Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SKDKM

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 SESI 2023/2024

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara.
Pemanis kalam "Selamat Datang",
Lafaz mulia pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, ALLAHUMMASOLLIALA MUHAMMAD WA’ALA ALI MUHAMMAD,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Madani;

Yang Berbahagia YB DATO HJ JALALUDDIN BIN HJ ALIAS.... Pengerusi Jawatankuasa Bertindak


Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Merangkap Adun Pertang

Yang berusaha ..TUAN HAJI MOHD DZUL BIN SHUKOR.... Guru Besar SKDKM ......,
Yang dihormati PN NAZUHAAKMAL BT ARIFFIN (PK PENTADBIRAN), EN SAMSUL BIN
GHAFFAR (PK HEM) dan EN AHMAD SHARIFUD-DIN BIN KASIM (PK KO-KURIKULUM),
serta semua ahli jawatan kuasa yg trlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan MAJLIS
MESYUARAT AGUNG KE-50 pd tahun 2023 ini.

Seterusnya ibu bapa, hadirin hadirat, guru-guru dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 SKDKM 2023/2024….

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat.
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon mencari berkat.

1.Sebelum saya meneruskan ucapan, saya bagi pihak Jawatankuasa PIBG sekolah ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar
guru-guru SKDKM khasnya dalam meneruskan perjuangan dalam agenda mendidik dan memajukan anak
bangsa negara kita.

2.Pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses
transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi ANAK2 MURID SKDKM
kita . Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan,
peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan
kemajuan negara kita selama ini.
3. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun
kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak
guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang
terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak keterlaluan jika saya
katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita IBUBAPA untuk menjayakan proses transformasi negara
dipertaruhkan kepada guru2 SKDKM! TAHNIAH WAHAI GURU2 SKDKM

4. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa adalah sangat
penting. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan
dan kokurikulum anak-anak baik dirumah maupun disekolah. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa
supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara
langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi
sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam
menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah, yang pastinya
akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan dan kesukanan.

5. Dalam usaha bersama-sama membantu sekolah, saya menyeru kepada semua ibu bapa dan penjaga dapat
menghulurkan sumbangan PIBG sebagai dana untuk kegunaan anak-anak kita sebanyak RM75 setahun.
Jumlah ini adalah sama dalam tempoh 3-4 yang lepas. Selain itu juga kita perlulah menyokong sepenuhnya
usaha pihak sekolah dalam projek pemasangan rangkaian internet tanpa wayar. Bagi menjayakan projek ini,
pihak sekolah dan PIBG merancang untuk memohon sumbangan RM15 setahun bagi setiap murid.Hasil
projek ini akan memudahkan murid-murid mengakses aplikasi teknologi maklumat dalam pembelajaran.

Saya percaya di bawah kepimpinan Guru Besar , GURU2 DAN barisan PIBG YANG DEDIKASI , kita
boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun2 sebelumnya. Akhir kata, saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan yang sudi bersama-sama pada hari ini. Saya
menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya. Apa yang saya
perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak murid kita.

Wabillahi_taufiq_walhidayah
Assalamualaikum_warahmatullahiwabarakatuh
Sekian, Terima kasih.

Bunga dedap di atas para, Di atas dahan burung tempua,


Anak dusun pasang pelita. Melihat rusa tepi perigi.
Kalau tersilap tutur bicara, Salam perpisahan untuk semua
Jemari disusun maaf dipinta. Di lain masa bersua lagi.

Anda mungkin juga menyukai