Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMUALAIKUM W.R.

T WABARAKATUH
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.
Setinggi-

tinggi

kesyukuran

dan

pujian

ke

hadrat

Allah

Subhanahwataala di atas anugerah taufiq dan hidayah kepada kita


semua. Selawat dan salam kepada junjungan tertinggi Nabi Muhammad
S.A.W, sekalian para sahabat, para tabiin dan mereka yang mengikuti
jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
____________________
Hakim-hakim jemputan, urusetia pertandingan, guru-guru pengiring, para
peserta serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian.
Marilah kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia kudrat dan iradatnya dapat kita sama-sama dalam
majlis pertandingan kalam jamaie peringkat daerah seremban 2 ini.
Semoga dengan keberkatan majlis pada hari ini, kita akan dianugerahkan
oleh Allah S.W.T limpahan rahmat serta kesejahteraan di dunia dan di
akhirat.
Saya juga bersyukur pada kerana dapat bersama-sama dengan
warga pendidik dan murid-murid khususnya para peserta Kalam Jamaie
pada hari Rabu yang berbahagia ini. Di samping dapat mengeratkan
silaturahim dalam kalangan guru dan pelajar yang

terlibat,

saya

percaya program keagamaan ini juga berupaya mengukuhkan lagi


ukhuwah Islamiah dan jalinan kerjasama di antara warga Jabatan
Pelajaran dan khususnya pihak sekolah dengan masyarakat Islam
setempat.

Justeru, penganjuran Majlis ini merupakan wadah yang terbaik bagi


membangunkan generasi yang cemerlang dan unggul dalam pelbagai
aspek menerusi penghayatan terhadap ajaran al-Quran.Generasi masa
depan ini bukan sahaja berjaya dalam akademik bahkan juga dilengkapi
dengan nilai-nilai keagamaan yang kukuh. Dalam konteks ini, pendidikan
yang berlandaskan kepada bahasa al-Quran menjadi salah satu teras ke
arah melahirkan modal insan yang mampu memperkasa sesebuah bangsa
dan negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Saya berpendapat bahawa pendekatan dan usaha yang telah di
semai sejak di peringkat institusi keluarga lagi, dapat diperkukuhkan
menerusi pendekatan yang berkesan dalam kurikulum dan kokurikulum di
peringkat sekolah, termasuklah menerusi program seperti ini. Di samping
memartabatkan lagi syiar Islam, saya percaya banyak potensi dan
kelebihan anak-anak kita dapat dicungkil dan diketengahkan supaya bakat
dan

kemahiran

sepenuhnya. Ia

yang
juga

mereka
dapat

miliki

dapat

mengukuhkan

dikembangkan

jati

diri

dan

dengan

menyemai

keyakinan dalam kalangan anak-anak kita dalam menghadapi pelbagai


cabaran dan tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang akhirnya
akan merosakkan akhlak dan akidah.
Mudah-mudahan segala usaha serta komitmen yang kita laksanakan
dalam mengimarahkan dan menghayati tuntutan al-Quran akan diberkati
oleh Allah SWT. Sama-samalah kita terjemahkan ajaran al-Quran dalam
segala tindakan bagi memacu kejayaan dan kegemilangan umat Islam
khususnya dalam kalangan para pelajar sebagai modal insan terbaik bagi
menyumbang kepada kemajuan ummah serta kejayaan negara pada
keseluruhannya.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapkan terima
kasih kepada Jabatan pelajaran Negeri Sembilan kerana memberi
kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjadi tuan rumah bagi
pertandingan kalam jamaie peringkat daerah seremban 2 pada tahun ini.
Semoga sekolah yang akan menjulang kejuaraan daerah pada hari ini

dapat mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada pertandingan


peringkat negeri kelak.
Akhir kata, terimalah serangkap pantun sebagai penutup bicara
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai