Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulannya, manusia berasal dari benih ibu dan bapa yang terhasil dari makanan dan minuman

kehidupan yang berasal dari tanah, Walau sehebat manapun manusia, setinggi manapun pangkat dan
kekuasaan, ia tidak boleh sombong dan mesti mengikut peraturan Allah. Proses kejadian manusia
ialah seperti berikut sebagaimana diberitahu Al – Quran dan Al Hadis dan diakui oleh sains:

1. Nutfah – iaitu peringkat pertama melalui persenyawaan benih ibu dan bapa.

2. Alaqah – nutfah membentuk alaqah pada hujung minggu pertama hingga minggu ketiga dan
melekat di dinding rahim (qarar makin). Alaqah merupakan mengumpul darah yang sangat seni.

3. Mudghah – dari sebuku darah bertukar menjadi seketul daging pada minggu ketiga dan melekat di
dinding rahim (qarar makin). Alaqah merupakan segumpal darah yang sangat seni.

4. Izam dan lahma – setelah itu pada minggu kelima, enam dan tujuh terbentuk tulanf (izom) yang
membentuk otot – otot. Darah mulai mengalir dengan lebih banyak dan akhirnya membentuk sistem
penafasan sendiri dihujung minggu ketujuh. Peringkat ini manusia masih lagi dikenali sebagai embrio.

5. Khalaqan Akhar – iaitu penyempurnaan pembentukan manusia yang lebih kompleks. Perut, usus,
hati, kaki, tangan, buah pinggung dan sebagainya tumbuh. Tulang janin menjadi sempurna dan kuku
mulai tumbuh. Pada minggu kelapan sehingga minggu ke dua belas terciptalah manusia yang
sempurna jasadnya dan dikenali sebagai janin. Perubahan seterusnya berlaku hanya dari saiz dan berat
janin tersebut mengikut pemakanan ibunya.

6. Roh – peniupan roh ini tidak dapat dikaji saintis sehinggalah sekarang. Ulama berpendapat roh
ditiupkan selepas 120 hari iaitu setelah sempurna kejadian jasad manusia di dalam perut ibu. Masa
yang sebenarnya ditiupkan roh, hanya Allah Subhanahu wa ta’ala yang Maha Mengetahui.

Anda mungkin juga menyukai