Anda di halaman 1dari 2

SET 2

Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang penting di Malaysia. Bidang


keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan negara dari segi ekonomi.
Lantaran itu, golongan remaja sewajarnya menganjak minda mereka untuk menceburi bidang
keusahawanan. Dalam konteks ini, remaja akan berjaya menjadi usahawan jika tidak mudah
berputus asa dan berani untuk terus mencuba sesuatu perkara yang baharu supaya dapat
mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan remaja. Dunia sekarang yang semakin
moden dan mencabar menuntut usahawan agar lebih berdikari dan berdaya saing. Hal ini
menuntut pihak kerajaan menganjurkan kursus atau bengkel tentang bidang perniagaan kepada
mereka yang berminat.
Seterusnya, seseorang itu juga berdikari tanpa mengharapkan mana-mana pihak untuk
meneruskan kehidupan. Sikap berani bertindak walaupun mempunyai modal yang sedikit
untuk memulakan perniagaan juga amat penting. Jadi. jika ada kemahuan dan bersedia untuk
berusaha keras, banyak program yang disediakan oleh pelbagai pihak termasuklah bantuan
modal atrau pinjaman mudah. Lantaran itu, individu yang berkecimpung dalam bidang ini
jangan menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri. Sewajarnya usahawan itu perlu
belajar untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Sementara itu, bidang keusahawanan juga
mendidik remaja untuk membuat keputusan dengan berpandukan bantuan khidmat nasihat
daripada agensi kerajaan ataupun swasta. Dalam hal ini, usahawan yang berjaya perlu
mempunyai pemikiran yang luas untuk memajukan diri dan masyarakat setempat kerana pihak
kerajaan menyediakan tempat untuk berniaga atau premis perniagaan.

Seterusnya, perubahan budaya masyarakat kini yang berinteraksi menerusi media sosial
memberikan kesan kepada usahawan untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka. Seseorang
yang menceburi bidang ini perlu membina rangkaian dalam kalangan usahawan yang berjaya
untuk menuntut ilmu daripada mereka. Untuk itu, promosi di media sosial akan meningkatkan
motivasi dan cita-cita yang tinggi untuk mengubah nasib diri dan tidak hanya mengharapkan
kerajaan sahaja. Tegasnya, bidang keusahawanan membolehkan individu mempunyai idea
kreatif untuk membantu golongan masyarakat yang tertentu sehingga golongan yang dibantu
itu dapat berdikari.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Berbelanja Secara Berhemat”
oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim,
Dewan Siswa, Bil. 7 2019
Bahan 2

Sajak Usahawan

Usahawan hanya manusia biasa


Tapi luar biasa kerjanya
Ketabahannya tindakannya
Luar biasa mindanya

Hidup jiwanya bersama usahawan


Fikir kejayaan fikir strategi
Fikir kelemahan diri
Bukan mencari kelemahan orang lain

Masa menyusun, merancang dan mengatur


Tidak takut dengan persaingan
Kerana sentiasa bersedia
Tetapi pesaing yang takut usahawan
Kerana mereka hanya gimik semata

Istilah gagal dan putus asa


Tiada dalam kamus usahawan
Di balik gagal ada kejayaan
Putus asa pintu kekufuran

Cita-cita usahawan cukup tinggi


Terkadang dikatakan hanya bermimpi
Gerak kerja yang penuh wawasan
Pengalaman jadi pedoman

Dipetik dan diubah suai daripada


“Lirik Lagu Nasyid Sajak Usahawan”
oleh UNIC,
Sumber Internet, 2011

Anda mungkin juga menyukai