Anda di halaman 1dari 6

KATA ALU-ALUAN

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Bismillahirrahmanirrahim mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Dihormati
Encik Mustafa b. Omar
Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan (Pembangunan Murid)
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Yang Berusaha
Pn Salimar bt. Mohammad
Guru Besar SK Pulau Serai

Encik Mohd Azraie b. Ibrahim


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Nik Rohaya bt. Nik Osman


Penolong Kanan HEM

Encik Najmuddin Ayubi b. Abu Bakar


Penolong Kanan Kokurikulum

Jawatankuasa Pelaksana Minggu PPDa


Guru-guru, Kakitangan sekolah dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

1
Para hadirin yang dihormati,’
Alhamdulillah pada pagi yang indah ini kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang
baik untuk kita sama2 berkumpul di Dewan Nur Iman, SK Pulau Serai bagi sama2
menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah, anjuran Unit HEM (PPDa) dengan
kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih dan selamat datang kepada tetamu jemputan selaku perasmi majlis pada
hari ini, Encik Mustafa b. Omar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan
Murid), PPD Pekan atas kesudian beliau meluangkan masa hadir ke SK Pulau Serai pd hari
ini.

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Zakaria b. Mansor bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin ya rabbal ala min..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zakaria b. Mansor atas pimpinan
bacaan doa itu tadi. Mudah mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat hingga ke
penghujungnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan arahan
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah. Kesedaran
tentang bahaya penyalahgunaan dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan. Murid-murid

2
diharap dapat memanfaatkan peluang Pendidikan Pencegahan Dadah ini menerusi aktiviti-
aktiviti yang telah diatur bagi merealisasikan Sekolah Bebas Dadah.

Tuan2 dan puan2…

Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya

Tak guna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dari Yang Berusaha Puan Salimar bt.
Mohammad, Guru Besar SK Pulau Serai. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN 1(GB)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Salimar atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

Tuan2, puan2 dan murid2 yang dirahmati Allah, seterusnya marilah sama-sama kita
mendengar Perutusan Bulan Anti Dadah 2020 dari Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Perutusan ini akan dibacakan oleh Pn Nik Rohaya bt. Nik Osman, PK HEM selaku Pengerusi
JK Pelaksana program pd hari ini. Dipersilakan.

PERUTUSAN

Ribuan terima kasih diucapkan kpd Pn. Nik Rohaya atas bacaan perutusan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan sembah diberi

Mohon rasmikan majlis kami

Dengan ini, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Encik Mustafa b.
Omar, Timbalan Pegawai Pendidikan (Pembangunan Murid), PPD Pekan untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Minggu Anti Dadah 2020, SK
Pulau serai. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PERASMIAN

3
Bunga selasih di dalam puan

Harum melati penyeri intan

Terima kasih ucapan tuan

Kekal bersemi dalam ingatan

Majlis merakamkan setinggi-tiggi ucapan terima kasih atas kesudian Encik Mustafa b. Omar
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Nik Rohaya bt. Nik Osman untuk
mengiringi Puan Salimar bt. Mohammad bagi menyampaikan cenderamata kepada Encik
Mustafa b. Omar selaku perasmi pada hari ini.

Terima kasih diucapkan.

Hadirin hadirat dan murid2 yang dikasihi sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Vest dan Lencana kepada Pengawas PPDa tahun
2020. Majlis dengan ini mempersilakan Pn. Salimar bt Mohammad untuk mengiringi Encik
Mustafa b. Omar bagi melaksanakan penyerahan tersebut. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dimulakan dengan
Ketua Pengawas PPDa,
1. Khairul Jafni Fakhri b. Jamaludin
2. Nur Saafia Irdina bt. Mohamad Khodri – Penolong Ketua Pengawas
3. Aniq Syarqawi b. Mohamad Hasrizam
4. Mimi Nur Allesya bt. Zulraimi
5. Nour Batrisya Dania bt. Mohammad Harfi dan
6. Nur Qamalisa Ayuni bt. Abdullah

Terima kasih diucapkan kpd Encik Mustafa dan Pn. Salimar.

Dengan pelantikan ini, diharap semua Pengawas PPDa dapat memberikan komitmen dan
kerjasama erat dgn warga SK Pulau Serai dalam menyampaikan sebarang maklumat
mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ini.

4
Seterusnya majlis mempersilakan Khairul Jafni Fakhri b. Jamaludin selaku Ketua Pengawas
PPDa untuk memimpin bacaan Ikrar Anti Dadah. Dipersilakan.

IKRAR

Terima kasih Khairul Jafni atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi.

Agenda pd hari ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema PPDa – Hidup Cemerlang
Tanpa Dadah.. dan lagu kedua iaitu Dadah Durjana. Marilah kita sama2 mengikuti nyanyian
lagu ini dengan penuh semangat.

NYANYIAN

Terima kasih semua atas nyanyian sebentar tadi.

Tuan2 puan2, murid2 yang dikasihi…


tibalah kita ke kemuncak majlis pada pagi ini iaitu Gimik Pelancaran Minggu Anti Dadah
tahun 2020. Sebelum kita ke tapak perhimpunan, ingin sy nyatakan di sini bahawa setelah
selesai gimik pelancaran, maka berakhirlah sudah nanti Majlis Pelancaran Minggu Anti
Dadah SK PUlau Serai, 2020. Sy wakil dari pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
sekali lagi atas kesudian Encik Mustafa b. Omar hadir merasmikan majlis pada hari ini. Dan
seterusnya setelah selesai gimik, majlis menjemput Encik Mustafa, Pn. Salimar dan semua
PK untuk menikmati hidangan yang telah disediakan di kantin.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mustafa b. Omar diiringi oleh
Pn. Salimar dan barisan Penolong Kanan utk ke tapak perhimpunan bagi menyempurnakan
gimik pelancaran Minggu Anti Dadah.
Dipersilakan.

Guru2 dan murid2 juga dijemput untuk menyaksikan gimik pelancaran.

5
6

Anda mungkin juga menyukai