Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPINDAHAN

ketibaan Mengumumkan ketibaan yang diraikan

Madah EMcee Bismillahirrahman Nirrahim


Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang berusaha, Guru besar sktdhm, en matsaleh bin mohammad


Yang dihormati, barisan penolong kanan pentadbiran sktdhm
Yang dirai, ____________________________________________________
______________________________________________________________
Guru2 serta barisan staf akp yang dikasihi sekalian …

Selamat datang ke majlis persaraan __________________dan perpindahan Puan Intan ke PPD


KKudat.

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Pembuka kata Hadirin yang dikasihi,.

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan.
Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan Yang dikasihi,
______________________________________ yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta
taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga besarnya jasa
__________________ sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya. Sekalung penghargaan
diucapkan buat Puan Asbiah yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa
majlis ini untuk meraikan Puan yang hebat dan megah kewibawaannya.
doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Dengan ini dijemput ustaz ___________________________________ bagi memimpin bacaan


doa .. Majlis mempersilakan…
Ucapan GB Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

Majlis diteruskan lagi dengan menjempuan Guru Besar sktdhm , EN Matsaleh bin Mohammad bagi
menyampaikan ucapan pembuka majlis .. Majlis mempesilakan ..
Ucapan Pindah Hadirian yang dirahmati sekalian, seterusnya dijempuan Puan Intan bagi menyampaikan ucapan ..
Majlis mempersilakan ..
Ucapan dirai Beliau memulakan khidmatnya pada tahun _____________________ di
___________________________ sebagai _____________________________________
Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai kenangan telah dicipta .. Hatta kita sendiri juga turut
merasainya …

angan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai puan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.

Majlis dengan penuh sukacitanya menjemput yang dirai, ________________________________


bagi menyampaikan ucapan beliau.. Majlis mempersilakan…
cenderakenangan Hadirin yang dikasihi sekalian, majlis diterukan dengan smenjemput Tuan Guru besar diiringi oleh
Pengerusi kelab staff bagi menyampaikan cendera kenangan kepada mereka yang dirai .. majlis
mempersilakan..

Dijemput puan intan ..


Puan asbiah
gambar Sesi bergambar
penutup Menggamit rindu datang ke mari,
Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati
melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Kak Asbiah
akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Kak. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian dari kami … Assalammualaikum w.b.t.


Para Hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan.. … hehehehehe

Anda mungkin juga menyukai