Anda di halaman 1dari 1

Faridatul Faraid Fi 'Ilmil 'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni

www.alraufi.blogspot.com


Sifat Idrak dan Sifat Takwin
Sifat Idrak ( )

[Dan menjalani] qaul Qadhi () dan Imam Al-Haramain () atas meitsbatkan ( -


mensabitkan) sifat [Idrak] ertinya mendapat. Dan ia pada mereka itu sifat yang qadimah, yang
berdiri pada zat Allah , mendapat Ia dengan dia akan segala disentuh dan segala yang dicium
dan segala yang dikecap dengan ketiadaan berhubung dengan segala yang tersebut itu. Dan kata
qil ( ) didapatkan dengan dia segala yang maujud. [Dan mustahil] lawannya iaitu ketiadaan
mendapat.

Sifat Takwin ( )

[Dan menjalani] Maturidiyah ( ) atas meistbatkan (mentsabitkan) sifat [Takwin]


ertinya mengada-adakan. Dan ia pada mereka itu sifat yang qadimah, yang berdiri pada zat
Allah . Mengada Ia dengan dia akan sesuatu dan meniada Ia dengan dia akan sesuatu, tetapi:

1. Jika taluq dengan mengadakan dinamakan ijad ( ).


2. Dan jika taluq dengan meniadakan dinamakan idam ( ).
3. Dan jika taluq dengan menghidupkan dinamakan Ihya ( ).
4. Dan jika taluq dengan merezekikan dinamakan rizq ( ).

Demikianlah engkau qiyas ( ).

[Dan] menafikan sifat takwin ini oleh Asyairah ( ). Dan menjadikan mereka itu akan
segala yang tersebut itu beberapa taluq tanjizi hadits bagi qudrat.

[Dan mustahil] lawannya iaitu ketiadaan mengada-adanya.

[Dan] atas meitsbatkan sifat idrak dan sifat takwin berkata setengah ulama muhaqqiqin
yang mutaakhirin ( ) bermula yang terlebih hampir, ditambahkan pula pada sifat
Manawiyah akan dua (2) sifat:

1. Pertama [Kaunuhu Taala Mudrikan ( )] ertinya Keadaan Allah Yang


Mendapatkan. Dan melazim ia akan sifat idrak. [Dan] mustahil lawannya.
2. Kedua [Kaunuhu Taala Mukawwinan ( )] ertinya KeadaanNya Yang
Mengada-adakan. [Dan] mustahil lawannya.

[Maka] atas barang yang tersebut ini, jadilah segala sifat yang wajib bagi Allah itu dua
puluh empat (24) sifat dan segala yang mustahil atasnya dua puluh empat (24) pula.

23

Anda mungkin juga menyukai