Anda di halaman 1dari 1
Tsimarul Jannah Fi Tarjamah Risalah Al-Mu‘awanah www.alraufi.blogspot.com Fasal Menyegerakan Amalan dan Memelihara Ibadah Menyegerakan Amalan Yang Baik Itu Penting Sekali Ketahui olehmu! Bahawasanya bersegera kepada segala kebajikan dan memelihara atas segala ibadah dan mengekali atas segala taat itu kelakuan bagi Anbiya’ dan Auliya’ pada permulaan mereka itu dan pada kesudahan mereka itu. Kerana mereka itu lebih ma’rifah makhluk dengan Allah Sw. Maka sebenar bahawa adalah mereka)itu lebih ibadah mereka itu dan lebih taat mereka itu, dan lebih takut mereka itu bagiNya Azzawajalla (Jes ). Maka bahawasanya berhadap hamba atas Tuhannya dan ibadah hamba bagiNya atas qadar mahabbah (kecintaan) hamba akan Dia, dan mahabbah‘itu mengikut bagi ma’rifah. Maka tiap-tiap adalah hamba itu lebih ma’rifah dengan Allah adalah ia lebih kasih bagiNya dan banyak ibadah bagiNya Maka jika menggila (S-&.) akan dikau oleh mefighimipun engkau akan dunia dan mengikut engkau akan hawa nafsu daripad@vrienjadikan segala wirid dan mengekali segala ibadah. Maka bersungguh-sungguh oléhmu! Bahawa engkau jadikan bagi Tuhan engkau satu ketika daripada awal,siang hari engkau dan satu ketika daripada akhirnya engkau kerjakan padanya) dengan tasbih dan istighfar dan lain daripada demikian itu daripada bagai-bagai taat. Maka diriwayat daripada Allah Sw bahawasanya firman Ia’ “Wahai anak Adam! Jadikan olehmu bagi Aku satu ketika daripada awal siang hari engkau dan satu ketika pada akhirnya, nescaya Aku pada ia akan dikau barang yang antara demikian itu.”"> Dan datang pada\hadits, bahawasa suratan amal hamba itu apabila dilintangkan atas Allah Ta’ala “Azzawajalla (Je ¢ Jw) pada akhir bagi tiap-tiap hari. Maka jika ada pada awalnya dan pada akhirnya kebajikan, berkata Allah Jw bagi malaikat: “Hapuskan olehmu barang yang antara demikian itu.” Bermula demikian itu daripada limpah kurnia Allah Jw atas kita dan atas segala maftsia, dan tetapi kebanyakkan manusia tiada syukur mereka itu (Firman Allah ws (Yusuf: 38) JS JS 4. ys “Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kita dan kepada sekalian manusia, akan tetapi kebanyakan manusia memang tidak tahu berterima kasih.” ) 15. Ini sebuah Hadits Qudsi: Th Bg De Ui ty ee J Jar test a 55

Anda mungkin juga menyukai