻻ َﻗﺎ َﻟ‬
‫َﺎﺭ َﻗﻙِ ِﺇ َﻟ ْﻳﻧَﺎ‬ َ
ِ ‫ﻳُﻭ ِﺷﻙُ ﺃ ْﻥ ﻳُﻔ‬

Tidaklah menyakiti seorang isteri akan suaminya di dunia kecuali


berkatalah isterinya dari bidadari , janganlah engkau menyakitinya ,
semoga Allah membinasakan kamu.Sesungguhnya suami kamu itu
bagaikan tetamu yang singgah sekejap yang akan berlalu pergi
meninggalkan kamu dari dunia ini.

Hadis ini menunjukkan suami yang soleh disediakan baginya isteri yang solehah
dari kalangan bidadari untuknya yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk bakal
suaminya itu.

11. Nusyuz:
Nusyuz bermaksud derhaka dan tidak taat. Isteri nusyuz ialah keingkaran isteri dari
menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap suaminya. Menurut Ibnu Faris, isteri
nusyuz bermaksud: Berdegil dan menderhakai suaminya.

Hukum nusyuz
Hukumnya adalah haram. Ia termasuk dalam dosa besar.
Sabda Rasulullah saw:
‫ﺇﺫﺍ ﺩﻋﺎ ﺍﻟﺭﺟﻝ ﺇﻣﺭﺋﺗﻪ ﺇﻟﻰ ﻓﺭﺍﺷﻪ ﻓﻠﻡ ﺗﺄﺗﻪ ﻓﺑﺎﺕ ﻏﺿﺑﺎﻥ ﻋﻠﻳﻬﺎ ﻟﻌﻧﺗﻬﺎ ﺍﻟﻣﻼﺋﻛﻪ ﺣﺗﻰ ﺗﺻﺑﺢ‬

Maksudnya:
Apabila seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur lalu
isterinya tidak datang dan suami tidur dalam keadaan marah maka
malaikat akan melaknat isteri itu hingga subuh.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara contoh nusyuz:

i- Menegah suami daripada mengambil kesukaan samada jimak atau lainnya


seperti dia menegah suaminya daripada menjamah dan menyentuh pada
mana-mana bahagian daripada badannya.

ii- Enggan pindah ke rumah yang disediakan oleh suami

iii- Keluar rumah tanpa izin suami samada suaminya itu hadir atau ghaib6

6
Jika keluar kerana menunut ilmu fardu ain tidak mengapa sekalipun suami tidak mengizinkan. Adapun jika
suami mampu mengajar ilmu itu maka wajib suami mengajarkan isterinya dan haramlah isteri keluar rumah
tanpa keizinannya.
iv- Isteri menyelak (mengunci) pintu ketika suami hendak masuk kepadanya.

v- Tidak taat perintah yang tidak bercanggah dengan syarak

vi- Isteri meminta cerai. Sabda Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam yang
bermaksud: Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada
sebarang desakan7, haram ke atasnya mencium bau syurga,
riwayat Imam Ahmad.

Walaubagaimanapun, isteri boleh untuk menuntut cerai daripada suami


melalui kaedah khulu’ sekiranya keadaan mendesak.

Ibn Abbas menceritakan, isteri kepada Thabit bin Qies telah datang kepada
Nabi salla Allahu alaihi wa sallam lalu berkata, ya Rasulullah, saya ingin minta
cerai daripada Thabit bukan kerana aku mencela agama dan akhlaknya tetapi
aku bimbang menjadi khufur (ingkar hak terhadap suami). Lalu rasulullah
bersabda kepadanya, sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang
dia berikan kepadamu sebagai mahar perkahwinan kamu dahulu? Ia
menjawab, ya aku sangggup. Dia pun mengembalikan tanah itu. Lalu
Rasulullah berkata kepada Thabit, ceraikanlah dia.
(al-Bukhari, 5276)
Layanan Terhadap Isteri Nusyuz

i- Menasihati dengan baik.


ii- Memulaukan seketiduran.
iii- Memukul isteri.
iv- Melantik pendamai daripada kedua belah pihak.

Kesan Nyusuz: Isteri hilang hak terhadap nafkah zahir dan batin.

12. Pembubaran Perkahwinan

Ada beberapa cara:

1. Talak
2. Khulu’
3. Ila’
4. Zihar
5. Lian
6. Fasakh

1. Talak

Maksud

7
Contoh desakan ialah, suami zalim, suka dera isteri, tidak memberi nafkah dan seumpamanya.
Bahasa: Bercerai atau memutuskan ikatan kahwin

Istilah : Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz tertentu.


Lafaz cerai terbahagi kepada dua, iaitu lafaz soreh dan lafaz kinayah.

Lafaz soreh ialah lafaz yang jelas dan tidak boleh difahamkan dengan makna lain
selain talak. Lafaz kinayah (sindiran) pula bermaksud lafaz yang digunakan
meragukan samada boleh diertikan dengan talak atau tidak.

Hukum talak:

a. Sunat: Isteri berperangai buruk, tidak mampu menunaikan kewajipan ke


atas isteri.
b. Makruh: Menceraikan isteri yang baik
c. Wajib: Apabila berlakunya ila’ atau setelah diputuskan oleh hakim atau
qadi
d. Haram: Cerai isteri dalam haid atau masa suci yang telah disetubuhi.

Rukun Talak
1. Suami
2. Isteri
3. Lafaz
4. Kuasa menceraikan
5. Niat cerai

Bahagian talak:

a. Talak Raj’ie:
(suami boleh rujuk semula dalam tempoh eddah)

b. Talak Bain. Ada dua jenis:

i- Bain Sughra- ialah talak yang dijatuhkan terhadap isteri yang belum
disetubuhi atau talak dengan cara fasakh dan khulu’ (tebus talak). Boleh
nikah semula dengan akad baru.

ii- Bain Kubra- ialah talak yang cukup bilangannya 3 kali. Ia akan
menghilangkan hak suami ke atas isterinya. Tidak dikahwini melainkan
dengan beberapa syarat tertentu.

Jenis-jenis talak:
a. Talak sunni: iaitu menceraikan isteri dengan mengikut perturan yang
dibenarkan oleh syarak. Contoh; menceraikan isteri ketika suci dan belum
disetubuhi.

b. Talak bid’ie: iaitu menceraikan isteri dengan tidak mengikut peraturan.

c. Talak bukan sunni dan bukan bid’ie: iaitu menceraikan isteri yang sedang hamil
atau kanak-kanak yang belum ada haid atau perempuan yang sudah putus haid
(monopous).

Taklik dalam talak:


Iaitu talak atau penceraian yang dikaitkan dengan sesuatu syarat atau perkara
atau keadaan dimana jika berlaku salah satu daripada 3 ini, maka dengan
sendirinya jatuh talak.

2. Khulu’ (tebus talak)

Ialah talak yang diucapkan oleh suami dengan adanya sesuatu pembayaran. Ia
boleh dilakukan walaupun ketika isteri sedang haid kerana ia adalah kehendak
isteri sendiri. Setelah berlakunya khulu’, suami tidak boleh lagi merujuk isterinya
atau menambah bilangan talak sewaktu iddah. Jika ingin kahwin semula mestilah
dengan akad yang baru.
(suami tidak boleh dipaksa untuk menerima tebus talak ini)

Rukun Khulu’

1. Isteri
2. Suami
3. Lafaz
4. Bayaran tebusan

Syarat-syarat khulu’
1. Isteri masih milik suaminya
2. Bayaran yang ditetapkan boleh diuruskan
3. Bayaran yang dikenakan hendaklah sesuatu yang tertentu jenisnya serta
bernilai dan diketahui keadaannya. Ianya boleh diserahkan kepada suami.
4. Cara lafaz sighahnya sama dengan jual beli
5. Suami terdiri daripada orang yang ada hak untuk menceraikan isteri

3. ‘Ila’

Bahasa: sumpah

Istilah : ialah sumpah suami bahawa ia tidak akan menyetubuhi isterinya secara
mutlak selama 4 bulan atau lebih atau tanpa menyebutkan masa.
Setelah berlalu 4 bulan, isteri boleh mengadu kepada qadidan qadi akan
meminta suami supaya memilih salah satu daripada berikut:

1. Kembali campuri isterinya dan bayar kafarah


2. Menceraikan isterinya. Jika suami enggan menerima kedua-duanya maka
qadi boleh menjatuhkan talak satu atau memaksanya mentalakkan
isterinya.

Kifarah sumpah:
1. Memberi sedekah makanan kepada 10 fakir miskin 1 cupak
2. Memberi pakaian kepada 10 fakir
3. Memerdekakan seorang hamba

4. Zihar

Bahasa: Belakang

Istilah : Ialah perkataan dimana suami menyerupakan isterinya dengan ibu atau
salah seorang dari mahram2nya. Orang-orang Arab Jahiliah menganggap zihar
sebagai salah satu daripada cara talak.
Contoh: “kamu bagiku serupa dengan belakang/punggung ibuku”.

Hukum Zihar

Haram dan termasuk dalam kategori dosa besar

Rukun zihar:

1. Suami
(bukan kanak2, berakal dan dengan kehendak sendiri)

2. Isteri
(isteri yang sah walaupun sakit, gila, kanak2)
3. Lafaz zihar

4. Orang yang diserupakan

Setelah berlakunya zihar dan suami diharamkan menyetubuhi isterinya


melainkan setelah membayar kaffarah zihar.

Kaffarah zihar:
1. Memerdekakan seorang hamba
2. Puasa 2 bulan berturut-turut
3. Sedekah makanan asasi bagi sesuatu tempat kepada 60 fakir miskin.

5. Li’an

Bahasa; Berjauhan

Istilah : Beberapa perkataan tertentu yang dijadikan hujjah oleh suami untuk
menuduh isteri melakukan zina. Dinamakan li’an kerana perkataan2 yang
digunakan mengandungi lafaz laknat dan kerana kedua-dua pihak yang
melakukan lian menjauhkan diri antara satu sama lain.

Contoh lafaz li’an:

Suami:
“Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku adalah benar dalam tuduhan ku
bahwa sesunguhnya isteriku telah berzina dan anak ini bukan dariku (diulang
sebanyak 4 kali). Pada kali kelima suami berkata: “sesungguhnya laknat Allah
ke atasku sekiranya aku berdusta”.

Isteri (ucapan balas)


“bahawa suamiku berdusta dalam membuat tuduhannya yang mengatakan
bahawa aku berzina” diulang sebanyak 4 kali. Pada kali kelima “laknat Allah ke
atasku sekiranya tuduhan suamiku itu adalah benar”

Kesan perbuatan li’an


i. Suami tidak dikenakan hudud.
ii. Isteri wajib dijatuhkan hukuman hudud kecuali jika dia juga berli’an.
iii. Hubungn suami dan isteri terbatal.
iv. Anak yang lahir nanti tidak boleh dibin kepada suami. Serah kepada isteri.
v. Mereka berdua haram nikah selamanya. Jika nikah dengan orang lain
dibolehkan.

6. Fasakh

Ialah pembatalan pernikahan dengan menggunakan perantaraan kuasa qadi


setelah diadu oleh isteri atau suami dengan sebab atau kecacatan tertentu.

Contoh:
1. Gila, termasuk gila babi
2. Juzam8
3. Sopak
4. Mati pucuk
5. Terpotong zakar ( ‫)ﻣﺟﺑﻭﺏ‬

8
Iaitu penyakit yang biasa belaku kepada muka. Pada peringkat awal ia menjadi merah, lama kelamaan
menjadi hitam kemudian memburuk
6. Lubang jimak tersumbat dengan daging ( ‫ ) ﺭﺗﻘﺎء‬atau tulang (‫ ) ﻗﺭﻧﺎء‬.
7. Suami hilang lebih 4 bulan
8. Murtad
9. Salah seorang memeluk islam
10. Suami melakukan jimak syubhah dengan anak atau ibu isteri
11. Suami gagal memberi nafkah.

Bagi kes gila, juzam, sopak, mati pucuk dan lubang jimak tersumbat boleh diubati
maka tidak boleh fasakh.

7. Iddah

Iddah dari segi Bahasa bermaksud menghitung.

Istilah: Ialah masa menunggu yang diwajibkan ke atas seseorang isteri yang
diceraikan untuk mempastikan kesucian rahimnya atau tempoh bersedih bagi
isterinya kerana berpisah dengan suami samada kerana cerai atau kematian.

Bahagian Iddah:

1. Kematian Suami:
i- Jika sedang hamil, iddahnya ialah sehingga melahirkan anak
ii- Jika tidak hamil, 4 bulan 10 hari

2. Diceraikan:
i- Jika hamil, hingga beranak
ii- Jika tidak hamil, 3 quru’ atau 3 kali suci dari haid.
iii- Jika tidak hamil dan tiada haid samada kerana masih kanak-kanak atau
monopouse, iddahnya 3 bulan.
iv- Jika belum dijimak, tiada iddah

Layanan semasa iddah:


1. Dalam iddah raj’ie samada hamil atau tidak berhak mendapat: tempat
tinggal, pakaian, dan perbelanjaan yang sepatutnya.
2. Dalam iddah cerai bain yang sedang hamil: sama je dengan atas
3. Dicerai talak 3 dan tidak hamil hanya berhak dapat tempat tinggal sahaja
4. Mati suami walaupun sedang hamil hanya berhak dapat tempat tinggal
sahaja.

Rujuk

Definisi: Mengembalikan semula kepada nikah terhadap perempuan yang


telah diceraikan dalam masa iddah dengan syarat tertentu.

Rukun rujuk:

1. Suami
2. Isteri
3. Lafaz rujuk

Syarat-syarat rujuk:
1. Guna perkataan yang bemaksud rujuk
2. Dengan pilihan sendiri
3. Yang dirujuk adalah isteri yang telah dicerai dan telah dijimak
4. Hendaklah perempuan tertentu
5. Bukan cerai melalui fasakh atau khulu’
6. Bukan isteri yang dicerai talak 3
7. Isteri masih dalam iddah
8. Isteri tidak murtad

Hukum rujuk:

Asalnya harus tapi boleh berubah bila adanya sebab-sebab tertentu, iaitu;

1. Wajib; jika suami belum menyempurnakan giliran terhadap isteri-isterinya


2. Haram: jika bertujuan menyakiti
3. Makruh: jika cerai lebih baik
4. Sunat: jika diyakini rujuk memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak

Anda mungkin juga menyukai