Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SK SERI SONGSANG

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara.
Pemanis kalam "Selamat Datang",
Lafaz mulia pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim, ALLAHUMMASOLLIALA MUHAMMAD WAALA ALI
MUHAMMAD, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam 1Malaysia;
Yang berbahagia En. Jamaludin bi Ayub, Penghulu Mukim Songsang,
Yang berusaha En. Razali bin Haji Abdul Manaf, Guru Besar Sk Seri Songsang
Yang dihormati Pn Normah bt Sulong, GPK 1 Sk Seri Songsang,
Yang dihormati Pn Notrah bt Isa, GPK Hal Ehwal Murid Sk Seri Songsang,
Yang dihormati En Hairuddin bi Sati, GPK Kokorikulum

Guru guru Sk Seri Songsang, para ibu bapa dan semua ahli jawatan kuasa yang
terlibat secara langsung @ tidak dalam menjayakan majlis mesyuarat agung PIBG
ke 16 bagi tahun 2014 dan hari anugerah kecemerlangan akademik tahun 2013 Sk
Seri Songsang.

Selamat Datang ke mesyuarat agung PIBG ke 16 bagi tahun 2014 dan hari
anugerah kecemerlangan akademik tahun 2013 Sk Seri Songsang

Hadirin hadirat sekalian,
Sebelum saya meneruskan ucapan saya. Saya bagi pihak ibu bapa ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala
pengorbanan dan sumbangan besar guru-guru SKSS khasnya dalam meneruskan
perjuangan dalam agenda mendidik anak bangsa dan memajukan anak bangsa
negara kita.
Pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak
utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan
transformasi anak-anak kita . Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai
cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja
yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara
kita selama ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru SK Seri Songsang.
Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara, peranan
ibubapa adalah sangat penting. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting
dalam menentukan kecemerlangan pendidikan dan kokurikulum anak-anak baik
dirumah maupun disekolah. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya
menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan
sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela
yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini,
Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam
menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan
sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian
dalam pendidikan dan kesukanan.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan
yang sudi bersama-sama pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf
sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya. Apa yang saya perkatakan
datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak murid kita.
Wabillahi_taufiq_walhidayah
Assalamualaikum_warahmatullahiwabarakatuh
Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai