Anda di halaman 1dari 5

Teks ucapan

Program sistem keluarga asrama


Sk hijrah badong daro
Tarikh : 1 disember 2019

Perhatian.

Diminta kerjasama semua hadirin untuk bersedia.

Majlis kita akan berlangsung sebentar lagi.

Terima kasih.
2 Seterusnya, semua murid dan guru dijemput berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu
negaraku, lagu ibu pertiwiku dan lagu fly kenyalang fly

terima kasih diucapkan. semua guru dan staf sokongan dipersilakan duduk.

3 Bacaan doa
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, di jemput adik _______________ untuk membacakan
doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik ______________  atas piimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

4 Ucapan alu-aluan
Indah berbalam si awan petang
5 Berarak megah di tanjung bidara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang berusaha
Puan hjh maryana binti mohiddin
Guru besar sk hijrah badong
Yang dihormati
Puan ayang binti lee
Penolong kanan pentadbiran

En.baharodin bin jerin


Penolong kanan kokurikulum 

En. Ahmady bin mushiri


Penolong kanan hal ehwal murid.

               
Encik masni bin mahdi
Penolong kanan pendidikan khas

Barisan guru-guru, staf sokongan dan murid-murid yang disayangi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.         

Puji dan syukur kehadrat ilahi di atas limpah dan kurnianya kita beroleh kesihatan yang baik
untuk berkumpul di ruang legar ini bagi menjayakan program sistem keluarga asrama (siska).

Program siska ini merupakan inisiatif dalam transformasi asrama (2013-2020). Ia merupakan
satu gabungan dan penambahbaikan bagi program home-room(mrsm) mentor mentee(kpm),
dan sistem rumah(sbp). Matlamat program ini adalah, asrama sebagai institusi keluarga yang
menjamin kemenjadian murid. Dalam pelaksanaan program siska ini,guru penasihat berperanan
sebagai ibu bapa di asrama dalam memberi tumpuan terhadap perkembangan dan
pembangunan diri murid.

9 Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada guru besar hormat diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput 


Puan hjh maryana binti mohiddin, guru besar sk hijrah badong daro, bagi merasmikan
pelancaran program siska bagi tahun 2019. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar kerana sudi memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan program siska sebentar tadi.
12 Penyerahan siska
Seterusnya, menjemput semua penolong kanan untuk mengiringi guru besar puan hjh maryana
binti mohiddin untuk menyerahkan siska kepada guru pebimbing siska.
1.
2.
3.
4.

Terima kasih di ucapakan kepada guru besar dan penolong kanan.

kita teruskan kepada agenda kedua pada hari ini.

Sudah Biasa Kita Dengari


Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Dengan Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.

Seterusnya Majlis Mempersilakan Cik Amoi bin Jailani Untuk Memberikan


Sepatah Dua Kata .

Majlis Dengan Segala Hormatnya Menjemput Dan Mempersilakan.

Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Cik


amoi Atas Ucapan Itu Tadi.

Banyak Duri Perkara Duri


Tidak Sama Duri Mengkuang
Banyak Budi Perkara Budi
Tidak Sama Budimu Seorang

Malam Hari Berlagu Unggas


Memecah Kesunyian Di Dalam Hutan
Walaupun Terpisah Tempat Dan Tugas
Budimu Tuan Dalam Ingatan
Penyampaian Cenderamata

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,Majlis Seterusnya Adalah Penyampaian


Cenderamata Sebagai Tanda Kenang-Kenangan Buat Insan Yang Kita Raikan
Pada Hari Ini.

Majlis Menjemput sekali lagi, semua penolong kanan bagi mengiringi puan guru
besar Untuk Menyampaikan Cenderamata Buat Kenang-Kenangan Kepada Cik
Amoi. Dipersilakan

Kain Songket Cantik Kilauan


Ditenun Oleh Orang Kemaman
Tak Terbalas Budimu Tuan
Kami Merakam Setinggi-Tinggi Penghargaan.

Terima Kasih Diucapkan Kepada guru besar dan semua penolong kanan Atas
Kesudian Menyampaikan Cenderamata Itu Tadi.

Begitulah Tadi ,Upacara Penyampaian Cenderamata Kenang-Kenangan Khusus


Untuk Cikgu Amoi.

Pastinya Kami Warga SK hijrah Badong Tidak Akan Lupa pada cikgu Amoi.
Beliau Meninggalkan Kita Dengan Daya Usaha Dan Semangat Kerja Serta
Komitmen Yang Cemerlang Sepanjang Berada Di Sini..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada
Yang diraikan cikgu amoi kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami semua
mendoakan agar cikgu amoi ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

**sebelum bersurai diminta semua murid dan guru perempuan untuk salam perpisahan
kepada cikgu amoi***

Anda mungkin juga menyukai