Anda di halaman 1dari 312

TAJUK : ADAB BERKELUARGA PANDANGAN

IMAM AL-GHAZALI

1. MUQADDIMAH

Dikemukakan beberapa pandangan mengenai adab


berkeluarga yang dipetik dari buku “Adab Dalam Agama”
(Adab Fiddin) hasil karya oleh Hujjatul Islam Abu Haamid
Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali.

Imam Ghazali adalah seorang ahli falsafah Islam (Failasuf).


Beliau dilahirkan di Kota Thoos pada tahun 451H atau tahun
1058M dan beliau adalah di antara ulama Islam yang
terkenal dan beliau banyak mengarang buku dari berbagai
cabang ilmu. Beliau dihormati para ilmuwan dan disegani di
kalangan ulama dan digelar Hujjatul Islam. Semoga Allah
memberi rahmat dan kemuliaan pahalanya kepada beliau.

2. ADAB SUAMI ISTERI

2.1. ADAB SUAMI KEPADA ISTERI

Hendaklah si suami menggauli isterinya dengan baik


(mu’aasyaroh bil ma’ruf) dan lemah lembut dalam
bertutur kata. Menampakkan cinta dan kasih sayang
kepada si isteri. Menampakkan pula kegembiraan
saat berkumpul dan lupakan kesalahan-kesalahan
yang telah lalu ataupun kekeliruan yang akan datang.

Jangan mengherdik isteri bila dia melakukan


kesalahan. Jagalah kehormatannya dan jangan
banyak mendebatnya. Bersikaplah murah hati ketika

1
memberinya nafkah, jangan bersikap kedekut
kepadanya. Juga jangan diabaikan, berbuat baiklah
kepada keluarga atau kerabatnya. Hendaklah
menyajikan yang baik-baik kepadanya dan hendaklah
mempunyai rasa cemburu.

2.2. ADAB ISTERI KEPADA SUAMI

Hendaklah si isteri selalu merasa malu kepada


suaminya. Jangan banyak membantah dan berdebat.
Diam, dengarkan serta perhatikanlah apabila suami
sedang berbicara. Selalulah menjaga diri, harta dan
anak-anaknya apabila suami tiada di rumah. Jangan
berkhianat dalam segala hal terutama dalam soal
harta.

Usaha badan selalu segar dan harum. Jagalah mulut


jangan sampai berbau tak sedap serta berpakaianlah
yang bersih. Nampakkan rasa puas dan kesahajaan.
Bersikaplah lemah-lembut dan berhiaslah secara
berterusan.

Hormati dan muliakan keluarga dan kerabatnya.


Pandanglah keadaannya dengan penuh keutamaan.
Terimalah apa-apa yang dikerjakannya dengan rasa
terima kasih.

Nampakkan kecintaan anda padanya saat sedang


berdekatan. Hendaklah nampakkan pula
kegembiraan anda dengan menghilangkan rasa
kerinduan saat melihat atau bertemu dengannya.
Semarakkanlah suasana bila saat bersama.

2
2.3. ADAB LAKI-LAKI PADA DIRI SENDIRI

Laki-laki diharuskan membiasakan sholat berjemaah


dan sholat Jumaat. Biasakanlah berpakaian bersih
dan rapi serta rajinlah bersiwak.

Jangan mengenakan pakaian yang mewah, tapi


jangan pula mengenakan pakaian yang hina (misal
lusuh atau rombeng). Jangan memanjangkan celana
dengan rasa takbur, tapi jangan pula
memendekkannya.

Jangan banyak menoleh ke kanan ke kiri saat


berjalan. Jagalah pandangan, jangan melihat kepada
yang bukan muhrimnya.

Jangan meludah bila sedang bercakap-cakap. Jangan


banyak duduk di depan pintu rumah bersama
tetangga. Jangan pula menceritakan perihal isteri
atau keadaan rumah tangganya kepada teman atau
tetangganya.

3. ADAB WANITA PADA DIRI SENDIRI

Hendaklah wanita senang dan selesa tinggal di rumah.


Jangan banyak ke luar rumah. Jangan banyak bersembang,
bercerita ini dan itu dengan tetangganya. Jangan
mengizinkan atau memasukkan seseorang ke dalam
rumahnya, kecuali bila tamu itu muhrimnya atau yang sudah
benar-benar dikenalnya dengan baik.

Gembirakanlah suami apabila dia melihatnya. Jaga diri,


harta dan anak-anak saat suami sedang pergi. Jangan

3
membiasakan diri banyak ke luar rumah. Apabila
merupakan suatu keharusan ke luar rumah maka sebaiknya
dengan sembunyi-sembunyi melalui jalan yang tidak begitu
ramai. Hendaklah memungkiri atau tidak melayani apabila
ada orang lain yang melihatnya yang melihatnya berada di
luar atau dalam rumah dengan maksud untuk kebaikan
dirinya sendiri.

Bersikap baik dalam mengatur rumahtangga. Jalankan


dengan baik dan tekun shalat dan shaum, serta selalulah
bersikap peka dan introspeksi terhadap kekurangan diri
sendiri. Wanita muslimah juga harus memikirkan dengan
bersungguh-sungguh agamanya.

Jika anda ingin menjadi wanita yang baik dan mulia, jangan
banyak omong, cerewet dan keras kepala. Peliharalah
pandangan mata. Ingatlah bahawa setiap diri selalu diawasi
oleh Allah. Banyak-banyaklah berzikir mengingat Allah.

Bersikap patuh kepada suami. Berikan semangat kepadanya


untuk mencari rezeki yang halal. Jangan banyak meminta
yang memberatkan suami. Menyedikitkan bicara dan jauhi
perkara yang tidak baik. Nampakkan rasa malu, banyaklah
bersabar dan bersyukur.

Apabila teman suami datang minta dibukakan pintu padahal


saat itu suami tidak berada di rumah, maka janganlah minta
penjelasan darinya dan jangan menjanjikannya untuk datang
kembali lagi. Ini sebagai ungkapan menjaga rasa cemburu
pada dirinya dan rasa cemburu suami kepada si isteri.

4
4. ADAB HUBUNGAN DENGAN KERABAT DAN
MASYARAKAT

4.1. ADAB ANAK KEPADA ORANG TUA

Sebagai seorang anak yang soleh, dengarkanlah


perkataan orang tua dengan sebaik-baiknya.
Jalankan dan taati perintah mereka bila perintah itu
sesuai dengan syariat Allah Taala.

Datanglah lekas jika mereka memanggil. Tunduklah


kedua lengan bahu dan redhakan diri di hadapan
keduanya, seperti yang diperintahkan Allah dalam
firmanNya :

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua


dengan penuh kasih sayang…” (Al-Isra 24)

Jangan merasa bosan berbakti kepada mereka.


Jangan pula merasa bosan menjalankan perintah-
perintah mereka. Jangan memandang mereka
dengan pandangan sebelah mata. Jangan anda
sampai meninggikan suara di hadapan mereka atau
berkata dengan suara keras ketika berbicara dengan
mereka. Jangan pula anda mengherdik atau berkata
“cis” kepada mereka, apalagi kalau sampai menyalahi,
tidak mengendahkan perintah dan anjuran mereka.

4.2. ADAB ORANG TUA KEPADA ANAK

Sebelum mengajar anak-anak, hendaknya terlebih


dulu dimulai dari diri sendiri kerana mata anak-anak
sangat tajam dan pendengarannya amat peka. Apa
yang dikatakan pengajar baik maka murid akan

5
mengatakan baik juga. Apa yang dikatakan pengajar
buruk maka akan dianggap buruk juga oleh murid.

Bersikap tenang dalam majlis, jangan menengok ke


kiri dan ke kanan, Dalam pengajaran hendaknya
banyak menanamkan hal-hal yang menambah rasa
takut anak kepada Allah.

Jangan banyak memarahi dan memukul mereka.


Jangan pula mengajarkan hal-hal yang berkenaan
dengan “mushthalahul hadits” sehingga mereka
berani mengutarakan hadith-hadith.

Jangan membiarkan mereka bercakap-cakap sendiri


di dalam majlis dan jangan pula bergurau dengan
salah satu murid di hadapan mereka. Yang perlu
diingat pula, jangan merasa tinggi hati dengan apa-
apa yang telah diberikan kepada mereka. Hendaknya
menangani segala permasalahan yang diutarakan
mereka dengan rendah hati.

Laranglah mereka jika mengolok-olok temannya dan


cegah bila mereka menikmati milik orang lain.
Jelaskan pula kepada mereka bahawa kebiasaan
mengumpat, berdusta dan gossip adalah perbuatan
buruk.

Jangan memberi pertanyaan kepada mereka


pertanyaan yang berat dan jangan pula membebani
keluarganya kerana dapat membosankan mereka.
Ajarkanlah mereka thaharah (bersuci) dan shalat.
Tunjukkan kepada mereka najis-najis yang dapat
membatalkan shalat.

6
4.3. ADAB MAJIKAN KEPADA PEMBANTU

Kepada para majikan, ingatlah, jangan membebani


pembantu pekerjaan di luar kemampuannya.
Berbelas-kasihlah kepada mereka saat mereka penat
dan lelah.

Jangan banyak memukul mereka. Jangan mengutuk


atau memarahi mereka. Maafkanlah dan terimalah
ucapan maaf mereka dengan alasan-alasannya.

Apabila mereka membuat dan menghindarkan


makanan, ajaklah mereka untuk ikut menikmati
makanan itu.

4.4. ADAB PEMBANTU KEPADA MAJIKAN

Sebagai seorang pembantu hendaklah menjalankan


semua perintah-perintah majikan asal perintah itu
benar dan tidak di luar batas kemampuannya.
Pembantu juga tidak diharamkan menasihati dan
menjaga diri saat si tuan sedang berpergian.

Berusahalah memberikan pelayanan sebaik-baiknya.


Jagalah diri dari hal-hal yang diharamkan. Jaga juga
kehormatan majikan dan keluarganya. Berbelas-
kasihlah kepada anak-anak majikan. Jangan sampai
mengkhianati harta kekayaan majikan.

7
4.5. ADAB BERSAUDARA

Nampakkan kegembiraan dan kesenangan ketika


bertemu atau berkumpul dengan mereka. Mulailah
megucapkan salam. Tenteramkan dan lapangkan
majlis mereka saat sedang berkumpul, seperti yang
diperintahkan Allah dalam firmanNya :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan


kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis” maka
lapangkanlah nescaya Allah akan memberi
kelapangan untukmu….”(Al-Mujadilah 11)

Hendaknya ikut mengiringi mereka walaupun


beberapa langkah ketika hendak berpisah. Dengar
dan perhatikan ucapan-ucapan mereka, jangan
disanggah kecuali kerana benar. Bertutur sapalah
dengan mereka baik. Jangan berdebat mereka kecuali
bila mereka telah selesai berbicara. Panggillah
mereka dengan nama yang mereka senangi.

5. ADAB BERTETANGGA

Awalilah dengan mengucapkan salam. Jangan banyak


berbual panjang-lebar dengan mereka. Jangan pula banyak
mengutarakan pertanyaan dan permasalahan.

Tengoklah apabila mereka sedang sakit. Berduka-citalah


bila mereka sedang terkena musibah. Berikan ucapan
selamat dan nampakkan kegembiraan dan saat tetangga
sedang berbahagia.

8
Bertutur-katalah yang baik kepada anak-anak dan para
pembantunya. Maafkan kesalahan dan kehilafan-
kehilafannya. Jangan mencerca atau memarahi mereka.
Nasihatilah dengan belas kasih. Kekang pandangan mata
dari hal-hal yang diharamkan. Bantulah pula mereka dalam
menyelesaikan dan menghilangkan kesusahannya. Jangan
memandang terus dengan menaruh perhatian kepada
pembantu wanitanya.

9
TAJUK : HAK-HAK WANITA DALAM UNDANG-
UNDANG KELUARGA ISLAM

1. MUQADDIMAH

1.1. Islam adalah agama yang syumul, unggul dan sesuai


dengan fitrah manusia walau di mana sahaja mereka
berada dan di zaman mana mereka berada. Ia
memperuntuk, memenuhi kehendak dan keperluan
mereka dan mampu menyelesaikan segala masalah
dan persoalan yang mereka hadapi. Peraturan dan
undang-undangnya adalah adil dan sesuai untuk
setiap orang lelaki dan perempuan.

1.2. Perbezaan hanyalah dari segi keimanan, ketakwaan,


akhlak dan pencapaian kerohanian yang tinggi.

1.3. Miskin kaya lelaki dan perempuan adalah sama di sisi


undang-undang.

2. HAK WANITA

2.1. Islam menempatkan wanita di suatu tempat yang


tinggi dan terhormat.

2.2. Hubungan mereka dengan kaum lelaki adalah


diasaskan sesama manusia, hamba Allah dan khalifah
Allah di bumi.

2.3. Mereka sama-sama bertugas melaksanakan amanah


Allah dan memakmurkan dunia, menegakkan maaruf
dan meninggalkan mungkar, berkasih sayang,

10
bertimbang rasa, hidup dalam keadaan harmoni dan
saling lengkap melengkapi.

2.4. Sesuai dengan kejadian dan sifatnya, peranan dan


tanggungjawab, kemuliaan dan kehormatannya.
Islam memberikan hak yang sesuai dan wajar kepada
wanita. Hak wanita ini dilindungi, dijaga dan
dipertahankan oleh Islam.

2.5. Mengabaikan, mengenepikan dan mencabul hak


mereka bererti melakukan kezaliman, menentang
peraturan dan undang-undang Allah serta
mengkhianati amanah yang telah diberikan Allah.

3. HAK WANITA DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA


ISLAM

3.1. Hak wanita dalam Islam tentu sahaja amat luas sama
seperti hak-hak yang dinikmati oleh lelaki. Hak
mereka sebagai manusia, anak, isteri, balu, janda,
ibu, nenek dan seterusnya.

3.2. Dalam perbincangan ini tumpuan akan diberikan


kepada hak wanita yang dijelaskan di dalam Undang-
Undang Keluarga Islam.

Di antaranya :-

3.2.1. UMUR MINIMUM UNTUK PERKAHWINAN

18 tahun lelaki dan 16 tahun perempuan.


Tujuan peruntukan ini untuk mempastikan
bakal pengantin perempuan telah mencapai

11
umur biasanya mencapai kematangan di
dalam menentukan perkahwinannya,
mempunyai persediaan untuk memikul
tanggungjawab berumahtangga terutama
dari segi saikologi dan pengurusan
rumahtangga. Ini berdasarkan siasah
syariyyah.

3.2.2. PERSETUJUAN DIKEHENDAKI

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan


tidak boleh didaftarkan melainkan kedua-dua
pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju
terhadapnya.

Peruntukan ini bertujuan untuk menjaga hak


dan kepentingan seseorang wanita agar
ianya tidak diakad nikahkan secara paksa.

3.2.3. MAS KAHWIN DAN PEMBERIAN

Di bayar di hadapan orang yang mengakad


nikahkan dan dua orang saksi serta
direkodkan oleh pendaftar.

Peruntukan ini untuk mempastikan hak


wanita terhadap mas kahwinnya serta
pemberian-pemberian dicatat dengan lebih
teratur agar dipastikan tepat dan jika ia
belum dibayar senanglah dituntut jika
mungkir.

12
3.2.4. Taliq suami hendaklah dicatat dalam daftar
perkahwinan, selepas sahaja akadnikah
sesuatu perkahwinan dilakukan taliq dibuat
oleh suami.

Peruntukan ini adalah penting agar hak-hak


isteri terjamin, kepentingan mereka
terpelihara dan penganiayaan terhadap
mereka boleh dikurangkan.

3.2.5. Kebenaran berpoligami menjamin hak dan

kepentingan Islam sedia ada dalam poligami.

Peruntukan ini bertujuan agar hak dan


kepentingan isteri yang sedia ada terjamin
dan tidak dizalimi, disamping untuk
mempastikan bahawa keadilan dapat
diberikan kepada isteri-isterinya. Peruntukan
ini juga perlu agar keharusan berpoligami
tidak disalahgunakan dan image poligami
Islam yang baik dapat dilahirkan.

3.2.6. PERCERAIAN SECARA TALAQ

Peruntukan-peruntukan yang dibuat agar


suami tidaklah sewenangnya mentalak
isterinya jika ini berlaku ianya adalah satu
kezaliman terhadap wanita. Tambahan pula
talaq adalah satu perkara yang halal tetapi
dibenci Allah yang demikian ianya tidak
boleh dipermudah-mudahkan.

13
Talaq adalah langkah terakhir jika sesuatu
perkahwinan itu telah pecah belah dan tiada
harapan lagi untuk hidup bersama.

3.2.7. PERCERAIAN SECARA KHULU’ ATAU


TEBUS TALAQ

Persetujuan dulu – bincang kadar - Hakim


putuskan kadarnya.

Peruntukan di atas adalah memberikan


peluang kepada isteri-isteri yang ingin
melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan
dengan suaminya sedangkan suami tidak
mahu mentalaqnya – membuat persetujuan
dengan cara khulu’ atau tebus talaq.

3.2.8. PERCERAIAN DI BAWAH TAKLIK ATAU


JANJI

Peruntukan berkenaan memberi peluang


kepada isteri-isteri yang merasa hak mereka
dicabul dan hidup mereka menderita di
bawah suaminya. Menuntut agar ia berhak
mendapat perceraian menurut syarat-syarat
perakuan taklik yang dibuat selepas
berkahwin. Taklik adalah salah satu cara
berkesan untuk mempastikan isteri-isteri
mendapat haknya dan mengelakkan mereka
dari kezaliman dan pengabaian.

14
3.2.9. PERINTAH UNTUK MEMBUBARKAN
PERKAHWINAN ATAU FASAKH

Peruntukan ini penting demi untuk


mempastikan hak-hak seseorang isteri
dihormati dan tidak dizalimi. Malahan
peruntukan menyebut :-

“Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai


sah bagi membubarkan perkahwinan atau
bagi fasakh di bawah hukum syara”

Ini adalah tepat sekali kerana Islam


menyuruh agar setiap kemudaratan
dihindar, kesusahan diatasi dan kezaliman
dihapuskan.

3.2.10. PERINTAH PERCERAIAN TERTAKLUK


KEPADA PERINTAH LAIN

Peruntukan ini adalah untuk mempastikan


hak isteri yang diceraikan melalui talaq,
khulu’, fasakh atau pembatalan perkahwinan
hendaklah dijamin dan tidak diabaikan iaitu
haknya mengenai penjagaan anak, nafkah
anak-anak, tanggungan dan tempat
kediaman isteri yang diceraikan dan bayaran
mutaah jika ada.

3.2.11. HAK TERHADAP MAS KAHWIN

Peruntukan ini bertujuan untuk mempastikan


hak seseorang isteri terhadap mas kahwin

15
dan pemberian dijamin dan tidak terjejas
walaupun apabila perkahwinannya
dibubarkan.

3.2.12. HAK TERHADAP HARTA PENCARIAN

Peruntukan ini penting untuk menjelaskan


mengenai hak seseorang isteri yang
diceraikan terhadap harta sepencarian.
Ianya juga menjelaskan panduan yang perlu
dipatuhi di dalam menjalankan kuasa yang
diberi semasa menentukan pembahagian
harta sepencarian.

3.2.13. HAK TERHADAP NAFKAH

Hukum Syara’ mewajibkan suami memberi


nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jika
mereka engkar melaksanakannya, isteri atau
anak boleh memohon perintah Mahkamah
untuk memfardhukan kepada mereka dan
jika mereka engkar, boleh dihukum penjara.

3.2.14. HAK PENJAGAAN ANAK

Peruntukan menjelaskan bahawa ibu adalah


yang paling layak untuk menjaga, kemudian
ibu kepada ibu.

16
4. PENUTUP

Banyak lagi peruntukan-peruntukan yang boleh dihuraikan,


oleh itu wanita-wanita hendaklah menggunakan hak-hak
mereka dengan bijaksana demi untuk kebahagiaan dan
penyelesaian.

17
TAJUK : HAK WANITA MEMILIH JODOH

1. MUQADDIMAH

1.1. Antara tanggungjawab ibubapa selain dari memberi


nama anak dengan nama yang terbaik, melaksanakan
aqiqah, memberikan pendidikan yang cemerlang
supaya cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat
ialah mengahwinkan mereka apabila mereka telah
layak kahwin atau dewasa. Atau dengan lain
perkataan supaya menyegerakan untuk
mengahwinkan anak gadis mereka jika telah layak
berkahwin dari segi fizikal dan mental melainkan jika
ada apa-apa halangan kerana hendak menyambung
pelajaran dan sebagainya.

1.2. Pertimbangan yang sepatutnya dibuat oleh ibubapa


ialah tidak mengahwinkan mereka terlalu awal atau
tidak pula melewat-lewatkannya.

1.3. Apa yang menjadi kekalutan masyarakat dewasa ini,


sebenarnya mereka salah faham di antara tiga
persimpangan pandangan yang berbeza iaitu :-

1.3.1. Ibu atau bapa mengambil tindakan


bersendirian untuk mengahwinkan anak
mereka tanpa berunding dengan anak gadis
berkaitan seperti apa yang diistilahkan “kahwin
paksa”. Sebab utama kerana bapa atau datuk
memberi alasan, mereka merupakan wali
mujbir atau mempunyai kuasa boleh memaksa
anak gadis atau cucu gadis mereka berkahwin
tanpa minta izin mereka terlebih dahulu.

18
1.3.2. Ataupun ibubapa hanya menyerahkan
tanggungjawab memilih suami hanya pada
anak gadis mereka. Tiada mengambil berat,
meneliti dan mengenal pasti bakal suami
anaknya. Ibubapa menganggap tugas untuk
mengahwinkan puteri mereka hanya dengan
mengadakan kenduri kecil atau besar sahaja.
Ini memberikan peluang kepada ibubapa untuk
lari dari tanggungjawab apabila berlaku apa-
apa perkara kepada anak-anak mereka.
Mereka boleh berkata “kau kahwin, kau yang
pilih, baik dan buruk kaulah yang tanggung”.

1.3.3. Ataupun ada juga anak gadis yang


menganggap bahawa hak mencari bakal suami
adalah hak mutlak ataupun hak eksklusif
mereka. Ibubapa langsung tidak ditanya
pandangan mereka. Mereka beranggapan
bukan ibubapa yang hendak kahwin tapi
merekalah yang akan menghadapi bahtera
kehidupan dan merasa kemanisan dan
himpitan hidup di masa hadapan. Oleh itu
lahirkan istilah “kahwin cowboy”, ”kahwin
lari”, “nikah siam” dan sebagainya.

1.3.3. Tiga contoh yang diberikan tadi menunjukkan


betapa tergelincirnya kita dari landasan Syariah
Islamiah yang begitu utuh dan terlalu indah
untuk kita hayati atau laksanakan dalam
kehidupan.

19
2. WANITA BOLEH MEMILIH JODOH

Wanita boleh menawarkan diri untuk dikahwini oleh lelaki


yang soleh. Demikianlah tingginya nilai toleransi dan
objektif yang dibawa oleh Islam, sehingga dalam keadaan
tertentu membolehkan wanita memilih jodohnya sendiri,
apabila ia benar-benar yakin bahawa jodoh yang diingininya
itu seorang lelaki yang soleh, kuat penghayatan agamanya,
jujur dan dapat dipercayai. Dalam hal itu seorang wanita
boleh menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh lelaki yang
disukainya, semata-mata kerana menghendaki kesolehannya
dan merasa puas melihat ketaqwaannya. Tidak ada
salahnya seorang wanita berbuat demikian selagi ia
bertujuan ingin mendapat keredhaan Allah. Bahkan dalam
hal itu ia memperoleh pahala atas kebaikan maksudnya, baik
permintaannya itu diterima ataupun tidak. Lebih-lebih lagi
jika ia tidak mempunyai seorang wali yang mewakilinya
dalam menyampaikan hasratnya kepada lelaki yang diidam-
idamkan.

Sebuah Hadith yang berasal dari Anas r.a. mengatakan


sebagai berikut : “Pada suatu hari datanglah seorang
wanita kepada Rasulullah s.a.w. menawarkan diri untuk
dinikahi oleh beliau. Ia berkata : “Ya Rasulullah, apakah
anda inginkan diriku? Anak perempuan Anas yang ketika itu
hadir berkata : “Perempuan tak punya malu…alangkah
buruknya…alangkah buruknya perempuan itu…! Mendengar
anaknya berkata seperti itu Ana menjawab : “Ia lebih baik
daripada dirimu. Ia menghendaki Rasulullah s.a.w., kerana
itulah ia menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh baginda.”

20
Dari peristiwa yang jarang terjadi itu kita dapat mengambil
kesimpulan penting mengenai beberapa bentuk kesopanan,
antara lain :-

Pertama : Kesopanan wanita itu dari kepandaiannya


dalam hal menawarkan diri. Iaitu melalui cara yang baik
sesuai dengan perasaan malunya sebagai wanita. Ia tidak
menggunakan isyarat apa pun juga untuk menyatakan
keinginannya. Ia hanya berkata : “Apakah anda inginkan
diriku?”, tidak berkata; “Aku ingin dinikahi oleh anda, ya
Rasulullah!”, misalnya.

Kedua : Sikap wanita itu tidak dapat dipersalahkan,


kerana ia tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan
syariat. Hal itu terbukti kerana Rasulullah s.a.w. sendiri
tidak mencela perbuatannya. Anas r.a. pun menyanggah
ucapan anak perempuannya dan dengan tegas tidak
membenarkan ucapannya yang mencela wanita itu, bahkan
menekankan kelebihan wanita tersebut, kerana
kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. ia mengajukan diri
untuk dinikahi oleh beliau.

Ketiga : Rasulullah s.a.w. dengan keagungan akhlaknya,


dengan kesopanannya yang sempurna, cukup mengambil
sikap diam sebagai isyarat penolakannya. Beliau tidak
menolak perasaan wanita itu dengan menyatakan penolakan
secara terus-terang, dan beliau pun tidak membuat wanita
itu malu dengan menyatakan ketidaksenangan Baginda
kepadanya.

21
3. KENAPA WANITA BERHAK MEMILIH JODOH?

Islam sangat berhati-hati dalam menetapkan ketentuan-


ketentuan untuk menjamin kebahagiaan isteri dan
kemantapan keluarga, iaitu dengan memberikan hak kepada
wanita untuk mengambil keputusan: apakah ia menerima
atau menolak lamaran seorang lelaki. Tidak ada seorang
pun yang dapat memaksanya berkahwin dengan lelaki yang
tidak disukainya, kerana kehidupan suami-isteri tidak
mungkin dapat ditegakkan atas dasar paksaan dan tekanan.

Allah berfirman :

“…Kemudian Allah menciptakan rasa kasih-sayang diantara


kamu”.

Jauh sekali rasa kasih-sayang dapat diwujudkan bersama-


sama dengan perasaan benci dan terpaksa. Kerana itulah
Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar wanita diminta
pendapatnya lebih dahulu mengenai perkahwinan dirinya
sebelum perkahwinan itu ditetapkan. Baginda bersabda :

“Mintalah pendapat wanita mengenai diri mereka. Seorang


janda dapat menyatakan sendiri kesediaannya. Jika wanita
itu seorang gadis, cukuplah dengan sikap diamnya.”

22
Selain dari itu Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda :

“Mintalah pendapat kaum wanita (yakini kaum ibu)


mengenai anak-anak perempuan mereka…”

Makna dua buah hadith tersebut di atas hampir sama dan


tujuannya pun sama juga, iaitu wanita atau gadis yang
hendak dikahwinkan harus ditanya pendapatnya terlebih
dahulu, baik tawaran perkahwinan itu disampaikan langsung
kepadanya, atau pun disampaikan melalui ibunya. Apabila
tawaran itu disampaikan melalui ibunya, gadis itu tidak akan
merasa malu. Lain halnya kalau tawaran itu disampaikan
melalui ayah atau walinya, gadis yang berkenaan biasanya
merasa segan dan malu.

Menawarkan perkahwinan kepada gadis yatim haruslah lebih


berhati-hati. Ia lebih penting lagi diberi perhatian
memandangkan keadaannya. Kerana tidak berayah lagi dan
mungkin ia diabaikan, atau tidak dihiraukan kehendaknya
oleh orang yang bertindak selaku walinya. Kerana itulah
Rasulullah s.a.w. menyatakan pesan khusus untuk
menekankan hak gadis yatim itu untuk menjamin
ketenteraman perasannya. Mengenai soal itu baginda
memerintahkan :

“Sampaikan tawaran perkahwinan terus kepada gadis yatim


itu sendiri. Diamnya menandakan kesediannya.”

Tentang cara bagaimana untuk menyampaikan tawaran


pernikahan kepada seorang gadis, hal itu telah dijelaskan
oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan cara yang amat sopan
dan halus, agar gadis yang berkenaan tidak malu-malu dan
tidak tersinggung perasaannya. Rasulullah s.a.w. sendiri
apabila hendak mengahwinkan anak perempuan dari salah

23
seorang isteri baginda, atau puteri baginda sendiri, atau
wanita mu’minah lainnya; dari belakang hijab (sekatan)
baginda bersabda :

“Hai fulanah, si fulan meminangmu. Jika engkau tidak


menyukainya jawablah : “tidak”. Orang tidak akan malu
mengucapkan kata “tidak”. Jika engkau menyukainya, maka
diammu menandakan kesediaanmu”.

Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.aw. Bahkan


baginda menyeru supaya wanita diminta pendapatnya
terlebih dahulu sebelum dinikahkan. Dengan tegas baginda
melarang sikap yang tidak memperdulikan pendapat wanita
mengenai perkahwinan dirinya, baginda menegaskan :

“Janganlah engkau mengahwinkan seorang janda sebelum


diminta pendapatnya, dan janganlah engkau mengahwinkan
seorang gadis sebelum diminta persetujuannya.”

Para sahabat bertanya :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah persetujuan seorang gadis?”.


Baginda menjawab : “Bila ia diam.”

Dalam sebuah hadith ‘Aishah r.a. mengatakan sebagai


berikut :

“Ku katakan kepada Rasulullah s.aw. : Ya Rasulullah, gadis


tetentu malu”. Baginda menjawab : “Diamnya
menandakan kerelaannya.”

Menurut hadith yang lain, ketika itu baginda menjawab :


“Persetujuannya ialah jika ia diam (tidak menjawab).”

24
Demikianlah juga yang dilakukan oleh Sayyidul-Mursalin,
Muhammad s.a.w., ketika baginda hendak mengahwinkan
puterinya, Fatimah Az-Zahra, wanita terkemuka ahlul-janah
(penghuni syurga).

Sebuah riwayat hadith berasal dari ‘Abbas bin Mansur


menerangkan :

“Aku mendengar ‘Atha berkata : ‘Ali meminang Fatimah,


kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu puterinya : “Ali
menyebut-nyebut dirimu…”Fatimah diam. (Tidak lama
setelah itu) ‘Ali berkahwin dengan Fatimah r.a.”

Dalam riwayat hadith yang lain lagi, ‘Atha bin Rabbah


berkata: “Ketika ‘Ali meminang Fatimah r.a., Rasulullah
s.a.w. telah pergi kepada puteri baginda itu, lalu bersabda,
“Ali telah menyebutmu”. Fatimah diam. Rasulullah s.a.w.
kemudian keluar dan mengahwinkannya.”

Islam sangat mengambil berat supaya kehidupan keluarga


ditegakkan atas dasar kerelaan yang sepenuhnya. Islam
memberi hak kepada janda untuk menentukan pendapatnya
sendiri, tidak bergantung pada pendapat walinya, jika ia
yakin benar bahawa kepentingan dirinya ada pada
keputusan yang diambilnya sendiri. Dalam memberikan hak
seperti itu kepada seorang janda dan tidak memberikannya
kepada seorang gadis, Islam mempunyai beberapa
pertimbangan, antara lain : Seorang janda telah
mempunyai pengalaman hidup bersuami-isteri, sedangkan
gadis tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Oleh itu
wali seorang janda tidak mempunyai kewajipan selain
memberi nasihat. Selanjutnya janda itu sendirilah yang
berhak memilih lelaki mana yang menurut pendapatnya
akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya, baik mengenai

25
agamanya (urusan akhiratnya) mahupun urusan
keduniaannya.

Mengenai hal itu Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Seorang janda lebih berhak atas dirinya sendiri (dalam soal


perkahwinan) daripada walinya, dan seorang gadis harus
diminta persetujuannya lebih dahulu oleh ayahnya mengenai
(perkahwinan) dirinya. Persetujuan seorang gadis ialah
diamnya.”

Dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya,


dan seorang gadis harus diminta persetujuannya mengenai
pernikahan dirinya. (Tanda) persetujuannya ialah diamnya.”

Kata “al-ayyim” (jamaknya : ayyaamaa) yang disebut oleh


Rasulullah s.a.w. dalam hadith tersebut (dalam bahasa Arab)
menurut erti bahasa bermakna “wanita yang tidak
mempunyai suami”, baik ia gadis ataupun janda yang dicerai
oleh suaminya atas kematian suaminya. Namun, yang
dimaksudkan dalam hadith tersebut ialah “janda” kerana
dalam rangkaian perkataan hadith tersebut, kata “al-ayyim”
itu sangat hampir dengan perkataan “bikr” yang bermakna
“gadis” atau “perawan”. Pengertiaan tersebut jelas sekali
dalam hadith sebelumnya, yang menggunakan perkataan
“al-tsayyib” iaitu seorang “janda”.

Imam Nawawi dalam tafsirnya mengenai hadith tersebut


mengatakan : “Ketahuilah bahwa lafaz “lebih berhak”
(ahaqqu) hak bersama bermakna bahawa janda lebih
mempunyai hak atas dirinya sendiri dalam hal perkahwinan.
Walinya mempunyai hak juga tetapi janda yang berkenaan

26
lebih berhak daripada walinya. Contohnya walinya itu
hendak mengahwinkannya dengan lelaki yang berkeadaan
sepadan (kufu’), tetapi ia menolak, ia tidak boleh dipaksa.
Sebaliknya bila ia sendiri hendak berkahwin dengan lelaki
yang berkeadaan sepadan, tetapi walinya tidak setuju, ia
dapat memaksa walinya untuk menyetujui perkahwinannya.
Bila walinya tetap menolak, ia dapat dikahwinkan oleh Kadi
(Hakim Mahkamah Syariah). Hal itu menunjukkan bahawa
hak seorang janda atas dirinya sendiri lebih kuat dan lebih
kukuh daripada hak yang ada pada walinya.

4. HAK WANITA MENOLAK PERNIKAHANNYA DENGAN


LELAKI YANG TIDAK DISUKAINYA

Apabila wali seorang janda memaksanya berkahwin dengan


seorang lelaki yang tidak disukainya, ia (janda itu) berhak
menolak, walaupun walinya itu ayahnya sendiri. Marilah kita
perhatikan riwayat seorang wanita bernama Khanfasa binti
Khadam – di mana sebelum ini suaminya Anis bin Qatadah
gugur sahid dalam peperangan Badar, mengahwinkannya
dengan seorang lelaki yang tidak disukainya. Ia lalu datang
menemui Rasulullah s.a.w. mengadu: “Ya Rasulullah,
ayahku mengahwinkan aku dengan lelaki lain, padahal aku
lebih menyukai bapa saudaraku (yakni ipar-lelakinya).”
Atas pengaduan itu Rasulullah s.aw. membatalkan
perkahwinannya dengan lelaki itu, setelah jelas bagi beliau
bahawa Khanfasa benar-benar menyakini bahawa
kepentingan dirinya dan kepentingan anaknya akan lebih
terjamin bila ia dikahwinkan dengan saudara lelaki suaminya
yang telah meninggal dunia.

Ibnul-Atsir memperkenalkan sebuah riwayat berasal dari


‘Abdur-Rahman bin Yazid, sebagai berikut : Wadi’ah bin

27
Khaddam mengahwinkan anak gadisnya dengan seorang
lelaki. Anak Wadi’ah itu datang mengadap Rasulullah s.a.w.
mengadu : “Ya Rasulullah, ayahku mengahwinkan aku
dengan seorang lelaki yang tidak sesuai bagiku…:
Rasulullah s.a.w. memanggil Wadi’ah. Setelah menjelaskan
keadaan sebenarnya, Wadi’ah berkata : “Ia (anak
gadisnya) ku kahwinkan dengan anak bapa saudaranya yang
bersesuaian dan ia seorang lelaki yang jujur.” Rasulullah
s.a.w. bertanya : “Apakah engkau sudah minta persetujuan
dari anakmu?”. Wadi’ah menjawab : “Tidak”. Rasulullah
s.a.w. lalu membatalkan perkahwinan itu, dan tidak
membenarkannya.

Di antara empat orang Imam (yakni : Malik, Abu Hanifah,


Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal – ridhiayallhu ‘ahhum) tidak
berbeza pendapat bahawa seorang janda yang dikahwinkan
paksa oleh ayahnya dengan lelaki lain yang tidak disukainya,
pernikahannya mardud (tidak sah atau batal). Lain halnya
kalau yang dinikahnya itu seorang gadis. Ayah gadis itu
dapat mengahwinkannya dengan lelaki yang bersesuaian
kerana sebagai ayah tentu berpandangan lebih jauh,
berpengalaman lebih luas dan lebih mampu mengambil
keputusan yang baik. Akan tetapi, jika ia menyalahgunakan
haknya dalam mengahwinkan anak gadisnya, kadi boleh
membatalkan perkahwinan itu jika masalahnya diadukan
kepadanya.

Riwayat yang berasal dari Jabir r.a. mengatakan sebagai


berikut : -

“Seorang ayah mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta


persetujuannya. Gadis itu kemudian datang mengadukan
perkaranya kepada Rasulullah s.a.w. Atas pengaduannya itu
baginda kemudian menceraikannya dari suaminya.”

28
…Al-Baihaqi menyanggah dengan mengatakan, kerana ayah
itu menikahkan anak gadisnya dengan lelaki yang tidak
sepadan. Bila ia menikahkannya dengan lelaki yang
bersesuaian, perkahwinan itu dapat berlangsung terus,
sekalipun gadis itu minta dikahwinkan dengan lelaki lain
yang juga bersesuaian. Sebab, pada dasarnya seorang anak
gadis dapat dipaksa dan ia tidak mempunyai kebebasan
menentukan perkahwinannya sendiri kerana ayahnya tentu
lebih berpandangan jauh daripadanya.

Selain ayah sendiri maka sesiapapun tidak mempunyak hak


memaksa gadis yang berada di bawah perwaliannya
berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Sebab, bagi
seorang wali yang bukan ayahnya sendiri kasih sayangnya
tidak sebesar kasih sayang ayahnya sendiri.

29
TAJUK : ALAM PERKAHWINAN

1. MUQADDIMAH

1.1. Alam perkahwinan amat berbeza dengan alam


sebelum berkahwin. Pasangan yang berkahwin
mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai suami
atau isteri. Hubungan seksual yang saling
memuaskan bagi kedua-dua pihak merupakan salah
satu tanggungjawab pasangan. Di samping itu,
kehidupan alam rumahtangga tidak berkisar sekitar
suami isteri sahaja. Hubungan yang baik dan mesra
perlu diwujudkan dengan mertua dan jiran tetangga
bagi mencapai kebahagiaan rumahtangga.

1.2. Oleh itu di kali ini marilah kita memahami tentang


perkara-perkara yang berkaitan dengan alam
perkahwinan yang meliputi hak dan tanggungjawab
suami isteri.

2. APAKAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG


ISTERI ATAU SUAMI?

2.1. Tanggungjawab berkenaan boleh dibahagikan


kepada :-

2.1.1. Tanggungjawab suami isteri.


2.1.2. Peranan dan tugas suami isteri dan
2.1.3. Tanggungjawab sebagai anak dalam keluarga.

2.2. Peristiwa ijab kabul secara automatik memberikan


peranan sebagai suami isteri kepada dua individu.

30
Pemegang peranan sebagai suami atau isteri kepada
dua individu. Pemegang peranan sebagai suami atau
isteri mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu.
Hak dan tanggungjawab suami isteri merupakan
aspek komplimentari. Oleh itu sesuatu perkara
menjadi hak kepada seseorang, adalah menjadi
tanggungjawab pasangan untuk memenuhi hak
tersebut.

2.3. Hak isteri dan tanggungjawab suami :-

Peristiwa ijab kabul secara automatik memberikan


peranan sebagai suami isteri kepada dua individu.
Pemegang peranan sebagia suami atau isteri kepada
dua individu. Pemegang peranan sebagai suami atau
isteri mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu.
Oleh itu sesuatu perkara menjadi hak kepada
seseorang, adalah menjadi tanggungjawab pasangan
untuk memenuhi hak tersebut.

2.4. Hak isteri dan tanggungjawab suami :-

2.4.1. Nafkah –

- Sara hidup.
- Tempat tinggal.
- Keselamatan / Perlindungan.

2.4.2. Didikan.
2.4.3. Mas kahwin.
2.4.4. Layanan yang baik dan dihormati.

31
2.5. Hak suami dan tanggungjawab isteri.

2.5.1. Taat kepada suami.


2.5.2. Layanan yang baik dan dihormati.

2.6. Tanggungjawab bersama suami / isteri. Antaranya :-

2.6.1. Kasih sayang.


2.6.2. Bekerjasama.
2.6.3. Harta bersama.
2.6.4. Bersifat amanah.
2.6.5. Hubungan kelamin.
2.6.6. Pergaulan yang baik.
2.6.7. Keterampilan yang baik.
2.6.8. Mempunyai sifat cemburu.
2.6.9. Menghormati persamaan.
2.6.10. Memahami masalah pasangan.

3. APAKAH PERANAN SUAMI DAN ISTERI DALAM


PERKAHWINAN?

3.1. Peranan merupakan tingkah laku yang dimainkan oleh


seseorang yang menduduki sesuatu posisi dalam
sebuah keluarga, suami dan isteri mempunyai
peranan. Suami isteri mempunyai keistimewaan
tertentu dan peranan mereka telah ditentukan oleh
Islam. Bersesuaian dengan ini, suami telah
diamanahkan sebagai ketua, pemimpin dan mencari
nafkah untuk keluarga. Manakala isteri merupakan
pengawal, pengurus dan pemimpin dalam hal rumah
tangga. Pembahagian ini dapat dilihat dengan jelas
dalam Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. seperti
berikut :-

32
3.1.1. Firman Allah di dalam Surah Annisa’, ayat 34:-

Maksudnya :-
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,
kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada
beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah
membelanja (memberi nafkah) sebahagian daripada
harta mereka.”

3.1.2. Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya :
“Ya Rasulullah! Apakah hak isteri ke atas kami?
Bersabda Rasulullah s.a.w. : Hendaklah engkau
memberi makan kepadanya apabila engkau makan
dan hendaklah memberikan pakaian kepadanya
sepertimana engkau berpakaian.”

4. Walaupun suami isteri bertanggungjawab antara satu sama


lain, mereka tidak terlepas daripada menunaikan
tanggungjawab sebagai anak. Suami bertanggungjawab ke
atas kedua ibubapanya dan isteri bertanggungjawab ke atas
keluarganya.

5. APAKAH TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA


IBUBAPANYA?

5.1. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa hukumnya


WAJIB. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al
Ahqaaf, ayat 15.

33
Maksudnya :
“Kami perintahkan kepada semua manusia agar
berbuat baik kepada kedua ibubapanya…”

5.2. Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri


masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua
ibubapa mereka. Tanggungjawab tersebut terbahagi
kepada :-

5.2.1. Tanggungjawab semasa ibubapa masih hidup.


5.2.2. Tanggungjawab selepas ibubapa meninggal
dunia.

5.3. Bentuk berbakti semasa mereka masih hidup :-

5.3.1. Berbuat baik.


5.3.2. Berlemah lembut dan berbudi bahasa.
5.3.3. Pengorbanan harta benda.

5.4. Selepas kematian keduanya :-

Hubungan anak dengan ibubapa adalah di dunia dan


di akhirat. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa
tidak terhenti dengan kematian salah seorang atau
keduanya sekali. Anak masih mempunyai
tanggungjawab selepas kematian mereka.
Antaranya :-

5.4.1. Berdoa kepada keduanya.


5.4.2. Menziarahi kubur mereka.
5.4.3. Melaksanakan janji (nazar).
5.4.4. Menghubungkan silaturahim dengan sahabat
handai ibubapa.

34
5.4.5. Menunaikan haji sekiranya mampu.
5.4.6. Membaca Al Quran untuk semua.
5.4.7. Melunaskan hutang piutang yang belum
dilunaskan semasa hayat (kedua ibubapa).

5.5. Kesan derhaka terhadap ibubapa :-

5.5.1. Dosa yang paling besar.


5.5.2. Hukumnya haram.

5.6. Bentuk derhaka :-

5.6.1. Memandang dengan marah.


5.6.2. Membenci.
5.6.3. Bercakap kasar.

6. RUMUSAN

Setiap individu perlu menunaikan tanggungjawab masing-


masing dalam rumahtangga kerana pengabaian
melaksanakan tanggungjawab akan merumitkan keluarga
dan masyarakat. Tanggungjawab merupakan amanat Allah
s.w.t. dan perlaksanaan tanggungjawab akan disoal di
akhirat nanti.

35
TAJUK : HIKMAH HIJRAH DALAM KEHIDUPAN
BERKELUARGA

1. MUQADDIMAH

1.1. Setiap tahun menjelang bulan Muharram, umat Islam


akan mengenang kembali peristiwa hijrah, Rasulullah
s.a.w. dari Kota Mekah ke Madinah yang dahulunya
dikenali sebagai Yathrib. Dalam peristiwa itu, umat
Islam dapat merenung dan mengambil iktibar
bagaimana kegigihan dan kesabaran Rasulullah s.a.w.
dan para sahabat dalam menempuh berbagai ujian
bagi mengembangkan syiar Islam. Ia juga telah
menonjolkan sifat kesetiaan Saidina Abu Bakar yang
tiada tandingannya dan lain-lain dalam menempuh
dugaan demi menegakkan kebenaran dan menjulang
keimanan. Setiap umat Islam patut mengetahui dan
menghayati detik-detik peristiwa yang penuh hikmah
ini.

1.2. Kita akan melihat hikmah-hikmah hijrah yang


sepatutnya berlaku di dalam kehidupan kita
khususnya dalam kehidupan harian kita berkeluarga.

1.3. Walaupun kita ketahui bahawa hijrah tidak lagi


disyaratkan atau diwajibkan kepada ummat Islam kini
tetapi hijrah dalam maksud yang lebih luas. Kita
dituntut berhijrah untuk meninggalkan segala
perbuatan buruk kepada yang lebih baik dalam segala
aspek kehidupan.

1.4. Pada kali ini marilah kita melihat kepada diri kita dan
keluarga apakah sifat-sifat negatif, pasif atau yang

36
buruk yang patut kita robah untuk menuju atau
menjadi keluarga yang bahagia sebagaimana
dikehendaki oleh Islam.

1.5. Contoh keluarga yang baik adalah sebagaimana Yasir.


Beliau sebagaimana dengan isterinya Sumaiyyah dan
anaknya Ammar yang sanggup mengorbankan
segala-galanya untuk Islam. Yasir adalah lelaki yang
mati syahid pertama dan isterinya Sumaiyyah adalah
wanita yang pertama mati syahid. Anak mereka dan
anaknya Ammar bin Yassir telah menjalankan dakwah
Islamiah mereka telah disiksa hingga pecah-pecah
kulit badan disebat dan ditikam dengan besi yang
panas. Ditelentangkan di atas pasir yang panas dan
diletakkan batu yang berat di atas dada dan berbagai-
bagai lagi keluarga Yassir ini telah dijanjikan oleh
Allah dengan syurga di atas keimanan dan kebaikan
mereka.

Manakala keluarga yang tidak beriman dan jahat


seperti kisah keluarga Abu Lahab. Di mana suami
isteri yang bekerjasama melakukan kejahatan iaitu
Abu Lahab dan isterinya ‘Uqabah binti Abu Muit.
Beliau menolong suaminya mengatur duri di depan
rumah Nabi s.a.w. di waktu malam agar Nabi s.a.w.
menderita kesakitan bila baginda keluar ke Masjid di
waktu pagi. Ini telah dikisahkan oleh Allah sendiri di
dalam Al-Quran surah Al-Lahb. Mereka telah
dijanjikan dengan neraka, mereka kekal di dalam
neraka selama-lamanya.

37
2. ISU-ISU HIKMAH HIJRAH YANG BOLEH
DIBINCANGKAN

Melakukan sesuatu di dalam urusan rumahtangga kerana


Allah s.w.t. semata-mata.

Menanamkan perasaan cinta kepada Allah dan Rasulnya


dalam keluarganya.

Menganggap segala dugaan dalam menjalani kehidupan


rumahtangga sebagai amanah Allah tanpa perasaan jemu
dan menyalahkan mana-mana pihak.

Menanamkan bibit-bibit sanggup bekorban kerana agama


untuk kebaikan.

Perlunya ikatan kasih sayang yang erat untuk menghadapi


dugaan hidup dan segala fitnah dalam kehidupan.

Usaha pendidikan perlu bersungguh-sungguh bahkan


memerlukan pengorbanan.

Hidup perlukan perancangan dan kemahiran dalam suasana


penuh keimanan dan pertolongan Allah akan datang
seterusnya.

Hidup sepatutnya sentiasa berubah. Tentunya dari baik


kepada baik dan baik kepada yang lebih baik dan lebih
cemerlang. Setiap individu perlu memerhatikan perubahan
diri, keluarga dan masyarakatnya.

Raikan kejayaan dengan berlandaskan syariah.

38
3. PENUTUP

Hidup mesti tabah dan bersungguh-sungguh


menghadapinya. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan
untuk mencapai sesuatu kejayaan.

39
TAJUK : HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN
RUMAH TANGGA

1. MUQADDIMAH

Rumah adalah tempat yang dipakai seseorang untuk


melindungi kebiasaan-kebiasaan tabiat dan dapat
melepaskan diri dari ikatan-ikatan masyarakat sehingga
dengan demikian tubuh ini beroleh ketenangan.

Untuk itulah Allah berfirman dalam hubungannya dengan


mengetengahkan kenikmatannya kepada manusia :

“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai


tempat ketenangan.”
(An-Nahl : 80)

Rasulullah s.a.w. senang sekali rumah yang luas, dan


dimasukkan sebagai unsur kebahagiaan duniawi.

Maka sabdanya :

“Empat hal yang membawa kebahagiaan, iaitu perempuan


salehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan
kenderaan yang enak.”
(Riwayat Ibnu Hibban)

Dan doa yang sering diucapkan Nabi ialah :

“Ya Allah! Ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, berilah


barakah dalam rezekiku! Kemudian beliau ditanya :
Mengapa doa ini yang banyak engkau baca, ya Rasulullah?

40
Maka jawab Nabi : Apa ada sesuatu yang lain yang kamu
cintai?”
(Riwayat Nasa’i dan Ibnu Sunni)

Rasulullah juga memerintahkan supaya rumah-rumah kita itu


bersih, agar nampak syiar Islam yang di antaranya ialah
bersih, dan agar merupakan tanda yang dapat membedakan
seorang muslim dengan orang lain yang menurut penilaian
agamanya, bahawa kotor itu merupakan salah satu perkara
yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya Allah itu baik, Dia suka kepada yang baik.


Dia juga bersih, suka kepada yang bersih. Dia juga mulia,
suka kepada yang mulia. Dia juga dermawan, sangat suka
kepada yang dermawan. Oleh kerana itu bersihkanlah
halaman rumahmu, jangan kamu menyerupai orang-orang
Yahudi.”
(Riwayat Termizi)

SOALAN :

1. BAGAIMANA DENGAN MENGHIAS RUMAH


DENGAN KARANGAN BUNGA DAN UKIRAN
SERTA HIASAN? BOLEHKAN DILAKUKAN?.

LAMBANG-LAMBANG KEMEWAHAN DAN


KEMUSYRIKAN

Seorang muslim tidak dilarang untuk menghias


rumahnya dengan karangan bunga yang warna-
warni, dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal.

41
Sebab Allah telah berfirman :

“Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan


Allah yang telah ia keluarkan untuk hamba-
hambanya?”
(Al-A’raf : 32)

Betul, seorang muslim tidak berdosa untuk menghias


rumahnya, pakaiannya, sandalnya dan sebagainya.

Sebab Rasulullah pernah juga bersabda :

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya


ada seberat zarah daripada kesombongan. Kemudian
ada seorang laki-laki yang bertanya : Ya Rasulullah!
Seseorang itu biasa senang kalau pakaiannya itu baik
dan sandalnya pun baik pula, apakah itu termasuk
sombong? Jawab Nabi : Sesungguhya Allah itu baik,
ia suka kepada yang baik.”

(Riwayat Muslim)

Dan di satu riwayat disebutkan :

“Ada seorang laki-laki yang segak datang kepada


Nabi, kemudian ia bertanya : Saya ini sangat suka
kepada keindahan, dan saya sendiri telah diberi
keindahan itu sebagaimana engkau lihat, sehingga
aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu
mengatasi aku dengan menyamai sandalnya, apakah
ini termasuk sombong ya Rasulullah? Jawab Nabi :

42
“Tidak!” Sebab yang disebut sombong ialah menolak
kebenaran dan menghina orang lain.”

(Riwayat Abu Daud)

Namun demikian, Islam tidak suka kepada berlebih-


lebihan dalam segala hal. Dan Nabi sendiri tidak
senang seorang muslim yang rumahnya itu penuh
dengan lambang-lambang kemewahan dan berlebih-
lebihan yang sangat dicela oleh Al-Quran, atau
rumahnya itu ada lambang-lambang kemusyrikan
yang sangat ditentang oleh Agama Tauhid dengan
segala macam senjata yang mungkin.

2. BOLEHKAH MENGGUNAKAN PINGGAN


MANGKUK YANG DIBUAT DARIPADA EMAS DAN
PERAK DAN APAKAH HUKUMNYA?.

BEJANA EMAS DAN PERAK

Untuk itulah, maka Islam mengharamkan membuat


bejana dari emas atau perak dan seperah-seperah
sutera dalam rumah seorang muslim. Nabi sendiri
memberikan ancaman keras terhadap orang yang
cenderung kepada cara-cara ini.

Kata Ummu Salamah Ummul Mu’minin :

“Sesungguhnya orang yang makan dan minum


dengan bejana emas dan perak, maka akan gemercik
suara api neraka dalam perutnya.”
(Riwayat Muslim)

43
Dan Huzaifah juga pernah mengatakan :

“Rasulullah melarang kami minum dengan bejana


emas dan perak atau kita makan dengannya, dan
melarang memakai pakaian sutera tipis dan sutera
tebal serta dilarang kita duduk di atasnya. Kemudian
Nabi bersabda pula : Kain ini untuk mereka (orang-
orang kafir) di dunia, dan untuk kamu nanti di
akhirat.”
(Riwayat Bukhari)

Jadi kalau kita dilarang memakainya, bererti haram


juga membuatnya untuk hiasan.

Diharamkan bejana emas/perak dan seperah-seperah


sutera itu, berlaku untuk laki-laki dan perempuan.
Sendang hikmahnya agama mengharamkan hal-hal
tersebut dengan suatu tujuan untuk membersihkan
rumah dari unsur-unsur kemewahan/berlebih-lebihan.

Tepat sekali apa yang dikatakan Ibnu Qudamah :


Hal tersebut di atas berlaku sama antara laki-laki dan
perempuan kerana umumnya Hadis, dan kerana
alasan diharamkannya justeru kerana berlebih-lebihan
dan kesombongan serta dapat memecahkan perasaan
hati orang-orang fakir. Pengertian seperti ini meliputi
kedua belah pihak. Adapun dibolehkannya
perempuan berhias dengan emas dan sutera adalah
demi kepentingan suami, bukan untuk orang lain.

Kalau ditanyakan : Andaikata alasan diharamkannya


itu seperti yang tersebut di atas. Nescaya
mutiara dan sebagainya adalah juga diharamkan
kerana harganya lebih tinggi? Untuk masalah ini akan

44
kami jawab sebagai berikut : Mutiara (yakut) itu
tidak begitu dikenal di kalangan orang miskin, oleh
kerana itu tidak dapat memecahkan perasaan hati
mereka jika orang-orang kaya itu menjadikan benda
ini sebagai hiasan, walaupun sesudah itu mereka
menjadi kenal dengan yakut. Dan justeru jarangnya
yakut itu sendiri menyebabkan tidak ada orang kaya
yang memakainya sebagai hiasan, sehingga dengan
demikian tidak perlu lagi diharamkan walaupun ada
perbedaan harga yang sangat nyata.

Ditinjau dari segi ekonomi, seperti yang telah


sebutkan juga dalam hikmah diharamkannya emas
untuk orang laki-laki, maka hikmah tersebut akan
lebih nampak dan lebih jelas. Sebab emas dan perak
merupakan standard wang internasional yang Allah
jadikan sebagai ukuran harga wang dan sebagai
standard yang akan menentukan harga itu dengan
adil serta memudahkan peredaran wang di kalangan
banyak orang. Maka atas bimbingan Allah kepada
ummat manusia untuk menggunakan wang sebagai
nikmat yang diberikan kepada mereka, wang tersebut
harus diedarkan di kalangan orang banyak, jangan
ditahan di rumah dalam bentuk wang yang tersimpan
atau dihilangkan dalam bentuk bejana dan alat-alat
perhiasan lainnya.

Betapa indahnya pula apa yang dikatakan Imam


Ghazali dalam Syukur Nikmat di Ihya’nya. Ia
mengatakan sebagai berikut : “Sesiapapun yang
menjadikan dirham dan dinar sebagai bejana dari
emas dan perak, bererti dia telah kufur nikmah (tidak
tahu berterima kasih), dan dia lebih jahat daripada
menyimpannya.” Kerana hal seperti ini sama halnya

45
dengan orang yang memaksa ketua negara untuk
bekerja sebagai tukang tenun dan tukang sapu tanpa
upah, atau untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan
yang biasa dikerjakan oleh manusia-manusia
rendahan. Jadi menahan harta lebih rendah dari itu
semua. Sebab perkakas dari tanah, besi, timah dan
tembaga menduduki fungsi emas dan perak sebagai
alat untuk menjaga makanan. Maka tanpa wang alat-
alat dari tanah dan besi itu tidak dapat memenuhi apa
yang dimaksud.

Jelasnya, barangsiapa yang kurang faham persoalan


ini, kiranya cukup memahami terjemahan tuhan
dalam hal tersebut yang dilukiskan dalam bentuk
ungkapannya : “barangsiapa minum dengan bejana
emas atau perak, maka seolah-olah suara api neraka
itu gemercik dalam perutnya.”

Bentuk larangan ini jangan diertikan mempersempit


gerak ummat Islam dalam rumahtangga, sebab dalam
masalah halal yang baik, mempunyai lapangan yang
sangat luas. Berapa banyak bejana dari jenis kaca,
dari tanah, dari tembaga dan dari material lain yang
lebih bagus. Berapa banyak pula seperah dan bantal
kapas dan lain-lain yang lebih indah daripada bahan
lain!

46
3. APAKAH HUKUMNYA MENYIMPAN PATUNG DI
DALAM RUMAH?

ISLAM MENGHARAMKAN PATUNG

Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam


meliputi masalah patung. Sebab adanya patung
dalam suatu rumah, menyebabkan malaikat akan
jauh dari rumah itu, padahal malaikat akan membawa
rahmat dan keredhaan Allah untuk isi rumah tersebut.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu


rumah yang di dalamnya ada patung.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama berkata : Malaikat tidak mahu masuk


rumah yang ada patungnya, kerana pemiliknya itu
menyerupai orang kafir, di mana mereka biasa
meletakkan patung dalam rumah-rumah mereka
untuk diagungkan. Untuk itulah malaikat tidak suka
dan mereka tidak mahu masuk bahkan menjauhi dari
rumah tersebut.

Oleh kerananya, Islam melarang keras seorang


muslim bekerja sebagai tukang pemahat patung,
sekalipun dia membuat patung itu untuk orang lain.

47
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya


nanti di hari kiamat, iaitu orang-orang yang
menggambar gambar-gambar ini. Dalam satu riwayat
dikatakan : Orang-orang yang menandingi ciptaan
Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan Rasulullah s.a.w. memberitahukan juga dengan


sabdanya :

“Barangkali membuat gambar (patung) nanti di hari


kiamat dia akan dipaksa untuk meniupkan roh
padanya padahal dia selamanya tidak akan boleh
meniupkan roh itu.”
(Riwayat Bukhari)
Maksud daripada Hadis ini, bahawa dia akan dituntut
untuk menghidupkan patung tersebut.

Perintah ini sebenarnya hanya suatu penghinaan dan


mematahkan, sebab dia tidak mungkin dapat.

4. APAKAH HIKMAH DIHARAMKAN PATUNG?

HIKMAH DIHARAMKAN PATUNG

Diantara rahsia diharamkannya patung ini iaitu untuk


membela kemurnian Tauhid, dan supaya jauh dari
menyamai orang-orang musyrik yang menyembah
berhala-berhala mereka yang dibuatnya oleh tangan-

48
tangan mereka sendiri, kemudian dikuduskan dan
mereka berdiri dihadapanya dengan penuh khyusu’.

Kesungguhan Islam untuk melindungi Tauhid dari


setiap macam penyerupaan syirik telah mencapai
puncaknya. Islam dalam ikhtiarnya ini dan
kesungguhannya itu sentiasa berada di jalan yang
benar. Sebab sudah pernah terjadi di kalangan umat-
umat terdahulu, di mana mereka itu membuat patung
orang-orang yang saleh mereka yang telah meninggal
dunia kemudian disebut-sebutnya nama mereka itu.
Lama-kelamaan dan dengan sedikit demi sedikit
orang-orang saleh yang telah dilukiskan dalam bentuk
patung itu dikuduskan, sehingga akhirnya dijadikan
sebagai Tuhan yang disembah selain Allah diharapkan
dan ditakuti serta diminta barakahnya. Hal ini pernah
terjadi pada kaum Wud, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan
Nasr.

Tidak hairan kalau dalam suatu agama yang dasar-


dasar syariatnya itu selalu menutup pintu kerosakan,
bahawa akan ditutup seluruh lubang yang mungkin
akan dimasuki oleh syirik yagn sudah terang
mahupun yang masih samar untuk menyusup ke
dalam otak dan hati atau jalan-jalan yang akan dilalui
oleh penyerupaan kaum penyembah berhala dan
pengikut-pengikut agama yang suka berlebih-lebihan.
Lebih-lebih Islam itu sendiri bukan undang-undang
manusia yang ditujukan untuk satu generasi atau dua
generasi, tetapi suatu undang-undang untuk seluruh
umat manusia di seantero dunia ini sampai hari
kiamat nanti. Sebab sesuatu yang kini masih belum
diterima oleh suatu alaf, tetapi kadang-kadang masih
belum diterima oleh alaf lain, dan sesuatu yang kini

49
dianggap ganjil dan mustahil, tetapi di satu saat akan
menjadi suatu kenyataan, entah bila waktunya, dekat
atau jauh.

Rahsia diharamkannya patung bagi pemahatnya,


sebab seorang pelukis yang sedang memahat patung
itu akan diliputi perasaan syok, sehingga seolah-olah
dia dapat menciptakan suatu makhluk yang tadinya
belum ada atau dia dapat membuat model baru yang
boleh hidup yang diterbuat dari tanah.

Sudah sering terjadi seorang pemahat patung dalam


waktu yang relatif lama, maka setelah patung itu
dapat disiapkan lantas dia berdiri di hadapan patung
tersebut dengan mengaguminya, sehingga seolah-
olah dia berbicara dengan patung tersebut dengan
penuh kesombongan. Hai patung! Berbicaralah!

Untuk itulah maka Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-


patung ini nanti di hari kiamat akan disiksa dan
dikatakan kepada mereka : Hidupkanlah patung
yang kamu buat itu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. BAGAIMANA DAN APA HUKUM MENYIMPAN


PATUNG UNTUK PERMAINAN KANAK-KANAK?

RUKHSAH DALAM PERMAINAN ANAK-ANAK

Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-


agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada

50
suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini
Islam tidak akan bersempit dada dan tidak
menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalannya
permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan,
kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya.
Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan
untuk permainan dan menghibur anak-anak.

Oleh kerana itu kata Aisyah :

“Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan


perempuan (patung perempuan) di sisi Rasulullah
s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku,
kemudian mereka menyembunyikan patung-patung
tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w. tetapi
Rasulullah s.a.w. malah gembira dengan kedatangan
kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main
bersama aku.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam salah satu riwayat diterangkan :

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari


bertanya kepada Aisyah : Apa ini? Jawab Aisyah :
Ini anak-anak perempuanku (anak patung
perempuanku), kemudian Rasulullah bertanya lagi :
Apa yang ditengahnya itu? Jawab Aisyah : Kuda.
Rasulullah bertanya lagi : Apa yang diatasnya itu?
Jawab Aisyah : Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah :
Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah :
Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin
Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai

51
beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa
sehingga nampak gigi gerahamnya.”
(Riwayat Abu Daud)

Yang dimaksud anak-anak perempuan di sini ialah


anak patung pengantin yang biasa dipakai permainan
oleh anak-anak kecil. Sedang Aisyah waktu itu masih
sangat muda.

Imam Syaukani mengatakan : Hadis ini


menunjukkan bahawa anak-anak kecil boleh bermain-
main dengan boneka.

5. APAKAH HUKUM MENYIMPAN LUKISAN-


LUKISAN BERTUBUH DAN UKURAN?

LUKISAN DAN UKIRAN

Demikianlah pendirian Islam terhadap gambar yang


bertubuh, yakni yang sekarang dikenal dengan
patung atau monumen. Tetapi bagaimanakah
hukumnya gambar-gambar dan lukisan-lukisan seni
yang dilukis di lembaran-lembaran, seperti kertas,
pakaian, dinding, lantai, wang dan sebagainya itu?

Kalau lukisan seni itu berbentuk sesuatu yang


disembah selain Allah, seperti gambar al-Masih bagi
orang-orang Kristian atau lembu bagi orang-orang
Hindu dan sebagainya, maka bagi si pelukis untuk
tujuan-tujuan diatas, tidak lain dia adalah melakukan
kekufuran dan kesesatan. Dalam hal ini berlakulah
baginya ancaman Nabi yang begitu keras.

52
“Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya
nanti dihari kiamat ialah orang-orang yang
menggambar.”
(Riwayat Muslim)

Imam Thabri berkata : “Yang dimaksud dalam Hadis


ini, iaitu orang-orang yang menggambar sesuatu yang
disembah selain Allah, sedangkan dia mengetahui dan
sengaja. Orang yang berbuat dmikian adalah kufur.
Tetapi kalau tidak ada maksud seperti di atas, maka
dia tergolong orang yang berdosa sebab menggambar
saja.”

Yang seperti ini ialah orang yang menggantungkan


gambar-gambar tersebut untuk dikuduskan.
Perbuatan seperti ini tidak boleh dilakukan oleh
seorang muslim, kecuali kalau Agama Islam itu
dipinggirkan dalam kehidupannya atau tidak lagi
menghormati Islam.

Dan yang lebih mendekati persoalan ini ialah orang


yang melukis sesuatu yang tidak biasa disembah,
tetapi dengan maksud untuk menandingi ciptaan
Allah. Yakni dia beranggapan, bahawa dia dapat
membuat dan menciptakan model terbaru seperti
ciptaan Allah. Orang yang melukis dengan tujuan
seperti itu jelas telah keluar dari Agama Tauhid.
Terhadap orang ini berlakulah Hadis Nabi yang
mengatakan :

53
“Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya
ialah orang- orang yang menandingi ciptaan Allah.”
(Riwayat Muslim)

Persoalan ini tergantung pada niat si pelukisnya itu


sendiri.

Barangkali Hadis ini dapat diperkuat dengan Hadis


yang mengatakan :

“Siapakah orang yang lebih berbuat zalim selain


orang yang bekerja membuat seperti pembuatanku?
Oleh kerana itu cubalah mereka membuat biji atau
zarrah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah mengungkapkan firmanNya di sini dengan kata-


kata “dzahaba yakhluqu kakhalqi” (dia bekerja untuk
membuat seperti pembuatanku), ini menunjukkan
adanya suatu kesengajaan untuk menandingi dan
menentang kekhususan Allah dalam ciptaannya dan
keindahannya. Oleh kerana itu Allah menentang
mereka supaya membuat sebutir zarrah. Ia
memberikan isyarat, bahawa mereka itu benar-benar
bersengaja untuk maksud tersebut. Justeru itu Allah
akan membalas mereka itu nanti dan mengatakan
kepada mereka : “Hidupkan apa yang kamu cipta
itu!” Mereka dipaksa untuk meniupkan roh ke dalam
lukisannya itu, padahal dia tidak akan mampu.

Termasuk gambar/lukisan yang diharamkan, iaitu


gambar/lukisan yang dikuduskan (disucikan) oleh
pemiliknya secara keagamaan atau diagung-
agungkan secara keduniaan.

54
Untuk yang pertama : Seperti gambar-gambar
malaikat dan para Nabi, misalnya Nabi Ibrahim,
Ishak, Musa dan sebagainya. Gambar-gambar ini
biasa dikuduskan oleh orang-orang Nasrani, dan
kemudian sementara orang-orang Islam ada yang
menirunya, iaitu dengan melukiskan Ali, Fatimah dan
lain-lain.

Sedang untuk yang kedua : Seperti gambar


seniman-seniman, bintang filem pujaan lebih berdosa
apabila yang dilukis itu gambar orang-orang ayng
mendedahkan aurat, seksi dan mengagung-agungkan
kebatilan dan menyebarkan kemaksiatan di kalangan
umat.

55
56
TAJUK : PERATURAN RUMAHTANGGA ISLAM

1. MUQADDIMAH

Untuk mencapai matlamat kebahagiaan tersebut, muslim


sebagai individu atau berjemaah atau berkeluarga mestilah
mempunyai peraturan dalam menjalani kehidupan lebih-
lebih lagi dalam kehidupan berkeluarga yang merupakan
kelompok-kelompok pembentukan masyarakat.

Perbincangan kali ini adalah untuk menjadi panduan dan


muhasabah semula diri kita bagaimana yang telah diamalkan
dan dilakukan dalam kehidupan bekeluarga dalam
membentuk generasi yang berdisiplin yang mempunyai
tarbiyyah Islamiyyah bermula di rumah yang sudah pasti
membentuk masyarakat seterusnya membina negara dan
ummah. Ini kerana kita mempunyai tugas yang besar untuk
membina kejayaan dan ketamadun di atas alam maya ini.

2. SOALAN DAN JAWAPAN

Apakah di antara peraturan-peraturan tersebut yang penting


untuk diikuti oleh keluarga Islam?.

Peraturan :

Pertama Kebersihan dan kesucian.


:

Kedua Bertertib dan berperaturan pada


: kelakuan (adab).

57
Ketiga Merendahkan suara,
: menyembunyikan rahsia dan
mengelakkan kebisingan.

Keempat Program ilmu dan ibadat.


:

Kelima Berjimat cermat pada makanan,


: minuman, pakaian dan kehidupan.

Keenam Adab pergaulan dan bermuamalah.


:

Ketujuh Kepentingan kesihatan dan


: bersukan.

Kelapan Tegahan penting atau kawalan


: ketat pada ahli keluarga dari
sebarang anasir moral, haram,
makruh dan mudharat.

Kesembilan Berbaik dengan jiran, memuliakan


: tetamu dan menghubungkan
silaturrahim.

Kesepuluh Memelihara adab keluar masuk


: rumah.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan dan


kesucian?

58
Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah itu baik. Maka ia sukakan kebaikan,
Allah itu bersih. Maka ia sukakan kebersihan, Allah itu
mulia, maka ia sukakan kemurahan. Oleh sebab itu, maka
bersihkanlah persekitaran rumah kamu. Dan janganlah
kamu menyerupai kaum Yahudi.”
(Dikeluarkan oleh Tarmizie : Hadis Hassan)

Kelebihan seorang Muslim itu dapat dinilai pada dirinya,


rumahnya juga persekitarannya. Ini adalah dilihat dari
sudut kebersihan.

Kebersihan bila disebut, maka tergambarlah difikiran kita


tentang keelokkan dan kerapian, keselesaan, kenyamanan
udara dan lain-lain. Lantaran itu, sebagai insan yang
bergelar manusia, pastinya fitrah manusia gemarkan
kebersihan. Namun kebersihan seorang muslim dengan
yang bukan muslim adalah berbeza. Perbezaan ini telah
disyariatkan oleh Allah dengan meletakkan kesucian sebagai
sempadan yang sah dianggap bersih.

Kesucian disebut Atthaharah dalam Bahasa Arabnya. Hanya


Thaharah sahajalah yang dinilai bersih lagi suci disisiNya. Di
sini jelaslah hanya orang muslim sahaja yang menilai bersih
itu meliputi suci.

Islam telah mengajar kita bagaimana untuk membersihkan


dan menyucikan segala kekotoran dan segala najis samada
najis itu dari jenis hissiyyah iaitu yang boleh dilihat, dirasai,

59
dihidu, dipegang atau najis dari jenis ma’anawiyyah. Iaitu
najis yang tidak boleh dilihat, dirasai dan lain-lain.

Apakah pula yang dimaksudkan bertertib dan berperaturan


pada kelakuan (adab)?.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Sekiranya kamu pergi berziarah (bertandang) menemui
saudaramu, maka perbaiklah ziarahmu, dan elokkanlah
pakaianmu sehinggalah kamu seolah-olahnya mulia di mata
mereka. Sesungguhnya Allah tidak suka kekejian melainkan
orang yang keji.”
(Riwayat Abu Daud : Hadis Hasan)

Jelas supaya kita menyempurnakan dan menggelokan hal


ziarah. Seperti situasi sekarang : Periksa dahulu keadaan
kereta ataupun sebarang kenderaan….Pakaian
kemas….Dalam rumah orang tidak meliarkan mata….

Kesimpulannya, adab muslim di dalam rumah atau di luar


rumah seharusnya ia melazimkan diri berperaturan agar
sempurna kelakuannya atau adabnya. Begitu juga seluruh
ahli rumah sewajarnya mengambil perhatian terhadap
penyusunan dan kekemasan perhiasan di dalam rumah
seperti semua peralatan tersusun rapi, tidak bersepah atau
bertaburan.

Apa pula yang dimaksudkan merendahkan suara,


menyembunyikan rahsia dan mengelakkan
kebisingan?

60
Sesebuah rumah dan ahlinya, jiran dan orang lain
seharusnya saling memelihara hak dan menunaikan
kewajipan. Masing-masing berusaha tidak membuat
gangguan antara satu sama lain, antara sikap atau sifat
yang boleh menganggu jiran tetangga adalah berteriak
dengan kuat dan berbual-bual dengan tidak merendahkan
suara di dalam rumah.

Hassan Al Banna ada berpesan dalam wasiatnya yang


berbunyi :

“Jangan kamu tinggikan suaramu lebih dari yang


diperlukan oleh orang yang mendengar, maka
sesungguhnya hal ini mencemarkan kebodohan dan
menyakitkan.”

Meninggikan suara apabila berbincang atau ketawa yang


berlebihan, adalah kesan daripada kebodohan diri dan bukti
menunjukkan ianya tiada didikan agama.

Mengenai membuka rahsia pula Rasulullah s.a.w. ada


bersabda yang bermaksud :

“Sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat


kelak adalah seorang lelaki yang membuka rahsia
isterinya. Begitu juga isterinya membuka rahsia
suaminya, akibatnya tersebarlah rahsia kedua-
duanya.”

Biasanya berlaku di kalangan para isteri juga kedapatan para


suami apabila mereka berkumpul, tidak dapat tidak mereka
membincangkan urusan hidup tanpa disedari atau disedari
menceritakan segala rahsia….

61
Ahli rumah muslim patut mengekalkan identiti peribadi
muslim sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam
seperti merendahkan suara dan menyimpan rahsia keluarga.

Bagaimana pula untuk menyusun program ilmu dan


ibadat?

Kehidupan ahli rumah muslim seharusnya memenuhi dua


tuntutan penting iaitu program ILMU dan IBADAT.

Program itu termasuklah seperti mempelajari Fardhu Ain


(ilmu yang diwajibkan kepada setiap orang Islam untuk
mempelajarinya) dan ilmu Fardhu Kifayah (selain ilmu
agama).

Manakala program ibadat pula, muslim amat dituntut


menunaikan segala yang fardhu, wajib, sunat dan segala
adab-adabnya.

Kerjasama dalam menghidupkan suasana ilmu dan ibadat


dalam rumah muslimah adalah perlu demi mendapatkan
keberkatan dan pujian di sisi Allah s.w.t. juga didoakan oleh
malaikat-malaikatNya di langit. Firman Allah s.w.t. melalui
Hadis Qudsi yang bermaksud :-

“Sesiapa yang memuji Aku (menyebut, memuliakan,


mengingati Allah) maka Aku akan memujinya lebih
dari itu.”

Ketua ahli rumah muslim hendaklah serius dalam hal


memberi ilmu pengetahuan seperti pengetahuan agama,
pengetahuan semasa, juga pengetahuan yang dikhususkan
kepada ahli dalam rumahnya.

62
Menyediakan mini perpustakaan adalah sebahagian daripada
program ilmu di rumah muslim bagi persediaan arahan
rujukan. Program ilmu juga seeloknya disertai dengan
program ibadat seperti puasa sunat bersama-sama,
bersembahyang jamaah, bacaan Al-Quran, zikir samada
secara harian, mingguan, bulanan dan sebagainya. Program
ini selain di rumah boleh ditambah di masjid atau di mana-
mana sahaja majlis ilmu.

63
TAJUK : PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN

1. MUQADDIMAH

1.2. Allah s.w.t. menjadikan segala kejadian di langit dan


bumi ini berpasang-pasangan. Bulan berpasangan
dengan bintang. Dataran berpasangan dengan laut.
Binatang yang hidup di muka bumi, di lautan dan di
udara juga berpasangan jantan dan betina.
Demikianlah juga manusia iaitu ada lelaki dan
perempuan. Firman Allah :-

Maksudnya :
“Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk
semuanya berpasangan samada dari yang
ditumbuhkan oleh bumi atau dari mereka sendiri,
ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui”.

1.3. Perkahwinan merupakan cara untuk menyusun


kehidupan berpasangan. Kehidupan berumahtangga
ini jelas digallakkan oleh Islam. Sehubungan dengan
ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan


tidur dan aku berkahwin. Sesiapa yang benci kepada
sunnahku (caraku), maka bukanlah ia daripada
golonganku (bukan pengikutku yang sempurna).”

64
1.4. Perkahwinan bertujuan untuk memberikan
kesempurnaan dan kebahagiaan hidup manusia.
Firman Allah :-

Maksudnya :
“Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t.
mencipta untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri
supaya kamu senang hati dan bermesra dengannya
dan dijadikan perhubungan di antara kamu (suami-
isteri) atas kasih sayang dan belas kasihan,
sesungguhnya itu menjadi kenyataan bagi mereka
yang mahu berfikir”.

1.5. Bagi mencapai kebahagiaan tersebut, pasangan yang


ingin berkahwin perlu membuat beberapa persediaan
sebelum berumahtangga. Persediaan ini meliputi
persediaan minda dan kerohanian, fizikal, ekonomi
dan sosial.

2. Persediaan membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah


s.w.t. memerlukan pembukaan minda untuk memahami ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan asas-asas fardhu ain yang
merangkumi akidah, ibadah, akhlak dan munakahat.

2.1. Setiap pasangan perlu mengetahui dan memahami


ilmu akidah untuk tujuan berikut :

2.1.1. Untuk menjadi panduan dan pegangan


hidup.
2.1.2. Menjadi pengawal diri.
2.1.3. Membentuk akhlak mulia.

65
2.1.4. Memberi ketenangan jiwa.
2.1.5. Menghindarkan penyelewengan.
2.1.6. Mendapat rahmat Allah.
2.1.7. Menjana kekuatan diri.
2.1.8. Menjadi benteng menghadapi masalah.
2.1.9. Membina pergaulan baik suami isteri.
2.1.10. Menjadi asas pengurusan keluarga.
2.1.11. Membentuk sikap bertanggungjawab.
2.1.12. Mendorong semangat berusaha.
2.1.13. Memupuk sikap bersyukur dan qanaah
(berpada-pada).

2.2. Manakala kesan daripada ibadah dapat berperanan


seperti berikut :

2.2.1. Pengawal atau penghalang dari melakukan


perkara - perkara keji dan larangan Allah.

2.2.2. Sebagai suatu cara hidup yang melengkapi


semua kegiatan manusia.

2.2.3. Sebagai satu sumber kekuatan rohani dan


terhindar dari gangguan emosi dan jiwa.

2.2.4. Satu cara untuk mendapatkan rahmat Allah.

2.2.5. Membentuk akhlak yang mulia dan peribadi

66
yang luhur.

2.3. Manakala akhlak yang mulia membentuk keperibadian


seseorang :

2.3.1. Mengamalkan sifat taqwa.


2.3.2. Memiliki perasaan cinta, kasih sayang dan
belas kasihan.
2.3.3. Bergaul dengan makruf.
2.3.4. Melaksanakan tanggungjawab dan kepimpinan
rumahtangga.
2.3.5. Mengamalkan sikap terbuka (musyawarah).
2.3.6. Mengamalkan hikmah (bertindak secara
bijaksana).
2.3.7. Memelihara kehormatan diri serta menjaga
rahsia rumahtangga.

2.4. Manakala ilmu munakahat atau ilmu perkahwinan


amat perlu difahami kerana ia menjadi asas
seseorang itu sebelum memasuki alam perkahwinan
untuk mencapai matlamat perkahwinan iaitu
kebahagiaan yang berterusan. Di mana mereka boleh
mengetahui perkara-perkara yang boleh mereka
lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa berada di
dalam alam perkahwinan.

3. Selain ilmu-ilmu Fardhu Ain, calon-calon pasangan suami


isteri sepatutnya mengetahui beberapa perkara penting yang
berkaitan dengan alam rumah tangga seperti berikut :-

67
3.1. Segala persediaan sebelum berkahwin berkaitan :

3.1.1. Persediaan minda dan kerohanian.


3.1.2. Persediaan fizikal.
3.1.3. Persediaan ekonomi.
3.1.4. Persediaan sosial.

3.2. Mengetahui alam perkahwinan berkaitan :

3.2.1. Hak dan tanggungjawab suami isteri.


3.2.2. Hubungan kelamin suami isteri.
3.2.3. Hubungan dengan mertua.
3.2.4. Hubungan jiran.

3.3. Mempunyai perancangan dan pengurusan sumber


keluarga berkaitan:

3.3.1. Perbelanjaan keluarga.


3.3.2. Pengurusan masa.
3.3.3. Pengurusan kesihatan keluarga.
3.4. Mengetahui cara komunikasi suami isteri mengenai :
3.4.1. Makna, bentuk dan fungsi komunikasi.
3.4.2. Membina komunikasi berkesan.
3.5. Seterusnya mereka mempunyai persediaan
prakeibubapaan berkaitan :

68
3.5.1. Persediaan fizikal.
3.5.2. Persediaan mental dan kerohanian.
3.5.3. Pesediaan intelek.
3.5.4. Pesediaan kewangan.

3.6. Akhirnya setiap pasangan mereka mestilah


mempunyai kemahiran mengurus konflik :

3.6.1. Menjadikannya salah satu kemahiran


pengurusan keluarga.

3.6.2. Bersedia menghadapi cabaran alam


perkahwinan :
- Berkongsi hidup
- Berbeza jantina.
- Berbeza latarbelakang keluarga.
- Saling perlu memerlukan.

69
TAJUK : PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN (2)

1. MUQADDIMAH

1.1. Dalam masa pertunangan atau setelah peminangan


dilaksanakan dan menunggu majlis akad nikah atau
perkahwinan dijalankan masa tersebut adalah suatu
masa yang paling sesuai kepada setiap pasngan
untuk membuat muhasabah diri dlaam menghadapi
alam perkahwinan.

1.2. Mereka mesti membuat persediaan pekahwinan,


bersedia untuk memainkan peranan sebagai suami
atau isteri.

1.3. Tanpa persediaan akan mengakibatkan


tanggungjawab sebagai suami atau isteri tidak
dilaksanakan dengan sepenuh hati, kadangkala
langsung dialpakan.

1.4. Gejala-gejala ini membawa kepada konflik


rumahtangga, adakalanya membawa kepada
perceraian.

1.5. Persediaan-persediaan yang dibuat sebelum


perkahwinan perlu biasanya membawa kepada

70
perancangan dan peranan yang membawa kepada
kebahagiaan keluarga.

2. PERSEDIAAN-PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN

2.1. PERSEDIAAN MINDA DAN KEROHANIAN

Pasangan perlu menyediakan minda untuk melalui


pengalaman berumahtangga. Bersedia memikul
tanggungjawab sebagai isteri / suami.

2.2. BERSIFAT MATANG

Antara ciri-ciri matang ialah boleh berfikir dan


bertindak secara berpatutan, bertanggungjawab,
boleh dipercayai dan tidak bergantung kepada orang
lain.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran


menguruskan rumahtangga. Aspek yang perlu
diketahui ialah soal hukum-hakam dan ilmu-ilmu yang
berkait dengan perkahwinan, kemahiran,
berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang
dan tenaga) dan kemahiran menguruskan tekanan.

3. PERSEDIAAN FIZIKAL

71
Bakal pasangan suami isteri perlu bebas daripada penyakit
berjangkit dan merbahaya seperti siflis, aids dan sebagainya.
Penyakit ini boleh berjangkit kepada pasangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya :
“Jangan sekali-kali dicampurkan orang sakit dengan orang
yang sihat.”
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Bakal pasangan juga hendaklah sihat anggota tubuh badan.


Mereka yang mengidap penyakit tidak berjangkit seperti
kencing manis dan darah tinggi hendaklah memastikan
penyakit tersebut terkawal dan mendapat rawatan yang
sempurna.

Mempunyai kemampuan seksual untuk menjamin


kebahagiaan rumahtangga dan mendapatkan zuriat.

Bakal pasangan juga hendaklah memiliki ciri-ciri kematangan


fizikal. Antara ciri-ciri kematangan fizikal ialah bakal
pasangan suami isteri hendaklah sudah baligh.

Manakala umur wanita yang ideal untuk mengandung dan


menjadi ibu ialah antara 20 hingga 30 tahun.

Kematangan fizikal juga penting bagi membolehkan


pasangan memikul tanggungjawab seharian dengan lebih
baik dan sempurna.

72
4. PERSEDIAAN EKONOMI

Tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada


isteri mengikut kadar kemampuan dan keperluan.

Suami bertanggungjawab menyediakan makanan, pakaian


dan tempat tinggal. Lantaran itu bakal suami perlu bekerja
untuk mencari nafkah bagi keluarganya. Sekalipun bakal
isteri mempunyai harta ataupun mempunyai pekerjaan,
kewajipan suami ke atas isteri ini tetap kekal. Sebarang
sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan
rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

5. PERSEDIAAN SOSIAL

Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas


individu yang berkahwin. Seorang lelaki bujang bertukar
peranan menjadi seorang suami, sementara seorang gadis
bertukar peranan menjadi seorang isteri. Perubahan
peranan ini membawa kepada perubahan kehidupan sosial
kepada kedua-dua pihak. Contohnya, mereka yang
berumahtangga ini kini mempunyai jaringan hubungan sosial
dengan mertua dan saudara mara pasangan. Dengan itu,
mereka ingin berkahwin perlu bersedia menjalinkan
hubungan sosial dengan individu-individu di luar keluarga
asas. Isteri yang bekerja perlu membuat penyesesuaian
peranan sebagai isteri dan pekerja.

73
TAJUK : PRINSIP KEUTAMAAN MEMILIH CALON
ISTERI

1. MUQADDIMAH

1.1. Melakukan sesuatu kerana kecintaan kepada Allah


menjadikan suatu amal kebajikan.

1.2. Memilih calon isteri untuk mendapatkan isteri yang


solehah, ibu solehah dan bakal melahirkan zuriat kita
hingga ke akhir zaman adalah suatu kewajipan.

1.3. Calon isteri adalah rakan hidup kita selama-lamanya


semasa di dunia dan di akhirat bukan seperti calon
wakil rakyat dalam pilihanraya dan sebagainya. Kalau
tak suka kita boleh pilih wakil rakyat yang lain…isteri
bukan untuk sepenggal tapi untuk selama-lamanya.

1.4. Kesesuaian calon isteri akan membawa pasangan


hidup dengan tenang, tenteram dan bahagia dan
sanggup pula menghadapi hidup bila dilanda
kecemasan, kegelisahan, duka nestapa dan
sebagainya.

2. TIGA DI ANTARA PRINSIP MEMILIH CALON ISTERI


MENURUT PANDANGAN ISLAM

2.1. DASAR PERTAMA :-

74
BAIK PENGHAYATAN AGAMANYA –

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :-


“Kahwinlah dengan wanita yang baik penghayatan
agamanya, engkau akan memperolehi ketenteraman.”

Dasar yang terpenting dalam perkahwinan ialah


supaya umatnya mengutamakan calon isteri yang
berbudi luhur, indah perilakunya dan baik akhlaknya
atau pun dengan bahasa yang paling mudah difahami
iaitu baik penghayatan agamanya.

Wanita adalah manusia…dan terbaik pada manusia


ialah kemanusianya, perangainya yang baik dan sifat-
sifatnya yang menyenangkan...wanita yang bersifat
demikian bererti ia telah mempunyai keindahan sejati.

Lelaki yang hanya mengutamakan keindahan lahiriah


semata-mata bererti ia telah terjebak ke dalam
pandangan yang salah dalam menilai kenyataan
hidup.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan akibat orang yang


tersalah pilih tersebut (ringkaskan) :

Pilih si isteri :-

Kerana hartanya…cepat nak kaya…akibatnya diri jadi


papa…

Kerana kejelitaannya…dapat pujian dari


kecantikannya …akibatnya merosakkan diri mereka
sendiri.

75
Kerana keturunan…darjat dan pangkat…akibatnya
tidak menambah kemuliaannya kecuali kehinaan.

Bagaimana pemilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah


s.a.w. Sabda baginda :

Maksudnya :-
“Kahwinlah wanita itu kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan
dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang
beragama, engkau akan selamat.”

Yang dimaksudkan dengan wanita yang beragama


ialah wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya
serta berpegang teguh dengan perintahnya dan
melahirkan simpati terhadap ajaran agama.

2.2. DASAR KEDUA :-

76
LELAKI MUSLIM DIHARAMKAN BERKAHWIN
DENGAN WANITA KAFIR

Memang tidak sesuai jika dua hati yang berlainan


akidah dan tidak bersatu pendapat mengenai Allah
dihubungkan melalui ikatan perkahwinan. Tujuan
perkahwinan ialah mewujudkan kerjasama antara
suami-isteri dalam menghadapi semua sudut
kehidupan dalam mewujudkan persatuan dalam
segala hal.

Kesatuan, keyakinan dan kesamaan akidah


merupakan satu-satunya jaminan bagi terciptanya
kerukunan, keserasian, persatuan, ketenangan dan
ketenteraman dalam kehidupan suami-isteri.

2.3. DASAR KETIGA :-

PERKAHWINAN DENGAN WANITA BUKAN


KELUARGA

Perkahwinan begini digalakkan agar dapat melahirkan


keturunan yang kuat, sihat dan cerdas. Pengalaman
menunjukkan bahawa perkahwinan antara lelaki dan
perempuan yang berasal dari pertalian saudara yang
terdekat akan melahirkan keturunan yang lemah
jasmaninya dan lesu fikirannya.

Hikmahnya Islam mendorong lingkaran pertalian


kekeluargaan antara berbagai bangsa, kaum melalui
perkahwinan. Oleh itu Islam mengharamkan
perkahwinan di antara mahram dengan sebab

77
keturunan (nasab), kerana pertalian perkahwinan
(mushaarah) dan persusuan.

2.4. DASAR KEEMPAT :-

MENCARI CALON ISTERI YANG SUBUR –


TIDAK MANDUL

Maksudnya ialah wanita yang tidak berpenyakit


keturunan atau penyakit lainnya yang dapat
mencegah kehamilan dan kelahiran anak. Tegasnya
ialah wanita yang berbadan sihat dan tidak cacat,
sehingga ia memilih persiapan untuk menunaikan
tugas sebaik-baiknya sebagai ibu. Pada kebiasaannya
keadaan ibu – gadis menjadi ukuran.

2.5. DASAR KELIMA :-

LEBIH MENGUTAMAKAN GADIS

Islam menganjurkan supaya pemuda lebih


mengutamakan gadis daripada janda dalam usahanya
mencari jodoh. Tetapi jika ia belum pernah
berkahwin namun mempunyai ramai adik-adik
sebagai tanggungannya yang memerlukan seseorang
yang mengasuhnya, maka perkahwinan dengan
seorang janda adalah lebih tepat. Begitu juga halnya
bagi mereka yang berpoligami…

3. PENUTUP

78
Jangan terlalu memilih, setiap manusia ada kelebihan dan
kekurangannya. Jika boleh memilih, pilihlah dan
bertawakkallah kepada Allah.

Terlalu memilih hingga melewat-lewatkan perkahwinan


adalah suatu perkara yang tidak baik. Sebaik-baiknya
bersederhana dalam memilih.

Bila seseorang memilih calon isterinya yang beragama,


berharta, ada keturunan, kecantikan. Suatu perkara yang
mustahak juga ialah seorang bertaqwa, yang bertimbang
rasa dan yang mempunyai sikap yang terpuji.

Seseorang lelaki pernah datang menenui Hasan bin Ali bin


Abi Talib, saya mempunyai seorang anak perempuan,
bagaimana pendapatmu dengan siapa anak perempuan aku
itu patut dikahwinkan. Hasan menjawab :

Maksudnya :-
“Kahwinkanlah dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah,
kalau ia mencintainya ia akan menghormatinya dan kalau ia
tidak mencintainya, ia tidak akan menganiayainya.”

79
TAJUK : PEMINANGAN

1. MUQADDIMAH

Meminang adalah langkah pertama yang menentukan


sebelum terjadinya akad nikah. Sebelum lelaki meminang
wanita, hendaklah ia sudah yakin bahawa pilihannya itu
tepat, ditinjau dari berbagai segi, agar tidak terjadi sebarang
kemungkinan di mana ia akan menarik kembali pinangan
yang telah diajukan. Ini kerana tindakan seperti itu akan
menyakiti hati seorang wanita, melukai perasaannya dan
menjatuhkan kehormatannya. Tindakan itu tidak dibenarkan
oleh agama dan tidak sesuai dengan budi pekerti luhur.

Meminang ialah cara yang dilakukan oleh seorang lelaki


untuk menyampaikan tekad dan keinginannya hendak
memperisterikan seorang wanita, secara terbuka dan terus
terang, baik dilakukannya sendiri atau melalui perantaraan
keluarga atau sahabatnya yang dapat dipercayai.

2. MEMINANG WANITA YANG TELAH DIPINANG OLEH


LELAKI LAIN

Suatu hal penting harus diperhatikan dan diambil berat oleh


seorang lelaki yang hendak mengajukan pinangan ialah,

80
jangan sekali-kali ia meminang wanita yang telah dipinang
lelaki lain. Perbuatan seperti itu merupakan penganiayaan
terhadap hak orang lain yang dapat merosak persaudaraan,
menyakitkan hati, membangkitkan kebencian dan
permusuhan serta mengakibatkan perasaan marah dan
dendam.

Selain daripada mengakibatkan putusnya persaudaraan


dengan orang lain, tindakan seperti itu juga menunjukkan
keruntuhan akhlak, kerendahan akal budi dan kelemahan
cara berfikir. Orang yang berani memasuki medan
persaingan yang tercela dan rendah itu, ia tentu akan
memuji-muji dirinya.

Alangkah buruknya suatu perkahwinan yang dimulai dengan


putusnya hubungan persaudaraan dengan orang lain dengan
menganiayai orang lain dan membangkit rasa tidak senang
dalam hati orang lain dengan “menghalalkan makan daging
bangkai saudaranya” yang diharamkan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. melarang umatnya berbuat seperti itu.


Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh “Abdullah bin
Umar r.a. Rasulullah s.a.w. menegaskan :

“Janganlah seorang lelaki meminang wanita yang telah


dipinang oleh saudaranya (orang lain sesama muslim)
sebelum wanita itu ditinggalkan oleh tunangan sebelumnya,
atau jika tunangan sebelumnya itu mengizinkan” (Hadith
dikemukakan oleh Bukhari).”

Hadith tersebut melarang seorang lelaki muslim menyaingi


sudaranya (sesama muslim) yang meminang seorang wanita
lebih dulu, kecuali jika lelaki yang meminang lebih dulu itu
benar-benar tidak diragukan lagi telah meninggalkan wanita

81
itu atau membatalkan maksudnya. Apabila masih diragukan,
ia harus diminta persetujuan atau izinnya.

Jika wanita itu dipinang oleh lelaki dalam keadaan ia haram


dipinang kerana belum habis masa ‘iddahnya (bagi wanita
yang dicerai atau kematian suaminya), setelah habis masa
‘iddahnya lelaki lain tidak diharamkan meminangnya. Sebab
pinangan yang dilakukan oleh lelaki pertama dalam keadaan
wanita itu belum habis masa ‘iddahnya adalah tidak sah dan
diharamkan oleh syariat.

Ibnu-Qasim, sahabat Imam Malik r.a. berpendapat bahawa,


wanita yang sedang dipinang oleh lelaki fasik (berwatak
durhaka), boleh dipinang oleh lelaki lain. Ibnul-‘Arabi,
seorang ulama Fiqah Madzhab Maliki, sependapat dengan
Ibnul-Qasim mengenai hal itu.

Seorang wanita yang telah menyatakan kesediaan dan


kerelaannya dipinang oleh lelaki fasik, boleh dipinang oleh
lelaki lain yang soleh, kerana mencegah atau
menghindarkan wanita itu dari jatuh ke tangan orang fasik.

3. MELIHAT WANITA YANG DIPINANG

Adalah benar bahawa Islam menghendaki supaya lelaki


berkahwin dengan wanita yang patuh kepada agamanya dan
sentiasa menjaga kehormatannya. Akan tetapi, itu tidak
bererti Islam memaksa seorang lelaki berkahwin dengan
seorang wanita yang tidak disukainya. Yang diminta oleh
Islam ialah agar kaum lelaki, dalam perkahwinannya dengan
seseorang wanita, lebih mengutamakan dan lebih
mementingkan tujuan mulia yang hendak dicapai dalam
perkahwinan iaitu :-

82
Keturunan yang baik, isteri yang sentiasa menjaga kesucian
dirinya dan terjamin kebaikan dalam kehidupannya yang
lain, seperti :-

Peribadatannya, akhlaknya dan penghargaan masyarakat


terhadapnya.
“Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila di antara kamu
meminang wanita, jika ia dapat melihat apa yang menarik
sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu.”

Dalam riwayatkan yang lain Jabir menyatakan :

“Ketika aku hendak meminang seorang wanita, aku


bersembunyi dan mengintip hingga dapat melihat apa yang
menarik keinginanku hendak mengahwininya, kemudian aku
berkahwin dengannya.”

Dengan melihat wajah wanita, seseorang lelaki dapat


mengetahui apakah wanita itu cantik atau tidak, dan dengan
melihat tapak tangannya ia dapat mengetahui apakah
wanita itu berbadan segar atau tidak. Hendaklah pada
waktu ia melihat wanita yang dipinangnya itu harus di depan
salah seorang lelaki dari kalangan muhrimnya. Rasulullah
s.a.w. melarang lelaki berduaan dengan wanita tanpa
disertai muhrimnya.

3. BEBERAPA LANGKAH SETELAH PINANGAN DITERIMA

Penerimaan sesuatu pinangan tidak bererti tercapainya kata


sepakat atau persetujuan di antara kedua-dua belah pihak
untuk melangsungkan perkahwinan apabila telah mencukup
syarat-syaratnya.

83
Menurut syara’, kedua belah pihak terikat oleh kata sepakat
yang telah dipersetujui bersama dan persetujuan itu wajib
dipenuhi oleh kedua belah pihak. Bahkan bagi orang yang
bertaqwa kepada Allah, memenuhi suatu perjanjian yang
telah dipersetujui bersama merupakan suatu kewajipan
besar yang penting. Sekalipun persetujuan atau perjanjian
itu tidak berlandaskan hukum formal (peraturan-peraturan
rasmi atau perundangan), tetapi nilainya tidak boleh
dipandang remeh atau kecil. Hal itu dapat diketahui
contohnya dalam hal akad nikah yang bebas dari segala
bentuk adat kebiasaan (yang dimaksudkan ialah akad nikah
yang dilakukan atas dasar tradisi hukum syara’).

4. PERKAHWINAN HENDAKLAH DIUMUMKAN DAN


PINANGAN HENDAKLAH DIRAHSIAKAN

Untuk menghindarkan kemungkinan terjadinya hal-hal yang


tidak diingini, Islam menekankan supaya pinangan
dirahsiakan dan dibataskan pengetahuan di dalam
lingkungan keluarga. Tidak perlu menggantungkan
bendera-bendera atau memukul canang dan sebagainya
yang menandakan pengumuan. Mengenai hal itu Rasulullah
s.a.w. memerintahkan :

“Umumkanlah perkahwinan dan rahsiakanlah pinangan”.

Atas dasar itu maka disunatkan bagi orang lelaki sebelum


mengajukan pinangan supaya memohon pilihan kepada
Allah dengan jalan melakukan solat istikharah. Sebuah
hadith yang diriwayatkan berasal dari Rasulullah s.a.w.
sendiri menerangkan sebagai berikut :-

84
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Rahsiakankanlah niatmu
hendak meminang. Ambillah air wudhu dengan cara yang
sebaik-baiknya, kemudian solatlah sebagaimana yang telah
diajarkan Allah kepadamu. Pohonkanlah puji syukur
kepadaNya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkanlah : Ya
Allah, Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui.
Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau
memandang pada diri si fulanah (sebutkan nama
sebenarnya) – terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku,
bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah ia bagiku”. Al-Hakim
mengatakan, itu merupakan sunah yang mulia dan sudah
biasa dilakukan oleh penduduk Mesir. Hadith tersebut
diriwayatkan oleh perawi yang dapat dipercayai (tsiqat).”

BERDUA-DUAAN BERSAMA WANITA ATAU GADIS


YANG DIPINANG

Duduk berdua-duaan bersama wanita atau gadis yang sudah


dipinang adalah haram. Begitu juga jika berduaan bersama
ibunya, saudara-saudara perempuannya, atau berduaan
bersama para wanita dari kaum kerabatnya. Sepertimana
yang telah dibincangkan, lelaki diharamkan keluar atau pergi
berduaan dengan wanita atau gadis yang telah dipinang,
tanpa disertai oleh seorang lelaki muhrim dari wanita atau
gadis itu : sebelum akad nikah dilaksanakan sebagaimana
menurut syara’.

Pengharaman tersebut bermaksud mencegah kemungkinan


terjadinya perbuatan yang dimurkai Allah. Mengenai hal itu
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

85
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
janganlah berduaan bersama wanita tanpa disertai oleh
lelaki muhrimnya, kerana jika lelaki dan wanita duduk
berduaan maka pihak ketiganya adalah syaitan”.

Merahsiakan pinangan adalah suatu kebijaksanaan bagi


kebaikan wanita. Kebaikan tersebut bermaksud menjaga
pihak wanita agar jangan sampai kehormatan dan harga
dirinya dicemuh orang, agar nama baiknya tidak tercemar
dan sanubarinya tidak tersiksa bila terjadi sesuatu
pembatalan pinangan yang telah diumumkan. Walau
apapun sebab musababnya, jika pinangan dibatalkan setelah
diumumkan, kejadian itu pasti menyentuh perasaan wanita,
menyakiti hatinya dan mencemarkan nama baiknya.
Kejadian seperti itu dpat membuat lelaki lain ragu-ragu
meminangnya kerana bimbang akan terulang kembali
kejadian yang lalu, mungkin disebabkan oleh adanya
kekurangan pada diri wanita itu atau perbuatannya yang
salah.

Lain halnya kalau pinangan itu tidak diumumkan –


sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.
Kalau pinangan itu bertahan terus, pengumumannya dapat
dilakukan sekaligus apda waktu akad nikah. Sebaliknya, jika
kerana sesuatu sebab pinangan itu dibatalkan, pihak wanita
tidak akan merasa terjejas kehormatannya dan tidak akan
tercemar nama baiknya.

5. ISTIKHARAH (MEMOHON PILIHAN KEPADA ALLAH


S.W.T. SEBELUM MEMINANG)

Apabila gadis atau wanita yang hendak dipinang masih


diragukan keadaannya, lelaki yang hendak meminangnya

86
hendaklah sentiasa ingat bahawa semua urusan terletak di
tangan Allah s.w.t. dan Allah sajalah yang berkenan
melimpahkan taufikNya. Tidak ada yang dapat menghalangi
kurniaNya dan tidak ada yang mengurniakan sesuatu bila
Allah tidak memperkenankannya. Allah s.w.t. maha
mengetahui apa yang bermanfaat bagi lelaki tersebut itu dan
apa yang baik baginya. Allah telah berfirman :

“Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai justeru itulah yang
baik bagi kamu, dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai
justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui
sedangkan kamu tidak mengetahui”.
(S. Al-Baqarah : 216)

6. CINCIN PERTUNANGAN (TUKAR CINCIN)

Terdapat segolongan kaum lelaki yang memakai cincin emas


yang disebutkan “cincin pertunangan” padahal amalan
seperti itu bukan berasal dari tradisi kita sendiri, melainkan
tradisi orang-orang asing yang mempengaruhi kehidupan
kita. Tradisi seperti itu jelas menyalahi nas-nas hadith sahih
yang mengharamkan kaum lelaki memakai cincin emas.

Ibnu ‘abbas r.a. meriwayatkan : Pada suatu hari


Rasulullah s.a.w. melihat seseorang lelaki memakai cincin
emas. Beliau kemudiannya membuangnya diletakkan pada
sebuah tempat, lalu beliau bersabda :

“Ada seorang di antara kamu yang sengaja mengambilbara


api neraka lalu diletakkan pada tangannya.”

7. APABILA PERTUNANGAN PUTUS

87
Setelah pertunangan berlangsung mungkin terjadi hal-hal
yang mengakibatkan pertunangan itu putus. Dalam
keadaan seperti itu maka menurut hukum syara’ pihak
wanita wajib mengembalikan sepenuhnya mas kahwin atau
tanda ikatan lainnya yang sudah diterima kepada pihak lelaki
yang memberinya. Ketentuan itu tidak berlaku bagi hadiah
yang sudah dimakan (kalau hadiah itu berupa makanan)
atau yang sudah digunakan (seperti hadiah yang berupa
kain yang sudah dibuat baju dan dipakai hingga usang atau
koyak). Apabila barang-barang hadiah itu berupa jam
tangan, cincin emas, gelang emas atau lainnya yang hanya
dapat dipakai, barang-barang hadiah seperti itu mesti
dikembalikan kepada pihak lelaki yang memberinya jika
pertunangan itu diputuskan oleh pihak wanita. Jika
pertunangan itu diputuskan oleh pihak lelaki atau kerana
lelaki yang berkenaan meninggal dunia maka barang-barang
hadiah yang telah diterima oleh pihak wanita tidak
dikembalikan. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan di dalam
sebuah hadith sahih.

“Lelaki yang menarik kembali pemberiannya ibarat anjing


yang menjilati muntahnya.”

88
TAJUK : MAJLIS PERKAHWINAN

1. MUQADDIMAH

Pada hari ini kita akan memperkatakan mengenai Majlis


Perkahwinan atau disebut sebagai “Walimatul Urus” boleh
menjadi satu ibadah dan mendapat keberkatan daripada
Allah s.w.t.

Bagaimana pula majlis perkahwinan yang diadakan secara


bersusah-payah dan menghabiskan wang ringgit, tenaga
dan masa. Tidak diterima oleh Allah s.w.t. serta tiada
keberkatan.

Apakah pasangan perkahwinan masih merasai kesan


keberkatan majlis perkahwinan sehingga sekarang dan
membawa ingatan tersebut untuk memperteguhkan tali
perkahwinan.

Apakah pasangan perkahwinan ada merasakan bebanan


untuk mengadakan majlis perkahwinan atau meninggalkan
kesan kepada ibu bapa, penjaga seperti hutang yang
menjerut leher dan sebagainya?

89
Apakah wang mas kahwin digunakan juga untuk
menampung belanja kenduri kahwin?

2. WALIMATUL URUS TEMPAT PENGUMUMAN


PERKAHWINAN

Islam lebih menyukai apabila berlangsungnya perkahwinan


hendaklah diumumkan dan dimeriahkan dengan
mengundang kaum kerabat, tetangga dan sahabat handai,
agar mereka dapat menyaksikan majlis akad nikah, meraikan
pasangan pengantin dan turut bergembira dalam batas-
batas kesenangan yang dihalalkan Allah. Pengumuman
perkahwinan bermaksud agar perkahwinan antara dua orang
lelaki dan wanita yang berkenaan disaksikan oleh orang
ramai, sekaligus memberi dorongan kepada mereka yang
belum beristeri dan bersuami supaya meninggalkan cara
hidup membujang.

Majlis perkahwinan hendaklah diselenggarakan sesuai


dengan adat kebiasaan dengan syarat tidak terkeluar dari
batas-batas kebajikan atau menyimpang dari ajaran-ajaran
Islam, seperti menghidangkan minuman-minuman keras,
mengadakan acara-acara keramaian yang tidak patut seperti
tari menari dan sebagainya.

3. HUKUM MENGADAKAN WALIMATUL URUS

90
Para ulama fiqh berbeza pendapat mengenai hukum
mengadakan kenduri kahwin. Sebahagian berpendapat
bahawa hukumnya adalah wajib. Sedangkan sebahagian
lainnya berpendapat sunat atau harus.

Ketika Ali bin Abi Tholib r.a. meminang Fatimah Az-Zahra’


r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya :
“Perkahwinan itu perlu diadakan kenduri. (Hadith
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

4. PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN


DALAM HAL KENDURI

4.1. Menyembelih seekor kambing atau lebih, jika mampu.


Hal ini berdasarkan pada hadith yang telah
disebutkan.

4.2. Bagi orang yang tidak mampu, ia boleh mengadakan


kenduri dengan menghidangkan makanan apa saja
menurut kemampuannya.

4.3. Berdasarkan niat iaitu hendak mengikut sunnah


Rasulullah s.a.w. di samping menghiburkan teman-
teman dan sahabat-shabat handai dan sebagainya.
Elakkan dari budaya mengundang orang-orang yang
terpilih seperti orang-orang kaya sahaja tanpa
mengundang simiskin dan sidhaif dan sebagainya.

4.4. Penyelenggaran kenduri harus dihindarkan dari


berbagai macam maksiat dan kemungkaran seperti

91
meminum minuman keras dengan ucap selamat dan
pak andam lelaki menghiaskan pengantin perempuan
dan sebagainya.

5. KENDURI KAHWIN DAN MAJLIS AKAD NIKAH

Akad nikah dapat diselenggarakan di mana sahaja, tetapi


yang terbaik ialah di masjid, kerana di samping disaksikan
oleh jemaah, juga memperolehi keberkatan. Masjid adalah
tempat curahan rahmat dan benteng keimanan kerana jika
akad nikah dilangsungkan di dalamnya bererti
menghadapkan perkahwinan itu kepada kebajikan, dengan
harapan akan mendapat keredhaan Allah.
Dengan demikian maka masjid merupakan tempat terbaik
untuk mengumumkan perkahwinan.

Imam Ahmad bin Hambal dan Tirmuzi meriwayatkan sebuah


hadith berasal dari Ummul-Mu’minin ‘Aisyah r.a.,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

Maksudnya :
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid
dan dipukullah gendang dan rebana di hari perkahwinan
itu.”

Begitulah cara kaum mu’minin beriang-ria merayakan


perkahwinan, di dalamnya terkandung ciri-ciri khas kaum
yang bertaqwa dan kaum yang soleh. Sesuatu yang dimulai
dengan kebaikan akan membuahkan hasil yang baik pula,
penuh ketenteraman dan kasih-sayang.

92
6. MEMENUHI JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Sesiapa yang diundang menghadiri kenduri ia wajib


memenuhinya. Hal ini ditekankan oleh Rasulullah s.a.w.
sebagaimana tersebut di dalam hadith yang bermaksud :

“Apabila kamu diundang menghadiri walimah, maka


hendaklah kamu datang.”

Walimah itu boleh diadakan pada waktu akad nikah, ataupun


selepasnya, atau setelah kedua suami isteri itu bercampur.
Masalah ini terserahlah menurut adat setempat. Menurut
riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. mengundang sahabat-
sahabat untuk walimah pada waktu baginda kahwin dengan
Zainab setelah baginda mencampurinya.

Diantara syarat-syarat wajib menghadiri walimah ialah dalam


majlis itu tidak terdapat perkara-perkara yang haram dan
mungkar, seperti minuman-minuman yang haram, tidak
sakit, tidak hujan dan tidak didahului oleh undangan yang
lain. Bila ada undangan yang lain lebih dahulu, maka
undangan yang lebih dahulu itulah yang lebih berhak
dihadiri.

7. CARA-CARA MEMENUHI UNDANGAN WALIMAH

Terdapat di dalam cara-cara memenuhi jemputan kenduri


ialah menghadiri kenduri tidak bermaksud hendak
mengenyangkan perut, tetapi dengan niat mengikut perintah

93
Rasulullah s.a.w. dan menghormati dan mengembirakan
serta mengunjungi saudaranya…

Sewaktu menghadapi hidangan hendaklah mendoakan


kepada tuan rumah. “Abdullah bin Bisr mengatatakan
bahawa ayahnya pernah membuat makanan untuk
Rasulullah s.a.w. kemudian baginda diundang dan
memenuhi undangan iu. Ketika makan baginda berdoa :

Maksudnya :
“Ya Allah, limpahkanlah ampunan dan rahmatMu kepada
mereka (tuan rumah) dan berkatilah mereka atas rezeki
yang Engkau kurniakan kepada mereka.”
(Hadith diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmuzi).

Jika ada di dalam majils kenduri acara-acara lain yang


bersifat maksiat, orang yang diundang tidak boleh
memenuhi undangan yang diterimanya, kecuali jika
kehadirannya dengan maksud hendak memberhentikan
acara-acara tersebut.

8. PENYERTAAN KELUARGA DAN KERABAT DALAM


MENJAYAKAN MAJLIS KENDURI

Semasa membuat persiapan untuk mengadakan kenduri


disunatkan bagi sanak keluarga, kaum kerabat dan sahabat
handai turut serta membantu dan memberi sumbangan
mengikut kemampuannya masing-masing, baik berupa
wang, bahan makanan, tenaga dan sebagainya.

Anas r.a. setelah meriwayatkan kisah perkahwinan


Rasulullah s.a.w. dengan Shofiyyah binti Hayy ia
menceritakan seterusnya : Setelah baginda s.a.w.

94
berkahwin, dalam perjalanan pulang ke Madinah, Ummu
Sulaim mengadakan jamuan makan malam untuk
menghormati perkahwinan baginda, sehingga pada malam
itu beliau menjadi pengantin baru. Ketika itu baginda
berkata kepada para sahabatnya, “Siapa yang mempunyai
sesuatu (makanan) bawalah ke mari.”

Baginda s.a.w. kemudian membentangkan tikar, lalu para


sahabat datang berkumpul. Ada yang membawa keju, ada
yang membawa kurma dan ada yang membawa samin.
Bahan-bahan tersebut kemudian dimasak menjadi makanan.
Mereka makan bersama-sama dan minum air tawar yang
tersedia dekat mereka. Begitulah majlis kenduri
perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Shofiyyah.
(Diketengahkan oleh Muslim)

Di mana kita bersama kerabat, sahabat, jiran tetangga dan


masyarakat dikehendakki dalam bekerjasama menjayakan
sesuatu walimatul urus.

95
TAJUK : TAHAP KESABARAN DALAM KEHIDUPAN
RUMAHTANGGA

1. MUQADDIMAH

Sabar iaitu menahan diri daripada keluh-kesah pada suatu


yang tidak disukai. Iaitu tiga perkara :-

1.1. Menahan diri daripada keluh-kesah dan menahan diri


daripada mengadu-gadu kepada yang lain daripada
Allah Taala ketika mengenai sesuatu bala atau
bencana.

1.2. Menahan diri pada mengerjakan sekalian perintah


Allah.

1.3. Menahan diri pada meninggalkan sekalian tegahan


Allah.

2. HURAIAN :-

96
2.1. Sifat sabar itu dipuji pada syara’ kerana seseorang
yang bersifat dengan sabar menunjukkan ia beriman
dengan Allah dan menunjukkan ia taat dan
menjunjung sekalian perintah agama.

Orang yang beriman (yang percaya) dengan Allah,


tahu bahawa sekalian perkara yang berlaku ke atas
dirinya ialah dengan kehendak Tuhan yang tak dapat
dielakkan lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak
akan merasa susah mengerjakan sekalian perintah
agama dan meninggalkan larangan-larangannya.

3. SOALAN-SOALAN DAN JAWAPAN-JAWAPAN

3.1. Bagaimana sikap yang sebaik-baiknya yang harus


dilakukan oleh suami-isteri bila berlaku pergaduhan
dan pertelingkahan dalam rumahtangga?.

Sikap yang sebaik-baiknya yang harus dilakukan oleh


suami isteri di kala terjadi pergaduhan dan
pertelingakah dalam rumahtangga ialah dengan
membanyakkan sifat sabar, jangan lekas marah
melihat sesuatu keburukan yang dilakukan oleh salah
seorang dari suami-isteri tadi. Inilah jalan dan cara
yang sebaik-baiknya. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Suami yang sabar di atas keburukan perangai
(tabiat) isterinya, Allah akan beri pahala yang diberi
kepada Nabi Ayub di atas bala yang diterimanya. Dan
isteri yang sabar di atas keburukan tingkah laku
suaminya, Allah akan beri pahala kepada isteri itu
seperti pahala yang diberi kepada Asiah isteri Fir’un.”

97
3.2. BAGAIMANA CARA SEBAIK-BAIKNYA DALAM
PERGAULAN SUAMI ISTERI SUPAYA TIDAK
SELALU TERJADI PERGADUHAN DAN
PERTELINGKAHAN DALAM RUMAHTANGGA?

Cara yang sebaik-baiknya dalam pergaulan suami


isteri supaya tidak selalu terjadi pergaduhan dan
pertelingkahan dalam rumahtangga, suami hendaklah
bersikap baik dan bertimbangrasa, jangan bersikap
bengis terhadap isteri yang lemah, tetapi jangan pula
suami itu bersikap terlalu lemah dan selalu mengalah
mengikut telunjuk isteri sahaja. Oleh itu
persefahaman dan bertolak ansur di antara suami
isteri adalah merupakan pokok utama dalam
pergaulan hidup berumah tangga. Suami isteri itu
mestilah menerima kemaafan dari pihak yang
menyedari kesalahan.

Firman Allah Taala :

“Hendaklah engkau memaafkan dan menyuruh


mengerjakan kebaikan, dan tinggalkanlah (jangan
hiraukan) mereka yang tidak berpengetahuan.”

3.3. BAGAIMANA SIKAP YANG SEBAIK-BAIKNYA


YANG HARUS DILAKUKAN OLEH SUAMI-ISTERI
BILA BERLAKU PERGADUHAN DAN
PERTELINGKAHAN DALAM RUMAHTANGGA?

Sikap yang sebaik –baiknya yang harus dilakukan oleh


suami isteri di kala terjadi pergaduhan dan
pertelingkahan dalam rumahtangga ialah dengan
membanyakkan sifat sabar, jangan lekas marah

98
melihat sesuatu keburukan yang dilakukan oleh salah
seorang dari suami isteri tadi. Inilah jalan dan cara
yang sebaik-baiknya. Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya :
“Kamu terimalah amanah terhadap orang-orang
peremuan dengan cara yang baik, iaitu berlemah
lembut. Sesungguhnya orang-orang perempuan itu
berasal dari tulang rusuk. Bahawasanya sebengkok-
bengkok tulang rusuk ialah tulang rusuk yang sebelah
atas. Jika engkau hendak meluruskan tulang rusuk
yang telah bengkok itu,bererti engkau hendak
mematahkannya. Dan jika engkau biarkan begitu
saja, tentulah selama-lamanya tulang itu dalam
keadaan bengkok. Maka kamu terimalah amanah
terhadap orang-orang perempuan dengan cara yang
baik iaitu berlemah lembut.”

3.4. BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM, SIKAP


SEORANG SUAMI YANG SELALU HENDAK
MARAH SAJA KEPADA ISTERINYA DAN TIDAK
MEMPUNYAI KEPERIBADIAN YANG LUHUR
DAN PERGAULAN YANG BAIK TERHADAP
ISTERINYA?

Sikap seorang suami yang selalu hendak marah saja


kepada isterinya dan tidak mempunyai keperibadian
yang luhur dan pergaulan yang baik terhadap

99
isterinya adalah dianggap orang yang belum
sempurna imannya. Dalam Islam, orang yang
sempurna imannya ialah mereka yang baik budi
pekerti dan baik pergaulan dengan isterinya. Sabda
Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. :

Maksudnya :
“Orang-orang yang beriman yang sempurna imannya
ialah mereka yang baik budi pekerti dan baik
pergaulannya dengan isterinya.”

100
101
TAJUK : IBU

1. MUQADDIMAH

Islam telah memberikan penghormatan besar kepada ibu


sehinggakan di dalam Al-Quran didapati begitu banyak ayat-
ayat yang berkaitan dengan ibu.

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN


IBU

Pertama :

Di dalam Surah Luqman, Ayat 14, Allah s.w.t.


memerintahkan supaya :

1. Manusia berbuat baik kepada ibu bapa.


2. Manusia sedar bahawa ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya iaitu sehingga
tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun.
3. Sentiasa bersyukur kepada Allah dan kedua ibubapa.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada


kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).”

102
Kedua :

Di dalam Surah Luqman, Ayat 15 s.w.t. memerintahkan


supaya;

1. Jangan taat kepada mereka jika mereka mendesak


untuk mempersekutukan Allah s.w.t.
2. Bergaul dengan mereka dengan baik walaupun
mereka bukan Islam.
3. Ikutilah jalan orang yang beriman walaupun mereka
bukan ibubapa kita.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya


engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yang
engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui
sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada
mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia
dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-
orang yang ruju’ kembali kepadaKu (dengan Tauhid
dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah
tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah
kerjakan.”

Ketiga :

Di dalam Surah Al-Israa’, ayat 24, Allah memerintahkan


supaya :

1. Manusia merendahkan diri kepada keduanya kerana


belas kasihan dan kasih sayang.

103
2. Doakan kebaikan kepada mereka supaya Allah s.w.t.
sentiasa mencurahkan kasihNya kepada mereka.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya


kerana belas kasihan dan kasih syangmu, dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidikku semasa kecil.”

Keempat :

Di dalam Surah Al-Israa’, Ayat 23, Allah s.w.t.


memerintahkan manusia supaya :

1. Menyembah Allah semata-mata dan berbuat baik


kepada ibu bapa.
2. Bila mereka sudah tua, mereka wajib dijaga dan
dipelihara.
3. Jangan bercakap kasar kepada mereka apatah lagi
menyergah mereka.
4. Berkatalah kepada mereka dengan perkataan yang
mulia-mulia dan bersopan santun.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau


tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-
mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-
duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan

104
dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Firman Allah s.w.t. :

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu


dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan
Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu
bersyukur.”

Supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan


segala nikmat dikurniakanNya, sebagaimana yang
semestinya, iaitu dengan mengerjakan segala suruhan Allah
dan meninggalkan segala laranganNya.

Keenam :

Di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233, Allah s.w.t.


memerintahkan manusia supaya :

1. Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka


selama dua tahun genap, bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan.

2. Kewajipan bapa pula memberi makan dan pakaian


kepada ibu itu mengikut keperluan dan kemampuan.

105
3. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu derita kerana
anaknya.

4. Jangan pula menjadikan seseorang bapa itu


menderita kerana anaknya.

5. Waris juga bertanggungjawab jika si bapa tiada.

6. Jika suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu


dengan persetujuan bersama setelah berunding maka
mereka berdua tidaklah salah melakukannya.

7. Jika hendak beri anak menyusu kepada orang lain


maka hendaklah diberikan upah dengan cara yang
patut.

8. Dalam semua perkara hendaklah dilakukan dengan


penuh ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak


mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan
pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang
melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana
anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang
bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa
tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu
menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan

106
(yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding,
maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu
kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi
kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu
mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,
sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua
yang kamu lakukan.”

Ketujuh :

Di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 215, Allah s.w.t.


memerintahkan manusia supaya :

1. Apa jua harta benda yang halal yang dibelanjakan


maka hendaklah diberikan juga kepada ibubapa.

2. Apa saja yang dibelanjakan kepada ibubapa akan


dapat ganjaran baik daripada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):


apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada
siapakah)? Katakanlah : “Apa jua hartabenda (yang
halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada
: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang
terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua
yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan
akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

107
Kelapan :

Di dalam Surah Nuh, Ayat 28, Allah memerintahkan manusia


supaya :

1. Sentiasa mendoakan keampunan Allah kepada


mereka selepas sahaja mendoakan keampunan Allah
kepada diri sendiri.
2. Doa anak untuk ibubapa hendak sentiasa berterusan
semasa hayat dan ketiadaan mereka.

Firman Allah s.w.t. :

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi


kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke
rumahku dengan keadaan beriman; dan
(ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang
beriman, lelaki dan perempuan ( dalam segala
zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang
yang zalim melainkan kebinasaan!”

Kesembilan :

Di dalam Surah Maryam, Ayat 32, Allah memerintahkan


manusia supaya :

1. Supaya taat dan berbuat baik kepada ibu.

2. Jangan menjadi seorang yang sombong, takbur atau


derhaka kepada ibu.

108
Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya :

“Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada


ibuku, dan Ia tidak akan menjadikan daku seorang yang
sombong, takbur atau derhaka.”

Kesepuluh :

Di dalam Surah Al-Ahqaaf, Ayat 17, Allah s.w.t.


memerintahkan supaya :

1. Jangan sekali-kali bercakap kasar dengan ibubapa.


2. Mereka yang melakukan akan menyesal tanpa
kesudahan.
3. Mereka tidak akan mendapat keredhaan ibubapa.
4. Tanpa keredhaan ibubapa, Allah tidak akan sekali-kali
meredhai hidup dan mati mereka.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata


kepada kedua ibubapanya (ketika mereka mengajaknya
beriman) : “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua!
Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan
dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal berbagai umat
sebelumku telah berlalu (tidak balik-balik lagi)?” Sambil
mendengar kata-katanya itu – ibubapanya merayu
memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka)
serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu) :
“Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula
menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap

109
benar”. Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya):
“Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang
dahulu kala!”

110
TAJUK : HUKUM PERSUSUAN

1. MUQADDIMAH

5.1. Di dalam masyarakat, kita sering mendengar


perkataan ibu susu, anak susu, ayah susu, saudara
susu dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di dalam
masyarakat generasi sebelum kita, di mana di antara
mereka sering meninggalkan anak mereka kepada
orang lain dalam masa mereka bekerja di ladang atau
ke sawah ataupun ke bukit yang jauh untuk bercucuk
tanam yang menghalang mereka memberikan susu
kepada anak mereka. Di mana di waktu tersebut
susu tepung, selain dari susu ibu sukar didapati.
Dalam hal yang demikian si anak yang ditinggalkan
tadi menyusu kepada ibu tumpangnya yang dipanggil
ibu susu, suami ibu tadi dipanggil ayah susu, anak-
anak siibu tadi menjadi saudara perempuan atau
saudara lelaki sesusu.

5.2. Lebih-lebih lagi di dalam masyarakat kita hari ini di


mana didapati ibu-ibu sebahagiannya bekerja samada
di dalam sektor awam maupun di sektor swasta.
Malahan terdapat ibu-ibu yang pergi bekerja
berjauhan dari rumah, malahan di luar daerahnya.
Sedangkan mereka mempunyai anak kecil yang masih
menyusu lalu meninggalkan anak tersebut kepada
mana-mana ibu tumpang yang menyusukannya
dengan susunya sendiri.

5.3. Kemungkinan ketiga seseorang yang menyerahkan


anak kecilnya kepada orang lain untuk dijadikan anak

111
angkat dan ibu angkatnya menyusukannya. Maka ibu
tersebut menjadi ibu susu juga ibu angkatnya.

6. SOALAN DAN JAWAPAN

6.1. PADA HUKUM SYARA’ MEMPUNYAI BERAPA


SYARAT YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU
MENJADI IBU SUSU DAN ANAK SUSU?

- Soalan itu amat penting diambil perhatian dan


ingatan oleh kaum ibu terutamanya kerana dengan
penyempurnaan kedua-dua syarat tersebut anak yang
ditumpang susu tadi menjadi anak susu dan diikhtiraf
oleh Hukum Syara’. Dengan lain perkataan di antara
kedua-dua pihak telah berkait beberapa Hukum
Syara’ yang perlu dipatuhi.

Sebenarnya ada dua syarat yang menyebabkan


seseorang itu menjadi ibu susu dan anak susu.

Pertama : Anak yang menyusu itu belum sampai


umurnya dua tahun. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Tidak ada penyusuan kecuali kanak-kanak yang
umurnya dalam lingkungan dua tahun.”

112
Dan Sabda Rasulullah s.a.w. lagi :

Maksudnya :
“Tidak dianggap sebagai menyusu, kecuali yang
menguatkan tulang dan menambahkan daging.”

Kedua : Menyusu sebanyak lima kali yang bercerai


(berasingan).

Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud :

“Adalah yang dikehendaki dalam Al-Quran mengenai


susuan itu adalah sepuluh kali menyusu seperti yang
kita ketahui menyebabkan haramnya berkahwin,
kemudian dinasakhkan (ditukar) dengan lima kali
menyusu. Maka Rasulullah s.a.w. wafat, dan hukum
mengenai susuan itu tetap seperti yang ada dalam Al-
Quran.”

6.2. APABILA SEORANG ANAK BERHENTI MENYUSU


SEBELUM BERUMUR DUA TAHUN, KEMUDIAN
MENYUSU LAGI KEPADA PEREMPUAN LAIN,
BAGAIMANA HUKUMNYA?. ADAKAH HARAM
JUGA HUBUNGAN PERKAHWINAN?

- Ya…seseorang anak yang telah berhenti menyusu


sebelum berumur dua tahun, kemudian menyusu
kembali kepada perempuan lain, maka hubungan
perkahwinan dengannya tetap haram. Ini adalah
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :

113
Maksudnya :

“Bahawa sesungguhnya menyusu itu adalah kerana


lapar.”

6.3. BAGAIMANA KALAU SEORANG KANAK-KANAK


YANG TELAH BERUMUR LEBIH DUA TAHUN
MENYUSU KEPADA SEORANG PEREMPUAN,
ADAKAH HARAM JUGA MEREKA ITU
BERKAHWIN?

- Kanak-kanak tersebut tidak menyebabkan haram


mereka itu berkahwin ataupun dengan lain perkataan
mereka bukanlah mahram kerana susuan. Ini adalah
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Darul Qutni.

Maksudnya :
“Tidak dianggap susuan, kecuali kanak-kanak yang
berumur dalam lingkungan dua tahun.”

6.4. SEORANG PEREMPUAN YANG MENYUSUKAN


SEORANG ANAK, ADAKAH SUAMI PEREMPUAN
ITU MENJADI AYAH KEPADA ANAK TERSEBUT?

- Ya…apabila seorang perempuan menyusukan seorang


anak, maka suami perempuan itu telah menjadi ayah
susu bagi anak yang disusukannya tadi, dan saudara
suami perempuan itu pula menjadi bapa saudara dan
ibu saudara bagi anak tersebut. Hadis Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a.
bermaksud :

114
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :

“Izinkan kepada Aflah saudra Abil qu’ais. Dia adalah


bapa saudara mu dan adalah isterinya, menyusukan
Aisyah r.a.”

6.5. APAKAH HIKMAH DIHARAMKAN PERKAHWINAN


KERANA SUSUAN?

Hikmah diharamkan perkahwinan kerana susuan ialah


kerana sebenarnya tubuh anak-anak itu terbentuk
dari air susu ibu yang menyusukannya dan anak-anak
itu akan mewarisi watak dan perangai seperti anak
yang dilahirkan sendiri. Anak-anak itu juga seolah-
olah merupakan sebahagian dari tubuh ibu yang
menyusukannya. Ia juga akan menjadi keluarga dan
mahram ibu yang menyusukannya tadi. Ini hikmah
haramnya. Hikmah yang lain pula ialah untuk
meluaskan ruang dan lingkungan kaum kerabat
dengan memasukkan saudara sesusuan sebagai
saudara sendiri.

6.6. APAKAH MAHRAM DENGAN SEBAB RADHA’AH


INI TIDAK MEMBATALKAN WUDUK JIKA
BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN
PEREMPUAN?

- Ya…tidak membatalkan wuduk mereka seperti


hukumnya bersentuh kulit antara kakak dan adik
lelaki (dengan sebab nasab).

115
6.7. BOLEHKAH SAUDARA DENGAN SEBAB SUSUAN
MEWARISI HARTA?

- Tidak…mereka tidak boleh waris-mewarisi harta


antara satu dengan lain, hukumnya adalah berlainan
sama sekali.

6.8. SIAPAKAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG


HARAM DIKAHWINI KERANA RADHA’AH
(HUBUNGAN SUSUAN)?

- Perempuan-perempuan yang haram dikahwini kerana


hubungan susuan ialah :

1) Ibu susuan.
2) Saudara perempuan susuan.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :
“Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu
susukamu, dan saudara-saudara perempuan susuan
kamu.”

Perlu juga ditegaskan setiap perempuan yang haram


dikahwini dengan sebab nasab (keturunan), haram
juga dikahwini dengan sebab radha’ah (susuan).

116
Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Haram dengan sebab susuan barang yang haram
dengan sebab nasab.”

6.9. BOLEHKAH ANAK SUSUAN INI DINASABKAN


ATAU DIBINKAN KEPADA AYAH SUSUANNYA
SEPERTIMANA ANAK ZURIATNYA DARI
PERKAHWINAN YANG SAH?

- Walaupun anak susuan ini disusui melebihi lima kali


dan berumur kurang daripada dua tahun ia adalah
sebagai anak susuan sahaja tidak boleh dinasabkan
atau haram dibinkan kepada ayah susu mereka
sebaliknya mereka hendaklah dibinkan dengan bapa
mereka yang sebenar.

7. KESIMPULAN

Oleh sebab-sebab yang telah diperjelaskan tersebut maka


sesiapa yang telah terlibat di dalam urusan penyusuan
hendaklah mengambil ingatan terhadap anak susuan mereka
mengenai umur anak susuan tersebut dan telah beberapa
kali mereka menyusukannya. Setelah itu perkara ini
hendaklah diperjelaskan kepada anak-anaknya supaya tidak
timbul perkahwinan saudara susuan dan sebagainya. Nikah
yang demikian adalah nikah yang fasid dan terbatal.

Perkara yang demikian adalah amat penting, walaupun


sekali imbas nampaknyaringan tetapi ia menyentuh tentang
hukum sah atau tidaknya suatu pernikahan/perkahwinan

117
atau samada mereka sebagi mahram atau tidak dalam
hubungan ibadat.

118
TAJUK : GANJARAN KESABARAN MENDIDIK ANAK

1. MUQADDIMAH

Membesarkan dan mendidik anak-anak akan menghadapi


berbagai cabaran dan kerenah serta ujian dan Allah s.w.t.
menyediakan ganjaran yang setimpal terhadap mereka
dalam segala hal.

2. ANAK-ANAK PEREMPUAN :

2.1. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas


bin Malik r.a. :

Maksudnya :
“Siapa yang menanggung dua anak perempuan
hingga mereka baligh, nescaya dia akan datang di
hari Qiamat, aku dan dia macam ini – dikumpulkan
semua jari-jemarinya.”

2.2. Imam Ahmad telah meriwayatkan di dalam


muksudnya daripada ‘Uqbah bin Amir Al-Juhani,
katanya : Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w.
berkata :

Maksudnya :
“Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan,
lalu dia sabar terhadap mereka, serta diberinya
mereka makan minum dan pakaian dari hartanya,
nescaya mereka akan menjadi pelindungnya dari api
neraka.”

119
2.3. Al-Humaidi telah meriwayatkan dari Abu Said,
daripada Nabi s.a.w., bahawasanya baginda
bersabda :

Maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan, atau
tiga saudara perempuan, atau dua anak perempuan,
atau dua saudara perempuan, lalu dia menjaga
mereka dengan baik, sabar atas mereka, dan
bertaqwa kepada Allah dalam urusan mereka,
nescaya dia akan masuk syurga.”

Petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w. serata


pengajaran Islam dalam hal kewajiban mengambil
berat terhadap anak-anak perempuan, dan
perlaksanaan keadilan dalam persamaan antara
mereka dengan anak-anak lelaki, agar dapat
mencapai syurga yang luasnya seluas petala langit
dan bumi. Dan keredhaan Allah itulah yang tinggi
sekali….

3. ANAK-ANAK LELAKI

3.1. KEUTAMAAN ORANG YANG MENAHAN DIRI


KERANA KEMATIAN ANAK LELAKI

3.1.1. At-Termidzi dan Ibnu Hibban telah


meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. berkata :

120
Maksudnya :
“Apabila mati seorang hamba, berkata Allah
Azzawajalla kepada para MalaikatNya : Kamu
telah mengambil nyawa anak hambaKu.
Jawab para Malaikat : Benar! Berkata
Tuhan : Kamu mengambil buah hatinya.
Jawab para Malaikat : Benar! Berkata
Tuhan : Apa kata hambaKu? Jawab para
Malaikat : Dia telah memujiMu dan
mengucapkan : Innaa Lillahi wa innaa Ilaihi
Raji’uun. (Kita sekalian kepunyaan Allah, dan
kepadaNya kita sekalian akan kembali).
Berkata Tuhan : Dirikan bagi hambaku itu
sebuah rumah di syurga, dan namakan rumah
itu “Rumah Kepujian.”

3.1.2. Sabar dan menahan diri banyak faedahnya.


Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan
daripada Abu Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. berkata kepada sekumpulan kaum
wanita pada suatu masa :

Maksudnya :
“Siapa saja wanita di antara kamu yang mati
baginya tiga orang anak, melainkan mereka
akan menjadi benteng baginya dari api neraka.
Maka berkata seorang wanita dan dua orang
jugakah! Menjawab Rasulullah : Dan dua
orang juga”.

3.1.3. Anak yang mati kecil itu akan mensyafaatkan


kedua ibubapanya di hari Qiamat. Ath-Thabari
telah meriwayatkan dengan sanad yang baik
daripada Habibah, pernah suatu kali Habibah

121
ini berada di rumah Aisyah r.a., maka Nabi
s.a.w. telah datang dan masuk ke dalam
rumahnya seraya berkata :

Maksudnya :
“Tiada dua orang Muslim yang mati tiga orang
dari anak-anak mereka yang masih belum
baligh, melainkan akan dibawakan anak-anak
itu pada Hari Qiamat sehingga sampai ke pintu
syurga. Maka dikatakan kepada mereka :
Masuklah kamu sampai ke pintu syurga itu!
Lalu mereka berkata : Kami tunggu sampai
ibubapa kami masuk bersama. Maka dikatakan
kepada mereka : Masuklah ke dalam syurga
itu, kamu dan ibubapa kamu sekalian.”

3.1.4. Muslim pula meriwayatkan dalam sahihnya


daripada Abu Hassan, katanya: telah
meninggal dua orang dari anak-anakku, maka
aku berkata kepada Abu Hurairay r.a. :
Adakah apa-apa yang kau dengar dari
Rasulullah s.a.w. yang boleh kau sampaikan
kepadaku, agar hatiku menjadi lunak dari hal
anak-anakku yang telah mati? Jawab Abu
Hurairah r.a. : Boleh. Kata Baginda :

Maksudnya :
“Anak-anak kecil kamu adalah pengiring-
pengiring syurga, mereka akan sentiasa
mendampingi ayah-ayah mereka, ataupun
katanya, kedua-ibu bapa mereka, maka diapun
memegang hujung bajunya atau tangannya,
seperti si fulan ini memegang hujung baju
kamu, dia tiada akan berpisah daripadanya,

122
sehingga Allah memasukkannya bersama
mereka ke dalam syurga.”

3.1.5. KISAH TELADAN

Antara sikap keperwiraan yang penuh iman


kaum wanita para sahabat, yang menunjukkan
kesabaran, keredhaan dan keimanan mereka
atas kematian anak-anak kecil ialah pendirian
Ummi Sulaim r.a. yang sungguh mengharukan.
Berikutnya diperturunkan ceritanya,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-
Bukhari dan Muslim, daripada anas r.a.
katanya :

Abu Talhah r.a. ada seorang anak yang sedang


sakit. Apabila Abu Talhah berangkat keluar
kota, anak itu meninggal dunia. Apakala dia
kembali, dia bertanya isterinya : Bagaimana
anak kita? Jawab Ummi Sulaim, iaitu ibu anak
itu : Bertenanglah! Dia seperti biasa. Maka
Ummi Sulaim menyediakan makan malam, dan
Abu Talha pun makan. Kemudian Ummi
Sulaim menghiaskan dirinya seindah yang
dapat dilakukan untuk suaminya. Maka
suaminya Abu Talhah pun bersatu dengannya
pada malam itu. Apabila Ummi Sulaim melihat
suaminya kenyang dan puas, maka berkatalah
Ummi Sulaim kepadanya : Wahai Abu
Talhah : Apa kata anda, jika seorang telah
meminjamkan barang untuk suatu keluarga,
lalu dia meminta kembali barang pinjamannya,
adakah patut dia menahannya lagi? Jawab

123
Abu Talhah : Tidak patut! Maka berkata
Ummi Sulaim : Bersabarlah atas kepergian
anakmu, dan doakan dia mendapat balasan
yang baik dari Allah Ta’ala! Mendengar berita
itu, Abu Talhah marah, katanya : Kau biarkan
aku menjadi junub (kerana bersatu dengan
isterinya), kemudian baru kau katakan bahawa
anakku telah meninggal dunia!

Esok harinya Abu Talhah pun segera pergi


menemui Rasulullah s.a.w. seraya
menceritakannya tentang hal itu, maka
Rasulullah s.a.w. menyetujui apa yang telah
dilakukan oleh Ummi Sulaim itu, seraya
mendoakan bagi mereka keduanya, katanya :

“Moga-moga Allah memberkati malam kamu


berdua.”

Dalam riwayat yang lain : “Ya Allah,


berkatalah kedua mereka!” Mereka kemudian
memperolehi seorang anak lelaki, Nabi
namakannya Abdullah. Berkata seorang dari
kaum Anshar : Aku lihat Abdullah mendapat
sembilan anak lelaki, semua telah membaca Al-
Quran dengan baik. Yang demikian itu adalah
dari berkat doa Nabi s.a.w.”

124
TAJUK : TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI

1. MUQADDIMAH

1.1. Dalam institutsi perkahwinan, Allah telah


mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada
pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini
merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh
pasangan yang akan membawa kebahagiaan kepada
keluarga.

1.2. Oleh itu sebagai umatNya, pasangan suami isteri


perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam
menjalani amanah Allah. Mereka patut mencontohi
keluarga Rasulullah s.a.w. ke arah menjadikan
rumahtangga sebagai syurga di dunia. Perjalanan
hidup berumahtangga mestilah berpandukan ajaran
Islam dan dijadikan tempat untuk menghayati ajaran
tersebut secara menyeluruh.

1.3. Sebagaimana saya jelaskan di antara tanggungjawab


tersebut adalah tanggungjawab suami, isteri dan
tanggungjawab bersama. Pada kali ini saya akan
menjelaskan tanggungjawab yang dipikul bersama
oleh suami isteri.

2. ANTARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI

2.1. Sifat kasih sayang merupakan faktor utama dalam


mewujudkan persekitaran ceria dan bahagia di dalam
rumahtangga. Perasaan kasih sayang di antara suami

125
isteri akan menentukan rumahtangga itu berkekalan
dan mewujudkan kerjasama antara suami isteri.

Tanpa kasih sayang rumah tangga tidak akan kekal.

Kasih sayang merupakan pemangkin untuk


kebahagiaan rumahtangga.

Firman Allah dalam surah Al-Rum : 21 yang


bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan


kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia menciptakan
untuk kamu (Wahai Kaum Lelaki) isteri daripada jenis
kamu sendiri supaya kamu hidup bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan yang menimbulkan kuasa
bagi orang yang berfikir.”

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 187 yang


bermaksud :

“Dan bergaullah dengan isterimu dengan baik, jika


kamu membenci mereka kerana sesuatu sebab
bersabarlah kerana Allah menjadikannya kebaikan
yang banyak.”

126
2.2. AMANAH

Hubungan suami isteri perlu berasaskan kepercayaan


antara satu sama lain. Kepercayaan ini akan wujud
jika suami isteri mempunyai sifat amanah. Amanah
dalam erti kata senang untuk berbicara isi hati dan
kedua pihak dapat menerima satu sama lain dengan
redha dan ikhlas. Kepercayaan ini terbentuk melalui
saluran komunikasi yang terbuka.

2.3. WUJUDKAN PERGAULAN YANG BAIK

Pergaulan yang baik antara suami isteri menjadi asas


kepada pembentukan keluarga bahagia. Pergaulan
yang baik akan mewujudkan suasana harmoni dan
tenang dalam rumahtangga. Persekitaran ini dapat
menyuburkan hubungan antara suami isteri dan
seterusnya mewujudkan keadaan hormat
menghormati dan membentuk semangat kekitaan dan
paduan dalam keluarga.

Firman Allah dalam Surah Al-Imran : 134 yang


bermaksud :

“Dan orang-orang yang menahan marahnya dan


memaafkan kesalahan orang lain (suami isteri). Allah
menyukai orang yang berbuat kebaikan.”

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat : 12 yang


bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah


prasangka, dengan bersungguh-sungguh,

127
sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu
adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari
kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu
mengumpat antara satu dengan lain.”

2.4. HUBUNGAN KELAMIN

Hubungan ini merupakan satu hubungan yang intim


dan personal dan tidak boleh diceritakan kepada
orang ramai. Hubungan kelamin merupakan
sebahagian daripada ibadah kehidupan berkeluarga.
Ia perlu dilakukan dengan kerjasama dan bertolak
ansur.

2.5. MENGHORMATI PERSEMENDAAN

Pasangan suami isteri adalah individu dari keluarga


yang berlainan. Keluarga masing-masing telah
membesarkan insan dengan cara gaya yang
berlainan. Walaupun begitu sebagai pasangan kita
perlu memahami dan menghormati mereka. Dalam
masyarakat kita, perkahwinan bukan sahaja antara
dua jiwa tetapi antara dua keluarga.

2.6. SAMA-SAMA MEMAHAMI MASALAH PASANGAN

Pasangan suami isteri merupakan dua personaliti


yang berlainan. Sebagai manusia biasa pasangan
mungkin mempunyai masalah tersendiri. Oleh itu,
pasangan mestilah saling memahami kelemahan diri
dan bekerjasama untuk mengatasi masalah yang

128
dihadapi supaya hubungan yang baru terbentuk ini
dapat berkembang.

2.7. SUAMI ISTERI MEMPUNYAI SIFAT CEMBURU

Perasaan cemburu merupakan fitnah semulajadi


manusia. Perasaan cemburu itu timbul atas dasar
percintaan antara pasangan. Cemburu terbahagi
kepada dua, iaitu berasaskan keimanan dan cemburu
berasaskan nafsu. Cemburu berasaskan keimanan
akan cembawa keharmonian dan kebahagiaan
rumahtangga manakala cemburu atas dasar nafsu
akan merosakkan rumahtangga.

2.8. KETERAMPILAN YANG BAIK

Bagi mewujudkan kebahagiaan hubungan suami


isteri, pasangan perlu memiliki keterampilan diri yang
baik. Keterampilan diri mencerminkan keperibadian
seseorang juseru itu, setiap pasangan perlu berusaha
supaya memiliki sifat tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya :

“Sesungguhnya aku berhias utuk isteriku


sebagaimana ia sesungguhnya berhias untukku. Aku
tidak ingin hakku tidak dipenuhi oleh isteriku kerana
aku wajib memenuhi haknya yang ada pada ku,
kerana Allah telah berfirman, maksudnya : “Dan
mereka (para isteri) mempunyai hak yang seimbang
dengan kewajipan menurut cara yang baik”.
(Riwayat Ibn Abbas)

129
2.9. HARTA BERSAMA

Islam membenarkan individu dan keluarga memiliki


harta persendirian. Walaubagaimana pun cara
pengumpulan harta hendaklah dilakukan dengan cara
yang sah dan betul. Umat Islam dilarang mencari
harta hinggakan lupa mengerjakan ibadah yang lain.

2.10. KERJASAMA

Kerjasama antara suami isteri perlu dipupuk dari


masa ke semasa. Kerjasama tersebut akan
mengurangkan beban serta dapat mencapai
keharmonian rumahtangga. Sifat tolong menolong
menjadi intipati kehidupan berkeluarga dan akan
membentuk semangat kekitaan dalam keluarga.
Semangat kekitaan yang timbul daripada kerjasama
dengan sendirinya akan meningkat paduan keluarga

dan kemungkinan menghindarkan perpecahan


keluarga.

3. KESIMPULAN

Jika tanggungjawab bersama dapat ditunaikan atau sedikit


kekhilafan yang diikuti dengan kemaafan maka konsep
“RumahKu SyurgaKu” akan dapat dikecapi nikmatnya di
dunia dan di akhirat.

130
TAJUK : TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN KELUARGA

1. MUQADDIMAH

1.1. Di antara tanggungjawab yang amat berat ke atas


kedua ibu bapa ialah memberikan pendidikan kepada
anak-anak mereka. Umumnya tanggungjawab
tersebut adalah ke atas kedua ibu bapa.

1.2. Manakala sebagai suami selain daripada ia mencari


ilmu yang berterusan untuk membimbing keluarga
dengan sempurna. Secara khususnya ia
bertanggungjawab mendidik isterinya dengan
menggunakan strategi yang kreatif dan berlemah
lembut semasa mendidik isteri.

1.3. Oleh kerana keistimewaan kedudukan suami dalam


rumahtangga, para suami perlu bersedia menunaikan
tanggungjawabnya.

1.4. Tanggapan masyrakat bahawa pendidikan anak-anak


hanya diserahkan kepada guru-guru, pembantu
rumah, guru tuisyen, tv/radio, pendidikan, internet,
keadaan masa yang menyedarkan mereka dan
sebagainya adalah jauh menyimpan dari hakikat atau
kebenaran.

1.5. Ibu bapa adalah tunggak pendidikan, guru dan


sebagianya pembantu, pendorong sahaja. Oleh itu
sebarang kealpaan pendidikan anak-anak, ibu bapa
akan disoalkan sebelum anak-anak tersebut dihukum
oleh Allah s.w.t. di akhirat kerana sesuatu kesalahan,

131
ibu bapa akan ditanya apakah tanggungjawab
pendidikan yang telah diberikan kepada anak-anak
mereka telah ditunaikan. Mereka dipaksa menjawab
di hadapan Allah azzawajallah nanti.

2. NAS-NAS BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN


ANTARANYA :

2.1. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Anak yang baru lahir itu suci lagi bersih fitrahnya,
maka ibu dan bapanyalah yang menyebabkan
anaknya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.
Sebagaimana binatang ternakan adalah dilahirkan
dengan keadaan sempurna, tidak kamu dapati
kekurangan apa juga pun padanya.”

2.2. Para suami perlu bersedia mendidik isteri mereka


Firman Allah dalam surah An-Nisa’ 34.

Maksudnya :
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian yang
lain dan kerana mereka telah menafkahkan
sebahagian daripada harta mereka.”

132
2.3. Firman Allah di dalam surah Al-Anfal 28.

2.4. Tersilap didikan atau mengalpakannya mengakibatkan


mereka menjadi musuh kepada diri mereka sendiri.
Firman Allah di dalam surah At-Taghabun 14.

Maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di
antara para isteri dan anak-anak kamu ada yang
menjadi musuh kamu.”

3. ILMU PENGURUSAN KELUARGA

3.1. Pasangan suami isteri perlu mempunyai pengetahuan


dan kemahiran berhubung dengan pendidikan
keluarga bagi mencapai pembentukan keluarga
sejahtera.

3.2. Pengetahuan dan kemahiran ini tidak diperolehi


secara semulajadi. Ia perlu dipelajari samada melalui
peroses pembelajaran, pemerhatian, peniruan atau
cubajaya.

3.3. Kebanyakan keluarga pada masa ini berbentuk


keluarga asas. Dengan demikian beban dan
tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan
keibubapaan tertanggung sepenuhnya ke atas diri
pasangan.

3.4. Fenomena keluarga luas sepertimana yang biasa


terdapat di masa dahulu adalah berlainan sekali. Di
dalam sistem keluarga luas, tanggungjawab

133
pengurusan rumahtangga dan keibubapaan
ditanggung bersama oleh datuk, nenek dan saudara
mara. Pasangan suami isteri pada masa tersebut
boleh mengharapkan pertolongan daripada ahli-ahli
keluarga.

3.5. Keadaan amat berbeza pada masakini di mana segala


urusan rumahtangga dan pendidikan keluarga secara
umumnya dikendalikan oleh keluarga asas. Dengan
demikian, keperluan pasangan dan keluarga asas
untuk mengetahui aspek-aspek pengurusan keluarga
adalah lebih ketara berbanding dengan pasangan di
dalam struktur keluarga asas.

4. DIDIKAN DAN KASIH SAYANG

4.1. Menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan didikan


dan kasih sayang yang berpatutan.

4.2. Sebagai sifat semulajadi bahawa setiap anak


cenderung mengikuti arah ibubapanya. Oleh itu jika
mereka membiasakan mendidik anak dengan perkara-
perkara yang baik akan membahagiakan hidupnya di
dunia dan di akhirat nanti di mana ibu bapanya akan
turut merasakan pahalanya.

4.3. Jka dibiarkan tanpa didikan – kerosakan anak dan


dosanya turut terpikul oleh orang tuanya.

5. PENGISIAN PENDIDIKAN

134
5.1. Islam mewajibkan agar ummatnya memberikan
pendidikan terhadap anak-anak dan keluarganya
secara baik, terutamanya pendidikan agama.

5.2. Ibu bapa tidak boleh membiarkan sahaja anak-


anaknya hidup kosong tanpa sebarang ilmu. Allah
s.w.t. mengamanahkan supaya ibu bapa mendidik
anak dengan budi pekerti luhur, kuat iman, taat pada
agama dan memiliki sifat-sifat terpuji.

6. IBUBAPA TUNGGAK PENDIDIKAN

6.1. Tanggungjawab untuk mencorakkan mental anak-


anak terletak pada peranan ibu bapa. Khususnya
kaum ibu. Baik buruk budi pekerti anak itu
tergantung kepada ibu bapa, sebab mereka itulah
yang menentukan arah bahtera hidup anak dan
mencoraknya.

6.2. Cara pergaulan harian keluarga, tabiat hidup akan


memberi kesan yang kuat untuk menentukan subur
atau tidaknya arah pendidikan terhadap anak.

7. PEDOMAN DASAR PENDIDIKAN

7.1. Islam telah memberi isyarat yang jelas, bahawa


pedoman dasar pendidikan bagi menerapkan
pendidikan yang baik kepada anak-anak. Paling
utama mesti di tanam dalam sanubari anak yang
masih kecil mengenai perhubungan anak dengan
Tuhannya. Supaya ada “Tali Allah” atau “Tauhid”
tempat ia bergantung. Perhubungan dengan manusia

135
dan sesama makhluk dapat dilaksankaan bila-bila saja
waktunya akan tetapi perhubungan dengan tuhan
tidak boleh dinantikan setelah besar atau lanjut
usianya.

7.2. Setelah si anak disuburkan sanubarinya dengan benih


iman / tauhid maka didikan muamalah yang baik akan
segar, berkembang. Hasilnya sudah tentu menjadi
satu cara hidup serta memenuhi dua syarat untuk
mendapat keselamatan dan kesejahteraan zahir dan
batin. Iaitu :

- Hubungan erat dengan Allah.


- Pertalian erat dengan sesama makhluk,
khususnya sesama manusia.

7.3. Firman Allah di dalam surah Aali-Imran : 112 :

Maksudnya :
“Malapetaka dan kehinaanlah yang akan menimpa
manusia, di mana saja mereka berada, kecuali apabila
mereka mempunyai perhubungan Allah dan pertalian
dengan sesama manusia.”

8. PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB

8.1. Mengakibatkan kerugian diri, kemusnahan generasi


atau ummah di masa hadapan.

8.2. Lahirnya generasi yang dijangkiti penyakit disebabkan


kekosongan ilmu, rosak akhlaknya, tidak
mendatangkan faedah kepada ugama, masyarakat
dan negara.

136
9. KESIMPULAN

9.1. Didikan yang berteraskan tauhid akan melahirkan


generasi yang berani hidup di tengah-tengah dunia
yang penuh pergolakan dan berbagai cabaran bahkan
juga berani mati untuk memberikan bakti kepada
Allah – lantaran hidup dan matinya telah ditentukan
oleh Allah Rabbulalamin semata-mata.

9.2. Didikan inilah yang mesti dijadikan sasaran utama


sehingga tetap menjadi pegangan dasar bagi setiap
ibu bapa terutamanya kaum ibu yang memeliharanya
semenjak dalam rahim.

137
TAJUK : MENCEGAH ANAK REMAJA DARI GEJALA
MAKSIAT

1. MUQADDIMAH

Telah banyak kita memperkatakan tentang gejala maksiat


anak remaja kita serta kita telah memberi berbagai-bagai
istilah kepada mereka seperti bohsia, bohjan dan berbagai-
bagai “boh” lagi sedangkan mereka adalah anak-anak hasil
didik ibu bapa yang telah diwarnai oleh ibu bapa, penjaga,
masyarakat sekitar yang tanpa disedari dan dikehendaki
telah membentuk sikap mereka. Malah meletakkan
sebarang kesalahan, kesilapan terhadap anak remaja sahaja
tanpa menyedari tanggungjawab keluarga utama ibu bapa,
rasanya bukanlah boleh meredakan tanggungjawab keluarga
utama ibu bapa, rasanya bukanlah boleh meredakan
suasana malah lebih merupakan sikap hendak lari dari
tanggungjawab dan tidak amanah.

Di antara tanggungjawab yang besar yang diperintahkan


kepada ibubapa para pendidik, ialah mencegah si anak dari
gejala-gejala yang boleh menganggu dari segi seks, atau
merosakkannya dari segi akhlak. Terutama kepada anak-
anak yang baru sahaja mencapai usia “murahik” (usia
belasan tahun), iaitu usia antara sepuluh tahun hingga
sampai usia baligh. Para ulamak telah sepakat berpendapat
bahawa peringkat usia murahik itu adalah peringkat usia
yang paling merbahaya sekali dalam sejarah hidup manusia.
Kalau ibu bapa dan para pendidik tahu bagaimana hendak
mendidik anaknya, dan bagaimana dia sepatutnya
menjauhkan si anak itu dari bencana kerosakan akhlak dan
keruntuhan moral, dan bagaimana pula dia sepatutnya

138
membimbing si anak itu ke arah bimbingan akhlak yang
misali, maka pada kebiasannya si anak itu akan membesar
dengan kebiasaan akhlak yang mulia, adab terpuji serta
pendidikan Islam yang unggul.

2. SOALAN DAN JAWAPAN

BOLEHKAH JELASKAN APA-APA DALIL YANG


MEMERINTAHKAN IBU BAPA SUPAYA MENDIDIK
ANAK-ANAK MEREKA DALAM USIA YANG DIPANGGIL
“MURAHIK” ATAU BELASAN TAHUN TERSEBUT?

Saya bawakan sebuah hadis yang mashyur yang selalu kita


dengar. Al-Hakim dan Abu Daud telah meriwayatkan
daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda telah bersabda :

Maksudnya :
“Suruh anak-anak kamu bersembahyang, apabila mereka
berusia tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkan
sembahyang apabila mereka berusia sepuluh tahun dan
pisahkan antara mereka di tempat tidur.”

Diambil daripada nas ini, bahawa para ibu bapa


diperintahkan oleh agama supaya memisahkan antara anak-
anak mereka di tempat tidur, apabila mereka mencapai usia
sepuluh tahun, kerana dikhuatiri apabila mereka bercampur
di dalam suatu tempat tidur, padahal mereka telah mencapai
usia murahik atau dengannya mungkin mereka akan terlihat
aurat antara setengah mereka kepada yang setengah
samada ada waktu tidur ataupun di waktu sedar, lalu
mereka akan terharu dari segi seks atau berahinya ataupun
boleh merosakkan akhlaknya.

139
Ini adalah suatu dalil yang penting, bahawa Islam telah
menugaskan ibu bapa supaya mengambil tindakan-tindakan
yang perlu dan menjaga diri untuk menjauhkan anak-anak
dari tersungkur ke dalam nafsu berahi dan tuntutan seks
yang semula jadi, sehingga si anak itu akan besar terbiasa
dengan kebaikan dan terdidik dengan akhlak yang mulia lagi
terpuji.

DALAM HAL TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK-


ANAK SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARI PENGARUH
NAFSU APAKAH PEMERHATIAN YANG PERLU
DIBUAT, LEBIH-LEBIH LAGI DI ZAMAN YANG SERBA
CANGGIH INI?

Tanggungjawab pemerhatian tersebut boleh dibahagiakan


kepada dua segi :-

Pertama : Di dalam rumah.


Kedua : Di luar rumah.

TANGGUNGJAWAB PEMERHATIAN ANAK DI DALAM


RUMAH

Hendaklah setiap ibu bapa mengikut kaedah-kaedah Islam


untuk menahan segala naluri si anak itu dari hal yang
menimbulkan keinginan nafsu.

- Mengajar anaknya yang kecil adab meminta izin


masuk bilik pada waktu-waktu rehat dan tidur.
Adapun apabila si anak telah mencapai usia baligh
pula, maka wajiblah kepada ibu bapa mengajarnya
adab meminta izin masuk pada waktu-waktu tersebut
dan lain-lain waktu.

140
- Jangan membenarkan anak-anak bergaul bebas
dengan wanita-wanita asing yang masuk ke rumah
dalam keadaan pakaian yang ghairah, berperhiasan
dan bersolek.

- Merenungkan pandangan pada bahagian-bahagian


aurat yang terbuka dari wanita, padahal anak
tersebut telah mencapai usia tamyiz juga di antara
hal-hal yang menaikkan semangat nafsunya.

- Tidur si anak dengan adik beradiknya yang lelaki atau


perempuan setempat tidur, padahal dia telah
mencapai usia sepuluh tahun ke atas juga menjadikan
si anak itu naik semangat nafsunya, terutama sekali
apabila mereka sekalian disatukan di dalam satu
selimut.

- Membiarkan dia bebas melihat kaca televisyen di


dalam rumah tanpa kawalan, dan melihat adegan-
adegan seks dan lakunan-lakunan lucah serta dakyah-
dakyah, kata-kata yang tidak bermoral semuanya ini
akan menaikkan nafsu si anak.

- Mengawal si anak dalam penggunaan internet supaya


dia tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah budaya
kuning. Ibu bapa perlu tahu menggunakan internet
dan memeriksa semula ke manakah si anak
melayarkan internet pada jam-jam tertentu dan jika
ragu-ragu sila semak apa kandungan web-site
berkenaan.

- Jangan membiarkan generasi muda bebas memilih


apa saja yang digemarinya seperti majalah-majalah,
gambar-gambar lucah, kaset-kaset nyanyian yang

141
memberahikan tanpa ada soal penjagaan. Anak-anak
perlu dikontrol dan ditunjuk ajar buku yang macam
mana yang patut dibacanya dan mengajarnya supaya
dia menjauhkan pandangannya dari buku-buku yang
terlarang pada agama.

- Tidak memberi peluang kepada si anak berkawan-


kawan dengan mana-mana perempuan pada hal dia
telah mencapai umur murahik, samada dengan alasan
kononnya hendak belajar atau berkelah bersama-
sama rakan sebaya…. Hal-hal seperti ini boleh
merosakkan kelakuan si anak dan menyebabkan
tergelincir ke dalam jurang keruntuhan akhlak dan
boleh mempengaruhi mereka.

- Mengawal anak-anak memilih pakaian dengan tidak


terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang menyolok
mata dengan alasan fesyen termoden yang mengikut
trend masa kini.

- Dan sebagainya.

TANGGUNGJAWAB PEMERHATIAN ANAK-ANAK DI


LUAR RUMAH

Manakala tanggungjwab pemerhatiannya di luar rumah pula,


amat penting dan perlu tanggungjawab pemerhatiannya di
rumah. Sebab cara-cara yang boleh merosakkan anak dari
segi akhlaknya memang terlampau banyak, sehingga sukar
dikira. Antaranya :-

- Bencana pawagam dan tempat-tempat hiburan yang


berbagai-bagai. Memberi peluang mereka bergaul
bebas antara lelaki perempuan tanpa segan silu.

142
Filem-filem yang menonjolkan kelakuan tidak sopan,
bercumbuan dan berkelakuan murah. Pelbagai
permainan jenis game untuk remaja yang
mengasyikkan dan mengalakan percampuran di
dalam cahaya-cahaya samar dan sebagainya.

- BENCANA PAKAIAN WANITA YANG MENJOLOK


MATA

Semua ini akan menarik perhatian anak-anak muda


remaja belasan tahun dan orang-orang dewasa,
sehingga mereka tiada dapat menahan diri untuk
bertenang dihadapan segala fitnah yang mengancam
tersebut.

- BAHAYA SARANG MAKSIAT YANG RAHSIA DAN


TERANG-TERANG

Ia merupakan tempat kumpulan yang kotor


didalamnya membiak kuman-kuman kejahatan dan
dosa. Para remaja yang tiada iman akan mengambil
jalan mudah untuk mencari wang atau melanggan
dengan pengaruh kawan-kawan.

- PENGARUH ROKOK, MINUMAN KERAS DAN


DADAH

Dari sifat ingin mencuba rokok akan membawa


remaja terjebak dengan ibu segala maksiat seperti
minuman keras, dadah dan sebagainya.

- BENCANA GAMBAR-GAMBAR YANG SETENGAH


TERDEDAH DALAM MASYARAKAT

143
Si anak muda, ataupun yang baru mencapai usia
belasan tahun, apabila bersiar-siar di jalan-jalan raya,
di tempat-tempat umum, apakah yang akan
dilihatnya?

Ia akan melihat gambar-gambar yang tidak sopan


yang memenuhi papan-papan iklan pawagam, surat-
surat khabar, majalah-majalah dan sebagainya.

Tidak syak lagi, kalau beginilah cara hidup mereka,


nescaya mereka akan terpengaruh dengan semangat
yang jahat dan sesat.

- BENCANA PERSAHABATAN YANG JAHAT

Di antara gejala-gejala besar yang menarik kepada


penyelewengan anak, iaitu teman-teman yang jahat
dan bercampur gaul dengan anak-anak yang rosak
akhlaknya, terutama sekali jika si anak itu memang
kurang cerdik, lemah imannya, pincang akhlaknya.
Maka dia akan segera terpengaruh dengan kawan-
kawan yang jahat dan percampuran dengan orang-
orang jahat. Kemudian dia akan meniru seburuk-
buruk adat, dan sejahat-sejahat perilaku dari mereka.
Dan dia akan terus berjalan bersama-sama mereka
menuju jalan kejahatan dengan langkah yang cepat,
sehingga akhirnya penjenayahan itu menjadi salah
satu tabiatnya, dan penyelewengannya itu menjadi
salah satu adat yang ditiru dari adat-adat mereka.
Ketika itu akan menjadi sukarlah untuk
mengembalikannya ke landasan yang lurus lagi, dan
tidak mudah untuk menyelamatkannya daripada
cengkaman dan jurang kejahatan itu.

144
Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat,
nanti anda jadi sama seperti dia.”

145
TAJUK : HUBUNGAN DENGAN JIRAN

1. MUQADDIMAH

Di mana sahaja pasangan suami isteri tinggal, samada di


kota atau di desa, suasana berjiran tetap ditempuhi. Setiap
pasangan mempunyai jiran masing-masing tetapi malangnya
kadangkala kita tidak mengetahui siapa dan berapa ramai
jiran kita yang sebenarnya.

Jiran tetangga dalam keadaan-keadaan tertentu boleh


mempengaruhi kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Dalam Islam, jiran adalah terdiri daripada 40 buah rumah


yang mengelilingi sesebuah rumah daripada mana-mana
arah. Jiran tidak memilih agama atau bangsa.

2. NAS-NAS YANG BERKAITAN

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya :
“Diantara kebahagiaan seseorang Muslim ialah mempunyai
jiran yang baik, rumah yang luas dan kenderaan yang
selesa.”

Tuntutan agama terhadap jiran ada dinyatakan dalam Al-


Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah s.a.w. Firman Allah
s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’, ayat 36.

146
Maksudnya :
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukanNya dengan sesuatupun dan berbuat
baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang
miskin, tetangga yang dekat dan yang jauh, teman sejawat,
Ibnu Sabil dan hamba.”

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya :
“Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.”

Rasulullah s.a.w. ada memberi jawapan kepada soalan yang


dikemukakan oleh Saidatina Aishah :

Maksudnya :
“Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Daku mempunyai
dua tetangga. Seorang berhadapan dengan pintu dan yang
lain jauh pintu rumahku, umpama tidak cukup hadiah untuk
kedua-duanya, manakah yang lebih berhak?. Jawab
Baginda : Yang berhadapan pintu denganmu.”

3. KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK DENGAN JIRAN


TETANGGA

3.1. Suasana kejiranan tetap ditempuhi oleh pasangan


samada individu atau kumpulan.

147
3.2. Jiran tetangga dalam keadaan tertentu boleh
mempengaruhi kebahagiaan pasangan. Ini kerana
kehidupan sesebuah rumahtangga tidak sahaja
berkisar sekitar hubungan suami isteri dan ahli-ahli
keluarga sahaja tetapi juga meliputi hubungan
dengan anggota masyarakat di luar keluarga
termasuk jiran.

3.3. Kepentingan hubungan yang rapat dengan jiran amat


dirasai bagi pasangan yang tinggal di rantau orang
dan berjauhan daripada saudara mara. Jiran
tetangga sebagai pengganti ayah, ibu dan saudara
mara yang lain sebagai tempat mengadu hal atau
meminta bantuan. Pertolongan daripada jiran ini
merangkumi soal kewangan hinggalah kepada
masalah rumahtangga.

3.4. Sekiranya sesebuah keluarga itu berpergian


meninggalkan rumah, maka mereka boleh meminta
pertolongan jiran untuk menjaga atau memerhatikan
rumah mereka. Sekiranya keluarga ini tadi tidak
mempunyai pembantu rumah disebabkan pembantu
rumahnya berhenti kerja mengejut, maka jiran boleh
membantu mereka menjaga anak untuk sementara
waktu. Umumnya jiran yang telah kenal mesra
dengan sebuah keluarga itu akan memberikan
pertolongan tanpa diminta untuk menolong keluarga
berkenaan.

4. CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN


JIRAN

148
Berbagai langkah boleh dijalankan oleh pasangan untuk
mewujudkan hubungan baik dengan jiran. Antaranya :

4.1. Pasangan perlu saling menghormati dan bantu


membantu dengan jiran kerana jiran tetangga
merupakan individu yang paling hampir dengan
pasangan berkenaan. Kesannya jiran pula akan
menghormati mereka. Lahirnya perasaan selamat
dan selesa kerana pasangan tersebut telah disenangi
oleh jiran di sekelilingnya. Pasangan akan merasa
suasana ketenangan dan kebahagiaan.

4.2. Sifat tolong menolong dan menziarahi jiran terutama


semasa berada dalam kesulitan akan merapatkan
hubungan pasangan dengan jiran. Tanpa menunggu
jiran meminta pertolongan, pasangan boleh
menghulurkan apa-apa sahaja bantuan termampu
untuk meringankan beban jiran. Sekiranya tiada apa-
apa halangan, pasangan hendaklah memenuhi
jemputan jiran bagi majlis-majlis tertentu.

4.3. Berbaik-baik dengan jiran bukan sahaja merupakan


satu keperluan dalam kehidupan bermasyarakat
tetapi juga sebagai satu tuntutan agama.

5. KESIMPULAN

Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara yang


menyinggung perasaan dan keperibadian orang lain
khususnya jiran tetangga tanpa mengira agama dan bangsa.
Oleh itu demi perpaduan dan kedamaian hidup di dalam
masyarakat, maka pasangan berkenaan hendaklah menjauhi
sifat buruk sangka terhadap jiran.

149
Konsep kejiranan dalam Islam bukan sahaja meminta
umatnya menghormati dan memuliakan jiran tetapi juga
mengambil berat tentang jiran. Ini kerana menghormati dan
memuliakan jiran tidak bererti pasangan terlibat harus
berdiam diri atas segala kemungkaran (keburukan) yang
dilakukan oleh jiran dengan alasan untuk menjaga dan tidak
menyakiti hati jiran. Sekiranya pasangan tadi membiarkan
kemungkaran itu berlaku, maka nyatalah pasangan itu telah
merelakan jirannya terjerumus ke dalam jurang yang
bahaya.

150
151
TAJUK : BERJIMAT CERMAT PADA MAKANAN,
MINUMAN, PAKAIAN DAN KEHIDUPAN

1. MUQADDIMAH

Kehidupan yang mempunyai peraturan akan membawa


kesan kejayaan dalam kehidupan insan.

Sebaliknya kehidupan yang tak berperaturan akan


menyebabkan perkara yang buruk. Contohnya makan dan
minum jika tiada berperaturan atau had tertentu akan
menyebabkan tubuh badan berpenyakit malahan di zaman
ini kita telah didedahkan dengan berbagai-bagai nama
penyakit kesan daripada perkara tersebut.

Dalam hal makan minum ini Islam telah mengharuskan


beberapa peraturan tertentu iaitu :

Pertama :

Pastikan makanan atau minuman yang disuapkan ke mulut


sendiri, isteri dan tanggungan itu halal atau dari hasil
pendapatan yang halal kerana makanan atau minuman yang
haram atau makanan yang halal tetapi didapati dari punca
yang haram yang dimakan, minuman yang menjadi darah
daging tetapi ianya akan menjadi bahan bakaran api neraka.
Oleh itu ini menjadi tanggugnjawab bapa utamanya
memikirkan supaya perkara-perkara yang mungkar dan rugi
tidak terjadi.

152
Kedua :

Tidak berlebihan (boros) seperti Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya :
“Makan dan minumlah kamu semua tetapi janganlah
berlebihan (boros).”

Al-A’raaf : 31

Ketiga :

Hindarkan dari makanan dan minuman yang boleh


memudaratkan tubuh badan atau anggota lain, khasnya
yang diharamkan seperti babi, arak, makanan yang telah
tercemar atau yang makruh seperti menghisap rokok dan
sebagainya.

Keempat :

Lazimkan diri memakan dan meminum sesuatu mengikut


kadar yang sepatutnya (tidak berlebihan). Sabda Nabi
s.a.w. :

Maksudnya :
“Janganlah memenuhi (mengisi) seseorang anak Adam itu
perutnya dengan kekejian, hendaklah ia memakan makanan
mengikut kesesuaian tubuhnya yang biasa, sesungguhnya
pada diri seseorang itu satu pertiga untuk makan, satu
pertiga untuk minum dan satu pertiga untuk dirinya.”

153
Kelima :

Jauhilah dari kegemukan. Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan


satu bangsa yang telah memaparkan kemungkaran diri,
Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya :
“Menzahirkan mereka itu akan kegemukan.”

2. RUMUSAN SUB TAJUK

Muslim dipertanggungjawabkan samada pada dirinya juga


ahli rumahnya untuk sentiasa memelihara makanan dan
minuman agar menjuruskan ke arah syariat.

Ibu bapa patut mengaturkan atau programkan waktu makan


dan minum. Mengimbangkan makanan samada ianya
makanan berat atau ringan, berkimia atau tidak. Untuk
pembentukan jisim (fizikal), makan dan minumlah dari
pelbagai jenis makan yang mengandungi protein dan
vitamin. Pembentukan akal yang cerdas, jisim yang cergas
selari mengikut jenis, kualiti makanan yang diambil pada
kadar yang tertentu.

Didik anak ahli rumah agar tidak merokok, mengambil


makanan dan minuman yang diharamkan. Latihlah atau
biasakan setiap diri ahli rumah muslim supaya bersungguh
atau bermujahadah dengan tidak berlebihan atau membazir
atau boros pada makanan dan minuman.

154
3. PROGRAM RIADAH

Tidak ketinggalan juga, di samping kita sibuk mengatur


program makan dan minum sebagai muslim, program riadah
tidak boleh tidak, patut diaturkan atau diprogramkan
bersama. Program riadah ini adalah untuk
menyempurnakan program makan dan minum. Kerananya,
mungkin dapat mengelakkan kesan mudarat yang
disebabkan oleh berbagai bentuk makanan dan minuman.

Realiti kepentingan riadah sukar disangkal. Riadah


merupakan salah satu cara untuk memberikan daya
kekuatan lahiriah muslim. Islam amat menggalakkan umat
beriadah, sebagaimana saranan hadith soheh :

Maksudnya :
“Orang mukmin yang kuat, lebih baik dan lebih dikasihi di
sisi Allah daripada orang mukmin yang lemah.”

Disarankan agar riadah ini dijadikan program harian ahli


rumah muslim, pastikan ianya berjalan lancar setiap hari.
Riadah yang paling mudah dan tak perlu mengeluarkan
wang ialah riadah berjalan kaki. Seeloknya riadah dilakukan
sekeluarga yang boleh mengeratkan kekeluargaan.
Rasulullah pernah bersabda :

Maksudnya :
“Ajarilah anak-anak kamu itu berenang, memanah,
menunggang kuda dan suruhlah mereka itu melompat diatas
kuda dengan sebaik-baik lompat.”

Segala jenis riadah yang disebutkan tadi amatlah dituntut


dan wajib bagi seorang muslim itu mentarbiyah (mendidik)
ahli rumahnya dengan program riadah, sebagaimana muslim

155
mengambil berat pada program mengatur berzikir, berwirid,
tilawah Al-Quran, begitu jualah sepatutnya dengan program
riadah.

Mereka yang membiasakan diri, memulakan hari mereka


dengan bersembahyang, berwirid, membaca Al-Quran dan
berjalan kaki jarak jauh ataupun apa jua yang berbentuk
riadah. Sesungguhnya akan dapat manfaat yang banyak
hasil dari amalan riadah. Ia memberi kesan pada badan,
rohani, jasmani dan mental yang sihat. Jadikanlah riadah
sebagai santapan dan rutin hidup harian keluarga muslim.

4. PROGRAM BERBELANJA YANG DIPERLUKAN

Muslim diwajibkan memelihara makan dan minum begitu


juta muslim juga wajib berjimat cermat pada pakaian dan
penggunaan asas-asas kehidupan harian.

Perbuatan atau tabiat yang suka memperbanyakkan pakaian


dan segala keperluan yang tidak dihajatkan adalah
merupakan pembaziran harta, akibatnya merugikan diri
sendiri. Muslim sepatutnya bersederhana dalam
penggunaan pakaian dan pembelian perkakas rumahtangga.
Prinsip yang mesti kita ingat jika kita fikirkan sesuatu barang
itu hanya untuk keinginan bukan keperluan, lupakan saja
kerana berjimat cermat itu sebahagian daripada kehidupan.

Peliharalah barang atau perkakas rumah sebaik mungkin.


Pastikan ia terpelihara ketika menggunakannnya agar tidak
mudah rosak, pecah atau patah. Elakkan daripada berlaku
kecacatan pada barang-barang tersebut.

156
Perlu berjimat cermat pada penggunaan api, air, telefon.
Jangan membuang sisa makanan melainkan diberikan
kepada binatang seperti ayam, itik, kucing dan sebagainya.

Memberikan perhatian serius dalam hal penjagaan peralatan


agar tahan lama.

Sewajarnyalah kita sentiasa mengawasi anak-anak kecil


supaya tidak berjaya memecahkan atau merosakkan alat-
alat dalam rumah. Hendaklah kita bertegas dalam hal
demikian, supaya perbuatan dan akhlak tidak baik ini dapat
dijauhi oleh anak-anak kita, disamping dapat berjimat
cermat dan menghindarkan diri dari sifat pembaziran.

157
TAJUK : PERANCANGAN DAN PENGURUSAN MASA

1. MUQADDIMAH

Masa merupakan sumber harta yang sangat berharta, ia


juga harta milik manusia yang paling bernilai. Kehilangan
harta benda boleh dicari ganti, kehilangan masa tidak boleh
dicari ganti.

Masa adalah usia, mengabaikan masa bererti mensia-siakan


usia. Justeru itu kita hendaklah pandai merancang dan
menguruskan masa.

Manusia bertanggungjawab terhadap masa hayatnya di


dunia kerana ia suatu amanah Allah yang akan dipersoalkan
tentang pengurusan dan penggunaannya di hari Qiamat
kelak.

2. KONSEP MASA DALAM ISLAM

Manusia sentiasa dalam kerugian jika tidak menguruskan


masa dengan cekap dan sempurna. Lebih-lebih lagi jika leka
membuang masa dengan sia-sia. Hal ini ditegaskan oleh
Allah s.w.t. dalam firmanNya dalam Surah Al-Asr, ayat 1-3:

yang bermaksud :

“Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian


kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan saling
berwasiat dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan
kesabaran.”

158
Masa yang berlalu bermakna umur untuk hidup semakin
kurang. Rasulullah s.a.w. memberi peringatan dengan
bermaksud :

“Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa. Masa


muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya
sebelum papa, masa lapang sebelum sibuk, masa hidup
sebelum mati.”

Masa adalah pekara penting yang dirakamkan di dalam


kitab suci Al-Quranul Karim dalam banyak tempat. Allah
s.w.t. sendiri dalam beberapa surah, bersumpah dengan
menggunakan masa :

a) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Asr, ayat 1

Maksudnya :
“Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam
kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal
soleh dan saling berwasiat dengan kebenaran dan
saling berwasiat dengan kesabaran.”

b) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Lail, 1-2

Maksudnya :
“Demi malam apabila menutupi siang, dan demi siang
apabila terang benderang.”

c) Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Fajr, 1-3

Maksudnya :
“Demi fajar, dan demi malam yang sepuluh dan
genap dan yang ganjil, dan malam bila berlalu.”

159
3. KEISTIMEWAAN MASA

Umumnya semua ruang masa adalah sama tidak ada cacat


celanya, terpulanglah kepada manusia yang
menggunakannya kepada perkara berfaedah atau
sebaliknya.

Rasulullah s.a.w. adalah bersabda bahawa Allah s.w.t.


adalah memberikan keistimewaan kepada masa-masa
tertentu, hari tertentu dan bulan yang tertentu seperti :

Masa sahur di Bulan Ramadhan, satu pertiga lepas tengah


malam (lebih kurang jam 12 hingga 4 pagi). Hari Jumaat
adalah “Penghulu” segala hari dan dimustajabkan doa. Hari
Arafah dan satu hingga sepuluh Zulhijjah. bulan Ramadhan
paling istimewa kerana diturunkan Al-Quran.

Terpulang kepada manusia sama ada ingin atau tidak


merebutnya. Masa adalah seperti pedang, jika anda tidak
memotongnya, dia akan memotong anda.

Peribahasa Arab ada menyatakan :

Maksudnya :
“Masa diibaratkan seperti pedang yang terhunus, jika anda
tidak menggunakan maka ia akan mengerat anda.”

Sebahagian besar ibadat dikaitkan dengan masa.


Sembahyang (solah) fardhu atau sunat ditentukan waktu-
waktunya. Puasa (saum) ditetapkan dalam bulan Ramadhan
dan puasa waktu siang. Zakat selain cukup nisab perlu
masa setahun (haul). Haji ditetapkan dalam bulan-bulan
tertentu sahaja.

160
4. HARGA MASA

Sebenarnya masa lebih berharga daripada intan berlian dan


emas perak. Tetapi manusia lebih menjaga harta benda
daripada menjaga masa.

5. BAGAIMANA KITA MENGURUS MASA?

Bagaimana kita menguruskan masa dan menggunakannya?


Antaranya aktiviti harian yang utama dan lazim dilalui oleh
setiap individu yang perlu diuruskan adalah seperti berikut :

- Masa untuk aktiviti muamalat atau kerja-kerja yang


dikategorikan sebagai ibadat umum.

- Masa untuk aktiviti ukhrawi atau ibadah khusus.

- Masa untuk istirehat dan tidur.

- Masa untuk makan dan minum.

- Masa untuk riadah dan reaksi.

- Masa untuk membersih dan menghias diri.

6. KESIMPULAN

Setiap orang mendapat peruntukan masa 24 jam seorang


sehari semalam. Masa adalah suatu amanah Allah s.w.t.
yang penting kerana semua aktiviti dijalankan di dalamnya.

161
Maka ia perlu dirancang dan diuruskan dengan penuh
bijaksana.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Hasyr : 18.

Maksudnya :
“Wahainya orang-orang yang beriman, buatlah perhitunglah
untuk merentasi hari esok (akhirat). Dan bertaqwalah
kepada Allah, dan ingatlah sesungguhnya Allah akan
memperhitungkan segala yang kamu kerjakan.”

162
TAJUK : KEBAIKAN DAN BENCANA PERSAHABATAN

1. MUQADDIMAH

Di antara gejala-gejala besar yang membawa kepada


penyelewengan anak, suami isteri dan individu ialah teman-
teman yang jahat dan bercampur gaul dengan teman-teman
yang rosak akhlaknya, terutama sekali jika si anak atau
individu itu memang kurang cerdik, lemah imanya, pincang
akhlaknya. Mereka tidak dapat lagi membezakan mana
yang baik dan jahat.

Maka dia akan mudah dan segera terpengaruh dengan


kawan-kawan yang jahat dan percampuran dengan niat
jahat. Kemudian dia akan meniru seburuk-buruk adat, gaya
hidup dan sejahat-jahat perilaku mereka. Dan dia akan
terus menghayati bersama-sama mereka menuju jalan
kejahatan dengan langkah yang cepat sehingga akhirnya
penjenayah itu menjadi salah satu tabiatnya, dan
penyelewengan itu menjadi salah satu adat yang ditiru dari
adat-adat mereka.

Ketika itu akan menjadi sukarlah untuk mengembalikannya


ke jalan yang lurus lagi dan tidak mudah untuk
menyelamatkannya daripada cengkaman kesesatan dan
jurang kejahatan itu.

Kita sediri telah menyaksikan bagaimana persahabatan yang


jahat yang menarik remaja-remaja kita, suami-suami, isteri-
isteri ke jurang maksiat, perilaku-perilaku yang menarik
generasi ke arah kerosakan akhlak dan penyelewengan
matlamat kehidupan.

163
2. PETUNJUK MENCARI SAHABAT

Tepat sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.


yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban berbunyi :

Maksudnya :
“Manusia itu (diukur) atas kelakuan temannya sebab itu
hendaklah seseorang kamu meneliti siapa orangnya yang
diambil menjadi teman.”

Dan sabda baginda yang lain :

Maksudnya :
“Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda
jadi sama seperti dia.”

Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diriwayatkan


oleh Al-Bukhari dan Muslim berbunyi :

Maksudnya :
“Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat
ialah laksana pembawa wangi-wangian dan tukang besi.
Adapun pembawa wangi-wangian samada dia memberimu
sedikit, ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun
anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi.
Adapun tukang besi, samada dia membakar bajumu,
ataupun anda akan mencium daripadanya bau-bauan yang
busuk.”

164
Seorang penyair Arab ada mengatakan :

Maksudnya :
“Orang itu tak usah ditanya, tapi tanyalah teman yang ia
ikut, sebab setiap teman kepada temannya sentiasa
menurut.”

3. EMPAT MACAM PERSAHABATAN

Ibu bapa perlu memerhati empat macam persahabatan


anak-anak mereka :

1) Persahabatan di rumah.
2) Persahabtan di kampung atau di taman
perumahan.
3) Persahabatan di masjid.
4) Persahabatan disekolah atau di tempat kerja.

4. PERSAHABATAN DI RUMAH

Iaitu persahabatan dengan adik beradik, persahabatan


dengan kaum kerabat. Mereka inilah orang-orang pertama-
tama ditemui oleh si anak, bercampur gaul dengan mereka,
berkenal-kenalan. Mereka akan meniru, mencontohi
tabiatnya yang akan mengikat diri. Oleh itu, ibubapa mesti
menguatkan pengawasannya, sentiasa memerhatikan apa
yang didedahkan dari dekat dan jauh meskipun mereka itu
adik beradiknya atau saudara mara.

Sudah maklum, saudara yang tua itu menjadi teladan


kepada yang kecil, samada kebaikan atau kejahatan. Jika
ibubapa membiarkan si anak dengan sikapnya sendiri tanpa
dapat ditegur maka tidak syak anak yang rosak akhlak itu
akan mempengaruhi adik-beradiknya dalam keruntuhan

165
akhlak. Jika tidak dijaga dengan penuh perhatian, kelak
suatu masa akan menjadi sukar untuk memulihkan
penyelewengan mereka dan sukar mengembalikan mereka
ke jalan yang benar dan menjejaki jalan petunjuk yang
betul. Oleh itu galakkan mereka bersahabat atau berteman
dengan mereka yang baik dan elakkan atau menghalang
berteman dengan anak-anak yang tidak baik.

5. TEMAN SEKAMPUNG

Iaitu persahabatan si anak itu dengan rakan-rakan


sekampung atau setaman atau jiran tetangga yang mereka
tinggal bersama-sama membesar bersama. Tidak dapat
dielakkan dari rakan sekampung yang tidak mempunyai
pendidikan yang cukup dan tidak punya kelakuan yang
senonoh. Kata-kata buruk yang diucapkan, ungkapan-
ungkapan lucah dan kotor yang kerap dilafazkan, kelakuan
yang biadap yang sering mereka tunjukkan di hadapan
orang ramai yang lalu lintas.

Cara yang paling baik sekali ialah mencarikan si anak itu


dengan teman yang soleh dari anak tetangga agar si anak
itu dapat sentiasa bertemu di masjid, atau pada masa-masa
lapang mereka mengulangkaji pelajaran atau berolahraga
atau bersiar bersama-sama di tempat-tempat peranginan
yang bersih dari dosa dan maksiat.

6. TEMAN DI MASJID

Ialah persahabatan si anak dengan anak-anak lain yang


seumur dengannya, yang selalu pergi ke masjid untuk
bersembahyang jamaah dan lain-lain aktiviti agama.

166
Mereka akan mendapat peluang dibimbing dan diasak
dengan pengajaran-pengajaran atas asas-asas ilmu-ilmu
agama yang teguh serta dibimbing pula dengan prinsip-
prinsip moral dan penyedaran pemikiran.

7. TEMAN SEKOLAH DAN SEKERJA

Iaitu rakan sebaya di tempat belajar atau kerja. Di sekolah


pun kedapatan pelajar yang jahat, rosak akhlaknya begitu
juga di tempat kerja. Di samping itu terdapat ramai mereka
yang soleh.

Di sinilah letaknya maksud wasiat Ibnu Sina di dalam hal


pendidikan anak, ketika dia berkata :

“Agar sentiasa ada bersama-sama anak itu di tempat


pengajiannya teman-teman yang terpuji adabnya, diredhai
adat kebiasaannya sebab si anak itu dengan anak yang lain
menjadi cermin, yang satu meniru yang lain dan selalu
bermesra-mesra.”

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan, ayat


27-29 :

Maksudnya :
“Dan pada hari orang-orang yang bersalah itu menggigit
tangannya, katanya : Alangkah baiknya, kalau aku dahulu
memilih jalan (yang benar) bersama Rasulullah. Aduhai
malang! Alangkah baiknya jika aku tiada menjadikan si
fulan itu sebagai temanku. Sesungguhnya dia telah
menyesatkan aku daripada pengajaran Tuhan, setelah

167
pengajaran itu datang kepadaku, dan adalah syaitan itu
tiada dapat menolong manusia.”

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Qaf, ayat 27 :

Maksudnya :
“Berkata temannya : Wahai Tuhan kami! Aku tiada
membawanya kepada kejahatan akan tetapi dia sendiri yang
membawa dirinya ke dalam kesesatan yang jauh.”

Firman Allah lagi di dalam Surah Az-Zukhruf, ayat 67 :

Maksudnya :
“Para sahabat pada hari itu, satu dengan lain bermusuh-
musuhan melainkan orang-orang yang bertaqwa (yang
memelihara diri dari kejahatan).”

168
TAJUK : PENGURUSAN KONFLIK

1. MUQADDIMAH

Surah Arrum ayat yang ke-21 telah menceritakan tentang


alam perkahwinan, bahawa pasangan suami isteri hidup
dalam keadaan :

1.1.1. Kasih sayang.

1.1.2. Tenang/Harmoni.

1.1.3. Kasihan belas/timbangrasa.

1.2. Penerapannya melalui :

1.2.1. Hubungan/pergaulan baik.

1.2.2. Kepimpinan.

Firman Allah :

Maksudnya :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kami sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang

169
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
berfikir.”

(Surah Arrum : 21)

1.2.3. Dalam menjalani hidup suami isteri pasangan


perlu menyedari bahawa perkahwinan adalah
perkongsian hidup dua insan yang berlainan
jantina dan latarbelakang keluarga. Kelainan
tersebut adalah mempengaruhi cara befikir,
sikap, nilai dan cita rasa. Disebabkan kelainan
ini boleh timbul isu-isu yang menimbulkan
salah faham dan boleh membawa ketegangan
atau konflik. Pasangan perlu mempunyai
kemahiran mengurusan konflik dengan cara
mengenalpasti keadaan atau punca berlaku
konflik, mengelak situasi yang boleh
menimbulkan konflik.

2. APAKAH DEFINASI KONFLIK?

2.1. Konflik rumahtangga ialah situasi apabila hubungan,


peranan, komunikasi sikap, nilai dan reaksi pasangan
suami isteri tidak sejajar dengan gambaran alam
perkahwinan yang disebutkan tadi.

Konflik rumahtangga antaranya :

- Tidak ada kasih mesra.


- Tidak ada ketenangan.
- Tidak menunaikan hak dan tanggungjawab.
- Tidak bergaul dengan baik.

170
- Masalah tidak dinyatakan.
- Tiada tindakan positif.

3. BAGAIMANA MENGURUSKAN KONFLIK?

Mengelak dan mencegah keadaan yang boleh menimbulkan


konflik.

Menangani konflik mengikut punca menyelesaikannya.

4. APAKAH BENTUK-BENTUK KONFLIK?

4.1. Dalam perbincangan munakahat, terdapat 3 bentuk


konflik yang dihadapi oleh suami isteri. Dalam
pergaulan mereka terdapat ciri-ciri :

4.1.1. NUSYUZ -

- Dilakukan oleh salah seorang daripada


pasangan.
- Kelihatan muka masam.
- Wajah selamba atau tidak mahu
bertentang mata.
- Bercakap kasar / tidak bertegur sapa.
- Pura-pura tidak mendengar atau
berkomunikasi melalui perantaraan.
- Tidak menghiraukan pasangan.
- Mengelak istimta’ dan bersetubuh.

171
4.1.2. SYIQAQ –

- Perselisihan faham suami isteri yang


sudah sampai ke tahap saling
mencerca, pukul memukul.

4.1.3. DHARAR –

- Penganiayaan suami kepada isteri


sedangkan isteri adalah wanita yang
baik akhlak dan taat kepada suami.
Suami pukul, mendera dengan tidak
memberi perhatian atau kasih sayang.

5. APAKAH PUNCA-PUNCA PERSELISIHAN FAHAM?

5.1. Meneruskan tingkah laku dan sikap yang tidak selari


dengan konsep perkahwinan.

5.2. Pengetahuan dan kefahaman agama tidak dihayati


bagi mengurus rumahtangga.

5.3. Gagal urus sumber keluarga.

5.4. Gagal kawal diri.

5.5. Gagal menghargai kebaikan pasangan atau


mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan.

5.6. Hadapi masalah kesihatan.

5.7. Gagal imbang kerjaya dan rumahtangga.

172
5.8. Gagal memahami budaya kerja pasangan.

5.9. Gagal mengawal pengaruh luaran yang negatif.

6. BAGAIMANA MENANGANI KONFLIK YANG TELAH


BERLAKU?

6.1. Dalam ayat 2 Surah Al-Mulk, Allah menyatakan


bahawa kehidupan adalah ujian untuk melihat
siapakah di kalangan manusia yang lebih baik amalan
(cara menguruskan hidupnya). Suami isteri tidak
dapat lari daripada kemungkinan menghadapi ujian
rumahtangga dalam bentuk konflik seperti nusyuz,
siqaq dan dharar).

6.2. Apabila berlaku konflik disebabkan isteri nusyuz,


terhadap 3 peringkat penyelesaian yang telah
disarankan oleh Al-Quran.

- Jika dibimbangi melakukan perbuatan derhaka


(nusyuz) hendaklah dinasihati mereka.

- Jika berdegil pulaukanlah mereka di tempat


tidur.

- Kalau juga mereka masih berdegil pukullah


mereka (dengan pukulan ringan yang
bertujuan mengajarnya).

7. HURAIAN CARA PENYELESAIAN

7.1. MENANGANI NUSYUZ

173
7.1.1. Nasihat

- Dengan penuh kasih sayang, menyedarkan


isteri dirinya adalah hamba Allah, kerana
keredhaan Allah Taala kepada isteri adalah
bergantung dengan keredhaan suami.

7.1.2. Ta’dib atau memberi pengajaran

- Pisahkan tempat tidur sehingga isteri


meninggalkan nusyuznya.

- Tidak bertegur sapa tidak lebih daripada 3 hari.

- Pukul dengan alat yang tidak memudaratkan


anggota badan dan tidak pada muka.

7.1.3. Mengadakan majlis hakam yang dikendalikan


oleh keluarga atau wakil yang dilantik oleh
suami isteri untuk membantu menyelesaikan
konflik tersebut.

7.1.4. Membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah


untuk dibicarakan bagi mensabitkan nusyuz
isteri. Apabila sabit nusyuz isteri, isteri
dimaklumkan bahawa ia akan hilang semua
haknya sebagai isteri kecuali ia mengubah
tingkah lakunya. Sekiranya isteri masih
enggan, suami boleh menjatuhkan talaq. Isteri
dimaklumkan bahawa haknya mendapatkan
mut’ah dan dan nafkah iddah akan gugur
disebabkan nusyuz.

174
7.2. MENANGANI SYIQAQ

7.2.1. Mengadakan sulh (perbincangan) yang dihadiri


oleh keluarga atau penasihat kaunselor.

7.2.2. Bawa perkara ke Mahkamah Syariah.

7.3. MENANGANI DARAR (PENDERAAN DAN


PENGANIAYAAN)

Jika dipukul, dikurung atau diabaikan nafkah zahir


dan bathin berlarutan dan had nusyuz isteri perlu
mendapatkan saksi tentang perbuatan tersebut,
kemudian keluar dariapda tempat dianiaya kepada
tempat selamat. Dalam masa yang sama perlu buat
laporan kepada Kadi, Pegawai Perubatan, Polis dan
sekiranya perlu isteri boleh membuat aduan kepada
penguatkuasa supaya suaminya diambil tindakan.

8. APAKAH KESAN KONFLIK DALAM RUMAHTANGGA?

8.1. Perasaan tertekan – tidak ceria / tidak mesra.


8.2. Peranan/tanggungjawab – tidak beri perhatian.
8.3. Sering bertengkar – krisis hubungan.

9. BAGAIMANA MENGELAKAN KONFLIK DENGAN


BANTUAN ALLAH?

9.1.1. Membaca semasa pertama kali berjumpa suami isteri.


Suami dikehendaki meletakkan tangan kanannya ke
atas ubun-ubun isterinya sambil berdoa.

175
9.1.2. Semasa pertemuan malam pertama suami isteri
disarankan mengerjakan sembahyang 2 rakaat secara
berjemaah. Selepas sembahyang tersebut baca doa
seperti di atas.

9.1.3. Biasakan berdoa selepas sembahyang fardhu.

Maksudnya :
“Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteri-
isteri kamu dan zuriat keturunan kami perkara yang
menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam
ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.”

9.1.4. Biasakan setiap masa berzikir.

9.1.5. Semasa terasa perasaan tertekan disebabkan krisis


hubungan dengan pasangan bacalah :

Maksudnya :
“Tidak Ada Tuhan Melainkan Engkau (Allah) Maha
Suci Engkau Sesungguhnya Aku Adalah Dari Kalangan
Orang Yang Zalim.”

10. PERSEDIAAN DIRI UNTUK MENGELAK KONFLIK

10.1. Mengesan perubahan air muka, gerak geri dan


percakapan.

10.2. Elakkan dari prasangka buruk.

176
10.3. Jangan kumpulkan marah yang boleh mengeruhkan
rumahtangga sehingga bertambah parah.

10.4. Menyedari kelemahan / kesilapan pasangan bantu


pasangan buat perubahan atau baiki kesilapan. Beri
motivasi.

10.5. Berhadapan dengan sesuatu isu, pasangan perlu


nyatakan pendapat secara terbuka. Tidak mengkritik
atau menyerang pasangan – bertolak ansur.

10.6. Bersikap terbuka, sedia menerima pandangan


pasangan. Tidak cepat melenting. Biasakan minta
maaf bila menyedari kesilapan. Tunjukkan kasih
mesra yang ikhlas.

10.7. Jangan dapatkan nasihat dari sebarang orang yang


tidak punyai kepakaran dan memusuhi suami atau
isteri.

11. KESIMPULAN

Konflik rumahtangga adalah suatu yang lumrah. Hidup


dalam alam perkahwinan adalah seperti kapal di dalam
lautan. Kadang-kadang mereka dipukul ribut taufan dalam
pelayaran dan sebaliknya kadangkala belayar dalam
ketenangan lautan yang berudara nyaman. Oleh itu mereka
perlu memiliki kemahiran mengurus konflik sebagaimana
yang telah dijelaskan.

177
TAJUK : PENTADBIRAN RUMAHTANGGA

1. MUQADDIMAH

Rumah adalah pusat kegiatan para wanita, rumah adalah


syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita
menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan
tanggungjwab mereka. Wanita juga dikenali sebagai
surirumah.

Agama Islam memandang tinggi kedudukan kaum wanita,


mereka yang dalam kedudukan ini wajar sekali untuk
dihormati dan diberi kuasa yang sesuai untuk melaksanakan
arahannya sehingga ia dapat menunaikan
tanggungjawabnya dengan sempurna. Di samping itu ia
sendiri juga harus sedar betapa berat peranan dan
komitmennya selaras dengan sifat keibuan yang baik.

Sebenarnya sifat keibuan merupakan satu seni kemahiran


yang tidak dapat ditandingi oleh kemahiran yang lain. Ibu
yang baik ialah yang mampu berfikir, menjaga, mentadbir
serta yang mengerti tanggungjawab serta yang menyedari
kedudukannya.

Justeru itu, sewajarlah seorang ibu ataupun bakal ibu


mempunyai pengetahuan yang luas dan mencukupi dalam
pentadbiran rumahtangga selain dariapda pengetahuan
agamanya. Selain itu seorang ibu juga seharusnya mahir
sedikit sebanyak tentang ilmu jiwa dalam menghadapi
kerenah anak-anak.

Oleh itu marilah kita melihat apakah peranan kita serta


bentuk-bentuk pengisian-pengisian yang harus kita lakukan
terhadap anak-anak kita. Ramai ibu bapa yang menyangka

178
bahawa peranan mereka terhadap anak-anak terbatas
sekadar melahirkannya ke alam ini. Kemudian menghantar
mereka ke sekolah yang bertanggungjawab mendidik serta
memberi pelajaran kepada mereka. Mereka seolah-olah
lepas tangan dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk
mendidik, mengasuh dan membentuk watak dan peribadi
anak-anak mereka. Senario serta perlakuan seperti ini
adalah benar.

Pendidikan adalah tugas penting bagi ibu bapa. Ia


merupakan kekuatan yang menjamin kebahagiaan mereka
dan anak-anak mereka. Kaum ibu adalah pendidik atau
guru yang pertama bagi anak-anak. Ibu bapa mempunyai
lebih banyak masa bersama anak-anak berbanding dengan
didikan di peringkat sekolah.

Pengantungan ibu bapa hanya terhadap sekolah semata-


mata dalam mendidik anak-anak adalah tidak kena pada
tempatnya. Mengabaikan didikan tersebut menjadikan
anak-anak mereka umpama senjata yang boleh
menghancurkan rumahtangga dan anak-anak.
Menghiburkan hati kanak-kanak dan menjadikan mereka
gembira merupakan tanggungjawab penting setiap ibu bapa
di samping mendidik dan memberi pelajaran kepada
mereka. Ini ialah kerana kanak-kanak harus membesar
dalam pangkuan kegembiraan sepertimana ia membesar
dengan makanan.

Agama Islam menggesa supaya ditunaikan ibadah


sembahyang dan menyarankan supaya melatih anak-anak
bersembahyang sejak kecil dan tidak sambil lewa terhadap
mereka di dalam hal ini.

179
Di samping itu, tanamkanlah dalam diri mereka akhlak yang
mulia kerana iman tidak ada nilainya jika tidak disertakan
dengan akhlak yang terpuji. Tanpa akhlak mulia, ibadah-
ibadah hanya merupakan gerakan-gerakan yang tiada
nilainya.

Ini selaras dengan pesanan Rasulullah s.a.w. yang


bermaksud :

“Akhlak yang mulia itu mencairkan dosa-dosa sebagaimana


matahari mencairkan air batu.”

Sesungguhnya cara kekerasan di dalam mendidik anak-anak


serupa dengan cara memanjakan secara berlebihan. Anak-
anak yang hidup di dalam dua suasana ini akhirnya akan
sampai kepada keperibadian yang goncang.

Di bawah naungan kekerasan, maka akan wujud perasaan


takut, dengki, lemah keperibadian. Di bawah pemanjaan
berlebihan pula akan wujud pada dirinya sifat mengikut
arus, bingung dan tidak boleh berdikari.

Cinta kepada anak-anak adalah makanan jiwa sebagaimana


jasmaninya memerlukan makanan. Kanak-kanak memang
memerlukan kepada tangan yang pengasih dan hati yang
penyayang didalam permulaan kehidupan mereka sehinga
mereka nanti akan membesar dewasa dan bergaul dengan
orang-orang di sekelilingnya dengan hubungan kasih dan
cinta selain daripada mengasuh anak-anak dan mentaati
suami, kaum ibu yang haruslah memelihara keutuhan
ekonomi keluarganya. Dia tidak seharusnya membelanjakan
harta tersebut melainkan kadar yang mencukupi sahaja.
Sifat bersederhana itulah yang paling baik di dalam
menguruskan kehidupan rumahtangga. Kesimpulannya

180
kaum wanita bertanggungjawab terhadap pengurusan
rumahtangga dan sentiasa perlu berusaha menunaikan
tugas dan berkewajipan ini dengan sebaik-baiknya.
Pengurusan rumahtangga bukanlah tugas mudah dan ia
menjadi asas kebahagiaan sesuatu perkahwinan. Walau
bagaimanapun tugas ini memang amat sesuai dengan fitrah
semulajadi mereka.

181
TAJUK : HUBUNGAN DENGAN MERTUA

1. MUQADDIMAH

Sebenarnya kehidupan berumahtangga melampaui batasan


hubungan suami isteri dan anak-anak. Malahan hubungan
yang baru dengan individu di luar keluarga terutamanya
mertua menyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga.

2. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN MERTUA

2.1. Sindrom ketergantungan – anak bongsu perempuan


ingin tinggal bersama dengan ibu sendiri walaupun
selepas bersuami.

2.2. BOLEHKAH PERKARA INI BERLAKU?

Isteri mesti mengikut suami dan tinggal dengan


suami di mana difikirkan wajar melainkan jika tempat
tinggal tersebut tidak sesuai di segi keselamatan,
maruah dan sebagainya yang bertentangan dengan
kehendak syara’.

2.3. PERANAN SUAMI MEWUJUDKAN HUBUNGAN


BAIK DENGAN MERTUA

Lazimnya jika suami menghormati ibunya, isterinya


pula akan menghormati mertuanya. Jika suami
mengasihi ibunya sendiri, isteri juga akan
menunjukkan kasihnya pada ibun suaminya. Jika
isteri menunjukkan kasihnya pada ibunya, suaminya
juga akan menunjukkan kasih kepada ibu isterinya.

182
Jika seorang suami tiada menunjukkan kasihnya pada
ibunya sendiri, janganlah diharapkan isterinya pula
mengasihi ibunya. Begitulah juga sebaliknya.

Oleh itu segala-galanya bermula dari diri kita sendiri.

Suami adalah pemimpin keluarga, oleh itu sebaik-


baiknya segala-galanya bermula dari suami
sebagaimana sepatutnya.

2.4. Masalah sering timbul antara mertua perempuan


dengan menantu perempuan. Ini mungkin berlaku
kerana si ibu amat kasih kepadanya anak lelakinya
dan apabila dia melihat anak lelakinya tidak dilayan
sepenuhnya mungkin akan menguriskan hatinya.
Iaitu menantu perempuan hendaklah memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada ibu mertuanya
dalam tingkah lakunya supaya tidak menimbulkan
sebarang curiga. Si suami mestilah pandai memberi
kasihnya kepada ibunya juga kepada isterinya tanpa
menimbulkan curiga antara ibunya dan isterinya.

Ibu mertuanya sepatutnya hendaklah menujuk agar


menantu dan mengasihinya seperti ia mengasihi
anaknya.

2.4. Jika sayangkan suami, maka isteri jangan lukakan hati


mertuanya. Begitulah sebaliknya! Lakukanlah
keadilan kepada kedua-duanya dalam semua hal.

183
3. SOAL-SOAL HUKUM YANG BERKAIT DENGAN
HUBUNGAN DENGAN MERTUA

3.1. Tidak membatalkan air sembahyang (jika bersentuh)


3.2. Tidak boleh berkahwin dengannya sampai bila-bila.

4. Pentingnya mewujudkan hubungan baik dengan mertua.

4.1. Sumber bimbingan.


4.2. Sumber sokongan emosi, sosial dan kebendaan.
4.3. Pasangan hasil perkongsian hidup mertua.

5. Kemungkinan mertua boleh menimbulkan kesan negatif ke


atas pasangan tidak harus dijadikan alasan untuk
menjarakkan hubungan dengan mertua.

Tidak dapat dinafikan mertua juga boleh menjadi punca


perselisihan suami isteri.

Ada mertua yang suka mencampuri urusan rumahtangga


anak-anak mereka. Ia boleh memberikan pandangan dan
nasihat. Tapi keputusan hendaklah diberikan kepada
mereka untuk memilih mana-mana yang terbaik untuk
mereka.

Sikap mertua yang menentu sesuatu kepada suami isteri


boleh mengakibatkan berlaku perceraian. Mertua yang
mencampuri urusan rumahtangga menantunya akan lebih
ketara sekiranya pasangan tinggal serumah dengan mertua.

Kebanyakan mertua memahami keadaan tersebut. Hanya


segelintir sahaja yang bertindak melebihi bidangkuasa
mereka. Oleh itu tidak ada alasan untuk tidak mewujukan

184
hubungan yang baik dan mesra antara menantu dengan
mertua.

6. CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN


MERTUA

Terdapat berbagai cara untuk mewujudkan hubungan yang


baik dengan mertua. Antaranya :-

6.1. Menerimanya selaku ibu bapa kandung.


6.2. Tiada sikap buruk sangka.
6.3. Menerima kekeluargaan / Perbezaan mertua.
6.4. Menziarahi mertua.
6.5. Menggunakan komunikasi berkesan.

7. KESIMPULAN

Umumnya setiap ibu bapa inginkan kehidupan anak-anak


mereka termasuk menantu dalam keadaan bahagia dan
harmoni. Dengan sikap positif setiap pasangan insyaallah
ibu bapa dan mertua lebih terdorong untuk menyuburi
kebahagiaan setiap pasangan. Oleh itu Allah s.w.t. telah
mengurniakan segala-galanya kepada kita. Pandai-
pandailah kita mentadbirnya, semoga semuanya diuruskan
kerana kebajikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

185
TAJUK : ADAB BERGURAU

1. MUQADDIMAH

Islam adalah suatu agama yang lengkap yang selaras


dengan kehidupan dan kehendak semulajadi insan. Setiap
Muslim samada dalam keluarganya, rakan pejabatnya
ataupun dalam masyarakat yang lebih besar sudah tentu
merasai betapa indahnya hidupnya, ketika ia menjalani
kehidupan hariannya penuh dengan kerisauan tugas serta
penuh cabaran, di suatu masa dapat pula kadangkala
bergurau senda dengan sesuatu percakapan yang
menggelikan hati, kelembutan gerak geri dan sebagainya.

Alangkah baik dan mulianya jika seseorang Muslim dapat


memikat hati seseorang dengan tutur bicaranya yang
menawan jiwa dengan cara kelembutan pergaulan dan
kemanisan gurauannya.

Ini disebabkan Islam dengan prinsip-prinsipnya yang


sederhana menghendaki seorang Muslim supaya menjadi
jinak, sentiasa tersenyum, berhati girang, bersahaja, berbudi
tinggi, berkelakuan baik, baik pergaulannya, sehingga
apabila dia mencampuri masyarakat dan berkumpul dengan
mereka, mereka sentiasa suka dan gembira, tertarik
padanya dan memberikan perhatian terhadapnya. Inilah
sifat-sifat yang diharap oleh Islam di dalam pendidikan
individu, keluarga, membentuk masyarakat dan
membimbing manusia.

186
2. SOALAN DAN JAWAPAN

2.1. ADAKAH SEORANG MUSLIM ITU BEBAS TERUS


BERGURAU SENDA, BERSUKARIA,
SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKINYA
SAHAJA, APA YANG DISUKAINYA ATAUPUN
TERDAPAT ADAB-ADAB DAN BATAS-BATAS
YANG TERTENTU?

Ya! Islam telah menentukan adab-adab dan batasan-


batasan yang tertentu. Antaranya :

Tidak keterlaluan dan melebihi batasan :

Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari


di dalam Al Adab Mufrad, dan juga diriwayatkan oleh
Al Baihaqi daripada Anas r.a., katanya : Telah
bersabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Saya bukan dari golongan orang yang suka banyak
main atau yang melalaikan, dan kedua-duanya juga
tidak menjadi sebahagian dariku.”

Dengan banyak bergurau senda sehingga ke batas


keterlaluan akan membawa seorang Muslim itu
terkeluar dari tujuan yang asasi yang ianya dijadikan
oleh Allah. Para Sahabat yang mulia, yang dididik
oleh Rasulullah s.a.w. pernah juga bergurau senda di
antara mereka sendiri.

187
2.2. APAKAH KESAN ORANG YANG BANYAK
BERGURAU?

Saudara! Terlalu banyak bergurau akan mematikan


hati dan boleh menimbulkan permusuhan. Yang kecil
dan yang muda boleh berlaku kurang sopan pada
yang tua dan sebaliknya.

Saidina Umar Al Khattab r.a. pernah berkata :

Maksudnya :
“Sesiapa yang banyak ketawa akan berkurangan
kehebatannya dan siapa yang suka bergurau, nanti
dia akan dipermain-mainkan orang.”

2.3. APAKAH LAIN-LAIN ADAB BERGURAU YANG


PENTING DIAMBIL PERHATIAN?

MENJAUHKAN DUSTA DAN BERBOHONG


DALAM PERCAKAPAN

Di dalam masa berbual dan bercerita kepada rakan-


rakan, jauhkan diri dari bercakap-cakap dengan
mengada-gadakan perkara yang tidak ada atau
berbohong dalam masa bergurau dengan sesiapa
sahaja.

Imam Ahmad dan Ath-Thobrani telah meriwayatkan


daripada Abu Hanifah r.a., katanya Rasulullah s.a.w.
telah bersabda :

188
Maksudnya :
“Tidak beriman seseorang hamba dengan sempurna
iman, sehingga dia meninggalkan dusta dalam
bergurau atau berdebat, meskipun dia itu benar.”

2.4. DI ANTARA GURAUAN MASA SEKARANG ADA


AMALAN GURAUAN YANG BID’AH YANG TIDAK
DIBENARKAN OLEH ISLAM, BOLEH JELASKAN?

Di antara amalan bid’ah yang berlaku di dalam


masyarakat kita ialah gurauan bulan April atau apa
yang dipanggil “April Fool”.

Amalan tersebut adalah amalan yang keji yang ditiru


daripada kaum barat. Perbuatan itu bukanlah dari
kelakuan yang dibenarkan oleh Islam dan bukanlah
teladan yang baik dan tidak syak lagi ia adalah
termasuk dusta yang diharamkan dan cara bergurau
yang salah.

2.5. BAGAIMANA CARANYA GURAUAN YANG


DIBENARKAN DAN BOLEHKAH TUNJUKKAN
CARA BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W.
BERGURAU?

Rasulullah ada mengajar sahabat-sahabat baginda


cara bergurau yang sebaik-baiknya seperti mana di
dalam hadith :

At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Anas r.a.


bahawa ada seseorang dari penduduk gurun,
namanya Zahir, dan dia selalu membawa hadiah
untuk Nabi dari kampungnya. Nabi akan memberinya

189
bermacam-macam hadiah untuk dibawa balik ke
kampungnya. Nabi berkata : “Sesungguhnya Zahir
ini kampung kita dan kita kotanya”. Nabi juga sangat
suka kepadanya, padahal dia seorang yang hodoh
rupanya. Dalam suatu peristiwa Nabi telah datang
kepadanya, dan dia sedang rancak menjual barang-
barangnya. Maka Rasulullah s.a.w. pun memeluknya
dari belakang, padahal Zahir tidak tahu Rasulullah
yang memeluknya. Maka berkata Zahir : “Siapa ini?
Lepaskan aku!”. Kemudian Zahir pun menoleh ke
belakang dan dilihatnya Rasulullah s.a.w. yang
memeluknya, lalu dia pun merapatkan semula
belakangnya ke dada Rasulullah s.a.w., apabila dia
mengetahui yang memeluknya itu Nabi. Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata : “Siapa yang hendak
membeli hamba ini?” Zahir lalu menjawab. “Wahai
Rasulullah ! Demi Allah engkau akan mendapati
diriku ini tidak laku”. Maka Rasulullah s.a.w.
menjawab : “Tetapi, engkau di sisi Allah, tidak
murah,” atau katanya,” Engkau di sisi Allah adalah
berharga”.

Hadith kedua :

At Termidzi dan Imam Ahmad telah meriwayatkan


daripada Anas r.a., bahawa seorang lelaki telah
datang keapda Nabi s.a.w. meminta seekor binatang
tunggangan. Maka berkata Nabi s.a.w. : “Nanti saya
akan berikan engkau tunggangan atas anak unta”.
Orang itu berkata : “Wahai Rasulullah! Apa yang
dapat aku buat dengan anak unta?” Berkata Nabi :
“Bukankah unta itu asalnya seekor anak unta”.

190
Wajarlah atas setiap muslim khasnya remaja Islam
meniru Rasulullah s.a.w. dalam perkara bergurau.
Begitu juga para ibu bapa dan pendidik supaya dapat
mengajar cara-cara bergurau kepada generasi muda
agar mereka juga akan membiasakan diri mereka di
dalam kehidupan berkeluarga dan sosial serta
pergaulan mereka dengan orang ramai.

2.6. APAKAH ADAB-ADAB BERGURAU SETERUSNYA?

TIDAK MENGANIAYA ATAU MEMBURUK-


BURUKKAN ORANG LAIN

Bergurau itu hukumnya harus antara keluarga, kaum


kerabat,antara teman dan sahabat dengan syarat
tidak dicampuri oleh penganiayaan, atau penyia-yiaan
terhadap makhluk atau menimbulkan rasa kurang
senang kepada orang lain.

Al Bazzar, Ath-Thobrani serta Ibnu Hibban telah


meriwayatkan daripada Amir bin Rabi’ah r.a. bahawa
seorang lelaki telah mengambil kasut temannya, lalu
menyembunyikannya secara bergurau. Maka hal itu
telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. lalu
baginda bersabda :

Maksudnya :
“Jangan kamu memeranjatkan orang Muslim, kerana
sesungguhnya memeranjatkan orang Muslim itu
adalah suatu penganiayaan yang besar.”

Apatah lagi jika ada orang yang suka bergurau


mengejak-ngejek, atau bergurau dengan memaki

191
hamun, atau merendahkan diri orang lain, atau
memburuk-burukan kehormatan agamanya, tentulah
dia itu berdosa dan termasuk melakukan perkara
yang haram, samada dia mengetahui atau tidak.

TAJUK : MENGENALI PUNCA-PUNCA PERSELISIHAN


FAHAM

1. MUQADDIMAH

Jika berlaku perselisihan faham, kita sebagai pasangan


suami isteri hendaklah mengetahui apakah punca kepada
perselisihan faham tersebut dan dengan segera juga
hendaklah diatasi.

2. SOALAN DAN JAWAPAN

2.1. Apakah diantara punca-punca perselisihan faham


tersebut?.

Antaranya :-

192
2.1.1. Meneruskan tingkahlaku dan sikap yang tidak
selari dengan konsep perkahwinan.

2.1.2. Pengetahuan dan kefahaman agama tidak


dihayati bagi mengurus rumahtangga.

2.1.3. Gagal urus sumber keluarga.

2.1.4. Gagal kawal diri.

2.1.5. Gagal menggunakan komunikasi berkesan.

2.1.6. Gagal menghargai kebaikan pasangan atau


mengambil kesempatan diatas kebaikan
pasangan.
2.1.7. Hadapi masalah kesihatan.

2.1.8. Gagal imbang kerja dan rumahtangga.

2.1.9. Gagal memahami budaya kerja pasangan.

2.1.10.Gagal mengawal pengaruh luaran yang


negatif.

2.2. Apakah kesan kepada perselisihan faham tersebut?.

Terjadinya konflik.

Antara bentuk-bentuk konflik :-

2.2.1. Nusyuz

193
- Masam muka, tidak bertegur sapa.
- Tidak menghiraukan pasangan.

2.2.2. Syiqaq

- Saling cerca mencerca.


- Pukul memukul.

2.2.3. Dharar

- Penganiayaan fizikal atau mental suami


terhadap isteri sebaliknya.

2.3. Bagaimana mengurus konflik ;-

Antaranya :-

2.3.1. Mengurus isu-isu yang boleh menimbulkan


perselisihan faham.

2.3.2. Mengelakkan perselisihan faham.

2.3.3. Meredakan ketegangan.

2.3.4. Mengesan punca ketegangan.

2.3.5. Melakukan proses penyelesaian.

3. RUMUSAN

Kehidupan suami isteri adalah perkongsian hidup yang diikat


melalui amanah Allah. Maka kemahiran mengurus konflik

194
adalah bergantung dengan tahap amanah yang dipegang
oleh pasangan. Selain dari Allah, pasanganlah yang
mengetahui punca, bentuk dan tahap konflik yang mereka
hadapi. Mereka juga yang menentukan kehendak dan
keputusan terhadap perkahwinan mereka. Di tahap inilah
pasangan dapat mengetahui sejauh mana mereka telah
menghayati konsep ihsan dalam Islam.

195
TAJUK : NUSYUZ (DURHAKA)

1. MUQADDIMAH

Seorang suami adalah ketua di dalam sesebuah


rumahtangga. Ia bertanggungjawab dengan bebanan yang
amat besar. Suami bertanggungjawab menyediakan segala
keperluan rumahtangga, membayar mahar, memberi
nafkah, memberikan perlindungan kepada isterinya. Oleh
itu seroang isteri tidak boleh menentang dan lari dari
perlindungan suaminya yang boleh membawa kepada
rosaknya kerjasama dan akan menggoncangkan bahtera
rumahtangga, bahkan mungkin akan menenggelamkannya
jika tanpa pengemudinya. Sesuatu tindakan isteri yang
dapat diertikan menentang kehendak suami dengan tidak
ada alasan yang dapat diterima menurut hukum syarak,
tindakan itu dipandang durhaka atau nusyuz.

Di antara kedurhakaan isteri yang sering berlaku di alam


rumah tangga antaranya :

- Isteri tidak menghormati suami, tidak mendengar


nasihatnya apalagi yang sanggup memukul suaminya
dengan payung, penyapu atau selipar dan
sebagainya.

- Isteri selalu keluar rumah suaminya, berjalan ke sana


sini dengan teman-teman tanpa izin suami.

- Isteri yang sanggup mengusir suaminya dari rumah


yang telah disediakan oleh suaminya, lebih-lebih lagi
jika rumah itu telah ditukar nama milik isteri.

196
- Isteri yang sanggup menduakan suami, bahkan
suaminya terpaksa merantau jauh untuk mecari
nafkah keperluan bersama.

- Isteri yang tak mahu tinggal bersama suami sedang


suami telah menyediakan tempat tinggal yang sesuai
dan bertanggungjawab.

- Isteri yang tidak mahu melayan suaminya sebaliknya


sering memaki hamun suaminya.

- Dan lain-lain perbuatan seumpamanya.

Seorang suami yang mendapati isterinya ada tanda-tanda nusyuz


(durhaka) dan menentangnya, maka dia sewajarnya berusaha
memperbaikinya sebaik mungkin. Dimulakan dengan pujuk rayu
dan kata-kata yang baik, nasihat yang berkesan dan bimbingan
yang bijaksana. Jangan sesekali si suami membatu diri tanpa
maruah seorang suami yang tegas dan bertanggungjawab. Kalau
cara itu tidak meninggalkan kesan, bolehlah ditinggalkan tempat
tidur sebagai satu usaha supaya ia dapat berfikir sendiri dan
akhirnya dapat berbicara bersama.

Kalau yang demikian tidak berkesan bolehlah ia mengadu kepada


mana-mana Kadi untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak.

Ya! Suami dibolehkan memukul isterinya tetapi Rasulullah s.a.w.


sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya,
melainkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

197
Baginda bersabda yang bermaksud :

“Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya


seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali diadakan
menyetubuhinya di hari lain?”

(Riwayat Ahmad dan dalam Bukhari ada yang mirip dengan itu)

Ibnu Hajar berkata :

“Dalam sabda Nabi yang menyatakan : Orang-orang baik di


antara kamu tidak akan memukul ini menunjukkan bahwa secara
garis kasar memukul itu dibenarkan dengan motif mendidik jika
suami melihat ada sesuatu yang tidak disukai yang seharusnya
isteri taat tetapi jika dirasa cukup dengan nasihat dan amaran
adalah lebih baik.”

Akibat perbuatan derhaka tersebut, menghilangkan hak isteri


menerima nafkah makan minum, pakaian dan pembahagian waktu.
Dengan lain perkataan nafkah tersebut dengan adanya durhaka
isteri, menjadi tidak wajib atas suami dan isteri tidak berhak
menuntutnya.

Firman Allah s.w.t. bermaksud :

“Hak isteri yang patut diterimanya dari suaminya, seimbang


dengan kewajipannya terhadap suaminya yang baik.”
(Al-baqarah – Ayat 228)

Moga-moga para isteri mengelakkan dari perkara-perkara tersebut.

198
TAJUK : TAAT DAN NUSYUZ DALAM KEHIDUPAN
SUAMI ISTERI

1. MUQADDIMAH

Hidup berkeluarga merupakan ikatan yang kukuh antara


seorang suami dan isteri dengan harapan akan terus kekal
dengan jalinan dan tambatan rasa kasih sayang antara
kedua mereka. Walau bagaimanapun ikatan ini sukar
terlaksana dengan baik andainya kedua-dua atau satu pihak
tidak melaksanakan tugas terhadap pihak yang satu lagi
bagi menjamin terlaksananya kepuasan hati, ketenangan
jiwa serta rasa kasih sejati.

Untuk maksud tersebut Islam menggariskan suatu panduan


yang jelas untuk diikuti oleh setiap penganutnya dengan
cara menentukan tanggungan yang seharusnya dipikul oleh
setiap pihak terhadap satu lagi, juga menentukan kewajipan
yang harus dinikmati oleh mereka.

2. TANGGAPAN UMUM

Orang umum mengenali persoalan taat dan nusyuz sebagai


satu keperluan dalam hidup berkeluarga yang harus dipikul
oleh seorang isteri dan tidak lebih dari itu. Oleh itu seorang
isteri yang meninggalkan rumah atau lari daripada suami
dianggap sebagai seorang isteri yang tidak taat atau
melakukan nusyuz terhadap suami, tanpa terlebih dahulu
meneliti alasan sebenarnya mengapa keadaan seperti itu
boleh berlaku!

199
Kita sebenarnya tidak boleh membuat anggapan atau
tuduhan tidak taat atau nusyuz secara melulu tanpa
memperhitungkan sebab-sebab dan alasan yang
memyebabkan perbuatan tersebut berlaku.

3. KEDUDUKAN TAAT

Keperluan taat biasanya timbul dalam sesuatu ikatan hidup


yang memerlukan kepimpinan di mana di situ adanya
pemimpin dan pihak yang dipimpin. Walaupun sekecil mana
anggota sesebuah keluarga, biasanya mereka terdiri dari
suami isteri atau anak. Dalam ikatan yang sedemikian kecil
sekalipun soal kepimpinan tetapi menjadi faktor penting.

4. SUAMI PEMIMPIN DALAM RUMAHTANGGA

Dalam hal ini penentuan telah dibuat oleh Allah s.w.t.


melalui firmanNya dalam ayat 34 Surah An-Nisaa’.

Maksudnya :
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana
Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga
kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi
nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Ayat ini membawa erti bahawa suami adalah sebagai ketua


dalam rumahtanga. Selaku ketua ia hendaklah ditaati oleh
orang yang dibawah pimpinannya. Tidak ada ertinya
sebagai ketua jika ia tidak ditaati. Lagipun realiti hidup tidak

200
dapat lari daripada keperluan adanya seorang ketua yang
perlu dipatuhi oleh orang-orang dibawahnya.

Di samping ayat tersebut terdapat beberapa ayat yang


menunjukkan adanya taat setia daripada seorang isteri
kepada suami seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :

“Sesiapa daripada kalangan isteri yang meninggalkan dunia


dalam masa suaminya merasa puas hati tentang halnya ia
akan beroleh syurga.”

5. TAAT BERPANDUKAN PERATURAN

Para fuqaha cuba mengenal pasti bentuk taat yang boleh


membawa kejayaan hingga orang yang taat itu dibalas
dengan syurga dan sebaliknya jika enggan memberi taat
akan menerima akibat buruk. Taat yang dimaksudkan ialah
taat dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Allah s.w.t.
Andainya jika ketaatan menjanjikan batas kebenaran
ketaatan itu tidak dapat diterima sebagai jalan yang boleh
menjanjikan syurga, kerana jalan menuju ke syurga hanya
melalui jalan kebaikan dan tidak sama sekali melalui jalan
maksiat kepada Allah. Atas prinsip ini seorang suami yang
mahu isterinya mematuhi setiap kehendak atau suruhannya
tanpa mengambil kira bahawa suruhan itu bercanggah
dengan syariat dan si isteri tetap akur kepada suruhan itu
adalah tidak dapat diterima sebagai ia telah memberi taat
kepada suaminya. Walaupun pada padangan umum isteri
itu telah membuat apa yang diminta oleh suami akan tetapi
ketaatan seperti itu telah membelakangi batas garisan, ianya
tidak dapat digolongkan dalam pengertian taat yang

201
dikehendaki oleh Islam, kerana ketaatan seperti itu tidak
sesuai dengan satu peruntukan hadis yang berbunyi :

Maksudnya :
“Ketaatan kepada seorang makhluk tidak sampai
mengizinkan larangan Allah.”

Peruntukan ini begitu umum yang juga terpakai dalam


hubungan kekeluargaan antara suami isteri dan anak-anak.
Kesimpulannya ketaatan hendaklah berkisar dalam ruang
lingkup yang disediakan oleh Pencipta Yang Maha
Mengetahui. Jika berlaku perlaksanaan kepada mana-mana
suruhan melebihi batas-batas sempadan ia tidak dianggap
sebagai melaksanakan ketaatan yang dikehendaki.

6. NUSYUZ DAN KESANNYA

Seorang isteri yang tidak dapat memberi atau enggan


memberi taat setia kepada suaminya yang telah menunaikan
tanggungjawabnyadinamakan seorang nusyuz atau derhaka
kepada suami yang dengan itu ia tidak berhak mendapat
apa-apa nafkah.

Seorang suami yang menghadapi masalah tersebut ia perlu


mengatasinya dengan langkah-langkah perlu :

1) Cuba memberi nasihat dengan sebaik cara yang boleh


melalui penerangan tentang kewajipan seorang isteri
terhadap suaminya dan akibat buruk yang akan
menimpa anak-anak.

202
2) Setelah teruji bahawa cara tersebut tidak
mendatangkan apa-apa erti, si suami hendaklah
menunjukkan kesungguhannya dengan tidak lagi
turut sekatil dengan isterinya yang masih nusyuz itu.

3) Seterusnya jika kedua-dua langkah tersebut tidak


mendatangkan apa-apa kesan ia bolehlah mengadu
kepada mana-mana pejabat kadi dalam wilayahnya.

203
TAJUK : KRISIS RUMAHTANGGA DAN NUSYUZ

1. SOALAN DAN JAWAPAN

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS


RUMAHTANGGA DAN NUSYUZ YANG SEBENARNYA?

Krisis rumahtangga adalah satu definasi yang berasal dari


istilah syarak ialah nusyuz yang bererti kebencian salah
seorang dari suami isteri terhadap yang lain atu dengan
perkataan lain “derhaka”.

Firman Allah di dalam Al-Quran, Surah Annisa, ayat 34


berbunyi :-

Maksudnya :
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki)
atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-
laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.
Sebab itu maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada
Allah lagi memelihara diri) ketika suaminya tidak ada, oleh
kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita
yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka
dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan
pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

204
2. APAKAH NUSYUZ INI HANYA DILAKUKAN OLEH PARA
ISTERI SAHAJA?

Tidak semestinya nusyuz ini dilakukan oleh isteri sahaja


bahkan dilakukan juga oleh para suami, maka pada ketika
ini nusyuz isteri ertinya isteri yang menderhakai suami,
manakala nusyuz suami ertinya kebencian suami terhadap
isteri.

3. BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN ISTERI YANG


DERHAKA?

Kederhakaan isteri kadangkala melalui perkataan-perkataan,


perbuatan dan tingkahlaku atau dengan perkataan lain tidak
mahu mentaati perintah suami.

4. APAKAH SEMUA PERINTAH SUAMI MESTI DIPATUHI


OLEH ISTERI?

Isteri wajib taat kepada suami selagi tidak melangar hukum


syarak, tetapi jika arahan dan perintah suami itu
bertentangan dengan hukum syarak, maka pada ketika itu
tidak wajib taat.

5. BAGAIMANA PULA KALAU TERDAPAT ISTERI YANG


BERMEGAH-MEGAH DENGAN PEKERJAANNYA,

205
BERSIFAT MENINGGI TERHADAP SUAMI SEDANGKAN
SUAMINYA TIDAK PUNYAI PERKERJAAN?

Selagi mana ia sebagai isteri, tidak dipersoalkan sama ada


bekerja atau tidak atau dari golongan manakah ia, maka
wajiblah ia menghormatinya dan mematuhi suaminya.

6. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH


SUAMI JIKA DIDAPATI ISTERINYA
MENDERHAKAINYA?

Sebelum bertindak perlu diketahui terlebih dahulu kenapa


isterinya menderhakai atau sebab-sebab kenapa isteri
derhaka, kalau sekiranya bersebab dari suami, maka suami
hendaklah mengubah keadaannya, tetapi jika ternyata
bersebab dari isteri, maka bertindaklah dengan tiga cara
iaitu nasihat, kalau tidak berkesan pulaukan dia di tempat
tidurnya, kalau tidak berkesan juga pukullah ia dengan
pukulan yang tidak mencederakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 34 yang


bermaksud :

“Dan isteri-isteri yang kamu bimbang kederhakaannya, maka


hendaklah kamu menasihati mereka dan sekiranya mereka
berdegil tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya dan jika
masih berdegil juga pukullah mereka.”

7. BAGAIMANA PULA KALAU SUAMI BERSIFAT SUKA


MEMUKUL ISTERI?

Suami yang bersifat suka memukul isteri adalah suami yang


dianggap telah menyalahgunakan kuasanya. Rasulullah

206
s.a.w. seringkali melarang suami supaya jangan memukul
isteri seperti di dalam hadis baginda yang bermaksud :

“Apakah sanggup salah seorang dari kamu memukul


isterinya seperti memukul seorang hamba, dipukul isterinya
pada waktu pagi dan disetubuhinya pula pada waktu malam
hari.”

Bahkan di dalam hadis yang lain baginda bersabda yang


bermaksud :

“Dan janganlah sekali-kali kamu memukul apa yang paling


baik yang kamu miliki.”

Dan sebenarnya isteri-isteri itu adalah amanah dari Allah


yang seharusnya dijaga dan dikawal dengan baik.

8. BAGAIMANA PULA KALAU TERHADAP ISTERI YANG


MEMUKUL SUAMI DAN SUAMINYA PULA TAAT
KEPADA PERINTAH ISTERINYA, APAKAH INI
DINAMAKAN DAYUS?

Satu penyelewengan berlaku dalam rumahtangga bila suami


yang dipukul mentaati isterinya bahkan ini adalah di antara
sebab-sebab Allah menurunkan bala sepertimana terdapat di
dalam hadis yang bermaksud :

“Apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka layaklah


mereka ditimpa bala…salah satu di antaranya ialah bila
suami mentaati isterinya…”

207
9. APAKAH BOLEH SUAMI MENCERAIKAN ISTERINYA
JIKA DIDAPATI ISTERINYA DERHAKA?

Tidak secepat itu Islam mengharuskan suami menceraikan


isterinya bila isterinya berlaku nusyuz, boleh jadi di sebalik
kederhakaan itu tersembunyi kebaikan untuk rumahtangga.
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisa, ayat 19 yang
bermaksud :

“Dan gaulilah mereka dengan pergaulan yang baik dan jika


kamu membenci mereka maka boleh jadi kamu membenci
mereka suatu perkara sahaja, sedangkan Allah menjadikan
pada apa yang kamu bencikan itu kebaikan yang banyak.”

10. DAN BAGAIMANA PULA KALAU ISTERI MEMINTA


DICERAIKAN SETIAP KALI BERLAKU KRISIS?

Adalah menjadi hak isteri meminta diceraikan jika sekiranya


didapati pada suaminya sifat-sifat buruk yang sukar
diperbaiki setelah tidak sabar menangung akibatnya, tetapi
walau bagaimanapun hendaklah terlebih dahulu berikhtiar
untuk melembutkan hati suaminya. Firman Allah yang
bermaksud :

“Dan jika seorang isteri itu bimbang yang suaminya akan


berlaku nusyuz atau tidak melayaninya atau melayaninya
dengan cara yang kasar, maka tidak menjadi kesalahan
kedua-duanya membuat pendamaian.”

Berlainan jika isteri meminta diceraikan semata-mata


bertujuan inginkan lelaki lain yang lebih kaya atau lebih lawa
atau yang lebih berpangkat, maka pada ketika itu hukumnya
adalah haram.

208
11. BAGAIMANA PULA KALAU ISTERI BERTINDAK LARI
DARI RUMAH SUAMINYA BALIK KE RUMAH BAPANYA
SETIAP KALI BERLAKU BERLAKU KRISIS?

Isteri tidak seharusnya lari meninggalkan suami dari


rumahnya hanya disebabkan sedikit krisis bahkan mengikut
hukum adalah menjadi kesalahan jika isteri keluar dari
rumah suaminya tanpa izin dari suaminya.

12. APAKAH TINDAKAN YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN


OLEH ISTERI JIKA DIDAPATI SUAMINYA BERLAKU
CURANG?

Sebenarnya suami adalah orang yang


dipertanggungjawabkan untuk mengawal rumahtangga,
bererti bila suami berlaku curang maka satu lagi
penyelewengan dilakukan, tetapi walau bagaimanapun
sebagai seorang isteri hendaklah berikhtiar untuk
melembutkan hati suaminya supaya kembali ke pangkal
jalan, jujur terhadap rumahtangga dan bertanggungjawab.

13. BAGAIMANA HUKUMNYA SEORANG SUAMI BERLAKU


CURANG DENGAN MELAKUKAN PERZINAAN DENGAN
PEREMPUAN YANG BUKAN ISTERINYA SEHINGGA
MENDAPAT ANAK?

Seorang lelaki yang telahpun mendirikan rumahtangga atau


dengan perkataan lain telah berkahwin, maka
dipertanggngjawabkan untuk menjaga dan mengawal
kehormatan rumahtangga, berusaha untuk mewujudkan

209
keharmonian dan kedamaian dalam rumahtangganya,
kerana ini adalah tugasnya yang asasi, tetapi jika sekiranya
ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip-
prinsip kekeluargaan, maka suami seperti ini dianggap telah
melanggar ketetapan Allah s.w.t. sepertimana firman Allah
di dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, sesungguhnya


dijadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi mereka yang
berfikir.”

Lebih-lebih lagi bila mana suami itu mempunyai perempuan


simpanan yang bukan isterinya yang sah, dan telahpun
melakukan perzinaan sehingga mendapat anak, maka
perbuatan seperti ini adalah dianggap paling keji dan hina di
sisi Allah, di samping ia bersalah kerana melakukan
perzinaan, ia juga telah berlaku curang terhadap isterinya
kerana ia mempunyai isteri yang halal dan sah di sisi syarak,
tetapi mengadakan perhubungan sulit dengan perempuan
lain yang bukan isterinya.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 223 yang


bermaksud :

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu,


oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai…”

210
14. BAGAIMANA PENDAPAT JIKA LELAKI YANG TELAH
BERKAHWIN BERJINAK-JINAK PULA DENGAN
PEREMPUAN LAIN DAN MENGAKU DIRINYA BUJANG?

Jika sekiranya seseorang suami yang telah mempunyai isteri


di samping itu ia berjinak, jika atau bersahabat pula dengan
perempuan lain yang bukan muhrimnya dengan tujuan ke
arah kejahatan, maka ini sebenarnya si suami telah
dianggap belot terhadap rumahtangganya bahkan inilah
yang dikatakan satu penyelewengan yang seringkali
dilakukan oleh pihak sumai yang mana di antaranya sebagai
faktor yang menyebabkan krisis dan keretakan
rumahtangga, suami dan isteri hendaklah bersikap jujur dan
ikhlas terhadap rumahtangganya.

15. BAGAIMANA JIKA ISTERI MEMARAHI DAN


MEMBENCI SUAMI KERANA PERANGAI DAN SIFAT
SUAMI YANG KURANG MENYENANGKAN HATINYA?

Sebagai seorang isteri tidak boleh sama sekali memarahi


atau membenci suaminya selagimana suami itu sebagai
suami walau bagaimana sifatnya sekalipun, cuma apa yang
boleh isteri lakukan ialah menasihatinya dengan cara yang
baik selagi tidak menimbulkan sesuatu implikasi yang lebih
buruk, tetapi kalau keadaan ini berterusan dan isteri tidak
sabar lagi dengan keadaan sedemikian, setelah dinasihati
dengan cara yang baik, tetapi tidak memberi apa-apa kesan,
maka pada ketika itu jika sekiranya isteri tidak mahu lagi
hidup sebagai suami isteri, bolehlah meminta supaya
diceraikan ataupun dengan tebus talak, tetapi walau
bagaimanapun berdamai itu adalah lebih baik.

211
16. SEJAUH MANA ISLAM MENYURUH ISTERI TAAT DAN
PATUH KEPADA SUAMINYA?

Islam menyuruh isteri taat dan patuh kepada suaminya ialah


sekiranya Allah Taala suruh manusia sujud kepada manusia,
nescaya Allah suruh isteri itu sujud kepada suaminya. Ini
jelas dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi
Aufa r.a. tatkala Mua’z bin Jabal balik dari Negeri Syam,
beliau terus sujud kepada Rasulullah s.a.w., dan baginda
bertanya, “Kenapa engkau berbuat demikian.” Mua’az
menjawab, “Ya Rasulullah.” Aku baru balik dari negeri
Syam. Aku lihat rakyat di sana sujud kepada pemimpin-
pemimpin dan ketua-ketua mereka. Aku pun hendak
berbuat demikian kepada engkau. Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda :

Maksudnya :
“Jika aku suruh seseorang sujud kepada seseorang yang
lain, sudah pasti aku akan perintah isteri kepada suaminya
disebabkan besar tanggungjawabnya.”

17. BAGAIMANA KALAU ISTERI ITU TAAT DAN PATUH


KEPADA SUAMINYA. ADAKAH KETAATAN DAN
KEPATUHAN ITU SEBAGAI SATU AMAL KEBAJIKAN
KEPADA ISTERI TADI?

Ya…setiap isteri yang taat dan patuh kepada suaminya


adalah dikira sebagai satu amal kebajikan dan akan dibalas
dengan syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a.

212
Maksudnya :
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu,
berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan
mematuhi suruhan atau larangan suaminya akan
dimasukkan ke dalam syurga.”

15. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU MENYURUH


ISTERINYA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG
MAKSIAT ATAU KEJAHATAN. ADAKAH ISTERI ITU
MESTI TAAT DAN PATUH JUGA?

Masalah taat dan patuh seorang isteri terhadap suaminya


mengikut Islam ialah taat pada perkara-perkara kebaikan –
bukan taat kepada perkara-perkara maksiat dan kejahatan.
Kalau suami itu menyuruh isterinya melakukan perkara
maksiat dan kejahatan tidak harus patuh kepadanya, malah
adakah haram. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan
daripada Saidina Ali r.a. :

“Tidak boleh taat kepada seseorang itu pada pekara-perkara


maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat itu adalah pada
perkara-perkara kebajikan sahaja.”

16. SEORANG ISTERI YANG HIDUP BERSAMA SUAMINYA


DENGAN AMAN DAMAI, DAN MATI DALAM
KEREDHAAN SUAMINYA. ADAKAH ISTERI YANG
SEDEMIKIAN SEBAGAI ISTERI YANG TAAT DAN
MENDAPAT BALASAN SYURGA JUGA?

Ya…memang isteri yang hidup bersama suaminya dalam


keadaan aman damai, dan mati dalam keadaan taat dan

213
akan mendapat balasan syurga. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan dari Ummi Salamah r.a. :

Maksudnya :
“Mana-mana isteri yang mati, pada hal suaminya redha
kepadanya, ia akan dimasukkan ke dalam syurga.”

214
TAJUK : HUKUM BERSUMPAH

1. MUQADDIMAH

Islam melarang seseorang samada suami atau isteri


mencaci, memaki, menghamun orang lain lebih-lebih lagi
rakan kongsi hidup mereka iaitu suami atau isteri yang mana
mereka sering bersama dalam menjalani kehidupan
berkeluarga. Sifat yang demikian digariskan sebagai sifat
yang tercela jika dimiliki dan dipergunakan oleh mana-mana
pihak. Begitu juga bersumpah tidak boleh dipergunakan
dengan sewenang-wenangnya dengan sesedap bibir
menuturkannya kerana ia mempunyai kesan yang tertentu di
dalam hubungan suami isteri. Lebih-lebih lagi mereka yang
semberono suka menuduh suami atau isterinya melakukan
sesuatu atau menafikan anak bukan anak mereka tanpa
mengikut Hukum Syara’.

2. APAKAH YANG DIKATAKAN ILA’ ATAU BERSUMPAH


DALAM HUKUM SYARAK?

Ila’ pada bahasanya bermakna “bersumpah” dan menurut


hukum syarak :

Maksudnya ialah seorang suami bersumpah tidak akan


melakukan hubungan kelamin dengan isterinya.

Katakanlah seorang suami berkata kepada isterinya :


“Wallahi, aku tidak akan melakukan hubungan kelamin

215
dengan engkau selama-lamanya” atau ia berkata kepada
isterinya : “Wallahi, aku tidak akan melakukan hubungan
kelamin dengan engkau selama lima bulan.”
3. APAKAH HUKUMNYA SESEORANG SUAMI
BRESUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN HUBUNGAN
KELAMIN DENGAN ISTERINYA, SAMADA SELAMA-
LAMANYA ATAUPUN DALAM MASA TERTENTU, IAITU
SELAMA TIGA BULAN DAN SEBAGAINYA?

Seseorang suami yang bersumpah tidak akan melakukan


hubungan kelamin dengan isterinya, samada selama-
lamanya ataupun dalam masa tertentu, hukumnya adalah
haram. Ini ialah kerana perbuatan suami itu adalah
menyakiti perasaan hati seseorang isteri disebabkan tidak
dicampuri oleh suaminya sekian lama.

Seseorang isteri adalah seorang manusia yang semula


jadinya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan
kelamin dengan suaminya, di mana keinginannya itu jika
tidak dilayan akan menyebabkan diri dan batinnya tersiksa
yang akan menimbulkan gejala buruk, iaitu perzinaan.

Oleh yang demikian Islam mengharamkan suami bersumpah


tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya
dan suami yang bersumpah seperti itu adalah berdosa
kerana perbuatan tersebut seolah-olah mengharamkan
kepada dirinya perkara yang halal.

4. BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI ITU


BERSUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN HUBUNGAN
KELAMIN DENGAN ISTERINYA. ADAKAH SUMPAHNYA
ITU DIANGGAP SEBAGAI TALAK?

216
Di zaman jahiliah dulu memang apabila seseorang suami
tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya,
maka sumpahnya itu adalah menjadi talak.

Tetapi di dalam syariat Islam, seseorang suami yang


bersumpah tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan
isterinya, maka sumpahnya itu tidak akan menjadi talak,
malah sumpah tersebut hanya haram baginya mencampuri
isterinya sebelum membayar kafarah sumpahnya iaitu
memberi makan sepuluh orang miskin atau memberi pakaian
untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba atau
puasa tiga hari.

5. APAKAH SEBAB-SEBABNYA DI ZAMAN JAHILIAH


DIANGGAP SEBAGAI TALAK, DAN KENAPA PULA
BANYAK BERLAKU ILA’ DI ZAMAN MEREKA?

Ila’ ini di zaman jahiliah dianggap sebagai talak, ialah kerana


di masa itu bila seorang suami telah mengila’ isterinya
(bersumpah tidak melakukan hubungan kelamin dengan
isterinya) bererti isteri itu telah diceraikan selama-lamanya
dan tidak boleh berkahwin dengan sesiapa pun.

Menurut Said bin Musaiyab, di zaman Jahiliah,bila seseorang


suami tidak suka lagi kepada isterinya dan ia tidak suka pula
bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki yang lain, maka
suami tadi mengila’ isterinya sehingga isteri tersebut
menjadi seorang perempuan yang ditalakki oleh suaminya,
hidup terkatung-katung…

Tegasnya, perempuan itu tidak bersuami lagi, dan ia


menjadi seorang perempuan janda yang tidak boleh
berkahwin dengan lelaki lain. Perbuatan Arab Jahilian ini

217
kejam dan menekan perasaan seseorang wanita sebagai
makhluk Allah yang merdeka.

6. BERAPA LAMA MASANYA SESEORANG SUAMI YANG


MENGGILA ISTERI ITU HALAL KEMBALI
MENCAMPURI ISTERI TERSEBUT?

Seseorang suami yang mengila’ isterinya halal mencampuri


isterinya kembali selama empat bulan. Ini adalah
berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 226.

Maksudnya :
“Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan
mencampuri isteri-isteri mereka diberi tempoh empat bulan.
Setelah itu jika mereka kembali mencampurinya maka
sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha
pengasihani.”

7. APAKAH HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN


MASALAH ILA’ INI?

Terdapat dua macam hukum iaitu :


1. Hukum Ukhrawi (hukum dihari akhirat).
2. Hukum Duniawi (hukum di dunia).

Hukum Ukhrawi ialah, bahawa para suami yang telah


mengila’ isterinya dan ia tidak kembali mencampuri isterinya
setelah habis masa menunggu (4 bulan) bererti suami itu
telah melakukan perbuatan haram dan berdosa.

Apabila suami tadi kembali mencampuri isterinya sebelum


habis masa menunggu selama empat bulan, bererti suami

218
tadi telah bertaubat dari dosanya, kerana itu Allah tidak
akan menghukum sumpahnya, malah Allah akan menerima
taubatnya dan mengampuninya.

Hukum duniawi ialah para suami wajib mencerai isterinya


setelah habis masa menunggu (4 bulan) atau masa yang
ditentukan dengan sighah ila’ misalnya sebulan atau dua
bulan.

Apabila telah habis masa menunggu (4 bulan) atau telah


berlalu masa yang dilafazkan dalam sighah ila’nya suami tadi
tidak boleh kembali lagi kepada isterinya dan wajib bagi
suami tersebut menceraikan isterinya.

8. BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI ITU


BERSUMPAH TIDAK AKAN MELAKUKAN HUBUNGAN
KELAMIN DENGAN ISTERINYA SELAMA LIMA BULAN.
ADAKAH ISTERI ITU MENUNGGU SELAMA LIMA
BULAN JUGA?

Menurut hukum syarak, apabila seseorang suami bersumpah


tidak akan melakukan hubungan kelamin dengan isterinya
selama lima bulan, maka isteri itu hendaklah menunggu
hanya selama empat bulan sahaja.

Di dalam masa empat bulan itu jika suaminya tidak


melakukan hubungan kelamin dengan isterinya maka setelah
empat bulan, bolehlah isteri tadi membuat tuntutan melalui
Hakim / Mahkamah supaya suaminya mencampurinya
kembali dan membayar kafarat sumpah.

Bagi pihak Hakim pula, hendaklah menjadikan tuntutan isteri


itu sebagai satu kes yang mesti diselesaikan mengikut budi

219
bicaranya, ataupun dihadapkan ke mahkamah, di mana kes
ini bolehlah dianggap satu penganiayaan kepada isteri yang
menyebabkan isteri tadi menderita hidup serta tertekan
perasaan dan jiwanya.

8. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU TIDAK MAHU JUGA


MENCAMPURI ISTERINYA DAN ENGGAN MEMBAYAR
KAFARAH SETELAH ISTERI TADI MEMBUAT
TUNTUTAN MELALUI HAKIM ATAU MAHKAMAH
SYARIAH. APAKAH TINDAKAN YANG HARUS
DILAKUKAN OLEH ISTERI ITU?

Menurut hukum syarak, apabila seseorang suami tidak mahu


mencampuri isterinya dan enggan membayar kafarah
setelah berlalu empat bulan, maka isteri itu boleh menuntut
kepada suaminya supaya menjatuhkan talak.

Jika suami tadi enggan mentalakkinya maka harus bagi


Hakim menjatuhkan talak satu, atau dihukumkannya dengan
talak satu. Ini adalah mengikut qaul Saidina Umar, Osman,
Abi Darda’ dan Ibnu Umar, di mana pendapat para sahabat
inilah yang dipegang oleh Imam Maliki, Imam Hambali dan
Imam Syafie’.

9. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU BERSUMPAH TIDAK


AKAN MENCAMPURI ISTERINYA KURANG DARIPADA
EMPAT BULAN. ADAKAH HARUS JUGA BAGI ISTERI
MENUNTUT TALAK KEPADA SUAMINYA?

Menurut Al Khaazin dalam tafsirnya, Apabila seseorang


suami bersumpah tidak akan mencampuri isterinya kurang
dari empat bulan, maka sumpah itu tidak dinamakan ila’,
malah suami itu adalah dinamakan orang yang bersumpah
bukan orang yang berila’.

220
Jika suami itu mencampuri isterinya sebelum habis masa
sumpahnya, misalnya suami tadi bersumpah tiga bulan tidak
akan mencampuri isterinya, tetapi sebelum habis tiga bulan,
suami tersebut telah mencampuri isterinya, maka wajib bagi
suami itu membayar kafarah sumpah.

10. ADAKAH ILA’ ITU MEMPUNYAI SYARAT-SYARAT


SEBAGAIMANA TALAK JUGA?

Ya…ila’ mempunyai syarat-syarat seperti talak juga, tetapi


syarat-syaratnya tidak sebagaimana syarat-syarat talak.

Syarat-syarat ila’ ialah :

- syarat-syarat yang berkaitan dengan suami isteri.


- Para ulamak fiqh telah sepakat, bahawa suami yang
harus mengila’ isterinya ialah suami yang baligh,
berakal dan tidak gila.

Imam Syafie mensyaratkan juga,bahawa suami yang


mengila’ dan isteri yang diila’ hendaklah orang-orang yang
sanggup melakukan hubungan kelamin.

- ila’ hendaklah berupa sumpah.

Sebagaimana halnya sumpah disertai dengan nama Allah


atau salah satu dari sifat-sifatnya maka ila’ hendaklah
disertai juga dengan nama Allah, atau salah satu dari sifat-
sifatnya.

- Lafaz ila’ itu hendaklah suami bersumpah tidak akan


mencampurinya.

221
Seseorang suami yang bersumpah, di mana sumpahnya
tidak mengandungi pengertian tersebut, tidaklah dihukum
sebagai ila’.

Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah


ayat 226.

Maksudnya :
“Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan
mencampuri isteri-isteri mereka, diberi tempoh empat bulan.
Setelah itu jika mereka kembali mencampurinya, maka
sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat
mengasihani.”

- waktu menunggu

Yang dimaksudkan dengan waktu menunggu ialah waktu


yang tertentu oleh suami di dalam ila’nya yang mana dalam
waktu tersebut ia tidak akan mencampurinya.

11. SEKIRANYA SEORANG SUAMI MENGILA’ ISTERINYA


DENGAN TAKLIK, MISALNYA BERKATA SUAMINYA
KEPADA ISTERINYA, JIKA AKU MENCAMPURI
ENGKAU, MAKA ENGKAU TERTALAK. ADAKAH JATUH
TALAK ISTERI TERSEBUT, ATAU PERKATAAN ITU
TETAP SEBAGAI ILA?

Ya…jatuh talaknya, dan perkataan suami itu tidak menjadi


ila’ lagi, tetapi adalah talak.

222
12. BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI BERSUMPAH
TIDAK AKAN BERCUMBU-CUMBUAN DAN BERSUKA-
SUKA DENGAN ISTERINYA. ADAKAH SUMPAH SUAMI
INI DINAMAKAN ILA’ JUGA?

Tidak, sumpah suami itu tidak boleh dinamakan ila’ kerana


ila’ menafikan untuk mencampuri isteri.

13. BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI ITU


BERSUMPAH TIDAK MENCAMPURI ISTERINYA DI
MASA ISTERINYA KEDATANGAN DARAH BULANAN.
ADAKAH SUMPAH SUAMI ITU DIKATAKAN ILA’
JUGA?

Ya…apabila seseorang suami bersumpah tidak mencampuri


isterinya di masa isterinya kedatangan darah bulanan, maka
sumpah suami itu adalah ila’ juga. Ini adalah kerana di
masa isterinya itu kedatangan darah bulanan, memang
sudah menjadi haram bagi suami tadi mencampuri isterinya
walaupun ia tidak bersumpah, di mana sumpahnya itu
adalah sia-sia sahaja.

14. BAGAIMANA KALAU SESEORANG SUAMI BERKATA


KEPADA ISTERINYA. DEMI ALLAH AKU TIDAK
MENYENTUH ENGKAU, ATAU KATANYA AKU TIDAK
AKAN MENDATANGANI ATAU TIDAK MENDEKATI
ENGKAU. ADAKAH ITU PERKATAAN ITU ILA’?

Perkataan suami itu adalah sebagai kinayah. Jika ia berniat


semasa mengatakan perkataan itu tidak mencampuri
isterinya, maka perkataan itu ialah ila’ jika sebaliknya tidak
dinamakan ila’. Tegasnya perkataan tersebut bergantung
kepada niat suami itu.

223
TAJUK : PEMBUBARAN PERKAHWINAN

1. Perkara-perkara berbangkit dengan sebab perkahwinan


terbubar.

1.1. Mut’ah.
1.2. Nafkah anak kandung, anak yang diterima sebagai
ahli keluarga.
1.3. Nafkah iddah (isteri) dan faktor menyebabkan nafkah
iddah terbatal.
1.4. Hak tempat tinggal.
1.5. Tuntutan yang berkaitan dengan harta.
1.6. Hadhanah.

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKARA-


PERKARA YANG BERBANGKIT SELEPAS
PEMBUBARAN?

2.1. Perkara-perkara berbangkit jika berlaku pembubaran


perkahwinan ialah perkara yang menjadi
tanggungjawab pasangan selepas perkahwinan
mereka dibubarkan. Tanggungjawab ini adalah
menjamin keadilan sosial masyarakat Islam melalui
institusi keluarga. Iaitu semua pihak yang terlibat
mendapat perlindungan dan hak-hak masing-masing
dalam Undang-Undang Keluarga Islam. Dengan itu

224
setiap pihak akan terjamin daripada pengabaian dan
penganiayaan.

2.2. BAGAIMANAKAH MENDAPATKAN HAK-HAK


TERSEBUT?

Untuk mendapatkan hak tersebut, pasangan


berkenaan boleh mengemukakan permohonan
menuntut perintah Mahkamah berkaitan dengan :

1. Mahar terhutang.
2. Mutaah.
3. Nafkah tertunggak.
4. Nakah dalam iddah.
5. Tempat tinggal.
6. Hadhanah.
7. Harta sepencarian.

3. MUTAAH

3.1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


MUTAAH?

Mutaah mengikut syarak.

Mutaah adalah nama suatu pemberian dari suami


kepada isterinya sewaktu dia menceraikannya.
Pemberian ini diwajibkan atas lelaki apabila
perceraian itu terjadi dengan kehendak dari isteri,
pemberian itu tidak wajib, ia adalah sunat

225
3.2. BAGAIMANAKAH KADAR MUTAAH?

Kadar ataupun banyaknya pemberian itu adalah


mengikut keredhaan keduanya dengan
mempertimbangkan keadaan suami isteri, sebaiknya
tidak kurang dari seperdua mahar.

Jika seorang suami yang telah menceraikan isterinya


sebelum melakukan hubungan kelamin, suami itu
belum membayar sebahagian dari mas kahwinnya,
maka isterinya berhak menuntut mutaah dan wajib
bagi suami itu membayar mutaah tersebut. Tetapi
jka suami itu telah membayar sebahagian dari mas
kahwinnya maka tidak berhak lagi ia menuntut
mutaah.

4. NAFKAH

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAFKAH?

4.1. Nafkah bererti “belanja” atau “sara hidup” maksudnya


nafkah ialah sesuatu yang diperlukan oleh setiap
orang untuk hidup sebagai keperluan asasi yang
wajib diberikan oleh suami / bapa kepada mereka
yang menjadi tanggungannya.

4.2. APAKAH ANTARA NAFKAH YANG WAJIB ITU?

226
Nafkah anak kandung, anak yang terima sebagai ahli
keluarga.

Nafkah iddah kepada isteri yang tidak nusyuz. Iaitu


saraan keperluan asasi dan tempat tinggal selama di
dalam iddah termasuk perceraian talak bain kubra
(tidak boleh dirujuk semula).

5. TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN HARTA

BAGAIMANA HARTA TERSEBUT DIBAHAGIKAN


DENGAN HARTA?

Pasangan yang bercerai sekiranya mempunyai harta


sepencarian atau apa-apa aset yang diperolehi dalam masa
perkahwinan mereka dengan usaha bersama dibahagi antara
mereka atau dijual dan hasilnya dibahagi antara pihak
berkenaan berdasarkan :

- Sumbangan tiap satu pihak sama ada tenaga, wang


atau harta.
- Hutang salah satu pihak yang dibuat untuk manfaat
bersama.
- Keperluan anak-anak dari perkahwinan itu yang
belum dewasa.

Harta atau aset yang diperolehi dengan usaha tunggal


mana-mana pihak semasa perkahwinan dibahagi atau dijual
dan dibahagi hasil jualan berdasarkan :

- Sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak


memperolehi aset kepada kebajikan keluarga.

227
- Keperluan anak-anak yang belum dewasa dari
perkahwinan itu.

6. LAIN-LAIN TUNTUTAN

Apakah tuntutan-tuntutan yang menjadi hutang selepas


perceraian?

Setelah bercerai, suami membayar segala hutang piutang


beliau kepada isterinya semasa dalam perkahwinan sama
ada mahar tertangguh, nafkah tertunggak dan hutang-
hutang lain sekiranya dibuat tuntutan oleh isteri di
Mahkamah Syariah.

7. HADHANAH

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HADHANAH?

Memelihara dan menjaga jasmani dan rohani anak-anak


dalam bentuk kasih sayang, keperluan asasi dan pendidikan
sehingga anak itu sanggup berdiri sendiri dalam menghadapi
kehidupan sebagai seorang manusia, dapat mengatasi
persoalan hidup dan kehidupan yang akan dihadapinya.

Masalah hadhanah timbul apabila terjadi perbalahan antara


suami isteri sehingga terjadi perceraian di mana kepentingan
atau masalah anak-anak akan terjejas. Mahkamah akan
menyelesaikan dengan adil siapakah di antara orang-orang
yang akan diberi tanggungjawab untuk menjaga
kepentingan anak-anak (hadhanah). Maka pasangan yang

228
bercerai hendaklah mengemukakan tuntutan penentuan
Mahkamah berkenaan hadhanah anak-anak mereka.

Mahkamah akan membuat keputusan membenarkan


pemeliharaan anak-anak itu kepada ibu sekiranya ibu tidak
dilucutkan haknya itu, atau sebaliknya diberi kepada orang
lain, jika dilucutkan haknya itu. Di antara sebab lucut hak
hadhanah kepada ibu ialah apabila ibu berkahwin dengan
orang bukan muhrim kepada anak itu. Keputusan tersebut
adalah bagi anak-anak belum mumaiz. Jika telah mumaiz
anak-anak itu akan ditanya kepada siapa dia ingin dipelihara.
Dalam membuat penghakiman Mahkamah akan mengambil
kira kemahuan anak itu. Apabila ada lebih dari seorang
anak, Mahkamah tidak semestinya memberi pemeliharaan
kepada orang yang sama. Walaupun hak pemeliharaan
anak-anak diberi kepada ibu atau orang selain daripadanya,
hak melihat kepada bapa (atau ibu jika pemeliharaan diberi
kepada bapa) adalah terjamin dan dibenarkan oleh
Mahkamah. Ini adalah bertujuan memelihara perhubungan
anak-anak dengan ibu atau bapanya. Walaupun ibu
bapanya telah berpisah untuk kepentingan anak-anak
perhubungan ini perlu dikekalkan.

Mahkamah Syariah berkuasa mendengar permohonan


tentang perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan
anak. Di antara perkara-perkara tersebut ialah :-

7.1. Nafkah Anak.


7.2. Pendidikan Anak.

8. NAFKAH ANAK

229
APAKAH PERTIMBANGAN UNTUK MENDAPATKAN
HAK ANAK?

Mahkamah mempertimbangakan nafkah anak-anak ialah


dalam masa ia belum baligh atau jika ia belum berkahwin
atau masih tidak berdaya.

Mahkamah akan mewajibkan atau memfardhukan bapa


untuk memberikan nafkah untuk setiap bulan, mengikut
kadar kemampuan bapa dan keperluan anak.

9. PENDIDIKAN ANAK

SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB MEMBERIKAN


PENDIDIKAN?

Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian akan dapat


pendidikan orang yang berhak mendapat hadhanah. Pada
praktiknya apabila berlaku perceraian, pendidikan anak akan
terjejas. Ia akan bertambah buruk apabila hak penjagaan
anak-anak kepada satu pihak dan satu pihak lagi tidak diberi
hak untuk menziarahi anak-anaknya. Kemungkinan pihak
penjaga akan meracuni fikiran anak-anak supaya bersifat
prejudis terhadap pihak yang tidak mendapat hak jagaan.
Adalah dikhuatiri jika amalkan ini diamalkan terus akan
mengecewakan kepentingan anak itu di masa hadapan.

10. KESIMPULAN

Kita tidak mahu lagi kerosakan dan keruntuhan masyarakat


dikaitkan dengan keruntuhan rumahtangga disebabkan
kelalaian pihak-pihak dalam melaksanakan tanggungjawab
masing-masing selepas pembubaran perkahwinan.

230
- Keruntuhan rumahtangga mungkin disebabkan oleh
kelalaian dan kealpaan pihak-pihak dalam
membangunkan rumahtangga dan akhirnya dianggap
sebagai pengakhir jodoh dan suratan takdir.

- Namun janganlah di atas keruntuhan rumahtangga


tersebut membawa kepada kelalaian yang
berpanjangan yang boleh membawa kesan atau
kezaliman kepada mana-mana pihak lebih lagi kepada
anak-anak yang merupakan penyambung perjuangan
dan penyambung zuriat atau generasi kita pada masa
hadapan.

- Janganlah kita menjadi cermin atau gambaran buruk


kepada mereka. Biarlah apa yang telah berlaku
dijadikan pengajaran dan teladan namun mereka
mestilah berazam untuk melaksanakan
tanggungjawab seterusnya selepas pembubaran
perkahwinan dengan berlandaskan prinsip hidup
sebagai suami isteri dengan baik atau melepaskannya
dengan baik.

231
TAJUK : PERKARA BERBANGKIT DENGAN
PEMBUBARAN PERKAHWINAN

1. IHDAD

Perkara yang timbul bagi isteri yang kematian suami wajib


berkabung dalam tempoh yang tertentu.

Di antara perkara-perkara yang perlu dijaga dalam tempoh


berkabung ialah tidak boleh bersolek berlebih-lebihan dan
tidak boleh keluar dari rumah tanpa ada tujuan yang
diharuskan oleh Syara’.

Tempoh berkabung kepada seseorang isteri ialah empat


bulan sepuluh hari.

2. RUJUK

Hukum yang timbul dengan sebab perceraian apabila suami


mengembalikan perempuan yang diceraikan (selain daripada
cerai talak bain) kepada pernikahan yang asal ketika masih
di dalam iddah tanpa akad yang baru.

Walaupun ikatan suami isteri masih ada selagi didalam iddah


tetapi mereka diharamkan bersetubuh kecuali setelah
berlaku rujuk yang sah.

232
Suami berhak merujuk isterinya yang diceraikan sekalipun si
isteri enggan berbuat demikian. Tidak sah rujuk seorang
suami akibat paksaan atau ugutan kerana rujuk mestilah
lahir dari keinginan dan kerelaan dirinya sendiri. Bagi suami
yang telah membuat taklik berkaitan dengan rujuk, mereka
adalah terikat dengan taklik tersebut.
Sekiranya tempoh untuk merujuk telah berakhir disebabkan
berakhirnya iddahnya dan suami ingin mengembalikan
isterinya itu kepada pernikahannya yang asal, maka akad
nikah yang baru wajib dilakukan setelah memenuhi semua
rukun nikah dan syarat sahnya.

Antaranya suami wajib membayar mahar yang baru. Dalam


keadaan ini keizinan dan persetujuan isteri hendaklah
terlebih dahulu diperolehi. Sekiranya si isteri enggan, maka
dia tidak boleh paksa.

3. IDDAH

Iddah ialah suatu tempoh masa yagn perlu dinanti oleh


seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi
mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk
mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak
boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat
tempoh iddah tersebut.

Iddah hukumnya wajib. Jika seorang perempuan yang di


dalam iddah berkahwin dengan lelaki yang lain maka
perkahwinan itu tidak sah pada hukum syara’ dan wajib
difasakhkan serta merta.

Hikmat iddah :

233
a) Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan.
b) Perkara ta’abbud (ibadat).
c) Memberi peluang kepada suami supaya berfikir
semula dan dan kembali merujuk isterinya semasa di
dalam iddah. Hal ini tertakluk kepada kes talak rajie
sahaja.

Selain daripada perempuan yang diceraikan, perempuan


yang kematian suami dan perempuan yang nikahnya
difasakhkan di atas sebab-sebab yang tertentu juga
diwajibkan beriddah dengan tujuan untuk mengetahui
kesucian rahimnya.

Iddah hanya untuk orang perempuan sahaja. Oleh itu


tanggapan sesetengah orang yang menyatakan bahawa
orang lelaki juga wajib beriddah adalah tanggapan yang
tidak benar.

Seorang perempuan yang beriddah dalam talak rajie,


kemudian dia atau suaminya meninggal dunia maka salah
seorang daripada mereka boleh mewarisi pesaka di antara
satu sama lain.

Tempoh Iddah

a) Iddah perempuan yang hamil ialah gugur


kandungannya itu sama ada melalui kelahiran biasa
atau keguguran sama ada ia perempuan yang
diceraikan atau kematian suami.

b) Iddah perempuan yang masih didatangi haid ialah


sebanyak tiga kali suci.

234
c) Iddah perempuan yang tidak ada haid sama ada telah
putus haid atau belum kedatangan haid maka
iddahnya ialah tiga bulan.

d) Iddah perempuan yang kematian suami dengan


syarat dia tidak hamil maka iddahnya ialah empat
bulan sepuluh hari. Sekiranya dia kematian suami
dan dia pula hamil maka iddahnya ialah melahirkan
kandungan tersebut.

Seseorang perempuan yang baru dinikahi atau telah lama


bernikah tetapi tidak pernah disetubuhi suaminya kemudian
diceraikan oleh suaminya itu maka perempuan itu tidak perlu
beriddah. Tetapi dia wajib beriddah selama empat bulan
sepuluh hari sekiranya suaminya itu meninggal dunia
walaupun tidak pernah disetubuhi suaminya itu.

4. NAFKAH

Nafkah yang dimaksudkan ialah pemberian selepas


perceraian. Pemberian nafkah ini tertakluk kepada keadaan
isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau
perceraian sebelum persetubuhan.

NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN

a) Seseorang isteri yang diceraikan oleh suaminya


dengan talak rajie maka menjadi tanggungjawab ke
atas suami menyediakan nafkah berikut kepada
isterinya selama ia di dalam iddah :

i) Menyediakan makanan yang sepatutnya.


ii) Menyediakan pakaian yang sepatutnya.

235
iii) Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang
diceraikan itu.
iv) Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang
isteri seperti alat solek, belanja perubatan dan
sebagainya.

b) Sekiranya ia diceraikan dengan talak bain maka isteri


tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat
tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah.
Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil
maka dia juga layak mendapat keempat-empat
kemudahan seperti perempuan yang diceraikan
dengan talak rajie.

Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi


maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah
daripada suaminya.

Perempuan yang nusyuz juga tidak berhak mendapat


nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

5. MUTAAH

Mutaah ialah sebarang bentuk pemberian yang diberikan


oleh suami kepada isterinya sebagai ganti terhadap
kemungkinan si isteri akan terdedah kepada kesempitan
hidup dan lain-lain kemudaratan. Di kalangan masyarakat
Melayu, mutaah difahami sebagai saguhati perceraian.

Pemberian mutaah hendaklah diberikan selepas tamatnya


iddah.

Perempuan-perempuan yang berhak mendapat mutaah :-

236
a) Perempuan yang diceraikan dengan kehendak suami.
b) Perempuan yang dihukum oleh kadi, jatuh talaknya
(fasakh) disebabkan suaminya ada keaiban, atau
hilang atau mendatangkan mudarat kepadanya.

Perempuan - perempuan yang tidak berhak mendapat


mutaah :

a) Perempuan yang diceraikan sebelum bersetubuh.


b) Perempuan yang bertebus talak (khulu’).
c) Perempuan yang difasakh nikahnya dengan li’an.
d) Perempuan yang diceraikan oleh suaminya di atas
permintaannya sendiri.
e) Perempuan yang tercerai dengan sebab keaiban yang
ada pada dirinya sendiri.

Hakim Syarie mempunyai kuasa menentukan kadar bayaran


mutaah kepada si isteri setelah mengambil kira kedudukan
kewangan dan harta yang dimiliki oleh suami dan juga isteri.

6. HADANAH

Hadanah ialah mendidik dan menjaga anak bagi mereka


atau sesiapa yang berhak berbuat demikian.

Hukum hadanah adalah wajib kerana sekiranya diabaikan


maka anak-anak akan terdedah kepada segala bahaya dan
mudarat.

Hak mendapatkan hadanah :

a) Jumhur fuqaha berpendapat bahawa ibu lebih


berhak mendapatkan hak hadanah daripada si

237
bapa. Ini kerana ibu sebagai seorang perempuan
dilihat lebih pengasih daripada si bapa dan ibu
juga lebih tahan menanggung sabar dalam
mendidik anak jika dibandingkan dengan si bapa,
tambahan pula ibu lebih rapat dengan si anak jika
dibandingkan dengan si bapa.

b) Dalam keadaan ini tanggungjawab si bapa ialah


menyediakan nafkah kepada anak-anak yang
dijaga oleh si ibu. Nafkah yang dimaksudkan ialah
makan, minum, pakaian, belanja persekolahan
dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi seseorang
anak.

c) Hak hadanah boleh juga beralih kepada si bapa


dalam keadaan-keadaan berikut :

- Ibu enggan menjaga anak-anaknya.

- Ibu tidak layak menjaga anak-anaknya


disebabkan gila, fasik dan tinggal dalam
persekitaran yang boleh menjejaskan
pembesaran anak dalam suasana Islam.

- Anak enggan tinggal bersama ibunya.

d) Walau apapun Hakim Syarie mempunyai kuasa


sepenuhnya untuk menentukan kepada siapakah
hak hadanah hendak diberikan setelah
mengambilkira keadaan-keadaan ibu bapa (suami
isteri yang bercerai) dari segi kewangan,
pendidikan, persekitaran tempat tinggal, tahap
keagamaan dan sebagainya.

238
TAJUK : FASAKH (PEMBATALAN NIKAH)

1. MUQADDIMAH

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa pembubaran


perkahwinan boleh berlaku dengan talaq iaitu dengan lafaz
tertentu dari suami, atau melalui pembatalan nikah melalui
permohonan mana-mana pihak. Maksudnya talaq mesti
dengan lafaz daripada suami, manakala fasakh tidak
memerlukan lafaz dari suami, ia hanya memerlukan
permohonan dari mana-mana pihak samada suami atau
isteri dan disabitkan oleh Mahkamah. Mengikut peruntukan
undang-undang yang ada pembubaran perkahwinan samada
melalui talaq atau fasakh hendaklah dibuat dan diputuskan
di Mahkamah Syariah.

2. APA ITU FASAKH?

2.1. Fasakh menurut istilah (Hukum Syara’) ialah


perceraian yang berlaku di antara suami isteri
disebabkan timbul sesuatu hal yang boleh
membatalkan akad nikah.

2.2. Dasar hukum fasakh ialah salah seorang dari suami


isteri, atau kedua-duanya tidak merasa sanggup
meneruskan perkahwinannya, dan kalau diteruskan
juga keadaan kehidupan rumahtangga mereka akan

239
bertambah buruk, dan akan menyebabkan timbul
suasana hidup suami isteri itu tidak tenteram, maka
Islam mengharuskan fasakh demi untuk kebaikan
suami isteri tadi, kerana Islam tidak sekali-kali
mengingini berlaku pergaulan hidup suami isteri itu
dalam keadaan yang merugikan sebelah pihak.

2.3. BILAKAH FASAKH ITU BOLEH BERLAKU?

2.3.1. Dengan sebab didapati, sesuatu perkara yang


merosakkan akad nikah, contoh :

- Setelah akad nikah ternyata perempuan


yang dinikahi itu (isterinya) saudara
sesusunya atau adiknya dan sebagainya
maka ketika itu batal akad nikanya, iaitu
rosak nikahnya dan terfasakh ataupun

- Perkahwinan anak lelaki atau


perempuan belum baligh (masih kanak-
kanak) yang dilakukan oleh wali selain
daripada wali mujbir (ayah atau datuk).
Apabila kanak-kanak itu telah baligh,
maka anak tersebut (lelaki atau
perempuan) berhak memilih untuk
meneruskan perkahwinannya atau
dibatalkan. Pemilihan ini dinamakan
“Khiyaarul Bulugh” (memilih setelah
dewasa). Apabila salah satu pihak
memilih untuk mengakhiri
perkahwinannya, maka akad nikahnya
batal dan difasakhkan.

240
2.3.2. Dan harus juga nikah itu difasakh dengan
adanya sebab yang datang selepas berlaku
akad nikah (ijab kabul).

Contoh :-

Salah seorang dari suami isteri itu murtad


(keluar dari agama Islam) dan ia tidak kembali
lagi kepada Islam. Maka dengan sebab murtad
salah seorang dari suami isteri tadi
terfasakhlah nikahnya

Atau

Berlaku penipuan di pihak lelaki atau


perempuan, contohnya seorang lelaki mandul
yang tidak dapat memberikan keturunan, maka
pihak isteri berhak minta fasakh kepada
suaminya bila ia tahu bahawa suaminya
mandul kecuali isteri itu memilih untuk tetap
menjadi isterinya dan redha digauli oleh
suaminya. Ini adalah berdasarkan kepada
perkataan Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau
berkata kepada seorang lelaki yang mandul
yang akan mengahwini seorang perempuan :

Maksudnya :
“Beritahulah kepadanya bahawa engkau
mandul dia bersetuju kepada engkau ataupun
tidak.”

241
3. ANTARA SEBAB YANG MENGHARUSKAN FASAKH

Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang


mengaku dirinya orang yang baik-baik, kemudian ternyata
bahawa lelaki itu seorang yang fasik, maka perempuan itu
berhak minta fasakh untuk membatalkan akad nikahnya.

- Seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan


yang mengaku dirinya masih gadis atau perawan,
tetapi setelah berkahwin ternyata perempuan itu
sudah menjadi janda, hal ini menyebabkan juga harus
fasakh, dan suami itu berhak meminta ganti rugi
maharnya sebanyak mahar seorang gadis atau janda.

- Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan,


kemudian didapati bahawa perempuan itu ada
keaiban pada dirinya, tidak dapat dicampuri,
misalanya selalu beristihaadhah (keluar darah dari
rahimnya) di mana istihaadhah itu adalah aib yang
mengharuskan fasakh. Tetapi menurut pendapat
Jamhurul Ulamak, bahawa istihaadhah itu tidak harus
fasakh.

- Seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, dan


perempuan itu mengidap penyakit seperti sopak,
kusta atau gila, maka pada masalah ini, harus juga
difasakhkan nikahnya.

4. KECACATAN YANG MENGHARUSKAN FASAKH

242
4.1. Menurut Hukum Syara’ kecacatan atau keaiban
perempuan yang mengharuskan fasakh ialah lima
macam :

- gila (termasuk gila yang tidak berterusan)


- kusta
- sopak
- tertutup alat kelaminnya dengan daging
- tertutup alat kelaminnya dengan tulang

4.2. Bagi lelaki 5 macam juga :

- gila } setiap penyakit yang berbahaya


- kusta } atau berjangkit harus fasakh

- sopak – tidak menghalang persetubuhan tapi


ditakuti menjangkiti pasangan
- terpotong alat kelamin
- lemah alat kelamin (mati pucuk)

(Hakim tidak harus memansuhkan nikahnya di hari


pengakuan suami itu, tangguh setahun mulai kesnya
dibawa)

5. TIDAK MEMBERI NAFKAH

5.1. Menurut hHkum Syara’ apabila suami itu tidak


memberi nafkah kepada isteri sedangkan ia
mempunyai harta atau perkerjaan haruslah bagi isteri
itu fasakh.

243
5.2.Apabila seseorang suami tidak dapat memberi nafkah
kepada isterinya di sebabkan tidak mempunyai
sesuatu pekerjaan atau kerana sakit, tidak harus bagi
isterinya menuntut fasakh, kecuali suami tadi tidak
bekerja (menganggur atau kait yang berpanjangan).
6. PENUTUP

6.1. Suami/isteri yang dikurniakan Allah kepada seseorang


adalah amanah Allah dan kita akan dapat merasai
kenikmatan hidup di dunia dan akhirat dengan
menjalinkan kasih sayang bersama malah mereka
menjadi rakan, pendorong dalam menjalani
kehidupan malah mereka dapat menjadi penghibur
sebenar di saat suka dan duka.

6.2. Suami/isteri yang terabai dan tidak menunaikan


tanggungjawab mereka masing-masing akan sentiasa
hidup dalam kebingungan dan memendam perasaan.
Dan merasakan hidup mereka sentiasa dalam
kesiksaan dengan menghadapi tekanan mental dan
fizikal. Oleh itu keadaan ini hendaklah dibetul
bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran.

6.3. Jika tidak, pilihlah samada hidup dengan baik atau


berpisah dengan baik dan terhormat mengikut syariah
Islamiah.

244
TAJUK : “LI’AN” - KUTUKAN

1. MUQADDIMAH

1.1. Islam amat melarang seseorang mengutuk seseorang


yang lain, lebih-lebih lagi seorang suami jika ia
dengan sewenang-sewenangnya mengutuk isterinya.

1.2. Begitu jua Islam melarang seseorang supaya jangan


sewenang-sewenangnya menuduh isterinya atau
suaminya berlaku curang.

1.3. Menceritakan kepada orang lain, rakan-rakan dan


sebagainya dalam perkara buruk akan membawa
kepada fitnah, api fitnah yang disebarkan amat susah
pula untuk dipadamkan.

1.4. Oleh itulah Islam telah menetapkan sesiapa sahaja


yang menuduh orang lain melakukan perbuatan zina
tanpa mendatangkan empat orang saksi maka ia
boleh dihukum qazaf iaitu didera dengan delapan
puluh kali sebatan. Dalam hal ini termasuklah jika
suami menuduh isterinya berzina tanpa bukti. Ini
adalah sebagaimana yang ditegaskan Allah dalam
firmannya di dalam Surah Annur, ayat 4-5 :

245
Maksudnya :
“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-
perempuan yang baik berzina dan mereka tidak
mendatangkan empat orang saksi, maka deralah
mereka yang menuduh itu delapan puluh kali dera,
dan janganlah kamu terima kesaksian mereka
selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang
yang fasik, kecuali orang-orang yang bertaubat
sesudah itu dan memperbaiki dirinya, maka
sesungguhnya Allah maka pengampun lagi maha
penyayang.”
(Surah An-Nur, ayat 4-5)

1.5. Namun Islam tidak pula melarang bagi suami yang


melihat sendiri isterinya melakukan perzinaan seperti
di bilik rumahnya daripada menuduh isterinya
waluapun tanpa mendatangkan empat orang saksi.
Ini adalah khusus pada suami sahaja tidak orang lain.

Tetapi ia mempunyai acara atau tatacara atau


prosedur yang amat ketat. Inilah apa yang dikatakan
atau diistilahkan “LI’AN”.

1.6. Walaupun demikian adalah dinasihatkan kepada


suami-suami yang melihat sendiri dengan matanya
melakukan zina, atau isteri itu mengaku sendiri,
bahawa ia melakukan zina, dan pengakuannya
diterima dan dibenarkan dengan keterangan-
keterangan yang jelas serta terbukti maka dalam

246
masalah ini sebaik-baiknya suami tadi hendaklah
menceraikan isterinya tanpa meli’an.

1.7. Apabila zina isteri itu tidak terbukti dengan


keterangan-keterangan yang jelas, maka suami
tersebut boleh mengemukakan tuduhan terhadap
isterinya itu atau melakukan li’an.

1.8. Li’an juga boleh berlaku dalam hal suami tidak


mengakui – menolak anak yang dikandung isterinya.
Misalnya suami mengaku belum pernah mencampuri
isterinya semenjak akad nikah, atau bila isteri sudah
melahirkan anak sebelum sampai enam bulan lebih
dari mulai percampuran.

1.9. Semua sumpah secara mengikut Hukum Syara’


hendaklah dibuat di hadapan hakim.

1.10. Manakala mengikut Undang-Undang Keluarga Islam


(Pindaan) 1992. Seksyen baru 48A memperuntukan
seperti berikut :

“Li’an 48A(1) apabila suami atau isteri dalam sesuatu


perkahwinan telah bersumpah secara lian mengikut
Hukum Syara’ di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah, Hakim itu hendaklah memerintahkan suami
dan isteri itu berfarak dan berpisah buat selama-
lamanya.”

2. LI’AN

2.1. APA YANG DIFAHAMI SEMUA KUTUKAN


HUKUMNYA ADALAH HARAM MELAINKAN
DALAM HAL JIKA SUAMI MEMPUNYAI ASAS

247
MENGUTUK ISTERINYA MELAKUKAN ZINA
ATAU MENAFIKAN ANAK YANG DIKANDUNG
ISTERINYA DENGAN CARA LI’AN. APAKAH
YANG DIKATAKAN LIAN ITU?

Lian menurut hukum Syara’ ialah sumpah seorang


suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina.
Sumpah itu diucapkan empat kali, bahawa
tuduhannya benar, dan pada sumpah yang kelima ia
meminta kutukan Allah sekiranya ia berdusta.

Pihak isteri juga bersumpah empat kali, bahawa


dirinya tidak melakukan sebagaimana yang dituduh
oleh suaminya. Pada sumpah yang kelima ia bersedia
menerima kutukan Allah bila ternyata tuduhan suami
benar.

Tegasnya : Li’an ialah suami isteri saling


menyatakan bahawa mereka bersedia dilaknat oleh
Allah setelah mereka itu bersumpah empat kali.

Li’an dilakukan adalah untuk menguatkan tuduhan


yang tidak didapati sesuatu bukti yang jelas yang
boleh diterima oleh Hakim atau Kadi bagi menyokong
tuduhan masing.

2.2. BAGAIMANA CARANYA SESEORANG SUAMI


YANG HENDAK MELIAN ISTERINYA?

Menurut hukum syara’ seseorang suami yang hendak


meli’an isterinya hendaklah berkata di hadapan Hakim

248
diperhimpunan orang ramai sekurang-kurangnya
empat orang.

“Aku naik saksi dengan Allah bahawa sesungguhnya


aku daripada orang yang benar pada apa yang aku
tuduh dengannya akan isteriku si anu melakukan
zina.”

Jika isteri itu hadir di masa suaminya meli’annya,


hendaklah suami tersebut menunjukkan dengan
tangannya ke arah isteri itu dengan berkata “isteriku
ini”.

Dan jika anak yang tidak diakui oleh suami itu


sebagai anaknya hadir di mana suami tersebut
meli’an isterinya, hendak suami itu berkata :

“Dan bahawasanya anak ini adalah anak zina, dan dia


bukan dari benih keturunanku.”

Perkataan-perkataan tersebut hendaklah diulang-


ulangkan sebanyak empat kali. Dan pada kali kelima,
suami itu hendaklah berkata pula :

“Dan atasku laknat Allah jika ada aku daripada orang


yang dusta pada apa yang aku tuduh dengan dia
akan isteriku itu melakukan zina.”

2.3. APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DILAKUKAN


OLEH ISTERI YANG DILIAN UNTUK
MENGUGURKAN HAD ZINA KE ATAS DIRINYA?

249
Menurut Hukum Syara’ tindakan yang patut dilakukan
oleh isteri yang dili’an untuk menggugurkan had zina
ke atas dirinya ialah dengan membalas li’an suaminya
selepas sahaja sempurna li’an suami itu dengan
berkata :

“Aku naik saksi dengan Allah bahawasnya sipulan itu


sesungguhnya adalah dari orang yang dusta pada
yang ia tuduh akan daku melakukan zina.”

Perkataan ini hendaklah diulang-ulang oleh isteri itu


sebanyak empat kali. Dan pada kali yang kelima,
hendaklah isteri yang melian tadi berkata :

“Dan atasku kemurkaan Allah jika ada ia (suamiku)


daripada orang yang benar pada apa yang
dituduhnya akan aku melakukan zina.”

2.4. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG TIMBUL


DISEBABKAN LI’AN SUAMI TERHADAP
ISTERINYA?

PERKARA-PERKARA YANG TIMBUL


DISEBABKAN LI’AN SUAMI TERHADAP
ISTERINYA?

2.4.1. Gugur had qazaf daripada suami.

2.4.2. Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an


suaminya. Jika isteri itu meli’an suaminya
gugurlah had zina tersebut daripada isteri itu.

2.4.3. Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui


oleh suami yang meli’an isterinya kepada

250
suami tersebut, jika suami tadi menolak anak
itu pada liannya. Walau bagaimanapun anak
itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang
dilian tadi.

2.4.4. Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi


suami yang meli’an isterinya berkahwin
kembali dengan isteri yang diliannya sekalipun
isteri tersebut telah berkahwin dengan
beberapa suami yang lain.

251
TAJUK : LAFAZ TALAK

1. SOALAN DAN JAWAPAN

Di antara hukum-hukum talak, hendaklah lafaz talak itu


dikasadkan (disengajakan). Bagaimanakah yang
dimaksudkan lafaz talak yang dikasadkan atau yang
disengajakan itu?

Yang dimaksudkan lafaz talak yang dikasadkan ialah


seseorang suami yang mentalakki isterinya hendaklah lafaz
talak itu dikasadkan talak.

2. LAFAZ TALAK SECARA GURAUAN ADAKAH JATUH?

Jika suami bermain-main atau bergurau senda mentalakki


iserinya, maka jatuhlah talaknya kerana talak itu tidak boleh
dipermainkan dan diperguraukan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya :
“Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh
dianggap bersungguh-sungguh dan yang dilakukan
dengan bergurau (bermain-main) adalah dianggap
bersungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.”

252
3. BAGAIMANA KALAU SUAMI ITU HILANG AKALNYA
DAN MENLAFAZKAN TALAK DISEBABKAN MINUM
MINUMAN YANG MEMABUKKAN SEPERTI ARAK ATAU
SEBAGAINYA, ADAKAH JATUH TALAK?

Ya! Jatuh talaknya, walaupun ia dalam keadaan yang


memabukkan kerana ia telah dengan sengaja memasukkan
bahan-bahan yang memabukkan ke dalam dirinya.

4. JIKA SESEORANG ITU MINUM UBAT BATUK


CONTOHNYA, KEMUDIAN MABUK DAN MELAFAZKAN
TALAK, ADAKAH JATUH TALAKNYA?

Tidak jatuh kerana ia minum ubat yang boleh


menghilangkan akal dengan tujuan untuk berubat atau
mabuk dengan tidak disengajakan, maka tidak jatuh
talaknya.

5. SESEORANG ISTERI YANG MELAFAZKAN TALAK KE


ATAS SUAMINYA ADAKAH JATUH TALAKNYA?

Tidak jatuh kerana talak itu hak suami.

6. SEORANG SUAMI YANG GILA MELAFAZKAN TALAK


ADAKAH SAH TALAKNYA?

Tidak sah kerana salah satu syarat suami yang hendak


mentalakki isterinya mestilah berakal.

Sabda Rasulullah s.a.w.

253
Maksudnya :
“Semua talak itu sah kecuali talak orang yang tidak waras.”

7. SUAMI YANG SEDANG TIDUR (MENGIGAU)


MELAFAZKAN TALAK, ADAKAH JATUH TALAKNYA?

Tidak jatuh, ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah


s.a.w. :

Maksudnya :
“Diangkatkan (dibebaskan) dosa dari tiga macam orang,
orang yang tidur sehingga ia bangun, kanak-kanak hingga ia
dewasa dan orang gila hingga ia berakal (sembuh dari
gilanya).”

8. SUAMI DIPAKSA OLEH MANA-MANA ORANG


MELAFAZKAN TALAK ADAKAH JATUH TALAKNYA?

Tidak jatuh atau tidak sah talak dengan dipaksa, tanpa


kehendak suami itu sendiri, yang mana paksaan itu masih
dapat dielakkan dan dipertahankan oleh suami tadi yang

254
tidak menyebabkan kebinasaan kepada dirinya atau
hartanya.

Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
“Diangkatkan (dimaafkan) atas umatku yang tersalah,
terlupa dan terpaksa.”

9. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIGHAH


DALAM RUKUN TALAK?

Sighah yang dimaksudkan ialah lafaz yang digunakan di


masa bercerai, seperti di dalam Bahasa Arab menggunakan
lafaz “talak, firak dan sarah” atau dalam Bahasa Melayu
“Cerai” seperti suami berkat keapda isteirnya, “Aku Ceraikan
Engkau” atau “Aku Talakkan Engkau”.

Setiap lafaz atau perkataan yang memberi erti yang jelas di


atas maksud cerai dengan apa sahaja bahasnya adalah jatuh
talaknya, dan tidak berhajat dengan niat lagi, kerana talak
yang dilafazkan dengan jelas yang mengandungi erti adalah
termasuk dalam bahagian “talak sareh”.

10. LAFAZ TALAK ADA BERBAGAI-BAGAI CARA,


BOLEHKAH DIJELASKAN?

Lafaz talak ada berbagai-bagai cara, diantaranya :

LAFAZ SAREH

255
Iaitu talak yang nyata dan jelas, tanpa kehendak kepada
niat, seperti suami berkata kepada isterinya :

“Aku talakkan engkau, atau aku ceraikan engkau dengan


talak satu, dua ataupun tiga.”

TALAK KINAYAH

Iaitu talak yang kehendak kepada niat di mana maksud lafaz


talak tersebut tidak nyata dan boleh di diertikan kepada
maksud yang lain. Seperti berkata suami kepada isterinya :

“Aku Kosongkan Engkau” atau “Engkau Haram Atasku” atau


“Engkau Seperti Bangkai” dan lain-lain. Jika suami itu
berniat bahawa lafaz yang dikatakan kepada isterinya itu
bermaksud talak, maka jatuhlah talaknya, tetapi jika lafaz
yang dikatakannya itu bukanlah niat talak, maka yang
demikian tidaklah jatuh talaknya. Tegasnya talak kinayah ini
jatuh atau tidak jatuhnya adalah bergantung kepada niat
suami tadi.

TALAK TAKLIK

Iaitu talak yang bergantung dengan sesuatu perkara atau


perbuatan, di mana perkara atau perbuatan itu dilakukan
oleh isteri atau oleh suami, seperti berkata suami kepada
isterinya :

“Jika Engkau Keluar Dari Rumah Tanpa Kebenaranku,


Engkau Tertaklak”. Atau “Jika Aku Tidak Balik Dalam Masa
Sebulan, Maka Engkau Tertaklak”. Kedua-dua misalan ini
atau seumpamanya jika berlaku mengikut takliknya, maka
jatuh talaknya.

256
KHULUK (TEBUS TALAK)

Lafaz-lafaz khuluk’ seperti berkata suami kepada isterinya:

“Saya Talakkan Engkau Dengan Bayaran RM1,000.00/=.


Jawab isteri kepada suaminya, “Khulukkan saya dengan
RM1,000.00/=. Berkata suami, “Saya Khulukkan Engkau”.

TAJUK : TALAK

1. SOALAN DAN JAWAPAN

MUQADIMMAH

Sesuatu pernikahan yang dilangsungkan itu adalah untuk


tempoh yang berkekalan namun kadang-kadang maksud itu
tidak kesampaian oleh sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Oleh sebab itu, disyariatkan perceraian.

2. CARA PERKAHWINAN DITAMATKAN

257
2.1. Perkahwinan putus ditamatkan (putus) melalui dua
cara iaitu melalui perceraian atau pembubaran
(fasakh).

2.2. Perceraian berlaku apabila si suami melafazkan cerai


atau talak (lafaz sarih) seperti talak firaq, sarah ke
atas si isteri samada berniat berbuat demikian atau
tidak.

2.3. Manakala suami yang melafazkan dengan lafaz


kinayat memerlukan niat untuk tunjuk perceraian.

3. TALAK RAJIE

3.1. Talak rajie ialah talak yang dilafazkan oleh suami ke


atas isterinya dan dia berhak untuk merujuknya
kembali kepada nikah yang asal sekiranya si isteri
masih lagi di dalam iddah. Talak satu dan talak dua
termasuk dalam jenis talak rajie. Talak dua boleh
berlaku dalam dua bentuk, sama ada suami
melafazkan talak dengan di lafaz dua talak sekaligus
atau dilafazkan talak satu demi satu.

3.2. TALAK BAIN

Talak bain ialah talak yang dilafazkan oleh suami di


mana apabila terlafaznya telah tersebut maka si
suami tidak lagi boleh merujuk kembali isterinya
kepada nikah yang asal kecuali setelah isterinya itu
berkahwin dengan lelaki yang baru, kemudian
disetubuhinya dan kemudian diceraikan oleh suami

258
tersebut dengan kerelaan hatinya tanpa dipaksa atau
didorong untuk berbuat demikian. Apabila setelah
selesai iddahnya maka ketika itu barulah bekas
suaminya yang pertama boleh merujuk semula
perempuan tersebut dengan akad nikah yang baru
dan dengan membayar mas kahwin yang baru.

3.3. TALAK BAIN SUGRA

3.3.1. Apabila telah berlaku di antara pasangan yang


belum mengadakan hubungan kelamin dan
pasangan yang bercerai dengan cara khulu’.
Suami tidak boleh rujuk isterinya semasa iddah
tetapi boleh berkahwin dengan akad dan mas
kahwin baru.

TALAK BAIN KUBRA

3.3.2. Apabila pasangan telah bercerai dengan 3 kali


talak atau dengan talak tiga. Tidak boleh
berkahwin semula melainkan bekas isteri
berkahwin dengan lelaki lain dan telah
melakukan hubungan kelamin dengan suami
barunya kemudian mereka bercerai. Setelah
tamat iddah bekas isteri tersebut boleh dinikahi
semula dengan akad dan mas kahwin baru.

4. KHULUK

4.1. APA ITU KHULUK?

259
Khuluk ialah lafaz cerai yang dilafazkan oleh suami ke
atas isterinya dengan mendapat gantian yang
diberikan oleh si isteri disebabkan persetujuan si
suami menceraikannya.

4.2. Khuluk bermaksud tebus talak di mana isteri


memajukan permohonan bercerai kepada suaminya
dengan membayar wang ringgit atau sesuatu yang
bernilai kepada si suami di atas persetujuannya
menjatuhkan talak.

4.3. Khuluk akan berlaku apabila kedua-dua pihak


melafazkan ijab dan qabul.

a) Lafaz ijab, suami berkata kepada isterinya :

“Aku ceraikan kamu dengan wang tunai


sebanyak RM500.00 tunai.”
b) Lafaz Qabul, isteri berkata kepada suaminya :

“Aku terimalah ceraimu dengan bayaran yang


tersebut.”

4.4. Apabila terlafaznya ijab dan qabul maka jatuhlah talak


ke atas si isteri dengan talak bain sughra.

4.5. Khuluk hendaklah dengan kerelaan daripada isteri dan


tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

5. CERAI TAKLIK

Perceraian yang berlaku sekiranya suami membuat talak


taklik, iaitu pasangan pernah membuat lafaz talak dengan

260
mengaitkan perbuatan atau perkataan dalam perkahwinan
mereka. Telah jatuh mengikut taklik yang pernah dibuat.

6. LI’AN

6.1. Li’an ialah sumpah yang dilafazkan oleh suami


menyatakan isterinya berzina atau ia menafikan
kandungan isterinya bukan daripada benihnya atau
isteri bersumpah menafikan tuduhan suami.

6.2. Li’an tidak akan menjadi kenyataan sekiranya perkara


ini tidak dibawa di hadapan Kadi. Li’an tanpa
kehadiran Kadi (Hakim) adalah tidak sah.

6.3. Implikasi li’an hubungan atau ikatan perkahwinan di


antara mereka tidak boleh lagi rujuk dan berkahwin
lagi buat selama-lamanya.
7. ILA’

7.1. Ila’ ialah sumpah seorang suami yang menjadi sah


talaknya untuk tidak bersetubuh dengan isterinya
selama-lamanya atau melebihi empat bulan.

7.2. Hukum ila’ adalah haram.

7.3. Sekiranya seorang suami yang telah berila dan tidak


bersetubuh dengan isterinya sehingga tamat tempoh
ila’ tersebut maka hukumannya gugurlah talak bain ke
atas isterinya dan sebagai rahmat pula ke atas si isteri
dan sebagai rahmat pula ke atas si isteri untuk
membebaskannya daripada si suami dan
membolehkannya berkahwin dengan lelaki yang lain
pula.

261
8. ZIHAR

8.1. Zihar apabila seseorang suami menyamakan isterinya


dengan mana-mana perempuan yang diharamkan
berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan
berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu, anak
perempuan dan lain-lain (nasab atau susuan).

8.2. Zihar hukumnya haram apabila telah berlaku zihar,


maka suami diharamkan bersetubuh dengan isterinya
kecuali setelah membayar kifarah.

KIFARAH ZIHAR

8.3. Memerdekakan seorang hamba Muslim.

8.4. Berpuasa dua bulan berturut.

8.5. Memberi makan 60 orang miskin dengan secupak


beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan
tersebut.

8.6. Zihar tidaklah termasuk dalam bahagian talak.

9. FASAKH

262
9.1. Fasakh boleh dilakukan ialah dengan sebab didapati
sesuatu perkara yang merosakkan akad nikah.
Contohnya :

Selepas akad nikah (ijab kabul) ternyata perempuan


yang dinikahinya itu saudara sesuannya.

9.2. Perkahwinan harus difasakh dan dibatalkan di


antaranya :-

9.2.1. Penipuan – Mandul suami / isteri.


9.2.2. Mengaku perawan (gadis) ternyata janda.
9.2.3. Lelaki perempuan yang mempunyai keaiban
diri tidak boleh bersetubuh.
9.2.4. Penyakit sopak, kusta, gila.
9.2.5. Suami tidak memberi nafkah sedangkan ia
mampu.

10. PENUTUP

Perlulah diingatkan bahawa talak bukanlah perkara yang


boleh dipermain-mainkan atau diperemehkan. Oleh itu
perkataan talak atau apa-apa perkataan yang membawa erti
talak hendaklah disimpan melainkan di hadapan Hakim
Mahkamah Syariah.

Selain itu hukum-hukum perceraian hendaklah dipelihara di


antaranya :-

10.1. Haram :

263
Iaitu seorang suami mentalakki isterinya sedang haid
atau nifas atau di waktu suci sesudah dicampurinya.
Dan sunat suami itu rujuk kepada isterinya semula.

10.2. Makruh :

Iaitu seorang suami mentalakki isterinya yang baik


tingkah lakunya dan taat kepada ajaran agamanya
dan tidak ada apa-apa kesalahan pula.

10.3. Wajib

Iaitu talak yang dilakukan oleh Hakam dan talak dari


suami yang melakukan ila’. Setelah lebih masanya
empat bulan.

10.4. Sunat

Iaitu seorang suami mentalakki isterinya yang


mempunyai kelakuan yang tidak baik, dan tidak taat
kepada perintah-perintah agama serta melanggar
larangannya, dan tidak menjaga kesopanan dirinya.

10.5. Harus :

Iaitu seorang suami mentalakki isterinya di mana


suami itu tidak suka kepada isterinya dan tidak suka
juga memberi nafkah kepada isterinya itu.

264
TAJUK : HARTA SEPENCARIAN

1. MUQADDIMAH

Di Malaysia seseorang perempuan Islam yang berkahwin


dengan seseorang lelaki Islam dia masih mempunyai hak
dan kuasa memiliki ke atas harta. Pemilikannya ke atas
harta diakui dan dia boleh terus memiliki harta yang
diperolehi sebelum berkahwin dan juga setelah berkahwin.
Oleh itu, dia boleh menuntut dan dituntut di mahkamah.
Pengiktirafan ke atas memiliki harta seumpama ini adalah
bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :

“………………(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada


bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang
perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan …”
(Surah An Nisa’ ayat 32)

Adat Melayu juga telah memperuntukkan bagi isteri-isteri


supaya mendapat bahagian dari harta sepencarian oleh
kerana mereka melibatkan diri sama ada secara langsung
atau tidak langsung membantu suami dalam pekerjaan dan
usaha untuk mendapatkan harta.

265
2. Mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga
Islam (Perak) 1984, Seksyen 54 mengenai Kuasa Mahkamah
memerintah pembahagian harta sepencarian adalah seperti
berikut :

3. Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan


lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian,
memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh
pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha
bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-
mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara
pihak-pihak itu.

4. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen(1)


Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang :

4.1. Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh


tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau
kerja bagi memperolehi aset-aset itu.

4.2. Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak


yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka.

4.3. Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa


dari perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk kepada
pertimbangan-pertimbangan itu Mahkamah hendaklah
dengan seberapa boleh membuat pembahagian yang
saksama mengikut usaha atau modal masing-masing.

5. SOALAN DAN JAWAPAN

266
5.1. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “HARTA
SEPENCARIAN”?

Harta sepencarian ialah suatu harta sama ada harta


alih atau tak alih yang diperolehi bersama oleh suami
dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan
bersama dalam masa perkahwinan mereka masih
berjalan dan berkuatkuasa. Harta itu juga
termasuklah harta yang diperolehi sebelum mereka
berkahwin tetapi telah dapat dimajukan atau
ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan hasil
usaha bersama atau sumbangan bersama mereka.

5.2. APAKAH PERKARA YANG DIAMBILKIRA DALAM


MENENTUKAN HARTA SEPENCARIAN?

Harta sepencarian yang diperolehi dalam masa


perkahwinan itu dinilai dari dua perkara :

i) Sumbangan secara langsung dan


ii) Sumbangan secara tidak langsung

SUMBANGAN SECARA LANGSUNG

- ialah apabila suami dan isteri sama-sama


bekerja atau berusaha bagi mendapatkan
pemilikan sesuatu harta atau aset seperti
pembelian sebidang tanah. Contohnya si
suami ingin membeli sebidang tanah kemudian
telah meminta bantuan si isteri untuk
membayar wang pendahuluan sementara
bayaran ansuran seterusnya ditanggung
sepenuhnya oleh si suami maka tanah itu
adalah dikira sebagai harta sepencarian.

267
SUMBANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG

- boleh diterangkan melalui contoh yang


berikut :-

i) Seorang lelaki telah berkahwin dengan


seorang perempuan dari keturunan
yang berpengaruh dan hartawan.
Kesan daripada pengaruh keluarga si
isteri, si suami telah mendapat gelaran
tertentu dalam masyarakat dan telah
maju di dalam perniagaan. Maka hasil
daripada kejayaan-kejayaan yang
dicapai oleh si suami itu telah pula
berjaya mengumpulkan banyak harta
atau aset lain dalam masa perkahwinan
mereka itu. Dengan demikian harta
yang diperolehi oleh si suami itu
sebenarnya hasil sumbangan tidak
langsung daripada si isteri dan boleh
dikira sebagai harta sepencarian.

ii) Sepasang suami isteri yang berasal dari


golongan yang kurang berada telah
diberi satu lesen untuk menjalankan
perniagaan. Isterinya tidak bekerja dan
merupakan seorang isteri yang taat dan
menjalankan urusan rumahtangga
dengan baik. Berkat dorongan isteri
dan keharmonian rumahtangganya
suami telah berjaya di dalam perniagaan
dan menjadi seorang ahli korporat yang
berjaya. Kejayaan suami itu secara

268
tidak langsung merupakan sumbangan
isterinya kerana isteri telah memberi
kebahagiaan dan perangsang kepada
suami di dalam mencapai kejayaan
tersebut.

5.3. SIAPAKAH YANG BERHAK TERHADAP HARTA


SEPENCARIAN?

Hanya suami dan isteri sahaja yang berhak membuat


tuntutan terhadap harta sepencarian selepas berlaku
perceraian atau perpisahan atau salah satu pihak
meninggal dunia.

5.4. BAGAIMANA BOLEH TIMBUL TUNTUTAN


TERHADAP HARTA SEPENCARIAN?

Tuntutan terhadap harta sepencarian ini berpunca


dari perkahwinan yang sah mengikut undang-undang
sahaja. Ini bermakna pasangan yang
bersekedudukan tanpa nikah yang sah dan
memperolehi apa-apa harta semasa bersekedudukan
itu tidak berhak menuntut harta sepencarian
mengikut undang-undang Islam.

5.5. BILAKAH TUNTUTAN TERHADAP HARTA


SEPENCARIAN BOLEH DIBUAT?

269
Tuntutan terhadap harta sepencarian boleh dibuat
kepada mahkamah oleh suami atau isteri apabila
berlaku :

i) Perceraian atau
ii) Kematian dari pihak suami atau isteri.

5.6. BAGAIMANA MENENTUKAN KADAR DALAM


PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN?

Kadar yang diperolehi dari pembahagian harta


sepencarian adalah mengikut kadar mana banyaknya
sumbangan daripada suami dan isteri dalam
perolehan sesuatu harta itu. Contohnya :

i) Si suami membeli sebuah kereta dengan harta


RM35,000.00 manakala si isteri telah
menyumbangkan wangnya sendiri dalam
pembelian kereta itu sebanyak RM10,000.00
Apabila berlaku perceraian si suami mahukan
kereta itu maka si isteri berhak mendapatkan
kembali wangnya sebanyak RM10,000.00
daripada bekas suaminya itu.

ii) Sepasang suami isteri telah membeli sebuah


rumah dengan harga RM50,000.00 suami
bayar RM40,000.00 isteri t elah bayar
sebanyak RM10,000.00 dan harta itu
didaftarkan atas nama isteri apabila bercerai

270
suami boleh mendapat bahagiannya daripada
harta tersebut.

iii) Seorang suami telah membawa isteri ke


tempat berniaga. Hasil daripada perniagaan
itu harta telah terkumpul. Apabila terjadi
perceraian isteri patut diberi bahagian kerana
penyertaan isteri memberi kedamaian dan
ketenteramannya dalam kejayaan suami.

Kadar sebenar pembahagian harta sepencarian adalah


berdasarkan setakat mana sumbangan yang diberikan oleh
satu-satu pihak itu dan ianya juga akan ditentukan oleh
Mahkamah.

6. BAGAIMANAKAH CARA PEMBAHAGIAN DIBUAT?

Pembahagian boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu :

i) SECARA SULH :

iaitu dengan cara pengakuan dan penyerahan hak


kepada satu pihak lagi seperti si suami mengaku
bahawa rumah itu adalah harta sepencarian tetapi dia
tidak mahu menuntut, sebaliknya melepaskan haknya
terhadap rumah itu kepada bekas isteri dan anak-
anaknya.

ii) SECARA BAYARAN BALIK :

iaitu apabila diakui sebidang tanah adalah harta


sepencarian tetap si suami atau si isteri mahu
memiliki terus tanah itu maka siapa yang ingin terus

271
memiliki tanah itu hendaklah memulangkan semula
wang pihak satu lagi yang telah dibayar semasa
pembelian tanah itu.

iii) SECARA PENJUALAN :

iaitu si suami dan si isteri tidak mahu memilik sesuatu


harta / aset tetapi mahukan bahagian masing-masing,
maka mahakmah akan memerintahkan harta / aset
itu dijual dan pembahagian mengikut kadar
sumbangan terhadap harta aset itu.

iv) SECARA BAHAGI DUA :

seperti kedua belah pihak suami dan isteri telah tidak


dapat membezakan berapakah jumlah wang yang
telah disumbangkan dalam perolehan sesuatu harta
itu. Cara penyelesiaannya ialah dengan menjual
harta itu dan hasilnya dibahagi dua.

v) BUDIBICARA MAHKAMAH :

iaitu apabila pihak-pihak membuktikan bahawa harta


yang mereka perolehi adalah hasil sumbangan tidak
langsung daripada salah satu pihak maka kadar yang
diperolehi oleh pihak itu adalah mengikut kuasa kuasa
budibicara hakim perbicaraan dengan mengambil kira
kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak
itu.

7. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU


DIKEMUKAKAN SEMASA MEMBUAT TUNTUTAN DI
MAHKAMAH?

272
Perkara-perkara yang diperlukan semasa membuat tuntutan
pada amnya meliputi :

i) Jenis harta sama ada harta alih atau tak alih.

ii) Setakat mana banyaknya sumbangan dalam


pemilikan harta itu.

iii) Dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan


harta/aset seperti tanah, rumah, kereta atau saham.

iv) Saksi-saksi yang boleh menerangkan tentang


bagaimana pemilkan harta / aset itu sama ada
berpunca dari hasil usaha si suami atau si isteri.

v) Bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak


seperti hutang piutang atau anak-anak di dalam
jagaan.

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan agar anda sentiasa


menyimpan apa-apa resit, dokumen atau perjanjian yang
menunjukkan pembelian atau pemilikan sesuatu harta / aset
yang bernilai seperti tanah, rumah, kereta atau saham.

8. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DIAMBIL KIRA


OLEH MAHKAMAH MENENTUKAN KADAR
PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN?

Mahkamah akan mengambilkira 3 perkara penting berikut :

273
i) Setakat manakah sumbangan-sumbangan yang
dibuat oleh satu-satu pihak dalam bentuk wang, harta
atau kerja dalam memperolehi harta-harta tersebut.

ii) Apa-apa hutang oleh salah satu pihak yang telah


dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama.

iii) Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa


dalam perkahwinan.

Tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan di atas


Mahkamah memuat pembahagian yang sama banyak di
antara kedua-dua belah pihak.

TAJUK : SISTEM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

SOALAN DAN JAWAPAN

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA


PUSAKA?

Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang


mengandungi alih dan harta tak alih. Harta seperti wang
tunai, saham, caruman KWSP, wang imbuhan
insuran,kenderaan, perabut rumah, pakaian, barang kemas
dan sebagainya dipanggil harta alih. Harta seperti tanah
serta kepentingan atas tanah tersebut, lombong, sawah,
bendang, telaga, tasik dan sebagainya disebut sebagai harta
tak alih.

2. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BERSANGKUT


DENGAN PENINGGALAN SI MATI?

274
Apabila mati seseorang maka bersangkut di atas
peninggalan itu lima perkara iaitu mengikut aturan berikut :

a) Hak yang tertakluk dengan diri peninggalan pada


masa hidup si mati itu seperti zakat.

b) Belanja kematiannya, seperti mengkapannya.

c) Hutangnya, samada hutang Allah s.w.t. atau hutang


anak Adam.

Maksudnya diri seseorang mukmin tergantung terikat


dengan hutangnya sehingga ia menunainya.

d) Wasiatnya iaitu pesanan seseorang dengan


melakukan kebajikan yang bergantung kemudian
daripada kematiannya.

e) Pusaka iaitu peninggalan si mati yang jadi hak


warisnya. Maka yang kelima dilaksanakan selepas
empat perkara yang tersebut dahulu.

3. ADAKAH PERKARA-PERKARA YANG MENGHALANG


PERWARISAN?

Perwarisan terhalang dan tertegah dengan tiga perkara :

1) Hamba sahaya.

275
2) Membunuh (orang yang diwarisi sengaja dibunuh).
3) Berlainan agama.

4. ADAKAH SEBAB SESEORANG DAPAT MENJADI


WARIS?

Sebab-sebab mendapat menjadi waris tiga perkara :-

1) Dengan sebab nikah.


2) Dengan sebab nasab.
3) Dengan sebab menjadi petuan hamba sahaya.

Menurut Mazhab Syafie selain daripada sebab-sebab yang tiga ini,


terdapat pula perkara yang keempat iaitu Baitulmal.

5. DI DALAM ISLAM, APAKAH PERKARA-PERKARA YANG


MENJADI RUKUN PERWARISAN?

Rukun-rukun perwarisan ada 3 perkara :

1) Orang yang diwarisi (simati).


2) Orang yang mewarisi.
3) Harta yang diwarisi.

Misalnya :

Bila seseorang Islam mati meninggalkan anak lelaki dan rumah,


maka orang yang mati tadi adalah orang yang diwarisi dan anak
lelaki mayat itu ialah waris, iaitu orang yang mewarisi dan rumah
yang ditinggal itu pula adalah harta yang diwarisi.

6. APAKAH SYARAT-SYARAT WARIS?

276
Syarat-syarat waris ada 4 perkara :

1) Pasti dan tahkik mati yang diwarisi.


2) Pasti dan tahkik hidup orang yang mewarisi.
3) Mengetahui perhubungan atau pertalian mereka yang
mewarisi dengan orang yang diwarisi sama ada
perhubungan atau pertaliannya dengan secara
keluarga atau nikah atau menjadi petuan kepada
(pemilik) hamba sahaya.
4) Mengetahui “jenis” pihak waris, sama ada dari pihak
waris lelaki atau waris perempuan.

7. SIAPAKAH YANG MENJADI WARIS DARI PIHAK


LELAKI?

Waris-waris dari pihak lelaki adalah 15 orang iaitu :

1) Anak lelaki.
2) Cucu lelaki.
3) Bapa.
4) Datuk hingga ke atas, iaitu bapa kepada bapa.
5) Saudara lelaki seibu sebapa.
6) Saudara lelaki sebapa.
7) Saudara lelaki seibu.
8) Anak saudara lelaki seibu sebapa.
9) Anak saudara lelaki sebapa.
10) Bapa saudara seibu sebapa.
11) Bapa saudara sebapa.
12) Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa.
13) Anak lelaki bapa saudara sebapa.
14) Suami.

277
15) Petuan hamba sahaya.

8. BILA WARIS-WARIS TERSEBUT KESEMUANYA MASIH


HIDUP BELAKA, MAKA SIAPAKAH ORANG YANG
BERHAK MENERIMA PUSAKA TERSEBUT?

Bila semua waris-waris lelaki hidup, yang mendapat waris


hanya tiga orang sahaja, iaitu :

1) Bapa.
2) Anak lelaki dan
3) Suami

Masalah ini sebagaimana berikut :

12

Bapa 1/6 2

Suami ¼ 3

Anak lelaki Asabah 7


(Menghabiskan Pembahagian Harta)

Jumlah 12

9. SIAPAKAH WARIS DARI PIHAK PEREMPUAN?

Waris dari pihak perempuan 10 orang iaitu :

278
1) Anak perempuan.
2) Cucu perempuan dari anak lelaki.
3) Ibu.
4) Nenek perempuan sebelah bapa hingga ke
atas.
5) Nenek perempuan sebelah ibu hingga ke atas.
6) Saudara perempuan sebapa.
7) Saudara perempuan seibu.
8) Isteri atau beberapa orang isteri.
9) Petuan perempuan hamba sahaya.

10. BILA WARIS-WARIS PEREMPUAN KESEMUANYA


MASIH HIDUP, SIAPAKAH YANG MENJADI WARIS?

Yang mendapat waris ialah 5 orang sahaja iaitu :

1) Anak perempuan.
2) Cucu perempuan dari anak lelaki.
3) Ibu.
4) Isteri dan
5) Saudara perempuan seibu sebapa.

24

Anak perempuan ½ 12

Cucu perempuan 1/6 4

Ibu 1/6 4

279
Isteri 1/8 3

Saudara perempuan seibu sebapa asabah 1

Jumlah 24

11. BILA SESEORANG MENINGGAL DUNIA, DI MANA


IANYA MENINGGALKAN WARIS LELAKI DAN WARIS
PEREMPUAN, SIAPAKAH YANG MENERIMA
BAHAGIAN SEBAGAI AHLI WARIS?

Yang menerima bahagian sebagai ahli waris adalah lima


orang sahaja iaitu :

1) Bapa.
2) Ibu.
3) Anak lelaki.
4) Anak perempuan dan
5) Suami atau isteri.

Jika yang meninggal dunia itu isteri, maka yang menerima pusaka
adalah suaminya. Masalah ini sebagaimana berikut :

12 36

280
Bapa 1/6 2 6

Ibu 1/6 2 6

Suami 1/4 3 9

Anak lelaki 2 5 10

Anak perempuan 1 5

Jumlah 12 36

12. JIKA SESEORANG ITU PUTUS WARIS DAN HARTA


TIDAK HABIS DIBAHAGIKAN, BAGAIMANA
DISELESAIKAN?

Bila seseorang Islam meninggal dunia, yang mana ianya


tidak meninggalkan seorang pun daripada ahli waris yang
berhak menerima pusaka, samada dari pihak waris lelaki
atau dari pihak waris perempuan, maka menurut Mazhab
Syafie, harta mayat tersebut tidak boleh diwarisi oleh
keluarga yang tidak termasuk dalam senarai waris-waris
yang berhak menerima pusaka. Mereka ini dalam istilah
faraidh dinamakan “zawil-arham”, ertinya orang yang
mempunyai kasih sayang yang tidak menerima puska,
seperti cucu lelaki daripada anak perempuan dan anak
perempuan dari anak perempuan. Begitu juga baki harta
yang tidak habis dipusakai oleh ahli-ahli waris tidak boleh
dikembalikan kepada ahli-ahli fardhu yang lain. Tetapi
hendaklah dikembalikan kepada Baitulmal, iaitu Majlis
Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah untuk
kebajikan dan perkembangan Agama Islam.

281
TAJUK : DUDA

1. MUQADDIMAH

Di dalam Kamus Dewan “Duda” bererti lelaki yang kematian


isterinya atau sudah bercerai daripada isterinya. Iaitu lelaki
yang bercerai hidup dipanggil duda begitu juga yang
bercerai mati atau dengan sebab kematian isteri juga
dipanggil duda.

2. BILANGAN DUDA

2.1. Sebenarnya jika dibuat bancian secara rambang atau


kita melihat hakikatnya, di mana-mana tempat sahaja
seperti di sesuatu kampung atau taman maka kita
dapati bilangan duda amat kecil berbanding dengan
bilangan janda. Membujang dan menduda
sebenarnya dilarang oleh Islam melainkan disebabkan

282
oleh faktor-faktor tertentu. Kurangnya orang bujang
terlajak dan menduda adalah suatu suasana yang
sesuai dengan kehendak Syara’. Ini kerana
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mahu melihat
seseorang itu menduda hingga ke akhir hayatnya.
Atau dengan lain perkataan ketika masa tuanya dan
di akhir hayatnya tiada yang menemani hidupnya.

2.2. Keadaan ini kadangkala sukar difahami oleh generasi


baru seperti membiarkan abangnya, bapanya hatta
datuknya menduda tanpa mencarikan pasangan
mereka yang sesuai. Begitupun mereka juga tidak
mengambil berat terhadap mereka, apa lagi yang
bertindak lebih dari itu dengan menghantar mereka di
rumah-rumah kebajikan.

3. BAGAIMANA PEDUDAAN INI BOLEH BERLAKU?

“Duda” ini berlaku dengan perceraian semasa hidup ataupun


pembubaran perkahwinan dengan beberapa sebab
antaranya :

3.1. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.


3.2. Timbangtara atau hakam.
3.3. Perceraian tebus talaq.
3.4. Perceraian di bawah ta’liq.
3.5. Pertukaran agama.
3.6. Fasakh.

Manakala perceraian dengan sebab kematian, ini adalah


dengan sebab kematian isteri maka perkahwinan mereka
terputus dengan kehendak Allah s.w.t.

283
4. IDDAH

4.1. Apabila berlaku pembubaran perkahwinan, samada


melalui perceraian hidup atau mati berkenaan, lelaki
tersebut tidak mempunyai iddah sebagaimana janda
atauu balu. Melainkan mana-mana lelaki yang
mempunyai empat orang isteri sahaja, apabila ia
menceraikan salah seorang isterinya maka ia tidak
boleh berkahwin lagi melainkan setelah tamat tempoh
iddah isteri yang diceraikannya.

4.2. Namun diingatkan kadangkala Pendaftar Nikah, cerai


dan rujuk menggunakan budi bicara mereka
(maslahah ammah) dengan menangguh permohonan
duda-duda yang hendak berkahwin lain setelah tamat
tempoh iddah isteri yang diceraikan kerana
kadangkala berlaku setelah ia berkahwin lain ia rujuk
semula kepada iserinya yang asal dan tak secara
langsung ia telah mempunyai dua orang isteri atau
dalam istilah lain berpoligami sedangkan ia tidak
mampu bertanggung jawab dan melaksanakannya.

5. TANGGUNGJAWAB SEORANG DUDA

5.1. Seorang duda yang telah melafaz ceraikan isterinya


jika perceraian tersebut dengan talaq raj’i atau talaq
bain sekalipun ia tidak boleh menghalau keluar atau
mengusir isterinya dari rumah tempat tinggal mereka
melainkan setelah tamat tempoh iddah mereka itu
pun jika tidak melibatkan tuntutan harta sepencarian
terhadap rumah tersebut dan sebagainya oleh bekas
isteri. Walaupun begitu jagalah akhlak Islam dengan

284
menghalang atau mengawal diri dari sifat yang
tercela itu samada mengusir atau menghalau dan
sebagainya. Mengikut adab Islam perkahwinan
hendaklah dilaksanakan dengan adab dan susila yang
penuh dihormati dan jika berlaku perceraian juga
hendaklah diselesaikan dengan adab dan susila yang
penuh dihormati. Dewasa ini ramai orang sudah
melangar adab ini tanpa malu dan segan silu. Tugas
kita adalah untuk mengembalikan susila dan akhlak
Islamiah dalam konteks ini.

5.2. Firman Allah dalam Surah At-Tholaq, ayat 1 :

Maksudnya :
“Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-
rumah tempat kediamannya sehingga habis iddahnya
dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari
situ, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji
yang nyata.”

5.3. Seorang duda yang menceraikan isteirnya dengan


talaq raj’i dan masih di dalam iddah hendaklah
memberi nafkah iddah dan tempat tinggal kepada
isterinya sehingga habis iddah isterinya.

5.4. Seorang duda yang menceraikannya dengan talaq


tiga atau talaq bain tidak wajib memberi nafkah iddah
tetapi wajib memberikan tempat tinggal.

Firman Allah dalam Surah At Tholaq, Ayat 6 :

Maksudnya :

285
“Tempatkanlah isteri-isteri yang sedang menjalani
iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan
kemampuan kamu. Dan janganlah kamu adakan
sesuatu yang menyakiti mereka pada tempat tinggal
itu dengan tujuan kamu menyusahkan kedudukan
mereka.”

5.5. Jika seseorang duda menceraikan isterinya yang


sedang mengandung, ketahuilah bahawa perbuatan
itu adalah haram hukumnya namun lafaz talaq
tersebut tetap jatuh. Maka nafkah iddah dan tempat
tinggalnya hendaklah diberikan kepada mereka
sehingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya.

5.6. Seorang duda yang mempunyai anak-anak hendaklah


menyelesaikan tanggungjawab nafkah anak dan lain-
lain terhadap anak begitu juga mengenai hak
penjagaan atau hadanah terhadap mereka, hendaklah
diselesaikan dengan baik.

5.7. Seorang duda yang memperolehi dan mempunyai


harta semasa perkahwinan mereka hendaklah
menyelesaikan harta sepencarian dengan bekas
isterinya dengan perasaan tanggungjawab dan baik.

6. KESIMPULAN

Begitulah sebahagian mengenai “duda” yang dapat


diperjelaskan. Jika perkahwinan dapat dilaksanakan dengan
baik dan penuh mesra kenapa tidak perceraian diselesaikan
dengan baik oleh kedua-dua pihak tanpa memerlukan
bantuan pihak ketiga.

286
TAJUK : JANDA DAN BALU

1. MUQADDIMAH

Takrif “Janda” mengikut Undang-Undang Keluarga Islam


1984 (UKI. Pk. 1984).

“Janda” ertinya seorang perempuan yang telah diceraikan.

Takrif “Balu” (UKI. Pk. 1984)

“Balu” ertinya perempuan yang suaminya telah mati.

Seseorang yang menjadi janda dengan sebab diceraikan


semasa hidup atau dengan kematian suaminya. Seorang
isteri yang kematian suaminya secara khusus dipanggil
“balu”.

JANDA DALAM IDDAH

287
Seseorang janda yang telah diceraikan tetapi masih di dalam
iddah mereka ditakrifkan sebagai janda dalam iddah.
Mereka tidak boleh berkahwin dengan orang lain melainkan
setelah habis iddah. Manakala balu dikehendaki berkabung
di atas kematian suaminya, begitu juga mereka tidak boleh
berkahwin lain melainkan setelah tamat iddah.

Perkahwinan semula seseorang janda dan balu mengikut


sek. 12 UKI. Pk. 1984 menyatakan :

1) Tiada seseorang perempuan boleh dalam masa


perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan,
berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

2) Jika perempuan itu adalah seorang janda :

a) Tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak


boleh pada bila-bila masa sebelum tamat
tempoh iddahnya yang dikira mengikut Hukum
Syara’, berkahwin dengan seseorang
melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah
bercerai.

b) Dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah


mengemukakan –

i) suatu surat perakuan cerai yang sah


yang dikeluarkan di bawah undang-
undang yang pada masa itu
berkuatkuasa, atau

ii) suatu salinan yang diperakui bagi


catatan yang berkaitan dengan

288
perceraiannya dalam daftar perceraian
yang berkenaan atau

iii) suatu perakuan yang boleh diberi atas


permohonannya selepas penyiasatan
yagn wajar oleh Pendaftar yang
mempunyai bidangkuasa di tempat yang
di mana permohonan itu dibuat, yang
bermaksud bahawa dia adalah seorang
janda.

c) Jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra


iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin
semula dengan suaminya yang dahulu itu
melainkan dia telah berkahwin dengan sah
dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi
oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu
dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya
dengan sah dan setelah habis iddahnya.

3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum


dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam
perkahwinan itu, dia tidka boleh dalam masa iddah
perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang
lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali
dengan kebenaran Hakim di tempat pengantin
perempuan itu bermastautin.

4) Jika perempuan itu adalah seorang balu –

a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang


pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh
iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syara’.

289
b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah
mengemukakan surat perakuan kematian
suaminya atau dengan cara lain membuktikan
kematian suaminya.

5) SOALAN DAN JAWAPAN

5.1. TARAF SEORANG JANDA DAN BALU

Kedapatan sebilangan masyarakat menghina atau


rasa terhina dengan status “janda” dan “balu”.

Islam melarang sesiapa sahaja menghina orang lain


malahan sebaliknya, lebih-lebih lagi terhadap seorang
janda atau balu. Hormati mereka sebagai seorang
insan “Bani Adam” dan simpati nasib yang menimpa
diri mereka. Malahan kemampuan mereka menyara
diri mereka dan anak-anak mereka dengan penuh
cabaran. Malahan suasana diri mereka dan anak-
anak mereka telah memberi cabaran kepada mereka
membentuk anak-anak yang berjaya dalam kehidupan
dunia dan akhirat sepatutnya diberi pengiktirafan
yang tinggi oleh masyarakat.

290
5.2. JANDA BERKAHWIN JEJAKA

Jika seorang janda berkahwin dengan seorang jejaka,


adakah perkara seperti ini wajar?.

Secara peribadi, sebaik-baik perkahwinan itu adalah


bujang sesama bujang dan janda sesama duda.
Tetapi jika mana-mana pihak ada alasan yang
munasabah seperti berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.
di mana seorang jejaka telah berkahwin dengan
seorang janda, maka Rasulullah s.a.w. telah bertanya
kepada jejaka tersebut kenapa beliau memilih
seorang janda. Sahabat menjawab beliau
mempunyai ramai adik-adik (anak yatim) di mana si
janda ini sudah tentu banyak pengalaman dan boleh
menjaga dan mendidik adik-adiknya. Maka Rasulullah
s.a.w mengiyakannya dan menyatakan pilihan jejaka
tersebut adalah tepat.

6) TANGGUNGJAWAB TERHADAP JANDA

Jika seseorang itu telah bercerai, pada pandangan


Islam siapakah yang berkewajipan menangungnya?

Tanggungjawab tersebut kembali kepada ayah atau


wali-walinya begitu juga tanggungjawab nafkah anak-
anak janda tersebut.

7) JANDA YANG MENYARA ANAK-ANAK HASIL


DARI PENDAPATAN MAKSIAT?

291
Jika seseorang janda bekerja di pusat-pusat hiburan
kerana hendak menyara dirinya dan anak-anak,
adakah dosa-dosa mereka ditanggung oleh bekas-
bekas suami atau ayah-ayah anak-anaknya?

Sesiapa sahaja diharamkan bekerja di tempat-tempat


yang haram atau maksiat. Makanan yang haram atau
punca pendapatan yang haram yang menjadi darah
daging akan menjadi bahan bakaran api neraka.
Elakkan diri dari bekerja di tempat tersebut dan
punca pendapatan halal masih banyak jika dicari atau
diusahakan. Pendapatan yang halal akan membawa
keberkatan dari masa ke semasa.

TAJUK : HUKUM BERPOLIGAMI

1. MUQADIMMAH

1.1. “Poligami” adalah bererti kahwin lebih daripada


seorang. Lawannya monogami, iaitu kahwin hanya
seorang sahaja. Di dalam Islam diharuskan
berpoligami itu seramai 4 orang saja dengan syarat-
syarat yang tertentu.

1.2. Poligami telah wujud sebelum datang Islam, semua


bangsa dan golongan manusia di kala itu
mengamalkan poligami. Bangsa Ibrani dan Arab
terdapat di kalangan mereka mempunyai berpuluh-
puluh orang isteri. Tetapi bila datang Agama Islam,
maka cara poligami yang diamalkan oleh bangsa
Ibrani dan Arab itu diharamkan oleh Islam, kerana
didapati cara poligami mereka itu adalah suatu

292
tindasan dan kezaliman terhadap kaum perempuan.
Dalam hal yang demikian, Islam mengharuskan
poligami dengan syarat-syarat yang tertentu.

2. APAKAH HUKUM POLIGAMI DALAM ISLAM?

2.2. Hukum poligami dalam Islam adalah harus, tetapi


keharusan bukanlah secara mutlak, malah disyaratkan
dengan syarat-syarat yang tertentu Firman Allah
Taala dalam surah Annisa’ ayat 3.

Maksudnya :

“Dan jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil


terhadap perempuan-perempuan yatim itu, maka
kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga
atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat
berlaku adil antara perempuan-perempuan itu,
hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.”

2.3. Ayat ini turun di akhir tahun ke-8 hijrah untuk


menghapuskan peradapan lama orang-orang Arab
jahiliah, di mana mereka itu jika ada perempuan
yatim wali yang menjaganya tidak mahu
mengahwininya dengan orang lain, supaya tidak lepas
kuasa memelihara harta anak perempuan yang yatim
itu dari tangannya, sedangkan kewajipannya sebagai
suami yang bertanggungjawab tidak dipenuhinya,
bahkan harta isterinya itu yang diambilnya. Oleh itu
diperingatkan Allah, jika seorang merasa tidak dapat

293
berlaku adil dalam perkahwinan dengan anak yatim,
bolehlah ia berkahwin dengan perempuan-perempuan
lain sampai empat orang. Tetapi sekiranya ia merasa
tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri itu,
cukuplah satu isteri sahaja.

2.4. Ayat tersebut menunjukkan bahawa peraturan Agama


Islam mengenai poligami ini datang melalui jalan
tengah. Agama Islam tidak mengharamkan poligami
dan tidak mengharuskannya secara mutlak tanpa
bersyarat, tetapi Islam datang menentukan syarat-
syarat yang mengharuskan dan membataskan
bilangannya.

3. BAGAIMANA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG


KELUARGA ISLAM (NEGERI PERAK) MENGENAI
POLIGAMI

Selaras dengan tuntutan tersebut U.K.I. Pk. 1984 (Pindaan


1992) memperuntukan Seksyen 21(1) – tiada lelaki boleh
berkahwin lagi dalam masa dia masih beristerikan isterinya
yang ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan
pengesahan secara bertulis daripada Hakim bahawa dia
telah membuat pengakuan di hadapan Hakim yang ia akan
berlaku adil terhadap isterinya dan jika ia berkahwin
sedemikian tanpa pengesahan tersebut perkahwinan itu
hanya boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini atas perintah
Mahkamah tertakluk kepada Seksyen 118.

Seksyen 118 : Penalti poligami tanpa pengesahan


Hakim ialah denda tidak melebihi RM1,000.00 atau
penjara 6 bulan atau kedua-duanya dan penjara.

294
4. BERAPA NISBAH MEREKA YANG BERPOLIGAMI DI
DALAM NEGERI PERAK

Poligami 140 pasangan dari 1 – 12/97. Pernikahan lebih


kurang 14,000.
Rasio : 1% sahaja.

Begitu jugalah nisbah lebih kurang tahun-tahun yang


berikutnya.

5. APAKAH SYARAT-SYARAT DALAM ISLAM YANG


MENGHARUSKAN SESEORANG ITU BERPOLIGAMI?

5.2. Menurut nas Al-Quran Surah Annisa’ ayat 3 yang


diutamakan ialah keadilan. Islam mengharuskan
seseorang itu berpoligami dengan syarat ia boleh
melakukan keadilan di antara para isteri, iaitu tidak
melebihkan antara isteri dari isteri yang lain dan tidak
pula membeza-bezakan di antara mereka.

5.3. Keadilan 2 perkara :

a) Pemberian nafkah makan, minum, pakaian dan


tempat kediaman.

b) Bilangan hari giliran dan layanan terhadap


isteri-isteri itu.

295
6. BAGAIMANA PANDANGAN ISLAM KALAU SESEORANG
LELAKI ITU MERASA DIRINYA TIDAK SANGGUP
MELAKUKAN KEADILAN KEPADA BEBERAPA ORANG
ISTERINYA. BOLEHKAH IA BERPOLIGAMI?

Tidak layak berpoligami memadai dengan manogami.


Sebagaimana disarankan Allah dalam surah Annisa’ Ayat 3.

Maksudnya :
“Jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil di antara isteri-
isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang saja.”

7. JIKA TIDAK MAMPU BERPOLIGAMI TAPI


BERPOLIGAMI JUGA?

Ia melanggar syarat-syarat yang mengharuskan poligami


dan hukumnya haram.

8. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEADILAN?

Keadilan berpoligami tidaklah termasuk keadilan yang


meliputi perkara-perkara yang tidak dapat dilaksanakan
sebagai seorang manusia, seperti kecenderungan hati,
perasaan kasih sayang.

Seorang suami tidak akan sanggup dan tidak ada jalan


untuknya supaya peringkat kasih sayang dan kecenderungan
hatinya kepada tiap-tiap seorang isteri bersamaan dengan
isteri yang lain. Inilah maksud Firman Allah, surah Annisa’
ayat 129.

296
Maksudnya :

“Dan kamu tidak sekali-kali sanggup berlaku adil di dalam


perkara-perkara yang kamu tidak dapat menguasainya di
antara perempuan-perempuan. Sekalipun kamu bersungguh
hendak melakukannya.”

9. LELAKI BERPOLIGAMI TIDAK BERLAKU ADIL KEPADA


ISTERI-ISTERINYA MENGENAI NAFKAH DAN
GILIRAN BERMALAM. BAGAIMANA PANDANGAN
ISLAM TERHADAP LELAKI TERSEBUT?

Di hari kiamat kelak, ia akan berjalan dalam keadaan


badannya condong sebelah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a.

Maksudnya :

“Sesiapa yang ada mempunyai dua orang isteri, maka ia


cenderung kepada salah seorang daripada kedua isterinya –
tidak cenderung kepada yang seorang lagi, pada hari kiamat
ia berjalan dalam keadaan badannya condong sebelah.”

10. BAGAIMANA KALAU MULA-MULA ADIL KEMUDIAN


SALAH SEORANG DARI ISTERI-ISTERI TADI
TERBIAR DAN MENDERITA

Berdosa. Allah telah mengingatkan suami dalam firmanNya


di dalam surah Annisa’ ayat 129.

Maksudnya :

297
“Maka janganlah kamu cenderung sehabis-habis cenderung
– berat sebelah dalam melayani seorang isteri dengan yang
lain sehingga membiarkan isteri yang lain seperti satu benda
yang tergantung-gantung – terbiar seolah-olah tidak
bersuami.”

11. MENURUT TABIAT SEMULA JADI MANUSIA BILA


SEORANG ITU BARU SAJA BERPOLIGAMI TENTULAH
ISTERI BARU DAN SUAMI TADI SEDANG DALAM
KASIH SAYANG YANG KUAT DAN KEINGINAN YANG
MENDALAM. BAGAIMANA DALAM HUKUM SYARA’
BOLEHKAH SUAMI ITU MELEBIHKAN GILIRAN DI
RUMAH ISTERINYA YANG BARU?

Boleh, jika isteri baru masih gadis ia harus bermalam


selama 7 malam (seminggu). Janda, 3 malam sahaja.
Kemudian barulah membuat giliran semula di antara isteri-
isteri seperti biasa.

12. BERAPA LAMA SEKURANG-KURANGNYA MASA


GILIRAN SEORANG ISTERI?

Satu malam dan tidak ada sekatan lamanya bila ada keizinan
dan persetujuan dari isteri-isteri tadi. Ini adalah
berdasarkan hadis Rauslullah s.a.w. yang diriwayatkan

298
daripada Ummi Salamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
tatkala berkahwin dengannya. Baginda bermalam selama 3
malam dan baginda bersabda dengan maksudnya :

“Bahawasanya tidak ada bagi engkau kehinaan jika engkau


berkehendakkan aku bermalam bersama engkau 7 malam
dan jika aku bermalam 7 malam bersama-sama engkau, aku
akan bermalam pula selama 7 malam bersama-sama isterIku
yang lain.”

13. BAGAIMANA KALAU HENDAK KELUAR NEGERI.


BOLEH PILIH SALAH SEORANG ISTERI?

Tidak boleh dengan kemahuan suami sahaja. Undi, siapa


yang terkena undi dialah yang mesti pergi bersama suami.

14. BAGAIMANA SUAMI YANG SAKIT. ADAKAH IA WAJIB


MEMBUAT GILIRAN?

Wajib buat giliran dan tidak memadai dijalankan undian.

15. SELAIN DARIPADA SYARAT KEADILAN, APAKAH


SYARAT-SYARAT YANG LAIN LAGI UNTUK
MENGHARUSKAN SESEORANG LELAKI ITU
BERPOLIGAMI?

Disyaratkan sanggup memberi nafkah kepada semua


isterinya mengikut kadar kemampuan. Oleh itu janganlah

299
hanya memperhitungkan soal kemampuan batinnya saja.
Tetapi kemampuan zahir juga diambil kira, begitu juga
dengan tempat tinggal, tidak boleh diletakkan isteri-isterinya
di dalam satu rumah tanpa izin mereka.

16. APAKAH HIKMAHNYA ISLAM MENGHARUSKAN


POLIGAMI? ANTARANYA?

- Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan


umatnya dari sebarang godaan.

- Menutup dan mengurangkan zina.

- Membiarkan keturunan dengan cara halal.

- Mengurangkan anak-anak di luar nikah.

- Perempuan-perempuan tidak dapat menyempurnakan


kehendak nafsu suaminya pada setiap masa, kerana
beberapa hubungan yang tidak dapat dielakkan,
sedangkan suami tidak terbatas.

- Pasangan berkehendakkan pimpinan lelaki,


perlindungan.

- Bilangan perempuan lebih ramai.

- Kadang-kadang pasangan tidak dapat zuriat.

- Nafsu berahi lelaki untuk melakukan hubungan


kelamin tidak terbatas kepada umur, walaupun 70 –
80 tahun. Nafsunya masih lagi kuat.

300
- Perempuan-perempuan umurnya dalam kawasan 50
tahun atau telah kering darh haidnya tidak merasa
sanggup lagi melayani nafsu suaminya dan mula
merasa jijik bila mendengar soal-soal itu.

16. PENUTUP

16.1. Ini jelas menunjukkan bahawa poligami ini adalah


harus bagi mereka yang boleh berlaku adil kepada
isterinya, ayat ini tidaklah bermakna menggalakkan
berpoligami dan tidak pula menyekat.

16.2. Hal ini adalah terserah kepada seseorang yang


hendak berpoligami itu setelah ia menimbangkan
dengan penuh teliti, buruk atau baiknya sanggup
berlaku adil atau tidak.

16.3. Bagi orang-orang yang beriman, jangan membuat


sesuatu pendapat yang bertentangan dengan hukum
Allah dan sunnah Rasul, mereka yang bersikap anti
berpoligami adalah sebagai orang yang membantah
hukum Allah dan Rasulnya dan ini merosakkan
keimanan.

301
TAJUK : ADAB MEMINTA IZIN

MUQADDIMAH

- Meminta izin itu ada adab-adabnya.


- Dipandang mudah tapi kesannya besar dalam hubungan
keluarga dan masyarakat.
- Memberi penghurmatan kepada orang lain.
- Memberikan pengiktirafan hak kepada orang lain.
- Mengujudkan suasana selesa, senang dan tenteram.
- Menghindarkan tohmah ataupun buruk sangka.
- Tiada perselisihan rumah tangga dan masyarakat.

SOALAN DAN JAWAPAN

1. KATAKANLAH SESEORANG INGIN MENZIARAHI


UNTUK BERTANDANG ATAU MENGHADIRI APA-APA
MAJLIS DI RUMAH SESEORANG. APAKAH PERKARA
UTAMA DILAKUKAN SEBELUM MINTA IZIN MASUK
KERUMAH , MENGIKUT PERADABAN ISLAM ?

302
- Memaklumkan hasrat untuk berkunjung terlebih
dahulu adalah lebih baik, samada dengan talipon,
surat dan sebagainya.

- Sampai di tempat kunjungan terlebih dahulu


hendaklah memberi salam dengan suara yang sopan.

- Jika tiada jawapan ulang tiga kali.

- Jika tiada respon boleh ketuk pintu dengan kuku atau


dengan jari secara hormat.

- Jika orang dalam rumah jauh dari pintu, boleh ketuk


pintu sekadar untuk menyampaikan maksud ketukan
sahaja.

- Kalau ada loceng, memadailah dengan memicit


loceng dengan lembut untuk menunjukkan
kelembutan dan kebaikan dirinya.

- Tunggulah di penjuru pintu rumah bukan ditengah


atau hadapan pintu rumah tetamu.

- Jika tuan rumah menjawab salam tunggu dulu di


sudut pintu.

- Jawap salam.

- Berjabat tangan dengan semua orang yang ditemui


(Mahram).

- Perkenalkan diri dan minta izin masuk.

- Jika diizinkan bolehlah masuk.

303
- Jika tidak baliklah.

- Bila masuk rumah hendaklah dia duduk di tempat


yang ditunjukan oleh tuan rumah.

- Hendaklah dia duduk di samping orang ramai, bukan


di tengah-tengah mereka.

- Jangan mencelah duduk di antara dua orang,


melainkan dengan izin keduanya.

- Dalam kumpulan tiga orang, jangan di antara kedua-


dua berbisik-bisik.

- Siapa yang keluar dari majlisnya kerana suatu hajat,


kemudian dia kembali, maka dia lebih berhak dengan
tempatnya itu.

- Hendaklah dia memohon izin untuk kembali dari


majlis itu.

- Berdoa sebelum meninggalkan majlis.

2. ADAKAH APA-APA PENGAJARAN DARI RASULULLAH


S.A.W.MENGENAI ADAB BERKUNJUNG KERUMAH
ORANG INI ?

Ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa


seorang lelaki dari Bani Amir meminta izin kepada Nabi
s.a.w., sedang baginda masih di dalam rumah… hingga
akhir. Maka berkata Rasulullah s.a.w. kepada pembantunya:

304
Maksudnya:
“Pergilah kepada orang diluar itu, dan ajarkannya cara
meminta izin, dan katakan kepadanya: Ucapkanlah:
Assalamu alaikum! Boleh tak saya masuk?”
Orang lelaki itu mendengar kata-kata Nabi s.a.w. itu: Maka
dia pun mengucapkan: Assalaamu alaikum! Boleh tak saya
masuk? Lalu Nabi s.a.w. pun mengizinkannya, dan barulah
dia masuk.”

3. BAGAIMANA KEPERLUAN MENGENALKAN DIRI


MENGIKUT SARANAN RASULULLAH S.A.W. ?

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi daripada Jabir r.a.,


katanya: Aku mendatangi Nabi s.a.w. maka aku pun mengetuk
pintunya. Baginda bertanya: Siapa ini ? Jawabku: Aku! Maka
berkata Nabi s.a.w.: Aku…aku… siapa aku? Seolah-oleh
baginda tidak menyukai jawaban serupa itu.

4. JIKA KITA HENDAK MINTA KEIZINAN SEBANYAK TIGA


KALI, SETAKAT MANA TEMPOH ANTARA KALI PERTAMA
DAN SETERUSNYA ITU ?

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa Al-


Asya’ari r.a., katanya: Telah berkata Rasulullah s.a.w.:
Meminta izin itu tiga kali sahaja, jika diizinkan untukmu baiklah,
kalau tidak hendaklah engkau kembali saja.

Adalah baik sekali ketika meminta izin diberikan tempoh antara


kali pertama denga kali kedua itu sekadar masa sembahyang

305
empat rakaat, kerana kemungkinan orang yang di dalam rumah
itu sedang sembahyang, ataupun sedang melepaskan hajatnya.

5. BAGAIMANA SAHABAT-SAHABAT MENGETUK PINTU


RUMAH RASULULLAH S.A.W. ?

Al-Bukhari telah mengeluarkan sebuah hadis di dalam kitab Al-


Adab Al Mufrad daripada Anas r.a., katanya: Bahawa pintu-
pintu rumah Rasulullah s.a.w. diketuk biasanya dengan jari
semata-mata. Para salaf pula biasanya mengetuk pintu-pintu
rumah guru-guru mereka dengan kuku sahaja. Semua ini
menandakan kemuncak penghormatan, dan adab terhadap
mereka.

6. KENAPAKAH KITA PERLU MENJAUHKAN DIRI SEDIKIT


SEMASA MENUNGGU DILUAR RUMAH IAITU DISUDUT
PINTU BUKAN DIHADAPAN PINTU RUMAH ?

Kerana dikhuatiri adanya seorang perempuan yang bukan


mahram yang membuka pintu itu. Sebab disyariatkan meminta
izin itu ialah untuk menghindari terpandang hal-hal yang
dilarang oleh Syara’. Inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w.
kepada para sahabat-sahabatnya, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih
mereka, sabda baginda:

Maksudnya:
“Hanyasanya disuruh meminta izin untuk menghindarikan
pemandangan”.

Diriwayat oleh Abu Daud pula:

306
Maksudnya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. jika mendatangi pintu sesuatu kaum,
baginda tiada menghadapi pintu itu dari mukanya. Akan tetapi
baginda mendatanginya dari bahagian kanan atau kiri, lalu
baginda mengucapkan: Assalamu alaikum! Assalamu alaikum! “

7. JIKA ORANG TIADA DI RUMAH TAPI RUMAH TIDAK


BERKUNCI ATAUPUN YANG ADA HANYA ISTERINYA
ATAUPUN ANAK GADIS ATAU JANDANYA SEORANG
DIRI. MEREKA MENERANGKAN SUAMINYA ATAU
AYAHNYA TIADA DIRUMAH DAN TIDAK PULA
MEMPELAWA ATAU MENIZINKAN TETAMU MASUK.
ADAKAH PENGUNJUNG PERLU MERASA TERKILAN
ATAUPUN MARAH ?

Tidak perlu berasa hati ataupun marah kerana mereka


mematuhi perintah Allah didalam Surah An-Nur, ayat 27-28 :

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu memasuki
rumah yang bukan rumah-rumahmu, sehingga kamu meminta
izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian
itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu selalu ingat. Dan jika
kamu tiada mendapati seorang pun di dalamnya, maka jangan
kamu memasukinya, sebelum kamu mendapat izin masuk. Jika
disuruh kamu kembali, kembalilah, kerana yang demikian itu
lebih baik bagi kamu.”

307
8. DALAM KEADAAN TERTENTU ADAKAH UCAPAN SALAM
PERLU DIIKUTI DENGAN BERJABAT TANGAN (DENGAN
MAHRAM) ?

At-Termidzi dan Ibnu Majah serta lain-lain lagi telah


meriwayatkan juga daripada al-Bara’ r.a., katanya: Telah
bersabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
“Tiada dua orang Muslim yang bertemu, lalu berjabat tangan,
melainkan diampuni keduanya sebelum mereka berpisah”.

Didalam kitab Al-Muwaththa’ oleh Imam Malik, sebuah riwayat


daripada “Atha” Al-Khurasani, katanya: Telah bersabda
kepadaku Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
“Berjabat tanganlah kamu, niscaya dengki akan terhapus, dan
bertukar-tukar hadiah, niscaya kamu akan lebih sayang-
menyayangi, dan akan terhapuslah permusuhan”.

9. BOLEHKAH KITA DUDUK SEBARANG TEMPAT DIRUMAH


TETAMU ?

Tidak boleh. Tetamu adalah di bawah telunjuk orang yang


menamunya di dalam serba-serbi, sehingga dia kembali, dan
dia mestilah menurut apa yang disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w. :

308
Maksudnya:
“Barangsiapa memasuki rumah seseorang, maka hendaklah dia
duduk di tempat yang disuruh dia duduk, sebab tuan rumah
lebih mengetahui tentang tempat aurat rumahnya”. (Majma’ Az-
Zawa’id).”

10. KENAPA KITA KENA DUDUK DISAMPING ORANG RAMAI


BUKAN DI TENGAH ORANG RAMAI, MESTI ADA
HIKMAHNYA?

Jika dia duduk di tengah-tengah, niscaya dia akan


membelakangi setengah manusia dengan belakangnya, dan
dengan itu dia akan menyebabkan orang marah,serta memaki
dan melaknatinya. Melainkan dalam keadaan tempat yang
sesak atau sempit.

Abu Daud telah meriwayatkan dengan isnad yang baik daripada


Huzaifah bin Al- Yaman rr.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w.
pernah melaknati orang yang duduk ditengah-tengah.

11. JIKA DIDALAM SESUATU MAJLIS ADA DUA ORANG, JIKA


ADA RUANG DITENGAH DIANTARA MEREKA BOLEHKAH
DUDUK DISITU ?

Tidak dibenarkan. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah


s.a.w. pernah bersabda :

Maksudnya:
“Tidak boleh duduk antara dua orang, melainkan dengan izin
keduanya.”

309
12. ORANG YANG DATANG AKHIR DIDALAM SESUATU
MAJLIS SAMADA DIADAKAN DI RUMAH ATU DITEMPAT
LAIN BOLEHKAH DIA MELANGKAH ORANG LAIN UNTUK
DUDUK DI HADAPAN ?

Tidak boleh. Melainkan orang yang datang itu ada


kelebihannya, seperti dia lebih berilmu, ataupun mempunyai
pangkat, maka wajarlah si tuan rumah meletakkan orang itu di
tempat yang sesuai dengan kedudukannya, tepat seperti sabda
Rasulullah s.a.w.

Maksudnya:
“Letakkanlah manusia itu di tempat-tempat yang sesuai
baginya.”

Di mana misi Abdul Qais yang datang kepada Rasulullah s.a.w.


betapa Nabi menyambut mereka, dan meluaskan tempat untuk
mereka, kemudian Nabi mendekatkan ketua mereka yang
bernama Al-Munzir bin A’idz, lalu menunjuknya supaya duduk di
sebelah kanannya, setelah baginda menyambut mesra dan
menghormatinya.

13. BERBISIK-BISIK APABILA MAJLIS ITU HANYA TIGA


ORANG, APAKAH KESANNYA?

Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan


Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawasanya
Rasulullah s.aw. pernah bersabda:

Maksudnya:

310
“Jika kamu tiga orang, maka janganlah dua orang di antara
kamu berbisik-bisik, serta membiarkan yang ketiga, kerana
yang demikian itu akan mendukacitakannya.”
Sebab larangannya ialah orang yang ketiga itu nanti akan
menyangka yang bukan-bukan, dan akan merasa kurang
senang dengan sikap itu. Tetapi jika majlis itu hanya dua
orang, atau ramai sekali, maka tiada salah berbisik-bisik, jika ia
tidak akan menimbulkan keraguan pada yang lain.

14. JIKA MASUK KESUATU TEMPAT PERLU MINTA IZIN


BAGAIMANA DENGAN WAKTU PULANG?

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan Rasulullah s.a.w. pernah


bersabda, yang bermaksud:

“Hanyasanya disuruh meminta izin itu supaya kelihatan.”

Perkara ini sangat-sangat dijaga oleh rasulullah s.a.w. untuk


memelihara kehormatan rumah tangga, dan menjaga mata-
benda dan perkara-perkara yang terlarang.

15. APAKAH DOA YANG DIAMALKAN OLEH RASULULAH


S.A.W. BAGI PERPISAHAN SESUATU PERTEMUAN ATAU
MAJLIS?

Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Barzah r.a.,


katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. ketika ingin bangun dari
majlisnya, baginda mengucapkan:

Maksudnya:

311
“Maha Suci Engkau, Ya Allah! Ya Tuhanku ! dan dengan
kepujianMu, aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau,
aku memohon keampunanMu dan aku bertaubat kepadaMu.”

312

Anda mungkin juga menyukai