Anda di halaman 1dari 3

Sungguh manis madunya lebah

Lebah bersarang di pokok palas

Lafaz bismilah memulakan madah
Di majlis bahagia di SK Pos Piah
Bismilahirahmanirahim,
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Pos Piah En. Razali b. Ahmad Shah,

Yang Dihormati

Guru Penolong Kanan 1 SK Pos Piah,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pos Piah ,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pos Piah ,

Guru-Guru, Staf-staf dan Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita pada pagi yang indah ini, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang
berbahagia ini iaitu MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN POS PIAH.

_______________________________________________________________________

Makan Sireh pinang selapis,

Adat Melayu Pusaka Bangsa,

Doa dilafaz pembuka majlis,

Moga direstu seri sempurna

Bagi memulakan majlis yang penuh bermakna kepada semua warga SK Pos Piah ini,
marilah terlebih dahulu kita sama-sama memanjatkan doa kehadrat Allah S.W.T. agar majlis
kita ini diberkati oleh-Nya.

Untuk itu, majlis dengan sukacita mempersilakan…………………………............…… untuk

memimpin bacaan doa.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada …………………………….

atas bacaan doa sebentar tadi.
_______________________________________________________________________

Seterusnya majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan
Lagu Negeri Perak & Lagu Sekolah. Diharap semua bersedia dan berdiri tegak.
_______________________________________________________________________

Sebagaimana yang kita ketahui matlamat Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan ini
adalah bertujuan memartabatkan Bahasa Kebangsaan di SK Pos Piah dan disamping itu juga
ia bertujuan meningkatkan rasa cinta dan kesedaran terhadap Bahasa Kebangsaan serta
perananya dalam kalangan warga SK Pos Piah .
_______________________________________________________________________

Tirai senja dilabuhkan,

Bulan mengambang muncul lagi,
Agenda majlis kita teruskan,
Masa berlalu tidak menanti.

Para hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan
dengan bacaan teks ucapan oleh ..............................................................................................
sempena Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah tahun 2010 yang akan disampaikan
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[Ucapan]

Terima kasih diucapkan kepada ........................................ atas ucapan beliau sebentar tadi.
_______________________________________________________________________

Yang Kurik Itu Kundi

Yang Merah itu Saga
Yang Molek itu budi,
Yang Indah itu bahasa.

Majlis kita diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri.

Demikianlah tadi Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Hadirin Dan Hadirat Dipersilakan
Duduk.

Majlis pada pagi ini akan dihidangkan dengan beberapa persembahan bersempena dengan
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan ini dari Murid-murid SK Pos Piah

......................................................................................................................................................

Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan .

[ Persembahan ]

Demikianlah tadi persembahan-persembahan yang telah disampaikan oleh murid-murid

SK Pos Piah.

Harapan kami adalah agar semua warga SK Pos Piah memperingkatkan kembali penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang pertama di kawasan sekolah kita dan seterusnya
menjadikan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid semakin baik dan
mantap.

Semoga segala usaha murni kita akan diberkati Allah swt kerana semua yang baik itu
datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah berpunca dari kita sendiri yang
melakukannya. Saya doakan majlis ini berjalan lancar dan program Bulan Bahasa yang akan
dilaksanakan. Seperti kata orang lama,

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai